Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini.
Ummi mendakwa sebuah artikel yang disiarkan dalam Malaysiakinipada hari Selasa, yang memetik Baginda sebagai berkata beliau akan mendedahkan dakwaan salahlakunya.
Ummi juga memohon injunksi terhadap Baginda dan Malaysiakinidaripada mengulang atau menyiarkan lagi kenyataan-kenyataan yang memfitnahnya.
Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut, Ummi berkata Baginda telah mencemarkan reputasinya ekoran perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Ummi yang merupakan saksi utama dalam perbicaraan itu, mendakwa Baginda telah digunakan oleh pihak peguambela untuk memberi keterangan bagi mencabar kredibilitinya.
Ummi juga mendakwa bahawa Baginda hanya menjadi alat yang digunakan oleh Anwar untuk memfitnahnya, sambil menegaskan bahawa PAS dan PKR menggunakan perkara itu untuk kepentingan mereka sendiri.
Katanya, dia mengambil tindakan undang-undang itu bukan kerana takutkan Baginda berceramah mengulangi dakwaan fitnah terhadapnya, tetapi ia demi menjaga reputasi dan integritinya.
Dalam pernyataan tuntutan 18 halaman, usahawan wanita itu mendakwa bahawa kenyataan Baginda dan artikel tersebut membawa maksud:
Sementara itu, Bernama melaporkan, Ummi Hafilda dalam saman pemula tersebut mendakwa defendan dalam satu temuramah di lobi Bangunan Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi.
Dia mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Nor Azman adalah semata-mata untuk memalukannya dan bermotifkan niat jahat.
Ummi Hafilda juga mendakwa kenyataan Nor Azman seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal dan amat tidak jujur, serta terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengakibatkan pertuduhan meliwat terhadap Anwar.
Beliau mendakwa defendan kedua pula telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah tersebut di web portal www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.
Selain menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, plaintif memohon satu injunksi untuk melarang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan-kenyataan berbau fitnah terhadapnya.