Informasi didalam blog ini adalah daripada sumber-sumber berita media internet.Sebarang komen @ pendapat, sila email ke cardozas02@gmail.com
Tuesday, July 22, 2008
Apa Yang Sedang Dibuat Saiful Sekarang?
Umum sudah mengetahui bagaimana saksi kes mahkamah biasanya akan diasuh untuk duduk di kandang saksi. Mereka akan diatur cara cakap dan bagaimana menghadapi serangan peguam ketika perbicaraan berlangsung. Para pendakwaraya serta pembantunya akan membentuk saksi laksana seorang peragawati untuk berjalan cara ‘catwalk’ bagi memakukan perhatian penonton. Di sini selain dari percakapan, malah emosi serta mimik muka juga akan dibentuk. Kekadang, pegawai atau peguam pendakwa akan memberi isyarat tertentu dalam mahkamah kepada saksi semasa disoal-jawab.
Ini suatu yang lumrah sahaja dan menjadi pengetahuan umum. Malah bagi mereka yang biasa berdampingan dalam kes-kes mahkamah, apa yang saya tulis ini merupakan makan pakai hari-harinya.
Kelmarin ada sidang akhbar yang dibuat oleh Keluarga Saiful bersama dengan peguamnya. Natijah dari sidang akhbar itu menekan akan pentingnya DS Anwar memberikan sampel DNA serta hujah bapanya betapa Saiful berkata benar dan tidak berbohong. Mereka setapak ke depan dengan memainkan sentiment Islam apabila mengatakan yang Saiful sanggup tampil ke hadapan untuk bersumpah di masjid secara Islam selepas siap laporan polis dengan bersaksikan para ulama.
Kehadiran peguam kepada Saiful serta bapa saudara nya yang kelihatan lembut itu, lebih kepada perbicaraan serta pembentukan persepsi pembaca di dada akhbar. Ditambah dengan komen-komen Pak Menteri serta sidang akhbar sebegitu diharap dapat menghasilkan tanggapan yang Anwar memang bersalah meliwat saluran tahi Saiful kerana keengganannya memberikan sampel DNA. Itu sahaja.
Persoalan kenapa saiful berada di bawah jagaan dan kawalan pihak polis dijawab lewa betapa ia perlu bagi menjaga keselamatannya. Nokhtakh. Gamaknya mereka takut Saiful menjadi sasaran pengikut Anwar!
Sebenarnya, itu lah jua yang pernah dilalui saksi pendakwa dalam tuduhan liwat tahun 1998 dahulu. Azizan, Umi Hafilda malah Tan Sri Musa Hasan turut melalui proses penghafalan skrip dan penjagaan tingkah laku agar bahasa badan seiringan dengan cerita yang nak dibohongkan.
Semasa proses tunjuk-cara (simulasi) atau mahkamah olok-olok memang la mudah dan enteng kerana ia melibatkan gerombolan haprak kesemuanya. Sang sarjan menjadi Hakim, Inpektor menjadi pendakwa serta pembela. Macam main masak-masak zaman kanak-kanak sahaja. Semuanya lancar dan meyakinkan. Namun pada hari perbicaraan lain pula ceritanya.
Dari pembacaan rekod lama, segala yang dirancang dan dihafal-hafal menjadi tunggang terbalik. Hari ini cakap lain, esoknya pula berputar 360 darjah. Malah lebih dahsyat selepas dua tiga soalan dari peguambela, kebenaran pun terserlah. Azizan yang terkenal dengan percakapan dolak-daliknya yang kunun diliwat 15 kali akhirnya mengaku ia tidak pun diliwat. Beliau mengaku dengan penuh sedar bahawa polis lah yang mengatur segala percakapannya. Malah KPN sekarang pun sehingga terpaksa mengaku yang ia akan patuh apa sahaja disuruh Tuannya si Rahim Nor hatta disuruh berbohong sekali pun. Ha, amacam? Itu kira pro tu, bagaimana agaknya Saiful Buasir nanti?!
Hanya ada satu alasan kenapa pihak polis bermati-matian mahu sungguh sampel DNA Anwar. Melaluinya mereka boleh ‘plant’ bahan bukti. Tak kira lah, samada seluar seroi Saiful ka, gumpalan tisu ka, mahupun kain tuala yang saiful lap air gatal peliwatnya. Kalau sekadar nak dibuat perbandingan bahan bukti yang ada dengan DNA tertuduh cukup dengan rekod pengkalan data Anwar yang lama, kes itu sudah pun boleh dibawa ke mahkamah! TETAPI mereka mahukan sampel baru untuk dibuat sebagai bahan bukti membelasah Anwar. Itu sahaja. Pada tahap ini mereka tidak ada apa-apa untuk menyokong dakwaan Saiful yang ia telah diliwat Anwar Ibrahim!!
Pemeriksan fizikal lubang bontot Saiful tidak laku sebagai hujah mengaitkan Anwar. Lubang bontot ada elastisiti, paling menonjol pun isi terusan anus terjengoi keluar. Tak mungkin ada tatu ‘Anwar was here’! tak mungkin. Mustahil juga ada kepingan air mani kering Anwar kat situ. Atau pun bulu rerambut kemaluan Anwar di situ. Peguambela goncang sikit saja kat mahkamah. Habis! Nak dapat apa sebagai bukti? Ia bukan macam ‘ballistic test’ pada senjata yang disyaki. Tak ada apa.
Jadinya, kekuatan di pihak polis dan pendakwaraya hanyalah cerita Saiful dan bahan bukti! Inilah yang menerangkan kenapa Saiful disimpan dan polis beria-ia mahu sampel DNA Anwar.
Terlajak menyebut betapa polis menyimpan Saiful, bukan lah sangat atas alasan keselamatan. Tak pernah ada mangsa liwat yang disimpan polis. Nada. Mereka sebenarnya bukan simpan, tetapi melatih ia menghafal maklumat peribadi yang ada pada badan Anwar. Segala rekod pemeriksaan kesihatan terkini Anwar yang sampai ke tangan polis akan dijadikan topik hafalan kepada saiful dan juga ubahsuaian dalam laporan polis serta pertuduhan nanti.
Bagaimana rupa paras ‘anu’ nya Anwar akan menjadi ratib harian Saiful. Bentuk, tahi lalat, dan sebagainya perihalan fizikal Anwar akan diingati dan dihafal. Berapa tegang senjata Anwar serta ukuran panjang dan ukur lilit akan ditanam dalam memori untuk perbicaraan kemudian hari.
Begitu lah perancangan manusia. Begitu lah juga yang dilalui semua sengkokolan dalam kes liwat 98 tatkala Tun Kepala Taik Mahathir menerajui negara. Namun perancangan Allah akhirnya menyerlahkan kemakaran mereka sehingga laporan perbicaraan dalam mahkamah menjadi bahan ketawa. Rakyat akhirnya melihat bukan Anwar yang dibicarakan, tetapi rejim Mahathir dan sekongkolannya.
Kita menjangkakan situasi yang sama bakal berulang. Untuk menutup satu pembohongan, pasti tercipta sembilan lagi pembohongan. Apabila datang kebenaran yang bathil pasti menghilang. Biar pun pelbagai cara dan mehnah yang mereka rancang serta lakukan, yang Hak pasti akan unggul dan bertakhta di atas persada.
Kalau TS Musa Hassan pun terkucil, apa lagi lah Saiful Buasir. Kalau Azizan pun mengaku ia disuruh polis membuat cerita palsu, apakah Saiful tak akan bercelaru? Tambahan pula kita tahu yang keputusan akademik nya yang begitu lemah semasa di Uniten. Tunggulah tatkala 9 peguam akan membelasahnya.
Tak sabar la pulak!
Dr Buasir
Nota kaki:
Kalau bukan kerana Mahkamah Kangaroo ‘Linggam’, tentu sahaja Anwar dibebaskan pada perbicaraan itu kerana banyak saksi berbohong dan mengada-adakan cerita dengan sekongkolan polis dan pihak pendakwaraya.
22.07.2008
Peralihan kuasa, Abdullah sedang pergunakan Najib?
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Nasir Sudin
Tue | Jul 22, 08 | 5:48:01 pm MYT
KUALA LUMPUR,22 Julai (Hrkh) - Bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid merumuskan bahawa Pelan Peralihan Kuasa 2010 yang disetujui antara Perdana Menteri,Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak adalah jalan untuk Abdullah menutup ruang Najib bertanding jawatan Presiden Umno.
"Keputusan ini adalah satu keputusan yang tak berapa tepat.Menganggap pada tahun 2010 Abdullah masih PM sedangkan pertandingan dalaman Umno pada bulan Disember ini, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) nak lawan dia.
"Kalau Ku Li menang, maknanya tahun 2010 Abdullah tak boleh serah jawatan kepada Najib.Masa itu dia tak pegang jawatan apa-apa sebab masa itu dia bukan Presiden Umno lagi.
"Jadi bagi saya sebenarnya hak untuk menentukan siapa Perdana Menteri dan Presiden Umno ialah perwakilan Umno.Tidak adillah jika hak perwakilan Umno itu kita ambil," katanya ketika diwawancara Harakah baru-baru ini.
Menurut Sanusi, sekarang ini yang menjadi masalah ialah Najib, kerana baginya jika anak Tun Razak itu teringin untuk menjadi PM pada tahun 2010 Najiblah yang kena kerja kuat supaya Abdullah dapat pencalonan banyak dan menang dalam pertandingan.
Baginya, jika Najib buat kerja itu untuk memenangkan Abdullah kenapa beliau tidak buat kerja untuk memenangkan dirinya (jawatan Presiden Umno), lebih-lebih lagi sekarang ini dalam Umno Najib lebih popular berbanding Abdullah.
"Satu lagi kita dapati dalam Umno hirarki sekarang ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin orang yang duduk di tahap Naib Presiden, jadi Naib Presdien ini tinggi iaitu orang ketiga dalam Umno, jadi Mahyuddin pula dia dah bagi tahu bahawa dia akan bertanding untuk Timbalan jadi tak adillah bagi Abdullah untuk halang Muhyiddin bertanding timbalan," katanya.
Tambahnya, kalau Muhyiddin bertanding timbalan, Najib pula dengar cakap Abdullah maka bagi Sanusi akan berlakulah pertandingan antara Najib dengan Muhyiddin.
"Jadi dalam keadaan sekarang ini belum tentu Najib boleh menang untuk jawatan timbalan jika lawan Muhyiddin, walaupun dia ada peluang besar nak menang jika dia lawan Abdullah Badawi," katanya.
Beliau berpendirian, inisiatif untuk mencadangkan formula 2010 ini kerana barangkali Abdullah telah nampak saingan kuat daripada Ku Li bagi jawatan Presiden.
"Jadi bila dia nampak saingan kuat daripada Ku Li ini, kalau dia nak kena lawan Ku Li untuk jawatan Presiden tanpa sokongan daripada Najib, tentunya dia akan kecundang.
"Sebenarnya yang main peranan menangkan ini ialah bukan Abdullah tolong Najib tetapi Najib tolong Abdullah, kerana Abdullah ini dia sekarang ini sedang 'memfaraidkan' harta yang bukan dia punya, jadi dalam Islam tak adalah konsep itu , jawatan itu bukan dia punya tetapi dia ambil jawatan itu dia nak suruh Najib kempen untuk dia," ujarnya.
Mengulas mengenai sebarang kemungkinan Presiden Umno akan mengubah pendirian pada tahun 2010, Sanusi berkata, Abdullah sangat terkenal dengan perubahan pendirian dalam masa yang segera.
"Macam itu juga dia janji pada tahun 2010, tiba-tiba pada tahun 2010, nampak Najib makin lemah, dia pun kata nak bantu Najib dia teruskan sampai 2013, tambah lagi," katanya. - mks. _
Pemuda PAS Wilayah bantah konsert Inul di Bukit Jalil
Wan Nordin Wan Yaacob
Tue | Jul 22, 08 | 1:27:57 pm MYT
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membantah keras konsert Inul Darastista atau nama sebenarnya Ainul Rokhimah yang dijadualkan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 27 Julai ini.
Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah, Herman Shamsudeen, tindakan membenarkan konsert berkenaan adalah satu penghinaan kepada rakyat.
ImageIni kerana sebelum ini, konsert berkenaan telah dibatalkan selepas Majlis Bandaraya Johor Bahru enggan mengeluarkan permit.
Untuk itu, Pemuda Wilayah akan menghantar memorandum bantahan kepada pihak DBKL dan Kementerian Wilayah memandangkan konsert berkenaan akan berlangsung dalam kawasan pentadbiran DBKL, ujarnya.
Seharusnya pihak kerajaan peka terhadap kehendak rakyat dan tidak melayani artis ini yang sehingga kini masih ditolak oleh Ulama-ulama Indonesia yang mengganggap aksi goyang pinggulnya sebagai aksi erotik dan berbaur pornografi, katanya.
Sebelum ini artis ini juga pernah mengadakan konsert di Stadium Merdeka, walaupun dibantah oleh PemudaWilayah tapi pihak DBKL berdegil.
"Semasa konsert berkenaan berlangsung, Inul tetap mempersembahkan aksi goyang pinggul walaupun beliau berjanji tidak melakukannya.Jadi adakah ada lagi mana-mana pihak boleh menjaminkan perkara yang sama tidak berlaku?," ujarnya.
Pemuda Wilayah juga ingin mengingatkan semua pihak terhadap aksi tunjuk punggung oleh penyanyi kumpulam Caburateor Dung yang dibelasah oleh penonton Imageyang menyaksikan konsert mereka di Stadium Kelana Jaya sempena Himpunan Protes awal bulan ini, katanya.
Suasana menjadi panas bila mana penganjur gagal mengawal aksi penyanyi berkenaan dan akhirnya diselesaikan dengan cara yang negatif oleh penonton, ujarnya.
Situasi yang sama tidak mustahil akan berlaku lantaran kuatnya bantahan yang ditujukan terhadap Inul akhir-akhir ini, katanya.
"Walaupun apa jua alasan yang dilontarkan, PemudaWilayah mengingatkan bahawa rakyat tempatan menolak konsert ini. Rata-rata penonton yang hadir pada siri konsert beliau sebelum ini adalah dari kalangan warga Indonesia yang kempunan melihat aksi beliau ditanahair sendiri," ujarnya.
Jika konsert ini berlaku maka negara ini akan 'dilacurkan' kedaulatannya bagi melampiaskan keinginannya warga Indonesia yang tidak tercapai ditanahair mereka, tegasnya. - mks. _
Gagal kes mahkamah, kerajaan Pahang akan 'disita'?
Basiron Abdul Wahab
Tue | Jul 22, 08 | 6:53:51 am MYT
TEMERLOH, 22 Julai (Hrkh) - Naib Ketua Pemuda PAS Pahang, Mohd Fadly Ramli berkata, kerajaan Umno Pahang serta Terengganu dan Perlis adalah antara kerajaan negeri yang bergegar selepas pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.
Menurutnya, kerajaan Umno di Perlis, Terengganu bergegar apabila berlaku krisis pertukaran menteri besar manakala kerajaan Pahang bergegar dengan krisis dalaman Umno yang membawa kepada peletakan setiausaha Badan Perhubungan Umno Pahang, Dato' Ahmad Tajudin Sulaiman.
Selain itu, kata Fadly kerajaan Pahang juga digegarkan dengan isu perbicaraan kes saman membabit kerajaan Negeri dengan sebuah Syarikat Pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd.
Menurut Fadly, Mahkamah Tinggi Kuantan telah mengeluarkan perakuan perintah untuk amaun penghakiman terhadap kerajaan Pahang pada 7 Mac 2008 yang lalu berdasarkan peghakiman di Mahkamah sama bertarikh 25 Mei 2007 telah dihakimkan kepada defendan (kerajaan negeri dan pengarah perhutanan Pahang) supaya membayar kepada Plantif (Seruan Gemilang Makmur Sdn BHd) sebanyak RM37,127,471.60 dengan faedah 8 peratus setahun mulai 31 Dicember 2000.
Jelas Fadly, Plantif telah berjaya di dalam samannya di Mahkamah Tinggi Kuantan dan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya terhadap defendan dan kini sedang menunggu keputusan muktamad daripada Mahkamah Persekutuan iaitu Mahkamah tertinggi di negara ini.
Fadly yang juga merupakan seorang peguam bagi Plantif berkata, pihak plantif dijangka akan memfailkan saman untuk menyita kerajaan negeri Pahang jika gagal membayar amaun yang telah diputuskan itu.
Katanya jika kerajaan negeri Pahang disita ia adalah kes yang pertama di dunia apabila kerajaan disita atas perintah mahkamah.
"Saya telah berbincang dengan beberapa peguam mengenai kes berkenaan (untuk menyita kerajaan Pahang), dan ada peguam berpendapat ia boleh dilakukan manakala ada juga peguam berpendapat tidak boleh.
"ini adalah kes pertama di dunia yang membabit kerajaan disita atas perintah mahkamah," katanya ketika berceramah pada 'Program Bersamamu' anjuran Dewan Pemuda PAS Temerloh dekar sini baru-baru ini.
Dalam ucapan sama Fadly berkata, Umno sudah berada di penghujung kuasa apabila melakukan pelbagai perkara yang mendukacitakan sama ada dari segi politik mahu perundangan.
Dari segi perundangan umpamanya, kuasa yang ada telah disalahguna untuk melindungi pemimpin parti itu dimana jika membabit pemimpin Umno tidak meneruskan pendakwaan seperti di dalam kes membabitkan Ahli Parlimen Rompin yang mencabul seorang wanita beberapa bulan lalu.
Katanya, kes berkenaan tidak diteruskan atas alasan wanita berkenaan telah menarik balik balik laporannya sedangkan di dalam perundangan tiada istilah kes ditarik balik.
Menurutnya di dalam undang-undang ada seksyen tertentu di mana perempuan berkenaan boleh didakwa kerana membuat laporan palsu terhadap ahli parlimen Rompin.
"Kenapa mereka tidak mendakwa perempuan berkenaan di bawah seksyen berkenaan,"soalnya. - mks. _
Anwar Kacau Daun - MalaysiaKini
"Malahan saya menolak sebarang jawatan bagi mengelakkan dianggap menguasai exco yang bakal dibentuk," kata Dr Mohd Khir yang membawa pemimpin tertinggi PAS itu bertemua Abdullah.
"Saya lakukan ini kerana percaya bahawa gabungan PAS dan BN akan memastikan kepentingan agama Islam dan orang Melayu tidak akan diperkotak-katikkan," tulisnya dalam blog beliau.
"Bagi saya yang penting ialah kepentingan agama Islam dan orang melayu terjaga bukan siapa yang menjadi pemimpin utama," tambahnya.
Malangnya, kata Dr Mohd Khir, pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS, melalui Setiausaha Agungnya, Kamaruddin Jaafar, telah menggagalkan usaha tersebut.
Beliau yakin selagi Datuk Seri Anwar memainkan peranan penting dalam Pakatan rakyat, muzakarah tersebut tidak akan memberi sebarang kesan.
"Datuk Seri Anwar memang tidak mahu Melayu bersatu kerana itulah beliau tubuhkan Pakatan Rakyat yang berjuang atas prinsip kesamarataan, menyamakan taraf agama Islam dengan agama lain, menyamaratakan kedudukan orang Melayu dengan bangsa lain, walaupun memiliki status bumiputera," tambahnya.
Sebab itulah, kata Dr Mohd Khir, Anwar dapat menarik sokongan yang besar daripada golongan ekstremis Cina melalui DAP dan ekstremis India melalui Hindraf.
Bagaimanapun, katanya, cadangan untuk mengadakan muzakarah mengenai agenda Islam dan orang Melayu nampak lebih baik sekarang.
"Saya percaya PAS sekarang sudah mulai sedar bahawa mereka kian tersisih dalam membicarakan isu Islam dan orang Melayu di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.
"Ini ditambah lagi dengan masalah peribadi Datuk Seri Anwar sekarang. Saya tidak mengimpikan PAS dan Umno bersatu dalam bentuk fizikal parti atau ideologi politik.
"Tapi saya mengimpikan kesatuan orang Melayu dalam erti mempertahankan kedudukan dan agenda Islam dan Melayu di negara ini," tambahnya.
Dr Mohd Khir berkata, impian beliau ialah suatu hari nanti "kita semua dapat melihat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datin Seri Wan Azizah dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, duduk semeja".
Sumber : MalaysiaKini
Ambutit - Mau ke Khir beri laluan sekiranya benar-benar terjadi.....MUNGKIN TIDAK.....
'Saya tidak guna wang negeri ke London'
Timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin menafikan beliau menggunakan wang kerajaan negeri untuk berkunjung ke luar negara bulan lalu.
"(Dakwaan itu) semuanya salah dan fitnah," katanya ketika diminta mengulas desas-desus bahawa lawatannya ke London menjadi antara punca tersebarnya khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa hubungannya mulai renggang dengan ketua menteri Lim Guan Eng.
Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini hari ini, wakil rakyat PKR itu membawa beberapa pemimpin Angkatan Muda parti itu atas alasan kunjungannya sebagai rombongan perniagaan.
Mohammad Fairus mengakui ke luar negara tetapi dengan tujuan menghadiri Kongres Pemimpin-pemimpin Dunia yang turut disertai beberapa pemimpin dari seluruh dunia.
Kongres itu untuk memupuk kepimpinan peserta dan menggalakkan hubungan rapat masyarakat, tambahnya.
Beliau bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan menggunakan wang kerajaan untuk tujuan itu.
"Saya tidak guna satu sen pun," katanya.
Menurutnya lagi, beliau hadir dalam program itu kerana ia "ada kena- mengena dengan portfolio" beliau dalam kerajaan Pulau Pinang.
Mohammad Fairus dipertanggungjawabkan sebagai pengerusi jawatankuasa hal-ehwal agama, pembangunan keusahawanan dan koperasi, penerangan dan perhubungan masyarakat.
Jemputan menghadiri program itu, menurut beliau, dibuat kepadanya secara peribadi.
Diminta mengulas lanjut tentang penyertaan kurang 10 wakil dari Pulau Pinang, seperti dakwaan, dalam program itu, beliau hanya berkata "ramai."
"Tidak perlu pergi (lebih) terperinci," tambahnya.
Dakwaan terhadapnya itu, menurut Mohammad Fairus, tidak menjadi isu kerana ia tidak benar.
"Hanya di peringkat awal wujud salah faham," katanya.
Dengan tegas, beliau berkata, pihak yang membuat tuduhan sepatutnya berjumpanya terlebih dahulu untuk mendapatkan penjelasan, bukan menyebarkan perkara itu tanpa usul periksa.
Pihak yang membuat dakwaan itu, menurut Mohammad Fairus, "tidak boleh tengok orang senang."
Malaysiakini difahamkan, kunjungan beliau bersama rombongannya dibuat tanpa pengetahuan Lim dan anggota-anggota exco dan lawatannya disedari apabila beliau sudah berada di luar negeri.
Perkara itu, tambah sumber, dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri dan turut dibawa dalam mesyuarat PKR bulan ini.
Sumber-sumber juga mendakwa mesyuarat parti "ambil perhatian" tentang perkara itu.
Minggu lalu, Mohammad Fairus dalam sidang media bersama Lim menafikan khabar angin kononnya hubungan mereka berdua bermasalah sampai ke peringkat wakil rakyat Penanti itu meletakkan jawatan.
Beliau berkata khabar angin yang tersebar melalui SMS itu berniat jahat terhadap pimpinan Pakatan Rakyat di negeri itu.
"Saya masih di sini, khabar angin tetap khabar angin. Pakatan Rakyat sedang berjuang untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dan ada pihak macam cuba mengalihkan hal ini dengan menyebarkan SMS berhubung perkara itu (letak jawatan).
"Pihak berkenaan cuba mengalih tumpuan rakyat dengan mereka-reka cerita seperti ini," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat exco kerajaan Pulau Pinang, Rabu lepas.
Lim, yang juga setiausaha agung DAP, turut menegaskan bahawa beliau tidak ada sebarang masalah untuk bekerjasama dengan Mohammad Fairus.
Dari Blog Khir Toyo
Mohon maaf kerana lama blog ini tidak dikemaskini. Ini disebabkan saya banyak mendapat jemputan untuk penerangan isu-isu semasa bagi mengukuhkan kembali kedudukan UMNO. Insyaallah, saya akan cuba kemaskini blog ini sekerap mungkin.
Saya tertarik dengan usaha-usaha mengadakan muzakarah UMNO-Pas kali ini.
Mungkin ini akan merealisasikan Impian saya ialah untuk melihat orang Melayu bersatu menjadkan kuasa Melayu itu kuasa yang dapat menentukan masa depan agama, bangsa dan negara.
Kita sedar 60% rakyat negara kita ialah orang Melayu dan bumiputera tetapi ia tidak memberi sebarang makna dalam negara demokrasi seperti negara kita kerana kita telah dipecahkan kepada tiga parti. Orang Melayu berada di dalam UMNO, Pas dan PKR.
Perpecahan Melayu ini bukan sahaja dari segi ideologi politik tetapi telah membarah dalam hati nurani kita. Kita lihat orang Melayu berpecah sehingga kita lupa bahawa dalam Islam kita bersaudara dan menjaga tali persaudaraan merupakan satu kewajipan dalam Islam. Semua ini berlaku kerana politik kebencian yang diamalkan oleh kita, politik fitnah yang amat memalukan pemimpin dan keluarganya. Politik dendam yang mengakari pemikiran kita.
Semua ini telah menyukarkan kita untuk kembali bersatu.
Walaupun begitu saya optimis kita masih ada ruang untuk bersatu walaupun akan mengambil masa yang panjang. Pertamanya kita perlu meleraikan orang Melayu daripada politik kebencian, fitnah dan dendam. Ia perlu bermula di kalangan generasi baru yang melihat majoriti Melayu akan hanya memberi makna jika kita bersatu untuk menentukan jatuh bangunnya agama, bangsa kita.
Saya gembira bila mendengar telah ada perbincangan di antara kepimpinan Melayu dalam UMNO dan Pas. Kegembiraan ini kerana inisiatif ini telah saya mulakan di Selangor sebaik sahaja berakhir Pilihan raya Umum ke 12 yang lalu.
Saya juga telah membawa pemimpin tertinggi Pas bermuzakarah dengan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Saya juga mencadangkan agar Pas diberi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar serta 4 EXCO. Malahan saya menolak sebarang jawatan bagi mengelakkan dianggap menguasai EXCO yang bakal dibentuk.
Saya lakukan ini kerana percaya bahawa gabungan Pas dan BN akan memastikan kepentingan agama Islam dan orang Melayu tidak akan diperkotak-katikkan. Bagi saya yang penting ialah kepentingan agama Islam dan orang melayu terjaga bukan siapa yang menjadi pemimpin utama.
Malangnya, pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pas, melalui Setiausaha Agungnya, Kamaruddin Jaafar, telah menggagalkan usaha tersebut. Saya yakin selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam Pakatan rakyat, muzakarah tersebut tidak akan memberi sebarang kesan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim memang tidak mahu Melayu bersatu kerana itulah beliau tubuhkan Pakatan Rakyat yang berjuang atas prinsip kesamarataan, menyamakan taraf agama Islam dengan agama lain, menyamaratakan kedudukan orang Melayu dengan bangsa lain, walaupun memiliki status bumiputera. Sebab itulah Anwar dapat menarik sokongan yang besar daripada golongan ekstremis Cina melalui DAP dan ekstremis India melalui Hindraf.
Cadangan untuk mengadakan muzakarah mengenai agenda Islam dan orang Melayu nampak lebih baik sekarang. Saya percaya Pas sekarang sudah mulai sedar bahawa mereka kian tersisih dalam membicarakan isu Islam dan orang Melayu di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Ini ditambah lagi dengan masalah peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang ini.
Saya tidak mengimpikan Pas dan UMNO bersatu dalam bentuk fizikal parti atau ideologi politik. Tapi saya mengimpikan kesatuan orang Melayu dalam erti mempertahankan kedudukan dan agenda Islam dan Melayu di negara ini.
Impian saya ialah suatu hari nanti kita semua dapat melihat YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datin Seri Wan Azizah dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang duduk semeja.
Impian saya juga untuk melihat Melayu kembali menjadi tunjang politik negara yang akan menstabilkan politik tanah air, menjadi kenyataan. Saya berdoa semoga semuanya ini akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
Biduk berlalu, kiambang bertaut. Bagai aur dan tebing kita bersama. Yang ringan sama kita jinjing, yang berat sama dipikul, hati nyamuk sama dicecah, hati gajah sama dilapah.
Mercedes Lebih Menjimatkan Dari Proton Perdana
http://ibrahimbaba.wordpress.com/2008/07/21/mercedes-lebih-menjimatkan-dari-proton-perdana/
Amatlah sukar bagi MB Terengganu, Ahmad Said, untuk berhujah bahawa membeli Mercedes lebih menjimatkan dari membeli Proton Perdana. Pusing ikut mana pun hujahnya tidak dapat berdiri.
DIlaporkan 14 buah Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 mahu dibeli berbanding dengan Perdana Eksekutif yang mungkin bernilai sekitar RM100,000 sebuah (tanpa cukai!). Maka untuk 14 buah pun hanya baru RM1.4 juta!
Kos untuk beli sudah lebih sekali ganda.
Kemudian dikatakan kos penyelenggaraan Perdana Exco Toh Chin Hwa untuk tempoh 36 bulan menelan RM50,000. Ini sebenarnya menimbukan beberapa persoalan.
Pertama, menimbulkan persoalan kemungkinan penyelewengan dalam tuntutan perbelajaan penyelenggaran - suatu yang biasa kita dengar. Kedua, teruk sangat ke Perdana hingga baru pakai 3 tahun kena belanja separuh harga kereta? Ketiga, apakah kos penyelengga ran kereta Toh yang paling tinggi? berapa pula yang terendah? Kalau kos kereta Toh yang tertinggi - pelik juga sebab dia ADUN Bandar - tidaklah sebanyak ADUN lain dari segi jarak perjalanan dan dari segi bebanan terhadap kereta berbanding ADUN lain di perkampungan. Keempat, malu Proton kalau dikatakan kos penyelenggaran kereta mereka terlalu tinggi dan yang lebih memalukan bila dibanding kos untuk penyelenggaran Mercedes!
Kalau pun nilai pembaikan berjumlah RM50,000 dan dicampur dengan harga beli RM100,000, maka barulah RM150,000 untuk tempoh 3 tahun. Apakah Mercedes tidak perlu penyelenggaraan langsung dalam tempoh tersebut? Walaupun tidak perlu langsunglah tukar minyak hitam sekalipun, kos Mercedes tersebut (RM245,000) tetap jauh lebih tinggi dari Perdana berserta dengan kos penyelenggaraan (RM150,000).
Malah, IB juga salah seorang pengguna Perdana. Purata perjalanan IB ialah 25 ribu km setahun. Selepas hampir 5 tahun kini, kos penyelenggaraan kereta IB tidak melebihi perbelanjaan Toh Chin Hwa selama 3 tahun. Walapun “gearbox” dah kena tukar!
Hujah kedua yang diguna oleh Ahmad Said ialah harga jualan balik (second hand) nanti. Persoalahnya ialah, sejak bila kerajaan negeri menjadi agen jual ke reta terpakai. Apakah mesti kereta itu dijual selepas baru diguna?
Apakah sebelum ini kereta terpakai Exco benar-benar dijual mengikut harga pasaran? Apakah benar mereka yang telah mendapat manafaat sebelum ini benar-benar membayar dengan harga yang sebenar? Malah mereka turut mendapat nombor pendaftaran yang bernilai jika dibeli dari JPJ tanpa dikenakan sebarang “lebihan nilai” atas nombor tersebut.
Kalau Ahmad Said nak katakan Mercedes lebih selesa, maka itu bolehlah diterima hujahnya. Tetapi apakah perlu mereka berselesa ketika rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang keperluan serta jabatan dan agensi kerajaan disaran untuk berjimat cermat? Lagipun untuk perjalanan di sekitar kawasan ADUN mereka - tak sempat nak berselesapun - dekat sangat. Dan rakyat bukan nak tengok lagak ADUN dengan kereta mewah mereka. Dan bila perlu ke KL, mereka kerap menggunakan penerbangan.
Itulah yang IB katakan, pusing ikut manapun memang sukar untuk Ahmad Said menjustifikasi pembelian Mercedes bagi mengantikan Perdana.
Persoalannya mana pergi kereta yang Idris pakai dulu? Haji Hadi semasa menjadi MB dulu mengguna Mercedes lama - yang berumur lebih 5 tahun.
Sekian, IB
Akuan bersumpah: Raja Petra hadapi saman fitnah RM2 juta suami isteri
22-07-2008 07:01:38 PM
PETALING JAYA: Penulis blog Raja Petra Kamaruddin didakwa di Mahkamah Majistret di sini Khamis lalu atas tuduhan memfitnah isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam akuan bersumpahnya, hari ini berhadapan dengan saman fitnah terbaru.
Hari ini, sepasang suami isteri, kedua-dua pegawai tentera, menyaman penulis blog Raja Petra Raja Kamarudin menuntut RM2 juta kerana mendakwa akuan berkanun yang dibuatnya dan mengaitkan mereka dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu berunsur fitnah.
Writ saman itu telah difailkan oleh Lt Kol Abdul Aziz Buyong dan isterinya, Lt Kol Norhayati Hassan, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada pukul 2.30 petang melalui firma guaman Gan Rao & Chuah.
Pasangan itu mendakwa akuan berkanun yang melemparkan tuduhan-tuduhan terhadap mereka dan juga isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan itu telah dibuat dengan niat jahat dan secara tidak jujur bertujuan menjejaskan reputasi, kredibiliti, nama baik dan karier mereka.
Mereka mendakwa tuduhan-tuduhan itu dibuat dengan cara cuai dan tidak menghiraukan untuk memastikan sama ada tuduhan-tuduhan itu benar atau palsu, dan oleh demikian, telah merosakkan nama baik dan reputasi mereka.
Abdul Aziz dan Norhayati berkata, akuan berkanun Raja Petra yang mengandungi unsur fitnah juga telah merendahkan maruah dan memperkecilkan mereka dalam jawatan yang mereka pegang sebagai pegawai kanan tentera bertugas di Jabatan Arah Jurutera, Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan.
Pasangan itu menuntut ganti rugi RM1 juta setiap seorang daripada Raja Petra, ganti rugi teladan dan satu perintah injunksi untuk menghalang Raja Petra atau pekerjanya daripada mengulangi kenyataan fitnah itu.
Raja Petra, pengendali blog Malaysia Today, telah membuat akuan berkanun itu pada 18 Jun lepas mendakwa tujuannya itu adalah untuk meminta orang yang mempunyai pengetahuan berhubung perkara itu untuk tampil ke hadapan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan sewajarnya dalam kes itu.
Kandungan akuan berkanun itu telah disiarkan dalam laman blognya dan lamanlaman web lain.
Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Kpl Sirul Azhar, 36, sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap tuduhan membunuh Altantuya, 28, di satu lokasi di Bukit Raja antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, pula menghadai tuduhan bersubahat dengan mereka dalam melakukan pembunuhan itu.
Dalam pernyataan tuntutan, Abdul Aziz dan Norhayati mendakwa tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka dalam akuan berkanun itu memudaratkan secara peribadi dan mengundang tanggapan umum terhadap mereka yang memiliki rekod bersih.
Mereka juga mendakwa tuduhantuduhan dalam akuan berkanun itu bermaksud kedua-dua mereka bersama-sama Rosmah adalah pembunuh dan terlibat dalam konspirasi jenayah dan skandal jenayah.
Mereka berkata akibat tindakan Raja Petra yang membuat akuan bekanun itu, mereka terpaksa menghadapi kata-kata yang memalukan dan juga tekanan perasaan yang amat sangat setelah kandungan akuan itu diketahui keluarga, rakan sekerja, jiran dan saudara-mara sehingga mengundang kebencian dan penghinaan di mata masyarakat.
Pasangan itu berkata, mereka telah mengemukakan surat tuntutan terhadap Raja Petra tetapi sehingga hari ini, Raja Petra gagal, enggan dan cuai mematuhi surat tuntutan itu.
Pada 17 Julai lalu, Raja Petra didakwa atas dua lagi tuduhan memfitnah membabitkan Abdul Aziz dan Norhayati.
Ketiga-tiga tuduhan Khamis lalu itu didakwa dilakukan di Mahkamah Tinggi Sivil Lima, Tingkat 4, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini pada pukul 10.25 pagi pada 18 Jun lalu.
Bagi tuduhan pertama Raja Petra didakwa memfitnah Rosmah dengan membuat tohmahan di dalam akuan bersumpahnya yang diikrarkan pada 18 Jun 2008 dengan mengetahui bahawa tohmahan tersebut akan merosakkan nama baik Rosmah.
Ketiga-tiga tuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terengganu sedia kemuka bukti kos selenggara Perdana V6 Executive
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu sedia mengemukakan bukti terperinci kos perkhidmatan dan kerosakan kereta Proton Perdana V6 Executive, yang telah digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri sebelum ini.
Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar, kerajaan negeri tidak mampu membiayai lagi kos selenggaraan kenderaan berkenaan kerana sejak mula digunakan empat tahun lepas, ia telah melibatkan perbelanjaan yang tinggi bagi tujuan tersebut.
"Misalnya, kos penyelenggaraan dua kereta tersebut mencecah RM175,229.97 yang tertinggi dan RM132,357.76 dari 2004 sehingga hari ini," menurut kenyataan itu yang dihantar kepada Bernama melalui faks di sini hari ini.
Semalam, Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata kerajaan negeri Terengganu terpaksa membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu kerana kereta nasional itu mudah rosak dan tidak tahan untuk perjalanan jauh.
Kenyataan itu juga menyebut bahawa langkah kerajaan negeri membeli 14 kereta Mercedes itu juga adalah setelah mengambil pertimbangan tentang kenaikan harga bahan api dan nilai terpakai yang tinggi untuk kereta berkenaan.
"Daripada segi ciri-ciri keselamatan, kerajaan negeri berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan Mercedes E200 Kompressor. Ini adalah penting kerana pegawai-pegawai yang menggunakan kereta ini merupakan eksekutif tertinggi dalam kerajaan dan keselamatan mereka adalah keutamaan," kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, kerajaan negeri menjelaskan bahawa pembelian 14 buah kereta Mercedes bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri itu adalah telus dan wajar.
Pembelian kereta untuk kegunaan pegawai tinggi kerajaan adalah telus dan tidak sekali-kali menggunakan wang royalti minyak.
Pembelian ini juga selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II) yang mensyaratkan semua kenderaan buatan tempatan atau dipasang dalam negara (CKD) sahaja.
"Kereta Mercedes E200 Kompressor ini mematuhi syarat tersebut kerana ia dipasang di Pekan, Pahang sebagai produk CKD. Kewajaran pembelian kereta ini juga berdasarkan kelasakan kereta model ini dan kos penyelenggaraannya yang rendah," kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, kerajaan negeri juga menjelaskan bahawa Menteri Besar masih menggunakan kereta kerajaan negeri yang lama bernombor pendaftaran TAR 567 yang berusia 18 tahun dan bukan yang baru seperti dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan.Liow Tidak Akan Tanding Jawatan Presiden MCA
SUBANG, 22 Julai (Bernama) -- Ketua Pemuda MCA Datuk Liow Tiong Lai, yang pada hujung minggu lepas mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya itu, juga tidak akan bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti Oktober ini.
"Pada masa ini saya sedang mendapatkan maklum balas daripada akar umbi, Saya masih belum membuat keputusan bertanding jawatan mana tetapi yang pasti saya tidak akan bertanding jawatan presiden parti kerana sudah ada orang yang mengumumkan akan bertanding jawatan nombor satu itu," kata Liow hari Selasa.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah vendor cemerlang Pharmaniaga Bhd, Menteri Kesihatan itu berkata beliau memerlukan masa untuk membuat penilaian jawatan yang mana yang akan ditandingi dalam pemilihan parti.
Ahad lepas, beliau mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda dan sebaliknya akan bertanding jawatan lebih tinggi tetapi masih belum membuat keputusan.
"MCA mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum lepas dan kini merupakan masa yang penting bagi kami semua untuk memperkukuhkan parti dan menjadikannya lebih efektif. Saya menawarkan diri untuk berkhidmat dalam badan induk daripada pergerakan Pemuda. Kami mempunyai pemimpin yang berkebolehan untuk mengemudikan pergerakan Pemuda.
"Saya tidak mensasarkan sebarang jawatan tertentu...saya perlu dengar pandangan akar umbi. Saya hanya menawarkan diri. Parti sedang menjalani pembaharuan dan sekarang merupakan masa yang penting untuk kami mendapatkan semula keyakinan masyarakat Cina Malaysia," katanya.
Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting dan Timbalan Presiden Datuk Seri Chan Kong Choy telah mengumumkan mereka tidak akan mempertahankan jawatan masing-masing pada pemilihan parti tiga bulan lagi. Naib Presiden parti dan Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat pada Jumaat mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan tertinggi parti.
Liow berkata adalah penting bagi MCA, parti kedua terbesar dalam Barisan Nasional (BN), untuk mempunyai kepimpinan yang berwibawa untuk memajukan lagi parti dan memenangi semua keyakinan masyarakat Cina.
Katanya hakikat beberapa pemimpin MCA telah menyuarakan hasrat untuk bertanding jawatan peringkat pusat menunjukkan komitmen dan dedikasi pemimpin berkenaan untuk memperkukuhkan semula parti, yang mengalami kekalahan paling teruk pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.
Ditanya sama ada beliau beliau akan menjalin pakatan dengan mana-mana pemimpin pada pemilihan parti, Liow berkata: "Saya masih dalam proses mendapatkan pandangan, beri saya sedikit masa, saya akan pertimbangkan semua pandangan dan akan membuat pengumuman pada masa yang sesuai."
Bagaimanapun, katanya semua pemimpin parti perlu mencari jalan untuk memperkukuhkan MCA daripada mewujudkan puak-puak yang boleh membawa kepada kemusnahan parti kaum Cina itu.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata MCA "berfikiran terbuka" mengenai muzakarah antara Umno dan PAS kerana ia merupakan perbincangan antara pemimpin dua buah parti yang bertumpu pada perpaduan orang Melayu.
-- BERNAMA
Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota Mahu Peralihan Kuasa Abdullah-Najib Dipercepatkan Ke Disember
KUANTAN, 22 Julai (Bernama) -- Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota Datuk Faisal Abdullah berkata peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dipercepatkan selewat-lewatnya Disember ini.
Beliau berkata tempoh dua tahun seperti yang diumumkan baru-baru ini itu dilihat terlalu lama.
"Kita menyokong peralihan kuasa itu, namun tempoh dua tahun itu terlalu jauh dan kita bimbang ianya tidak memberi ruang yang cukup kepada Datuk Seri Najib untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya kepada Bernama di sini hari Selasa.
Faisal berkata sekalipun Umno bahagian itu menyokong sepenuhnya kepimpinan Abdullah dan tetap akan mencalonkan beliau sebagai Presiden Umno dan Najib sebagai timbalan untuk pemilihan parti itu, namun peralihan kuasa itu sebaiknya dilakukan selepas pemilihan itu berlangsung Disember ini.
"Sekalipun ini pendapat peribadi saya, namun inilah yang kita dapat maklumat balas dari peringkat akar umbi yang mahu Umno kembali kukuh sebagai wadah perjuangan bangsa, agama dan negara," katanya.
Mengenai mesyuarat cawangan di bahagian itu, Faisal berkata tujuh daripada 59 cawangan di bahagian itu telahpun mengadakan mesyuarat perwakilannya baru-baru ini.
Katanya beliau akan mempertahankan jawatannya sebagai ketua bahagian itu pada pemilihan November ini.
-- BERNAMA
Muhammad Muhd Taib Tawar Diri Bertanding Naib Presiden Umno
SHAH ALAM, 22 Julai (Bernama) -- Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno dalam pemilihan parti Disember ini.
"Saya ingin memperkasakan parti untuk berdepan dengan cabaran baru khasnya membantu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak memulihkan kekuatan Umno menjadi saluran perdana perjuangan orang Melayu," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari Selasa.
Muhammad juga Ketua Penerangan Umno berkata Umno memerlukan pasukan kerja yang ikhlas berjuang untuk kepentingan parti dan masa depan orang Melayu khususnya untuk menambahbaik kehidupan orang Melayu di luar bandar dan penyusunan semula masyarakat untuk mengeluarkan orang Melayu daripada kemiskinan.
Beliau berkata tugas kepimpinan Umno pada hari ini adalah memperkukuhkan perpaduan Melayu di setiap peringkat, memastikan ekonomi dan politik Melayu kembali kuat, serta mengembalikan Umno sebagai tunjang perjuangan rakyat Malaysia.
Muhammad menyertai 15 lagi pemimpin Umno yang setakat ini menyatakan hasrat bertanding jawatan itu.
-- BERNAMA
Shahrir Tidak Akan Tanding Jawatan Naib Presiden
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Ketua Umno Bahagian Johor Baharu Datuk Shahrir Abdul Samad berkata beliau tidak akan bertanding bagi merebut jawatan Naib Presiden dalam pemilihan Umno pada Disember ini.
"Untuk bertanding ke jawatan itu, saya tidaklah akan sampai ke situ," katanya dalam program bual bicara Helo Malaysia Bernama TV yang disiarkan secara langsung di saluran 502 Astro Isnin malam.
Beberapa pemimpin UMNO telah menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Mereka termasuk Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Shafie Apdal serta penyandang Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Sementara itu, mengenai Hari Pengguna Malaysia 2008, beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata program selama dua hari bermula 26 hingga 27 Julai ini adalah bertemakan Kesederhanaan Menjamin Kesejahteraan "Amalkan Pengguna Lestari".
Katanya, pengguna lestari bermula sebagai seorang pengguna, individu atau keluarga menggunakan sumber yang terhad dalam berbelanja.
"Pengguna tidak akan boros atau membazir kerana sumber mereka terhad tetapi berdasarkan kaedah penggunaan yang optima," katanya.
Katanya, pengguna tidak seharusnya mudah terpedaya dengan imej yang disampaikan melalui iklan tetapi perlu menilai kualiti produk.
-- BERNAMA
Umno paling untung dari muzakarah Umno-PAS
Akhbar dalam talian milik kumpulanThe Star telah membuat poll mengenai muzakarah antara Umno dengan PAS. Berikut adalah keputusan poll itu sehingga kini (jam 2.45 petang Isnin)
Undian Mstar.com.my
Muzakarah Umno-PAS bakal menguntungkan parti?
Umno 59.7%
PAS 12.9%
Kedua-dua parti 27.4%