Wednesday, May 18, 2011

PKR dakwa 'projek IC' akan berjangkit ke Semenanjung

Project IC' atau cubaan mendaftar warga asing sebagai pengundi dijangka akan berleluasa di Semenanjung Malaysia pula, seperti keadaan di Sabah sebelum ini.

NONEBekas ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Chong Eng Leong berkata, hasil penyelidikannya selama 15 tahun -- yang dimuatkan dalam bukunya Lest We Forget -- menganggarkan kira-kira 600,000 pendatang haram diberikan kewarganegaraan bawah projek di Sabah.

Dr Chong - kini merupakan ahli PKR - mendakwa bahawa projek tersebut dilihat akan ditumpukan di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat - Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

"Masalah ini bukan sahaja memberi kesan kepada keselamatan negara tetapi juga (terhadap) isu tanah di Sabah.

"Saya tidak terkejut sekiranya mereka menggunakan modus operandi ini di Selangor atau negari Pakatan yang lain," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Beliau juga mendakwa, usaha yang dikenali sebagai 'Projek Mahathir' yang didalangi Umno itu turut melibatkan kerjasama beberapa agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pendaftar Negara (JPN) dan ketua-ketua kampung.


'Pasukan petugas'

Sebagai contoh, dakwanya, terdapat pertemuan antara Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Megat Junid Megat Ayob dan JPN bagi mencari membincangkan perkara itu.

Menurutnya, seorang ketua kampung ketika itu Hasnar Ibrahim -- kini ahli PKR -- didakwa terlibat menandatangani dokumen tersebut.

Dr Chong juga mendakwa, sekitar tahun 1990-an Umno juga menubuhkan satu 'pasukan petugas' bagi memberikan kad pengenalan kepada warga asing yang diketuai Datuk Musa Aman yang kini merupakan ketua menteri Sabah. 

NONEKatanya, pemberian kad pengenalan tersebut bertujuan untuk menumbangkan PBS - yang belum menyertai BN ketika itu - dalam pilihan raya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Khalid Jaafar dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Sementara itu, Khalid berkata, ekoran pengalaman menjatuhkan PBS di Sabah, beliau "nampak" ia akan berlaku di Selangor.

Malah pada 26 Mac lalu, Khalid berkata seorang ahli PKR membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi Sepang berhubung dakwaan pemberian kad pengenalan kepada warga asing dari Indonesia.

Mengulas berhubung peningkatan jumlah pengundi di Hulu Selangor yang mencecah 15,000 orang, Khalid mempersoalkan jumlah yang tinggi itu.

"Daripada mana datangnya (angka) ini. Jentera kita akan membuat siasatan daripada mana datangnya jumlah itu," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...