Monday, June 8, 2009

Polis Indonesia periksa tubuh Manohara

Muda Mohd Noor | Jun 8, 09

Polis Indonesia telah menjalankan pemeriksaan ke atas bahagian tubuh Manohara Odelia Pinot yang didakwa didera oleh suaminya, putera Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry.

Ibunya, Daisy Fajarina berkata, Manohara diperiksa oleh anggota polis wanita di ibu pejabat polis republik itu dan berada di situ selama 12 jam Jumaat lalu, demikian dilaporkan oleh akhbar Surya - yang pertama mendedahkan isu Manohara itu.

Manohara Odelia Pino, 17,Ia memetik ketua bahagian hubungan masyarakat ibu pejabat polis republik Indonesia, Inspektor Jeneral Abubakar Nata Prawira sebagai berkata, Manohara datang ke pejabatnya pada hari Khamis.

Daisy dan peguam Elza Syarief berada bersama Manohara ketika bekas model itu diperiksa anggota polis.

"Yang saya ingat polis bertanya mengenai penganiayaan yang dialami anak saya, antaranya bekas jarum suntik.

"Polis juga memeriksa tubuh anak saya yang ada bekas penganiayaan," kata Daisy seperti dilaporkan Surya.

Elza bagaimanapun pula berkata, Manohara belum menjalani visum (pemeriksa terperinci bagi mangsa dera) disebabkan dia belum menandatangani laporan polis kerana terpaksa menghantar ibunya ke hospital akibat kelelahan pada malam berkenaan.

Komen ahli sosiologi

Beliau menjelaskan, berbeza dengan pemeriksa kesihatan biasa, visum hanya boleh dilakukan jika ada laporan polis.

surya indonesia newspaper manohara odelia pinot police inspect body 080609Abubakar turut mengesahkan bahawa Manohara belum menandatangani laporan tersebut.

"Polis wanita sempat memeriksa tubuh Manohara yang dikatakan disilet dan dianiayai oleh Tengku Muhammad Fakhry tetapi parutnya hampir hilang.

"Mengikut perancangan, selesai menjalani pemeriksaan dan membuat laporan polis, Manohara akan menjalani visum," katanya.

Sementara itu, Musni Umar, ahli sosiologi lulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dipetik oleh Kompas.com sebagai berkata, kenyataan Manohara - yang disiarkan secara meluas oleh media massa - telah diterima sebagai kebenaran sehingga meluapkan kebencian masyarakt Indonesia terhadap Malaysia.

Sehubungan itu, beliau berkata, Sultan Kelantan sebaiknya menyelesaikan isu tersebut.

'Jangan biarkan'

"Keadaan semacam ini tidak boleh dibiarkan kerana mengganggu hubungan baik dua negara jiran itu. Tidak ada pilihan lain kecuali segera menjernihkan pelbagai kenyataan Manohara dan menyelesaikan melalui saluran undang-undang," katanya kepada Kompas.com.

Manohara Odelia Pino, 17, is kissed by her mother, DaisyMenurutnya, Sultan Kelantan perlu campur tangan untuk menyelesaikan kes rumah tangga puteranya itu.

Masni dilaporkan, banyak kenyataan Manohara yang boleh dipersoalkan kebenarannya seperti dia gemuk kerana disuntik, ditores dan dan diseterika oleh suaminya.

"Itu harus dibuktikan kerana pengalaman lima tahun saya belajar di Malaysia, perempuan gemuk setelah mereka berkahwin," katanya.

Masni berkata, ini berlaku kerana makanan di Malaysia pada umumnya mengandungi santan dan digoreng tetapi tidak mendapat cukup senaman.

Beberapa nama bakal calon BN tidak disenangi ahli Umno

Muda Mohd Noor | Jun 8, 09

Beberapa nama pemimpin Umno bahagian Kuala Krai yang disebut-sebut bakal dipilih sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai bulan depan, tidak disenangi ahli dan penyokong Umno, dakwa bekas ADUN BN, Zulkepli Omar.

Beliau mendakwa, mereka termasuklah ketua bahagian, Datuk Ramzi Abdul Rahman; naib ketua bahagian, Che Jalal Muda dan ketua Wanita, Rohani Abdul Majid.

bm version kerusi dun manek urai 220509Zulkepli adalah calon BN dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008. Beliau memenangi kerusi tersebut pada 2004 dengan majoriti 53 undi sahaja.

Bagaimanapun, dalam pilihanraya umum 2008 beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut yang dimenangi oleh calon PAS, Ismail Yaacob dengan majoriti 1,352 undi.

Kerusi tersebut kosong berikutan kematian Ismail bulan lalu kerana sakit jantung. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 6 Julai sebagai penamaan calon dan pengundian pada 14 Julai.

Zulkifli mendakwa, ketiga-tiga mereka tidak digemari oleh ahli dan pengundi Manek Urai sendiri.

"Datuk Ramzi, walaupun menang tanpa bertanding jawatan ketua Umno bahagian dalam pemilihan lalu, tetapi banyak cawangan Umno tidak senang dengannya," kata Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakini

Sebaliknya, beliau mendakwa, Ramzi yang menyebabkan cawangan-cawangan Umno tidak dapat mencalonkan pemimpin lain untuk mencabarnya.

'Calon wanita tak sesuai'


Manakala Che Jalal pula, dakwa Zulkifli, dilabelkan sebagai pemimpin yang tidak turun ke bawah menemui penduduk setempat.

Katanya, kalau tidak menemui pengundi bagaimana hendak mendapatkan sokongan mereka.

polling day 080308 voter ballot box 01Manakala Rohani pula, kata Zulkifli, tidak mempunyai penyokong dan umurnya pula sudah menjangkau 68 tahun.

Katanya, jika Rohani dipilih sebagai calon BN, ia umpama memberi kemenangan percuma kepada pembangkang.

"Tetapi kalau dia kata hendak bertanding di Manek Urai, tak apalah itu hak dia.

"Apapun wanita tidak sesuai bertanding di Manek Urai. Ini kubu PAS dan kawasan kampung dan banyak ladang pula," katanya.

Rohani sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut 14 April depan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...