Monday, July 14, 2008

Usul ketidakpercayaan ditolak, MP Pakatan Rakyat keluar dewan

Petikan: Harakah Daily

Azamin Amin & Wan Nordin

Mon | Jul 14, 08 | 9:47:52 am MYT

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Hrkh) - Seperti dijangkakan, speaker telah menolak usul ketidakpercayaan yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Tindakan speaker yang menolak untuk dibawa ke dewan usul tersebut telah menyebabkan Ahli-ahli Pakatan Rakyat bertindak bangun dan keluar dari persidangan yang sedang berlangsung.

Berikut adalah kronologi peristiwa

1.00 petang: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar daripada dewan hari ini sebagai protes terhadap speaker yang tidak membenarkan usul dibawa ke dalam dewan.

Sementara itu, Wan Azizah dalam sidang medianya sebentar tadi melahirkan kekesalannya atas perintah mahkamah yang dikeluarkan untuk menghalang Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada hadir ke parlimen.

11.35 pagi: Masih tiada sebarang maklumat mengenai keputusan usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

11.30 pagi: Wartawan yang menemui pimpinan Pakatan Rakyat di luar parlimen sebelum ini melahirkan rasa terkejut dan mengakui tidak mengetahui sebarang usaha dan rancangan untuk mengadakan demonstrasi oleh sesiapa. Sehingga kini, wartawan dari media alternatif masih tidak dibenarkan masuk.Dan

10.30 pagi: Dilaporkan pihak berkuasa dengan kekuatan seramai 200 anggota polis, 100 orang anggota berpakaian preman dan 4 trak FRU berkawal di sekitar parlimen. Sementara itu, wartawan dan jurugambar dari media alternatif termasuk dari agensi asing turut dihalang dan berlegar di luar bangunan parlimen

10.10 pagi: Media alternatif termasuk dari Harakah, Malaysiakini dan WebTVPAS dihalang dari masuk ke parlimen dengan alasan tidak mempunyai pas rasmi

9.45 pagi: Wartawan Harakah yang ingin membuat liputan sidang Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini masih lagi menunggu giliran untuk masuk ke kawasan tersebut.

9.30 pagi: Wartawan Harakah dan petugas media lain telah 'dipaksa' berjalan kaki sejauh hampir sekilometer daripada pintu pagar Parlimen dan sebarang kenderaan media tidak dibenarkan masuk.

Sehingga berita ini ditulis, hanya kenderaan Ahli Parlimen sahaja yang dibenarkan masuk.

8.30 pagi: Jalan raya sekitar Kuala Lumpur dilaporkan sesak akibat beberapa sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak polis.

7.30 pagi: Pengguna jalan raya memberikan laporan bahawa pihak polis telah melakukan sekatan ke jalan-jalan yang menuju masuk ke Kuala Lumpur dan sekitar kawasan parlimen.

Sebelum ini,Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata langkah keselamatan itu terpaksa diambil selepas beliau mendapat maklumat satu demonstrasi besar-besaran akan diadakan oleh pihak pembangkang sama ada di dalam ataupun di luar kawasan Parlimen.

Ia ekoran tindakan Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengetuai 14 ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul ketidakpercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kepada Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang akan memutuskan sama ada menerima atau menolak usul itu, Isnin ini.

"Saya difahamkan, sama ada usul ini akan diterima ataupun ditolak, saya telah mendapat maklumat satu demonstrasi besar-besaran akan dibuat sama ada di dalam atau di luar kawasan Parlimen, Isnin ini,"dakwanya.

Nazri berkata pihak polis akan membuat kawalan yang ketat dan hanya akan membenarkan ahli Parlimen sahaja masuk ke dalam kawasan Parlimen.

"Saya telahpun menghubungi Speaker memaklumkan tentang tindakan yang saya ambil ini, semata-mata untuk keselamatan ahli-ahli Parlimen dan juga kawasan Parlimen.

"Keselamatan Anggota-anggota Parlimen dan keselamatan kawasan Parlimen adalah diutamakan dan kita tidak mahu apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku dalam kawasan Parlimen," katanya lagi.

Ditanya sama ada pihak media yang membuat liputan akan turut terjejas dengan langkah keselamatan tersebut, Nazri berkata perkara itu adalah terpulang kepada pihak polis.

"Media, memanglah mereka bertugas. Jadi apa juga tindakan yang diambil oleh pihak polis itu terpulang kepada budi bicara mereka kerana akhirnya polis yang bertanggungjawab di atas keselamatan di kawasan itu," katanya. - mks._

Protes tindakan polis, Anwar tidak mahu ke IPK

Petikan: Harakah Daily

Anis Nazri

Mon | Jul 14, 08 | 11:44:47 am MYT

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan tidak akan menghadirkan diri ke IPK Kuala Lumpur, hari ini, seperti yang dilaporkan semalam.

Menurut peguam Anwar, Sankara Nair, keputusan itu diambil memandangkan tindakan pihak polis mendatangi rumah Anwar bagi menyerahkan suatu perintah di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah pada Sabtu, 12 Julai lalu.

Malah, katanya pada Ahad, 13 Julai, pihak polis sekali lagi datang ke rumah Anwar dan mengganggu serta menuntut keluarganya menerima penyerahan perintah tersebut.

Pihak polis,mendakwa beliau enggan meninggalkan rumah Anwar dan menyebabkan keluarga Anwar berada di dalam ketakutan.

"Pihak polis dan anakguam saya (Anwar) telah mengambil kata sepakat untuk hadir di IPK hari ini, bagaimanapun dengan tindakan intimidasi ini, anakguam saya tidak akan hadir kerana terlalu kecewa dengan sikap tidak profesional polis," tegas beliau dalm kenyataannya, kepada Harakahdaily, hari ini.

Anwar juga, menurut Sankara bersedia bekerjasama dengan pihak polis sekiranya polis bertindak secara profesional dan mematuhi persefahaman baik tersebut dan undang-undang.

"Walau apa pun, anakguam kami mengulangi kedudukan beliau bahawa anakguam kami bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis sekiranya pihak polis tidak mengganggu beliau atau mengintimidasi keluarganya dan tidak memungkiri persefahaman baik tersebut, " tegas beliau lagi.

Sankara juga berkata jika syarat agar tidak mengganggu keluarga Anwar dipatuhi polis, maka pihaknya memohon agar suatu tarikh baru ditetapkan supaya Anwar boleh hadir ke IPK KL untuk meberi keterangan.

"Di dalam keadaan intimidasi yang dilakukan oleh pihak polis seperti ini, anakguam kami tidak dapat menghadirkan ke IPK Kuala Lumpur pada 14 Julai ini sehingga keadaan intimidasi ini lenyap sama sekali. Anakguam kami juga ingin memaklumkan bahawa beliau pada hari Rabu 16-7-2008 akan hadir ke pejabat Agensi Anti-Rasuah untuk memberi keterangan," kata Sankara lagi. - mr_

Sekatan, Parlimen bagai 'zon perang' - Mahfuz

Petikan: Harakah Daily

Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh

Mon | Jul 14, 08 | 3:09:06 pm MYT

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menyifatkan sekatan yang berlaku di beberapa jalan raya menuju ke Parlimen hanya menjadikan kawasan Parlimen seolah-olah 'zon perang'.

ImageMalah tindakan polis mengadakan sekatan bermula dari beberapa jalan raya menuju ke Kuala Lumpur hanya menyusahkan pergerakan rakyat, katanya.

"Kami ahli parlimen juga terpaksa melalui kesesakan yang disebabkan sekatan jalan raya yang dibuat pihak polis," katanya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Sedangkan katanya, Pakatan Rakyat tidak merancang sebarang perhimpunan aman di Parlimen terhadap usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang dibawa Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

"Kami tidak pernah merancang himpunan, mengapa pihak berkuasa polis perlu mengadakan sekatan hingga menjadikan Parlimen seperti dalam 'zon perang' atau 'zon bahaya'," ujarnya.

Beliau seterusnya melihat sekatan jalan raya yang dibuat hari ini hanyalah sebagai usaha untuk menakut-nakutkan pihak tertentu malah menggambarkan kononnya berlaku sesuatu.

Beliau juga kesal dengan tindakan pihak berkuasa menghalang wartawan-wartawan dari media alternatif termasuk Harakah untuk masuk ke bangunan Parlimen bagi membuat liputan.

"Biasanya mereka boleh masuk sahaja untuk membuat liputan, tetapi mengapa hari ini mereka dihalang, adakah ini kerana kerajaan takut dengan bayang-bayang sendiri,"soalnya.

Sementara itu, mengulas mengenai usul Ketua Pembangkang yang ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia beliau menyatakan bahawa usul itu tiada salahnya jika diterima dan dibahaskan.

Image"Apa salahnya jika ia dibahaskan kerana tiada peruntukan dalam perkara 18 untuk membuat undian.Kenapa tidak beri pihak membawa usul untuk membahaskan selama setengah jam dan pihak kerajaan menjawab selama setengah jam," ujarnya.

Sementara itu sejak jam 9.30 pagi tadi lagi, beberapa orang wartawan di kalangan akhbar alternatif termasuk Malaysiakini dan Harakah tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen termasuk di pekarangan hadapan bangunan tersebut.

Semuanya gara-gara satu perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Kuala Lumpur yang tidak membenarkan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan mana-mana pihak yang kononnya menyokong Pakatan Rakyat berada di sekitar 5 kilometer dari bangunan Parlimen.

Meskipun krew Harakah cuba berbincang dengan pegawai bertugas di hadapan pos kawalan keselamatan, namun ianya gagal walaupun Harakah tidak pernah dihalang masuk ke Dewan Rakyat sebelum ini.

Alasan pegawai tersebut ialah ' ini bukan kebiasaan, yang ada pas biru (pas daripada Jabatan Penerangan) sahaja yang boleh masuk'.

Krew Harakah dan beberapa orang wartawan Malaysiakini diarahkan meninggalkan kawasan kononnya yang dikatakan kawasan larangan oleh beberapa orang Pegawai Cawangan Khas.

Beberapa minit kemudian, muncul Pengerusi BNBBC, Dato' Seri Tiong King Sing dan timbalannya, Dato' Bung Mokhtar Raden untuk menyelesaikan rungutan wartawan berhubung sekatan memasuki kawasan Parlimen.

ImageBagaimanapun, mereka hanya menyelesaikan masalah sekatan membabitkan kelompok wartawan yang memiliki pas penerangan sahaja, sementara beberapa orang wartawan dari akhbar alternatif masih tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen.

Krew Harakah hanya menunggu di luar bangunan untuk membuat liputan Parlimen hari ini hingga jam 1.00 petang.

Sementara itu usul yang dibawa Wan Azizah menyebut, bahawa pilihan raya umum ke-12 menyaksikan tsunami politik apabila lima negeri dan Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Menurutnya, BN mencapai kemenangan tipis dengan memanipulasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan melalui pembohongan.

Harga minyak pula, tambahnya, dinaikkan dengan tiba-tiba selepas pilihan raya walaupun Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak - ketika melancarkan manifesto pilihan raya - berjanji ia tidak akan berlaku.

Manakala ahli-ahli parlimen BN, katanya, yang menolak sikap tidak bertanggungjawab pemimpin mereka, telah diancam dan dipaksa berdiam diri.

Perkembangan tersebut, tambahnya, telah menimbulkan krisis keyakinan terhadap Perdana Menteri dan anggota kabinetnya.

Rakyat, menurut usul itu lagi, berdepan dengan beberapa krisis seperti kenaikan harga bahan bakar dan makanan.

Menurutnya lagi, keyakinan rakyat terhadap polis, peguam negara dan badan kehakiman telah merosot, dan jenayah dan rasuah semakin meningkat. - mks. _

Tindakan polis melampau, bohongi rakyat dua kali

Petikan: Harakah Daily

Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin

Mon | Jul 14, 08 | 5:24:44 pm MYT

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Hrkh) - Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin menyelar tindakan pihak polis dan anggota keselamatan yang menjalankan sekatan jalan raya dengan kawalan yang menyusahkan orang ramai.

ImageMenurutnya, pihak polis telah mengadakan kawalan ketat sekitar Pasar Seni atau Central Market sejak pagi tadi sehingga menimbulkan rasa takut dan kurang senang peniaga serta orang ramai yang berkunjung di sana.

"Ini merupakan tindakan intimidasi atau gangguan yang dibuat pihak polis secara melampau terhadap proses perjalanan demokrasi di negara ini," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau turut menafikan bahawa wujudnya perancangan bagi mengadakan perhimpunan oleh Pakatan Rakyat khususnya KeADILan dalam usaha menyokong usul tidak percaya ke atas Perdana Menteri di Parlimen.

"Tiada sebarang perancangan mahupun usaha untuk mengadakan perhimpunan mengenai isu terbabit," katanya.

Katanya, ini secara tidak langsung membuktikan pihak polis sengaja mengada-adakan cerita bahawa KeADILan dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat menganjurkan perhimpunan.

ImageBercakap kepada media di pekarangan Pasar Seni, beliau melahirkan kekesalan yang bertindak secara tidak profesional dengan menghalang beliau bercakap dengan pihak pemberita.

"Saya amat kesal dengan tindakan melampau pihak polis bagi menangani hal ini, mereka tidak profesional dan tidak demokratik," tegasnya.

Beliau turut menafikan bahawa wujud usaha mengadakan juga perhimpunan tersebut meskipun kononnya ia gagal diadakan di parlimen pagi tadi.

"Kita mendapat arahan daripada OCPD Dang Wangi, serta notis-notis yang ditampal di sekitar Pasar Seni ini melarang sebarang anjuran perhimpunan di kawasan tersebut," ujarnya.

Bahkan, beliau hanya datang bertiga ke lokasi yang didakwa akan dibuat perhimpunan tersebut.

Sejak pagi tadi, sekitar kawasan Pasar Seni dikawal ketat oleh tidak kurang daripada 100 pegawai polis berpakaian uniform serta lebih 100 anggota berpakaian preman daripada bahagian depan, sisi dan belakang bangunan tersebut.

ImageBeberapa trak polis, FRU, motosikal, van dan kereta peronda berbaris panjang di sepanjang jalan dan sisi pasar seni mengundang tanda tanya orang ramai yang lalu-lalang.

Malah, pihak media juga diminta oleh pihak polis untuk segera meninggalkan lokasi Pasar Seni setelah Shamsul beredar dari tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, salahuddin Ayub pula menempelak tindakan pihak polis yang secara keterlaluan mengadakan sekatan jalan raya di seluruh jalan menuju ke bandaraya Kuala Lumpur.

"Tiada sebarang perhimpunan yang dianjurkan, ini merupakan pembohongan kali kedua oleh pihak tertentu.

"Takkan kita sebagai pimpinan Pakatan Rakyat tidak mengetahui mengenai perancangan untuk melaksanakan perhimpunan ini," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau turut mendakwa apa yang dilakukan pihak polis adalah untuk mengharu-birukan situasi seolah-olah ingin menggambarkan kepada rakyat bahawa sekiranya usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat, keadaan akan menjadi tidak stabil.

"Kita kesal dengan kemarahan rakyat dengan tindakan polis yang sengaja mengundang keresahan di hati mereka.

"Apa yang jelas, kerajaan Umno-BN mahu menakut-nakutkan rakyat dalam situasi pelabur telah hilang keyakinan terhadap negara," ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Whip Parlimen, turut melahirkan rasa tidak puas hati apabila para pengamal media alternatif tidak dibenarkan membuat liputan di Dewan Rakyat khususnya mengenai usul undi tidak percaya oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. - mks._

Surat Peguam Menjelaskan Intimidasi tehadap keluarga Anwar

petikan: laman PKR

Our client Dato Seri Anwar Ibrahim will not appear at IPK KL today as reported in the press yesterday.

On Saturday 12th July, AFTER our client has voluntarily agreed to present himself to IPK KL on Monday 14th July at 2 pm, the police in contravention of the voluntary agreement, went about harassing and intimidating his staff members and family members the next day, in attempting to serve an order under Sec 111 CPC. This was totally unnecessary given that we were all in an unconditional agreement, in advance, that our client will appear at IPK KL at 2pm today. Our client has duly protested the uncalled for behaviour of the police and have sent a letter indicating the same, to the police yesterday at 5 pm. Below is a copy of the same for your reference.

Sankara Nair
Counsel for Dato Seri Anwar Ibrahim __________________________________________________

Ruj. Tuan:
Ruj. Kami: SNN/DSAI/08 (Crim)
Tarikh : 13-7-2008

Ybg DATUK MOHD BAKRI BIN MOHD ZININ
PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH
IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA
BUKIT AMAN
50560 KUALA LUMPUR Faks: 03-22731326

Ybhg Datuk,

PER: DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

Dengan segala hormatnya kami merujuk perkara di atas di mana kami mewakili penama di atas.

2. Kami telah diarahkan bahawa lebih kurang pada lewat pagi 12-7-2008 (Sabtu) DSP Jude Pereira dari pejabat tuan telah menghubungi peguam kami Encik S N Nair meminta anakguam kami Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menghadirkan dirinya ke IPK Kuala Lumpur pada 13-7-2008 (Ahad) untuk tujuan pengambilan keterangan.

3. Peguam kami Encik S N Nair selepas berbincang dengan anakguam kami yang berada di Pulau Pinang telah memberitahu DSP Jude bahawa anakguam kami akan hadir pada 14-7-2008 (Isnin) jam 2.00 petang di IPK Kuala Lumpur dan oleh itu suatu persefahaman baik telah dicapai oleh kedua-dua pihak seperti yang dipersetujui dari awal.

4. Tetapi, kami telah dimaklumkan oleh DSP Jude lebih kurang jam 9.30 malam pada 12-7-2008 (Sabtu) bahawa pihak polis telah pergi ke rumah anakguam kami di Segambut Dalam Kuala Lumpur dan telah cuba untuk menyerahkan suatu perintah di bawah s. 111 Kanun Acara Jenayah di bawah nama anakguam kami kepada salah seorang yang berada di rumah anakguam kami.

5. Peguam kami Encik S N Nair membantah kepada DSP Jude bahawa ianya adalah suatu serahan yang tidak teratur dan tiada keperluan untuk mengeluarkan perintah tersebut kerana anakguam kami telah akujanji untuk hadir seperti persefahaman baik yang telah dipersetujui di perenggan 3 di atas.

6. Walaupun perkara di perenggan 5 di atas telah diberitahu kepada pihak polis, kami telah dimaklumkan sekali lagi oleh anak kepada anakguam kami bahawa lebih kurang pada tengahari 13-7-2008 (Ahad) sepasukan pegawai polis telah pergi ke rumah anakguam kami di Segambut Dalam dan telah mengganggu (‘harrass’) dan telah menuntut keluarganya menerima penyerahan perintah tersebut walaupun telah diberitahu bahawa keluarganya tidak mempunyai kuasa untuk menerima perintah tersebut kerana perintah tersebut telah dialamatkan secara kediri anakguam kami. Sepasukan pihak polis tersebut juga telah enggan untuk meninggalkan rumah anakguam kami dan oleh itu telah menyebabkan keluarga anakguam kami berada di dalam ketakutan dan intimidasi yang mana secara keseluruhannya adalah tidak perlu.

7. Berdasarkan kepada di atas, anakguam kami merasa terlalu kecewa dengan sikap tidak professional dan tindakan-tindakan intimidasi pihak polis walaupun telah mencapai persefahaman baik untuk bekerjasama sebelum ini.

8. Anakguam kami sekarang ini ingin menyatakan bahawa kecuali pihak polis bertindak secara professional dan mematuhi persefahaman baik tersebut dan undang-undang, anakguam kami bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis.

9. Walau apa pun, anakguam kami mengulangi kedudukan beliau bahawa anakguam kami bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis sekiranya pihak polis tidak mengganggu beliau atau mengintimidasi keluarganya dan tidak memungkiri persefahaman baik tersebut.

10. Kami selaku peguambela anakguam kami akujanji akan mengemukakan anakguam kami sekiranya kesemua syarat di perenggan 9 di atas dipenuhi oleh pihak polis dan kami memohon agar suatu tarikh baru ditetapkan supaya anakguam kami boleh hadir ke IPK Kuala Lumpur untuk memberi keterangan di bawah keadaan yang tidak membahayakan mana-mana pihak. Di dalam keadaan intimidasi yang dilakukan oleh pihak polis seperti ini, anakguam kami tidak dapat menghadirkan ke IPK Kuala Lumpur pada 14-7-2008 sehingga keadaan intimidasi ini lenyap sama sekali. Anakguam kami ingin memaklumkan bahawa beliau pada hari Rabu 16-7-2008 akan hadir ke pejabat Agensi Anti-Rasuah untuk memberi keterangan.

11. Sekali lagi kami mengulangi bahawa anakguam kami bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis tetapi tidak di dalam keadaan adanya intimidasi dan gangguan dari pihak polis.

Kami memohon agar pihak polis bertindak secara professional selaras dengan slogan baru Polis Diraja Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
S N NAIR & PARTNERS

s.k. anakguam

Menteri Kementerian Dalam Negeri, Malaysia
Putrajaya Faks: 03-88891713

Surat buat Ezam dari Bayan Baru

Petikan: Blog Che Gu Bard

Semalam ketika pulang dari sesi taklimat khas isu semasa bersama kepimpinan Bahagian keADILan Jempol dan ceramah umum, cheGuBard agak terkejut. Dari Palong ke Kuala Lumpur tidak kurang dari 9 sekatan jalan raya terpaksa ditempuhi. Malah sekatan yang agak luar biasa di adakan di Sungai Besi. sms dari teman - teman pula (belum dalam dipastikan kebenaranya) menyatakan parlimen sudah dikepong polis dan bangunan penyiaran seperti Angkasapuri dikawal tentera.


Mungkinkah ini sebagai bukti menunjukkan kebenaran kenyataan menteri - menteri Umno yang menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan proses perubahan fasa 2 (selepas perubahan tsunami politik 8 Mac) yang akan dimulakan Isnin ini dengan usul tidak percaya kepada Pm di Parlimen. Nampaknya perkembangan sehingga terpaksa menggerakkan tentera membuktikan penguasa korup mula panik dengan ketakutan.

Pengumuman Abdullah bahawa dia akan berundur 2 tahun lagi sebenarnya adalah untuk mengendurkan tekanan yang wujud. Pertama tekanan yang diberikan kerana kelemahan dirinya dan kedua tekanan dari kem Najib/Mahathir yang sudah tidak mahu menunggu kerana bagi mereka kelemahan Abdullah akan diperguna PAKATAN untuk mengambil alih kerajaan. Abdullah dilihat bukan sahaja tidak mampu menghentikan proses 'lompat' tetapi memperlahankan proses itu juga tidak mampu.

Ada satu teori pula mengatakan pengumuman Abdullah hanya tindakan membeli masa yang gagal. Jelas kem Mahathir/Najib amat tidak selesa dengan pengumuman 2 tahun itu. Kemungkinan apa yang berlaku ialah modus operandi Tun Razak mengambil alih kuasa dari Tengku Abdul Rahman mungkin tidak boleh dielakkan. Dalam teori ini Anwar dan 'tenteranya' mungkin terpaksa ditahan. tetapi amaran buat Regim Najib nanti jika ini benar berlaku bukan sedikit celaka diundang dalam negara. Kebangkitan kali ini bukan setakat kerana Anwar semata tetapi Anwar dijadikan ikon gerakan rakyat tertindas. Rakyat pasti akan bangkit melawan penderitaan sendiri.

Menyentuh soal Ezam pula seminggu dua ini che'GuBard menerima terlalu banyak sms, komen blog dan email yang mempertikaikan che'GuBard kerana berdiam diri dan tidak komen pasal Ezam. Ada yang memetik semula kenyataan che'GuBard dalam Malaysia today yang menyatakan 'Ezam tetap teman saya tetapi jika dia menyerang parti selaku MPT saya wajib mempertahankan parti...'

Benar kini Ezam telah mula menyerang, tetapi itu bukan bermaksud tumpuan kita harus kepadanya kerana itu yang diharapkan. Dia baru memasuki Umno, jangkaan beliau jalanya senang kerana borangnya diterima presiden Umno sendiri tetapi semuanya berubah selepas itu. Dia hampir tidak diterima keahlianya, dalam mesyuarat MKT umno memutuskan dia hanya dibenar menjadi ahli tetapi tidak dibenar pegang jawatan atau bertanding. Ini anti klimaks bagi penyokongnya.

Sekarang dia dalam proses menyakinkan kepimpinan Umno betapa dia penting dan mampu menjadi meriam strategik untuk menyelamatkan Umno dari serangan kebangkitan rakyat. Dia cuba membuktikan bahawa dia setia malah lebih setia dari orang Umno yang tidak pernah keluar Umno. Dia sedang memancing untuk dijadikan objek serangan PAKATAN ...dia cuba menunjukkan keikhlasan dengan menadah dada untuk di tembak agar memancing simpati dan keyakinan pimpinan Umno. Untuk itu sudah tentu dia memerlukan hujan peluru yang lebat dan kuat agar menimbulkan lebih simpati dan keyakinan.

Dan hari ini mungkin dia sedikit berjaya ketika dia mula ditembak. Mengenai sumpah dan bongkar, apa nak dihairankan ia terlalu sinonim dengan Ezam.

Namun untuk puaskan hati kawan - kawan di bawah ini saya siarkan petikan surat dari Zul, Bayan Baru dan gambar 'kononya' rumah Ezam makin besar semenjak masuk Umno.

Cuma pesanan ikhlas cheGuBard tuduhan abang terlibat dalam konspirasi adalah punca mulut teman yang rapat dengan kamu juga. Budak - budak kamu sendiri yang pecahkan 'lobang' sebelum laporan polis dibuat kamu bertemu Saiful..? Sebelum laporan polis di buat abang sudah umumkan 'akan ada letupan kes liwat terbaru Anwar ? Dalam satu pertemuan tertutup (lebih 3 bulan lepas) di pejabat GERAK abang sudah umumkan cerita skrip liwat terbaru Anwar dan kali ini ia benar terjadi cuma watak berbeza dulu namanya R_sh_d tetapi cerita yang sama cuma namanya Saiful ? Bagaimana ini boleh berlaku ? Jika abang bukan perancang mungkin abang punya ilmu tilikan yang cukup tinggi untuk mengetahui masa depan atau mungkin benar cerita Shamsul, ketika menjadi peguam masa abang di bawah ISA bahawa abang berzikir malam sehingga abang mampu terapung .... wallAllahuallam....

Massive renovations to Ezam's already massive house in Shah Alam, started since he joined Umno

(surat dari Bayan Baru) Salam sejahtera kepada semua teman-teman seperjuangan.Terpanggil saya menulis adalah untuk rasa hati yang memberontak kesan tuduhan serta lemparan kata nista serta cerca daripada AHLI UMNO CAWANGAN DI BAHAGIAN PETALING JAYA,Ezam Md Nor satu-satunya anak Pak Md Nor yang bernama Ezam.

Kehairanan saya timbul kerana setiap hari batang tubuh yang bernama Ezam makin menjadi-jadi cabarannya umpama kata orang tua-tua Bagai Murai Tercabut Ekor.Mengelabah,Meracau,Merapu & Melalut seperti orang yang mabuk.Kenapa yang dia sibuk setiap kali mengajukan cabaran seperti dalam Buletin 1.30 TV3 suku sebentar tadi?Kenapa dia mahu menjadi jaguh tatkala semasa dalam PKR dahulu maki hamun kepada UMNO terutama kepada insan-insan yang menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang peliwat.Teringat taklimat semalam bersama seluruh kepimpinan PKR Bahagian & AJK Perhubungan & AMK Negeri Pulau Pinang apabila Dr Mansor Othman MPT keadilan pusat yang menjawab soalan salah seorang hadirin dalam taklimat.Jawapan Dr Mansor cukup ringkas,”saya tak mahu komen biarlah anda semua nilai sendiri sebab kalau ceramah ezam di pentas keadilan,saya pun tak gamak nak kata macam dia dok ceramah,kasar betul”

Bila di siarkan sebentar tadi dalam buletin 1.30 Ezam kata jangan sampai dia bersumpah mendedahkan siapa Anwar Ibrahim jika dia di hina mendapat jutaan ringgit kerana menyertai UMNO keluar dari mulut Anwar atau pun Wan Azizah.Terfikir sejenak,aku keliru,bab sumpah ni bagi manusia yang bernama Ezam sudah menjadi kebiasaan.Keluarkanlah CD Ceramah Ezam dulu-dulu,bukan takat Sumpah Keramat atau Sumpah Seranah lain tapi menyumpah dengan UMNO sampai satu tahap kepada AHLI UMNO kena tanyala kepada Ezam.Jangan tanya Ezam ‘Apa Yang U Maki Umno’ tapi tanya dia ‘Apa Lagi Yang U Tak Kata Kat UMNO’ masa dalam PKR.Habis sumpah seranah & ucapan yang keluar dari mulut Ezam hingga waktu itu anak muda menjadikan dia sebagai ikon keberanian menentang kezaliman pemerintah.

Kenapa nak tunggu keluar dalam mulut Anwar atau Wan Azizah?Untuk pengetahuan Ezam,saya sempat berjumpa dengan teman seperjuangan anda dulu dari pulau pinang sekarang ini mereka ialah Exco Angkatan Muda Malaysia iaitu saudara Amizudin Ahmat & saudara Zulkifli Ibrahim bagaimana respon Dato’ Seri Anwar berkenaan isu Ezam sibuk nak cabar Anwar.Jawapan Anwar cukup untuk menjawab cabaran daripada Ezam,Anwar maklumkan ‘Biar la,dia nak belajar macam mana politik.Banyak lagi agenda kita kepada rakyat’.Terfikir pula saya,jika Ezam mengatakan bahawa nak tunggu keluar dari mulut Anwar nak sentuh berkenaan nama EZAM.Buang masa Ezam nak tunggu,bukan Anwar sahaja bahkan ramai kalangan pimpinan pusat termasuklah din & zul yang Ezam kenal cukup rapat dengan mereka ini pun tak pernah nak usik atau menghina Ezam.

Saya juga mendapat tahu bahawa AMK Pusat pernah membangkitkan isu berkenaan cabaran & keceluparan saudara.Sekali lagi saudara di selamatkan oleh saudara Amizudin,Zulkifli,Abd Rahman & beberapa lagi teman Exco untuk tidak membincangkan mengenai Ezam sehingga mereka telah membuat keputusan abaikan dari melayan karenah kebudak-budakan Ezam dengan menumpu kepada misi pembangunan membawa agenda rakyat serta memperkasakan parti.Saya rasakan ada dua kemungkinan tindakan itu dibuat,sama ada Exco AMK Pusat masih sayangkan Ezam sebab itu mereka tidak mahu pukul habis-habisan Ezam dalam pentas politik ataupun Exco AMK Pusat tidak pernah menganggap kewujudan Ezam di pentas politik.

Andaikan anggappan kedua betul,Ezam perlu rasa malu & sedar bahawa tindakan Ezam cuba mencari publisiti glamour atau cubaan menjadi jaguh dengan menonjolkan diri dalam media-media bak kata pepatah hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.sedarkah Ezam,bukan sahaja AHLI UMNO yang meluat dengan tingkah laku Ezam bahkan saya sempat dihubungi teman lama yang saya cukup yakin tidak mengikuti perkembangan politik dari dekat tiba-tiba menghubungi saya & memaki hamun kepada manusia yang bernama EZAM MD NOR.

Saya cukup berpuas hati sikap kematangan politik AMK Pusat yang ‘Ignore’ saja segala tohmahan serta cabaran EZAM,tetapi yang paling penting Anwar tidak memberi respon kepada EZAM membuatkan dia tidak setaraf dengan Pimpinan parti di semua peringkat di pusat.layak saya samakan taraf EZAM dengan AJK WANITA KeADILan BAHAGIAN.Nasihat saya kepada Ahli UMNO yang sahaja,pada EZAM tak guna nasihat sebab dia Ego,penting diri,menipu,hipokrit,tak malu dan banyak lagi.Tanyakan kepada EZAM

1.Mana dia 6 kotak rasuah pemimpin UMNO yang ada ditangan anda?
A.J.E:Saya cakap sebab Anwar cakap ada pada dia,jadi tanyala Anwar.

2.Kami tahu skandal Rafidah berkaitan saham & AP,kenapa EZAM masuk UMNO?
A.J.E:Saya yakin kepimpinan DS Abdullah & DS Najib yang menunjukkan komitmen menanggani rasuah yang tidak pernah di lakukan mana-mana pemimpin negara.

3.Dato Seri Anwar Ibrahim masa jadi pemangku dia terus pinda akta rasuah itu bukan saja komitmen tapi pelaksanaan membenteras rasuah?
A.J.E:Itu dulu,dia pun bukan bersih,saya tahu siapa Anwar saya tak nak aibkan

4.Jawab soalan saya,klau nk ikut komitmen lawan rasuah,Anwar dah tunjukkan.Kenapa masih pilih UMNO?
A.J.E:Macam saya kata tadi la,saya yakin dengan perubahan DS Abdullah

5.Dalam PKR dulu saudara selalu tak sehaluan dengan Pimpinan sama ada dlm kalangan pemuda itu sendiri Saifuddin,Saiful Izham,Lokman sehingga Azmin Ali?
A.J.E:Saya tegur cara mereka ini juga di ajar dalam islam,kalau mereka tak mahu dengar tak guna saya jadi ketua pemuda PKN,baik saya tumpu pada agenda rakyat.UMNO pilihan saya.

6.Tetapi pertembungan saudara membuatkan org lain terlibat sama,Contoh dulu cikgu Bard tak ada masalah dengan Saifuddin & Azmin tapi kerana pertahankan saudara dia bertembung dengan Saifuddin & Azmin?
A.J.E:Saya tak minta dia bertembung kerana saya,biar saya dah la berdepan

7.Saya dengar dakwaan Amizuddin Ahmat Exco Kanan AMK Pusat mengenai saudara bukan seorang pejuang tetapi pekerja kerana sepanjang dalam keadilan saudara di biayai sehinggakan Ezam & Isteri dibiayai ke mekah tahun sudah?
A.J.E:Tak betul,itu semua fitnah pada saya.Saya ke mekah pun duit hasil simpanan saya selama 10 tahun.
8.Sejak masuk UMNO ni,lain sungguh jawapan saudara ya?dah lama buat keja menipu ni?Semua soalan saya langsung tak menunjukkan jawapan sebenar.
A.J.E:Saya tak pernah bohong,saudara tak tahu yang Anwar tu kaki liwat,Tapi saya tak mahu aibkan dia,saya ada bukti.

Oleh itu,saya cabar saudara EZAM untuk buktikan siapa dia Anwar?Tak perlu bagi alasan ‘JIKA’ keluar dari mulut Anwar atau Wan Azizah sebab Ezam masuk UMNO kerana habuan jutaan ringgit.Jangan gunakan alasan ‘tak mahu aibkan’ sebab dulu tiada istilah tersebut sewaktu saudara londeh Mahathir,londeh anak menantu Pakla,londeh Najib rosmah,londeh Hishamuddin Hussien onn,londeh khir toyo & kami tak lupa langsung apa yang kamu dakwa pemimpin pada UMNO,Sebab tu saya mahu anda jumpa EZAM tanya dia ‘ADA APA LAGI YANG DIA TAK KATA PADA UMNO’ semasa dalam PKR?Dulu kata PKR jangan cabar saya,sekarang kata pula,‘JIKA’ Anwar & Wan Azizah desak.Belit-belit la lu Ezam.

Anwar,Wan Azizah & seluruh kepimpinan pusat tak ada masa nak layan bincang isu anda,jadi saya buka gelanggang EZAM buktikan siapa ANWAR supaya demi AQIDAH kami layak tahu kerana kami adalah orang yang akan pertahankan insan di zalimi bukan sahaja pada Anwar.Buktikan,Buktikan & Buktikan jangan hanya tahu menyalak macam anjing salak bukit.Kamu penipu besar,benarlah kata-kata Lokman Noor Adam sebelum ini mengenai EZAM.Iaitu PEMBOHONG!!!

Note : A.J.E. bermaksud ‘Adakah Jawapan Ezam’

Zulfazdli Md Noordin,
Timbalan Ketua AMK Bhg Bayan Baru



Petugas media dihalang masuk Parlimen

14-07-2008 01:58:44 PM


PARA petugas media berkumpul untuk mendengar perbahasan di dalam Dewan Rakyat melalui televisyen yang di sediakan di dalam bangunan Parlimen di sini, hari ini. Mereka dibenarkan masuk ke bangunan itu satu jam kemudian hasil campur tangan Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional dan pihak berkuasa Parlimen. -foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seramai 20 kakitangan media yang ditugaskan membuat liputan persidangan Dewan Rakyat dihalang daripada memasuki perkarangan Parlimen sebelum dibenarkan masuk satu jam kemudian hasil campur tangan Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan pihak berkuasa Parlimen.

Larangan masuk itu dipercayai sebahagian daripada langkah keselamatan yang diambil oleh polis kerana satu perhimpunan bantahan dikatakan akan berlangsung di hadapan bangunan Parlimen hari ini.

Petugas media berkenaan akhirnya dibenarkan masuk pada 10.45 pagi selepas Pengerusi BNBBC Datuk Seri Tiong Sing King dan timbalan pengerusinya, Datuk Bung Mokhtar Radin dan Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Kamaruddin Baria berunding dengan pihak polis.

Bagaimanapun, beberapa petugas media asing, media portal berita dan petugas media tanpa kad akreditasi media rasmi tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen.

Sehingga pukul 11 pagi, perhimpunan yang diura-urakan itu tidak berlaku.
Keadaan di sekitar kawasan Parlimen kelihatan terkawal. BERNAMA

Usul tak percaya ditolak, wakil pembangkang keluar Dewan

14-07-2008 02:52:28 PM

DR. WAN AZIZAH Wan Ismail bersama Lim Kit Siang pada sidang media selepas usul tergempar yang difailkan Khamis ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat hari ini. - foto The Star oleh Darran Tan

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Kesemua anggota Parlimen pembangkang iaitu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP hari ini bertindak keluar Dewan apabila usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar Amin, yang menerima permohonan usul itu daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail Khamis lepas berkata, beliau telah memberikan alasan bertulis terhadap penolakan di bawah peraturan 18 (7), walaupun secara asasnya tidak diperlukan untuk membuat penjelasan.

"Speaker tak perlu beri alasan pun tetapi apabila saya tak jawab, seolah-olah saya sembunyikan sesuatu. (Alasan penolakan ialah kerana) Apabila saya baca usul berkenaan ia menyatakan mengambil ketetapan tidak percaya.

"Mengambil ketetapan ini membabitkan pengundian sedangkan 18 (1) dan 18 (2) ialah untuk merunding. Maca mana pulak saya boleh benarkan di bawah 18 (1) dan 18 (2)," katanya ketika memulakan sesi penggulungan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan di sini.

Beliau berkata, alasan lain yang diberikan secara bertulis kepada Dr. Wan Azizah mengenai sebab penolakan itu ialah semua yang hendak dkemukakan dalam Dewan mengikut peraturan mesyuarat itu sudah dikemukakan pada perbahasan usul kenaikan harga minyak tempoh hari.

Anggota Parlimen pembangkang membuat keputusan keluar Dewan selepas Pandikar Amin menyatakan sesiapa juga yang bangun untuk mempertikaikan keputusannya menolak usul berkenaan akan diarah keluar.

"Siapa yang bangun selepas (Anggota Parlimen) Batu (iaitu Tian Chua berhujah) saya akan arah dia keluar (Dewan)," katanya.

Ketika keadaan semakin hangat dengan penyokong kerajaan dan pembangkang bertikam lidah termasuk menyindir antara satu sama lain, Dr. Wan Azizah bangun meminta Pandikar Amin mempertimbangkannya semula.

"Kalau boleh timbangkan. Kita terpaksa meninggalkan Dewan. Inilah cara kami (menyuarakan hasrat rakyat)," kata Dr. Wan Azizah.

Selepas Pandikar Amin tidak melayani permohonan itu dan menegaskan bahawa keputusannya adalah muktamad, Dr. Wan Azizah bangun dan keluar dari Dewan dengan diikuti kesemua anggota pembangkang lain.

Khamis lepas parti pembangkang menyerahkan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri kepada Pandikar Amin di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini.

Usul itu diserahkan oleh Dr. Wan Azizah Ismail yang mengetuai 14 Anggota Parlimen dari parti pembangkang yang mewakili PKR, PAS dan DAP.

Usul itu adalah di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2) yang berbunyi "Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kempipinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan." BERNAMA

Polis berjaya sekat perhimpunan 'haram', tiada tangkapan dibuat

Petikan: mStar Online

KUALA LUMPUR
: Polis berjaya menyekat penganjuran perhimpunan 'haram' di luar bangunan Parlimen yang sepatutnya diadakan hari ini setelah mengadakan sekatan jalan raya sejak tiga hari lalu bermula Sabtu.

Perhimpunan itu dikatakan dirancang untuk memberi sokongan moral kepada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Notis usul itu dikemukakan Khamis lepas oleh Wan Azizah dan ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata sekatan di beberapa buah jalan utama menuju ke Parlimen dibuat berdasarkan maklumat yang diterima.

"Pihak polis menyiasat secara terperinci maklumat yang diterima sebelum mengambil keputusan untuk mengadakan sekatan lalu lintas," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Jelas beliau, polis menyedari tindakan sekatan lalulintas menyukarkan pengguna jalan raya untuk ke tempat kerja, namun langkah demikian perlu diambil bagi memastikan keselamatan awam terjamin.

"Hingga kini, polis masih menjalankan sekatan seperti biasa. Namun, kemungkinan besar kita akan hentikan sekatan pada lewat petang atau malam ini berdasarkan perkembangan semasa," katanya.

Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk ialah Jalan Parlimen, Jalan Mahameru, Jalan Duta dan Jalan Kuching.

Ditanya samada wujudnya perhimpunan tanpa permit di tempat lain, beliau berkata hanya satu perhimpunan kecil dikenalpasti dilakukan di kawasan Pasar Seni kira-kira 2 petang tadi.

"Tiada perhimpunan dikesan di tempat lain kecuali di Pasar Seni. Namun, jumlah yang hadir adalah kecil iaitu 20 hingga 30 orang.

"Polis berjaya mengawal kumpulan itu dan tiada sebarang tangkapan dilakukan," katanya tentang perhimpunan yang turut melibatkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Muhammad Sabtu turut memberitahu media, tiada sebarang tangkapan dibuat sepanjang sekatan dilakukan sejak Sabtu lalu walaupun pihak polis banyak menerima cemuhan daripada orang ramai.

"Polis telah mengeluarkan arahan kepada semua anggota untuk jalankan sekatan mengikut lunas undang-undang. Kita tidak melakukan sekatan sewenang-wenangnya melainkan demi kepentingan awam," katanya.

Diminta mengulas mengenai penafian beberapa pemimpin parti pembangkang mengenai perhimpunan 'haram' ini, beliau berkata, "Itu perkara biasa, ini mainan mereka setelah melihat kekuatan polis.".

Beliau juga ditanya tentang persediaan pihak polis bagi mengawal keadaan semasa debat kenaikan harga minyak yang dijadualkan esok antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, polis akan menempatkan anggotanya bagi mengawal kemungkinan yang bakal berlaku.

Beliau turut menjelaskan kira-kira 20 peratus kekuatan anggota polis Kuala Lumpur digunakan dalam sekatan sejak tiga hari lalu.

Polis semalam mendapat perintah mahkamah untuk melarang orang ramai daripada menyertai perhimpunan di hadapan bangunan Parlimen hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sofian Md Yassin berkata perhimpunan itu adalah perhimpunan haram dan mengingatkan orang ramai yang menyertai, atau menganjur perhimpunan tanpa permit itu, akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Polis 1967.

KL sesak teruk angkara BN phobia dengan undi tak percaya


Kesesakan lalu lintas teruk yang berlaku di sekitar Jalan Parlimen pada 9.30 pagi tadi.

Polis trafik mengawal keadaan lalu lintas yang sesak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur sekitar pukul 9.30 pagi tadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...