MALAYSIA KINI
Abdul Rahim Sabri
Jan 3, 11
6:12pm
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu.
Bagaimanapun, Nik Aziz enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana ia pertemuan tertutup, lapor Harakahdaily.
“Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan perdana menteri untuk bersembang biasa.
“Bagaimanapun kerana ianya pertemuan tertutup, jadi saya tidak boleh mendedahkannya kepada umum, itu salah dari segi peraturannya,” beliau dipetik sebagai berkata di Kota Bharu tengah hari tadi.
Sementara itu, setiausaha akhbar kepada menteri besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari pula menjangkakan penjelasan lanjut berhubung pertemuan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
"Beliau (Nik Aziz) apa pun akan memberikan kenyataan dalam masa terdekat, dijangka dalam masa 24 jam," katanya ketika dihubungiMalaysiakini.
Perjumpaan 'besar'
Setakat ini, Ahmad Fadhli berkata beliau belum mendapat sebarang arahan daripada menteri besar berhubung perkara itu.
Sejak minggu lalu, pertemuan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan penyokong parti Islam itu, sehingga tersebarnya desas-desus munculnya kembali usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.
Ia bermula apabila laporan tabloid mingguan Siasah - berjudul "Nik Aziz, Najib menghadap Agong?" - pada minggu lalu melaporkan di muka depan pertemuan itu.
Dilaporkan, Siasahmendakwa perjumpaan "besar" pada 24 Disember di Istana Terengganu, Kuala Lumpur turut melibatkan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bimbang dengan perkembangan itu, beberapa pihak, antaranya Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron pada 29 Disember lalu mengulasnya di laman Facebook, menyatakan kebimbangannya kemungkinan berlaku usaha menghidupkan semula idea kerajaan perpaduan.
Malah, terdapat juga dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa turut terlibat dalam pertemuan itu.
'Berdentam-dentumlah isu kerajaan perpaduan'
Hadi setakat ini masih membisu tentang perkara itu.
Setiausaha politik Abdul Hadi - Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar - bagaimanapun memberitahu Malaysiakini, tiada komen akan dikeluarkan oleh pihaknya kerana persoalan itu akan dijelaskan oleh Nik Aziz sendiri.
Perbincangan ini turut menarik perhatian editor organ PAS Harakah Tarmizi Md Jam (kanan) sendiri yang mengulas perkara itu dalam blognya Sanggah Tok Sago hari ini.
"Maka berdentam-dentumlah semula isu kerajaan perpaduan sehari dua ini. Ada blog yang sudah meraban membongkar pertemuan tersebut. Tak kurang juga yang ligat berhujah mempertahankan kumpulan masing-masing.
"Tetapi faktanya kian bercanggah antara satu sama lain. Ada blogger mendakwa timbalan presiden PAS hadir sama, kemudian sehari selepas itu beliau mohon maaf kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa," tulis Tarmizi.
Informasi didalam blog ini adalah daripada sumber-sumber berita media internet.Sebarang komen @ pendapat, sila email ke cardozas02@gmail.com
Monday, January 3, 2011
Banjir kilat tenggelami 60 rumah selepas hujan lima jam
NIBONG TEBAL 3 Jan. – Lebih 60 buah rumah di empat buah kampung sekitar Seberang Perai Selatan (SPS) di sini, dinaiki air setinggi hampir satu meter selepas dilanda hujan lebat selama lima jam sejak pagi tadi.
Hujan yang bermula kira-kira pukul 8.30 pagi itu mengakibatkan air naik dengan cepat menyebabkan penduduk di Kampung Sungai Kechil, Kampung Besar, Simpang Ampat Tasek dan sekitar Jawi tidak dapat menyelamatkan barangan rumah termasuk perkakas elektrik.
Ketua Polis Daerah SPS, Supt Shafien Mamat berkata, kejadian banjir kilat itu adalah yang terburuk pernah berlaku di kawasan tersebut.
"Sehingga kini hanya seorang orang kelainan upaya (OKU) warga emas ditempatkan di dewan orang ramai dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memberi bantuan segera berupa makanan untuk membantu mangsa,” katanya ketika ditemui semasa melawat mangsa di Kampung Nenas, Sungai Kechil, di sini.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan tentang banjir tersebut pada 10.30 pagi ketika paras air sungai berhampiran melimpah dan meningkat dengan cepat. – Bernama
Khairul Fahmi dapat rumah pemberian kerajaan Kelantan
KOTA BHARU 3 Jan. – Penjaga gol pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 21, yang membantu Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF 2010 baru-baru ini dianugerahkan sebuah rumah oleh kerajaan Kelantan bagi mengenang jasa dan pengorbanan penjaga gol itu.
Pemberian rumah itu diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas majlis meraikan Khairul Fahmi oleh penduduk Kampung Cherang Ruku di sini, hari ini.
"Sebagai mengenang budi dan menghargai jasa anak muda kita yang berbakti melalui sukan bola sepak membantu negara menjulang piala, maka pihak kerajaan negeri memutuskan menghadiahkan sebuah rumah kepada Khairul Fahmi.
"Kita akan tetap beri hadiah. Itu kenyataan saya (pemberian sebuah rumah) dan segala butiran mengenai pemberian hadiah tersebut akan dilaksanakan oleh Exco bertanggungjawab,” kata Nik Aziz. – Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)