Wednesday, February 9, 2011

'Pelantikan Isa Samad buruk untuk pasaran'

Pelantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

NONE“Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah,” katanya.

Bercakap di forum anjuran badan pemikir, Ideas, Tengku Zafrul bagaimanpun berkata pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera.

Meskipun Tengku Zafrul agak berdiplomasi ketika memberika alasannya, rakan panel Anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof berkata rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.

Mohd Isa didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005.

“Adalah hari yang sedih apabila Isa dilantik sebagai pengerusi Felda,” kata Zainal Aznam.


Menurutnya, pembaharuan sebenar hanya boleh dicapai jika ada pengharaman menyeluruh pelantikan ahli politik mengetuai GLC.

“Kenapa tidak katakan sahaja ahli politik tidak boleh dilantik, tidak kira parti mana yang diwakili, atau sama ada awak adalah korup?

“Rasuah berkait dengan kuasa, jadi andaian asas adalah (ahli politik) dilabel sebagai korup,” katanya sambil menambah pelantikan Isa satu tamparan kepada reputasi baik Felda di kalangan negara-negara membangun.

Facebook berpindah ke ibu pejabat lama Sun Microsystems

MENLO PARK 9 Feb. – Facebook akan memindahkan ibu pejabat korporatnya ke Menlo Park, California bermula pertengahan tahun ini, iaitu perpindahan kedua syarikat rangkaian sosial paling pantas berkembang itu dalam tempoh dua tahun.
Facebook yang mempunyai 2,000 pekerja dan kini berpangkalan berhampiran Palo Alto berkata, perpindahan ke satu lagi kawasan Silicon Valley itu akan memberi lebih ruang untuk mengembangkan kakitangannya pada masa depan.

Facebook, iaitu rangkaian sosial terbesar di dunia dengan lebih 500 juta pengguna, sedang berkembang pesat dari segi pertumbuhan operasi dan kakitangan.

Ibu pejabat baru itu nanti mempunyai keluasan kira-kira 93,000 meter persegi dan ia merupakan bekas ibu pejabat Sun Microsystems yang kini telah diambil alih oleh Oracle Corp. pada 2010.
Proses perpindahan dijangka dapat dimulakan Jun atau Julai ini. - Reuters
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...