Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa anggota Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 yang disifatkannya "sudah hampir tiba".
Najib, yang juga Presiden Umno berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.
"Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.
"Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah," katanya.
Berucap pada majlis 'Malam Pemimpin Bersama Rakyat-Rakyat Didahulukan' di Shah Alam, malam semalam, Najib, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, mahu semangat seumpamanya diterapkan dalam diri setiap warga Umno negeri tanpa mengira usia.
"Kalau British kita boleh kalahkan kerana kita berjuang berhabis-habiskan, takkan lah Umno Selangor tidak boleh bangkit dari peristiwa itu (kekalahan pada pilihan raya umum lalu).
"Segala kekurangan dan kezaliman kerajaan negeri hari ini di Selangor mesti diperbetulkan," katanya.
Najib juga mengingatkan bahawa dalam sistem demokrasi terbuka, sejarah kegemilangan sesebuah parti politik tidak menjamin kelangsungan kuasa mereka.
"Sejarah itu sepatutnya kita ambil sebagai iktibar kerana politik adalah suatu bentuk 'game', yang berkisar kepada nombor dan persepsi.
"Sebagai contoh dalam sesebuah negeri mempunyai majoriti pengundi Melayu, tetapi tidak bersatu, maka tidak akan membawa sebarang kesan seperti yang diharapkan," katanya.
Mengulas mengenai kumpulan veteran Umno, Najib berkata, dalam konteks perjuangan, tidak ada noktah bagi perjuangan anggota parti selagi nyawa dikandung badan dan kudrat masih ada.
"Kita banyak terhutang budi kepada ahli veteran Selangor, paling besar nilai sumbangan veteran Umno Selangor ialah melalui kepimpinan mereka selama ini yang menjadikan Selangor sebagai negeri yang paling maju.
"Kejayaan yang dikecapi hari ini bukan pimpinan negeri tetapi pimpinan Umno yang telah memberikan sumbangan dan nilai kepada pembangunan dan kejayaan Selangor," katanya.
Majlis anjuran Kelab Veteran Umno Selangor itu antara lain bertujuan mengisi tabung Veteran Umno bagi membolehkannya meneruskan pelbagai aktiviti bagi membangunkan masyarakat, khususnya golongan veteran parti itu.
Informasi didalam blog ini adalah daripada sumber-sumber berita media internet.Sebarang komen @ pendapat, sila email ke cardozas02@gmail.com
Friday, May 6, 2011
Sultan Muhammad V Bertemu Jodoh
KOTA BHARU 5 MEI : Kelantan bakal menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin.
Dalam satu sidang akhbar khas di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang semalam bagi mengumumkan mengenai pelancaran Yayasan Kelantan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu ini, Sultan Muhammad ditanya sama ada baginda akan berkahwin dan sambil tersenyum, menjawab: "Insya-Allah saya berdoa, Insya-Allah Tuhan akan makbul."
Sultan Muhammad, 42, yang mudah membahasakan diri baginda sebagai "saya" atau "kita", berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan.
"Jadi saya fikir Insya-Allah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insya-Allah berjaya," titah baginda.
Sultan Muhammad, yang dimasyhurkan pada 13 Sept tahun lalu, bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.
Baginda, yang terkenal dengan sifat mendekati rakyat dengan berkopiah dan berjubah, adalah putera sulung Sultan Ismail Petra.
Baginda dan bekas isteri, Tengku Zubaidah Tengku Norudin, tidak dikurniakan cahaya mata.-BERNAMA
"Jadi saya fikir Insya-Allah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insya-Allah berjaya," titah baginda.
Sultan Muhammad, yang dimasyhurkan pada 13 Sept tahun lalu, bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.
Baginda, yang terkenal dengan sifat mendekati rakyat dengan berkopiah dan berjubah, adalah putera sulung Sultan Ismail Petra.
Baginda dan bekas isteri, Tengku Zubaidah Tengku Norudin, tidak dikurniakan cahaya mata.-BERNAMA
Gempa kuat landa Jepun, tiada kerosakan
TOKYO 6 Mei – Satu gempa bumi kuat melanda timur laut Jepun semalam, kawasan yang telah pun musnah akibat gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu.
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berukuran 6.1 skala Richter itu berlaku pada pukul 12.58 pagi (10.58 waktu Malaysia), 276 kilometer ke timur Sendai, Pulau Honshu.
Bagaimanapun tiada laporan kerosakan atau kematian dibuat. Amaran tsunami turut tidak dikeluarkan. – AFP
Subscribe to:
Posts (Atom)