Informasi didalam blog ini adalah daripada sumber-sumber berita media internet.Sebarang komen @ pendapat, sila email ke cardozas02@gmail.com
Monday, June 16, 2008
Richest people under 40
sources: http://www.aneki.com/
World's Most Valuable Brand Names
Rank | Company | Brand Value ($m) |
1 | 66,434 | |
2 | GE (General Electric) | 61,880 |
3 | Microsoft | 54,951 |
4 | Coca Cola | 44,134 |
5 | China Mobile | 41,214 |
6 | Marlboro | 39,166 |
7 | Wal-Mart | 36,880 |
8 | Citi | 33,706 |
9 | IBM | 33,572 |
10 | Toyota | 33,427 |
11 | McDonald's | 33,138 |
12 | Nokia | 31,670 |
13 | Bank of America | 28,767 |
14 | BMW | 25,751 |
15 | HP | 24,987 |
16 | Apple | 24,728 |
17 | UPS | 24,580 |
18 | Wells Fargo | 24,284 |
19 | American Express | 23,113 |
20 | Louis Vuitton | 22,686 |
Highest valued currency
source: http://www.aneki.com/
Anwar dapat lampu hijau cabar kesahihan pemecatannya
Berikutan keputusan itu, Mahkamah Persekutuan akan menentukan dua persoalan undang-undang -- sama ada pemecatan Anwar tidak mengikut perlembagaan, dan sama ada Tun Dr Mahathir boleh memecat timbalannya tanpa terlebih dahulu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.
Bernama melaporkan, Mahkamah akan memutuskan, pertama sama ada peruntukan Artikel 43(5) Perlembagaan Persekutuan secara khusus menghendaki Yang di-Pertuan Agong merupakan kuasa yang membatalkan pelantikan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam Kabinet Malaysia dengan berdasarkan prinsip bahawa hanya pihak yang berkuasa yang melantik mempunyak hak untuk membatalkan sebarang pelantikan yang dibuatnya;
Dan kedua, sama ada pemotongan nama Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan penggantian nama perayu (Anwar) dengan nama responden Tun Dr Mahathir sebagai menteri kewangan melalui perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 1998 dapat membaiki ketidakpatuhan responden pertama terhadap peruntukan jelas dalam perkara tersebut.
Mahkamah masih belum menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan Anwar itu dan beliau diperintah untuk memfailkan rekod rayuan dalam jangka masa 14 hari.
Bersidang bersama Malanjum ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk Abdul Aziz Mohamad.
Pada 23 Dis 1998, Mahkamah Tinggi menolak saman Anwar terhadap Tun Dr Mahathir dan kerajaan, untuk terus membatalkan permohonannya bagi satu perintah mengisytiharkan keputusan Tun Dr Mahathir memecatnya daripada jawatan Kabinet pada 2 Sept 1998 sebagai salah dari segi undang-undang, tidak sah dan batal. Anwar menegaskan bahawa pembatalan pelantikannya patut dilakukan Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat perdana menteri dan pembatalannya tidak boleh dikuatkuasakan oleh perdana menteri tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.
Anwar juga gagal memansuhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu selepas Mahkamah Rayuan pada 25 April 2007 menolak rayuannya dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Mahkamah Rayuan mengesahkan bahawa pemecatan Anwar daripada jawatan Kabinet dilakukan mengikut undang-undang oleh Tun Dr Mahathir memandangkan kuasa untuk melantik dan memecat menteri terletak pada perdana menteri.
Anwar diwakili peguam Karpal Singh, Ram Karpal Singh, S.N.Nair dan Nicholas Netto. Beliau tidak hadir di mahkamah.
Terdahulu Karpal Singah berhujah bahawa Tun Dr Mahathir merupakan orang yang membuat keputusan untuk memecat Anwar daripada jawatan Kabinet dan menggugurkan beliau berkuat kuasa pukul 5.30 petang 2 Sept 1998 tanpa sebarang penunjuk bahawa Yang di-Pertuan Agong telah dinasihati beliau sebelum beliau (Tun Dr Mahathir) menyediakan dan menyerahkan surat pemecatan kepada Anwar.
Karpal Singh berkata Anwar, yang merupakan pemohon terhadap rayuan itu, bersetuju untuk tidak memohon mendapatkan kembali jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kerana perkara itu adalah akademik.
Sebaliknya Anwar mahu mahkamah menganugerahkannya ganti rugi.
Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi yang mewakili Tun Dr Mahathir dan kerajaan, membantah permohonan kebenaran itu dengan berkata perkara itu telah menjadi sesuatu yang akademik. - 16/6/2008
petikan Agenda Daily
Sanusi: Reezal 'batu api' pecat saya
Tan Sri Sanusi Junid mendakwa setiausaha politik menteri kewangan sebagai dalang yang mencadangkan beliau dipecat daripada presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) awal bulan ini.
Bagaimanapun, bekas menteri besar Kedah itu, enggan menyebut nama setiausaha politik terbabit dengan alasan tidak mengetahui namanya.
"Saya tidak tahu... tetapi setiausaha politik menteri kewangan hanya seorang sahaja," katanya ketika diminta memperincikan kenyataan medianya minggu lalu.
"Saya sebenarnya dipecat melalui saluran setiausaha politik menteri kewangan, yang kebetulan salah seorang ahli majlis UIA yang telah saya cadangkan kepada DYMM ketua perlembagaan UIA untuk menjadi wakil alumni di dalam majlis UIA," kata Sanusi minggu lalu.
Malaysiakini difahamkan, Datuk Reezal Merican Naina Merican memenuhi ciri yang digambarkan oleh bekas presiden universiti itu.
Bagaimanapun sejak minggu lalu Malaysiakini masih gagal mendapat reaksi beliau sehingga kini.
Sanusi mendakwa lagi, ahli majlis tersebut "bukan sahaja tidak rajin menghadiri mesyuarat majlis kerana terlalu sibuk, malah telah menggunakan kedudukannya untuk mengutamakan kepentingan orang tertentu."
"Dalam hal pemecatan saya, ahli majlis ini telah menjadi batu api dan seterusnya rajin menghubungi wartawan untuk mendapat kepastian yang segera daripada saya mengenai urusan pemecatan walaupun sebelum saya menerima dan memahami kandungan isi suratnya," katanya.
"Adakah wakil alumni di dalam majlis sudah berubah daripada menjadi jambatan antara UIA dan perdana menteri kepada menjadi punca kekeliruan yang menggembar-gemburkan perkara pemecatan ini melalui wakil media sebelum surat pemecatan diumumkan oleh UIA?
"Adakah seorang setiausaha politik menteri kewangan yang duduk di dalam majlis UIA mempunyai kuasa dan mengetahui lebih dalam hal ini daripada anggota kabinet?"
Petikan Malaysia Kini
S'gor tidak iktiraf JKKK lantikan pusat
"Memang tidak boleh diiktiraf sebab yang melantik (ahli JKKK) adalah kerajaan negeri. Jadi kalau kerajaan pusat melantik, dia (kerajaan pusat) kena juga meminta persetujuan kerajaan negeri. Bukan boleh dia (pusat) lantik orang itu dan kata ini ketua kampung yang disetujui oleh negeri. Tidak boleh.
"(Kalau berlaku) kita tidak panggil dia ketua kampung lagi. Kalau kerajaan pusat ambil (lantik) seorang ketualah, dia tidak boleh dipanggil ketua kampung.
"Saya tak tahu apa nama yang dia... ketua bayaran pusat boleh jadi," kata Khalid, dengan nada menyindir sambil disambut ketawa kecil daripada pemberita di kediaman rasminya Sabtu lepas.
Dalam wawancara bersama beberapa media berbahasa Melayu bersempena sambutan ‘100 hari kerajaan baru Selangor’, Khalid berkata Selangor akan mengumumkan kumpulan baru jentera pentadbiran daerah melibatkan ketua-ketua kampung dan JKKK berikutan wujud sebahagian daripada kumpulan ini yang "berkiblatkan" kerajaan persekutuan.
"Ada sesetengah ketua kampung, mereka mahu berkiblatkan kerajaan Persekutuan. Jadi, oleh sebab itu, saya pun minta pegawai daerah dan juga ahli parlimen daripada Pakatan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk berbincang bagaimana kita (dapat) mencari kumpulan-kumpulan dalam kampung tersebut untuk membuat satu jawatankuasa kampung yang baru," katanya.
Beliau menambah, penyusunan semula yang akan diumumkan bulan depan akan turut melibatkan struktur pentadbiran di perkampungan Cina yang mengalami kekosongan sekarang ini.
"Jadi, pada bulan Julai kita (akan) buat pengisytiharan kumpulan baru, bukan saja ketua kampung daripada kampung-kampung biasa tetapi juga perkampungan Cina sebab ramai wakil-wakil MCA yang duduk dalam JKKK kampung-kampung Cina awal-awal lagi telah berhenti," katanya.
Ditanya sama ada penyusunan itu akibat kontrak JKKK telah tamat ataupun mereka dipecat, Khalid berkata terdapat sesetengah ahli JKKK yang tidak memberikan kerjasama dengan kerajaan negeri, antaranya tidak hadir ketika dipanggil bermesyuarat dengan beliau.
"Kontrak ada setengahnya belum tamat. Cuma kita nak menyusun semula sebab kita dapati ada sesetengah ketua-ketua kampung tidak hendak hadir mesyuarat dengan menteri besar. Menteri besar panggil ketua-ketua kampung, suruh datang mendengar penerangan menteri besar, dia kata dia tak boleh sebab dia ahli Umno.
"Dan dia juga mendapat bayaran daripada kerajaan pusat. Jadi dia tak tahu mana muka hendak ditunjukkan. Kita pun tak tahu nak buat macam mana. Jadi dialah buat keputusan sendiri sama ada hendak bekerjasama dengan kerajaan negeri atau kerajaan pusat.
Beliau bagaimanapun belum tahu peratusan JKKK sedia ada yang akan dikekalkan.
"Saya tak tahu lagi. Kita ada temuduga. Maknanya pegawai daerah panggil (ahli JKKK) dengan secara tertib sungguh. Panggil, tanya apakah keinginan beliau. Bagaimana cara beliau. Ada setengah tu berterus-terang, saya sanggup bekerja untuk masyarakat tidak kira siapa (kerajaan negeri).
"Ada setengah itu berterus-terang juga. Dia kata, 'saya ada kontrak'. Saya juga ketua bahagian Umno, jadi susahlah saya. Kalau saya tolong orang (parti) lain, tidak dapat ketua bahagian (Umno), saya tak dapat kontrak dan saya tak dapat apa-apa'. Jadi, macam mana nak buat. Barangkali dia cakap, nasib saya memang macam ni. Nasiblah," kata Khalid.
petikan Malaysia Kini
"Bila Ku Li menepuk rostrum"
Oleh Mohd Sayuti Omar | |
Isnin, 16 Jun 2008 | |
TENGKU Razaleigh Hamzah (Ku Li) adalah antara tokoh dan pemimpin yang sederhana. Walaupun beliau berdarah ningrat, namun sifat-sifat ego sebagai keluarga bangsawan tidak dipamerkan dan seolah beliau tidak sedikipun mempunyai keistimewaan itu. Ku Li pandai menyesuaikan dirinya dengan masyarakat kebanyakan. Kalau dipangkal namanya tidak ada perkataan “Tengku”, mungkin orang tidak percaya dia adalah seorang putra raja. Tanyalah siapa yang mengenali dan pernah mendekatinya akan merasai hakikat itu kecuali mereka yang ada masalah personal dengannya. Beliau sangat humble dan bersahaja. Pakaian casualnya sudah boleh menjelaskan kesederhanaan itu. Di majlis-majlis separuh rasmi beliau sering mengenakan baju kemeja bertangan pendek yang lolos dan berseluar longgar. Demikian juga dengan kenderaanya. Dari dulu sampai kini beliau masih menggunakan kenderaan lama. Tidak mungkin beliau tidak mampu untuk membeli Cyran seperti dimiliki anak-anak Mahathir Mohamad atau Hishamuddin Hussein yang bernilai jutaan ringgit itu. Beliau boleh makan dan duduk berbicara dengan sesiapa sahaja, di mana dan keadaan apa saja. Beliau juga seorang pendengar yang baik. Tidak mudah mematahkan hujah orang walaupun tidak logik dan menyakinkannya. Perbualannya yang sesekali dibumbui ketawa dan serius itu menjadikan orang mudah terlekat hati dan merasai kemesraannya. Berdiri di hadapan Ku Li kita tidak dipisahkan oleh apa-apa status! Itulah tanggapan secara umum mengenai Ku Li. Tetapi pagi tadi ketika berucap pada majlis pertemuan dengan ahli Umno akar umbi di bahagian Gombak, di Taman Melawati benar-benar mengejutkan saya apabila beliau menepuk rostrum lebih dari tiga kali. Saya tidak percaya yang berbuat begitu Ku Li. Selalunya yang suka menempuk rostrum ialah Ibrahim Ali atau pun Muhammad Sabu. Apabila ianya dilakukan Ku Li ia benar-benar merujakan. Mesti ada sesuatu yang serius sehingga Ku Li juga bersikap seperti Ibrahim Ali! Apa yang menjadikan Ku Li tiba-tiba naik angin pagi tadi ialah apabila membicara soal peralihan kuasa dalam Umno. Kenyataan Abdullah Ahmad Badawi di Kota Bharu kelmarin dan diulangi di Terengganu semalam yang mengatakan tarikh peralihan kuasa dari beliau (Abdullah) kepada Mohd Najib Razak telah pun ditentukan. Kenyataan itu menjengkil dan kurang disenangi Ku Li. Beliau ada hujah dan alasan kenapa tidak merasa kecewa dengan tindak tanduk Abdullah itu. Bagi Ku Li Abdullah tidak berhak membuat sebarang janji untuk atau pandai-pandai hendak melepaskan kuasa atau jawatan (Perdana Menteri) kepada timbalannya atau sesiapa saja. Ini kata katanya, apa yang dibuat Abdullah itu tidak pernah menjadi amalan Umno sebelum ini dan bertentangan dengan perlembagaan parti. "Jawatan bukan milik seseorang dan tidak ada dalam perlembagaan Umno tidak ada peruntukan yang boleh berbuat begit," ujarnya. Tambahnya lagi kedudukan sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti bukan keistimewaan untuk berbuat demikian. "Walaupun dia Perdana menteri namun dia tidak ada hak untuk bercakap nak serah kuasa pada sipolan sipolan,” katanya dengan kesal sambil melepaskan tumbukan ke rostrum. Menurut bekas Naib Presiden Umno itu yang berhak untuk melantik sesiapa juga jadi perdana menteri ialah Yang di-Pertuan Agong. Perkara ini adalah hak dan kedudukan dalam perlembagaan negara. Bagi Ku Li tindakan Abdullah itu jelas melanggar peruntukan perlembagaan dan secara tidak langsung ia juga cuba menafikan kuasa Yang di-Pertuan Agong. Justeru menurutnya kalau ahli-ahli Umno menerima juga peralihan kuasa yang dicadangkan Abdullah itu ini bermakna bodohlah ahli Umno. “Kalau kita menerima juga peralihan kuasa itu maka bodohlah kita,” jelas ahli Parlimen Gua Musang itu. Bagaimana pun sarannya sekiranya ahli Umno tidak dapat menerima peraturan yang tidak ada dalam peruntukan perlembagaan itu maka ianya hendaklah ditolak. Ku Li nampak benar-benar serius dalam soal ini. Kalau tidak masakan beliau sampai menepuk rostrum berkali-kali. Topik yang menjadikan beliau naik angin sehingga menepuk rostrum juga ialah semasa menyentuh soal sistem kuota yang diperkenalkan dalam Umno. Sistem itu menurutnya tidak menghormati hak dan kebebasan ahli dan menyekat kebebasan demokrasi di dalam Umno. Menurut Ku Li sistem itu patut dihapuskan dan mereka yang menerimanya adalah mereka yang pengecut dan takut kepada bayang-bayang sendiri. "Kalau kita benar-benar merasakan kita layak apa hendak ditakutkan kepada perlawan, kita lawan..." ujarnya. Dalam pada itu beliau sekali menegaskan, apa juga halangan namun beliau tetap akan lawan. Apabila Ku Li menepuk rostrum, tepukan itu bukan kerana dirinya kerana kebetulan beliau hendak bertanding pada Disember hadapan. Tetapi tepukan dan geraman itu ialah untuk kebaikan Umno. Seperti kata beliau, kalau beliau jadi PM, beliau tidak akan duduk lama di situ beliau hanya sekadar hendak menghabiskan sisa-sisa usianya demi perjuangan. “Saya tidak bercadang untuk duduk lama, tetapi sekadar menghabiskan sisa-sisa usia untuk perjuangan...” jelas beliau. Beliau juga menyatakan sekiranya beliau jadi presiden parti segala peraturan yang tidak demokratik itu akan dihapuskan dan pemegang jawatan juga akan dihadkan mengikut tempoh tertentu. Berpandukan kepada track record serta sikap dan sifat Ku Li sebagai pemimpin, jelas bahawa tepukan rostrum yang dilakukan pagi tadi bukan untuk dirinya semata-mata sebaliknya yang lebih penting beliau berbuat demikian bagi menyedarkan ahli Umno yang dilihat sudah begitu lemah dan mudah hanyut dalam arus kebendaan sehingga menerima apa saja keputusan pemimpin meskipun bertentangan dengan perlembagaan parti. Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - PengarangPetikan KL POS |
Wang, kuasa, mahkamah penjara: Kisah dari Brunei
Oleh Agensi | |||
Isnin, 16 Jun 2008 | |||
ADIK pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Putera Jefri Bolkiah yang berhadapan dengan ancaman hukuman penjara kerana gagal hadir di sebuah mahkamah tinggi di Britain menyalahkan abangnya kerana melanggar satu perjanjian damai berhubung perbalahan keluarga melibatkan nilai kewangan lebih £3 bilion (RM19.19 bilion). Dalam satu temu bual yang disiarkan oleh sebuah akhbar semalam, Putera Jefri mempertahankan tindakannya dan menegaskan ketidakhadiran pada Rabu lalu bukan bertujuan untuk menunjukkan beliau tidak menghormati mahkamah. Bagaimanapun, beliau kini merupakan seorang lelaki yang dikehendaki dan menghadapi ancaman untuk beralih daripada kehidupan mewah ke sebuah penjara. Bercakap di rumahnya di Place Vendome, Paris, Putera Jefri menolak komen yang dilakukan oleh Hakim Peter Smith pada minggu lalu. “Adalah menjadi harapan saya bahawa ketidakhadiran saya tidak akan dilihat sebagai satu tanda tidak menghormati mahkamah atau United Kingdom. “Saya sudah menghabiskan masa di Britain dengan baik dan saya mempunyai banyak sebab untuk menggenggam UK dalam perasaan kasih sayang yang hebat. “Saya berasa amat kesal dan mendapati adalah mustahil untuk hadir pada Rabu lalu,” katanya. Putera Jefri yang berumur 53 tahun bakal menghadapi hukuman penjara dua tahun kerana menghina mahkamah dan dituduh tidak mematuhi satu arahan mahkamah. Arahan mahkamah itu meminta beliau menyerahkan lebih £3 bilion (RM19.19 bilion) kepada Agensi Pelaburan Brunei (BIA) dengan dipantau oleh Sultan Brunei. “Saya berikhtiar selama beberapa minggu untuk mencapai satu penyelesaian terakhir berhubung perbezaan dengan abang saya. “Sebahagian daripada proses itu melibatkan pendedahan kesalahan-kesalahan di mana saya benar-benar amat kesalkan,” katanya. “Sepuluh hari lalu, semua pihak menyangka satu penyelesaian sudah dicapai. “Pada saat akhir dan perihal yang tidak dapat dijelaskan, satu pihak lain memindahkan satu penyelesaian daripada meja dan sebaliknya menekankan dengan satu percubaan untuk membuatkan saya didapati menghina mahkamah. “Ironinya, bukti yang saya sediakan secara sukarela adalah untuk membentuk satu tumpuan utama kes terhadap saya,” katanya. Putera Jefri menolak sebarang harapan berhubung penyelesaian satu perdamaian dengan Sultan Brunei yang dipercayai mempunyai kekayaan sebanyak £18 bilion (RM115.19 bilion). Beliau turut menyatakan tidak mempunyai rancangan untuk kembali ke Britain. “Adalah menyedihkan saya perlu merumuskan bahawa satu perdamaian dengan pihak lain adalah tidak mustahil dan perjuangan tidak adil akan berterusan sekali gus meletakkan tekanan hebat ke atas saya dan keluarga saya,” ujarnya. Putera Jefri mempunyai empat isteri, 17 anak dan 18 anak angkat. Dikenali dengan jolokan putera playboy kerana gaya hidup mewah, Putera Jefri sudah berbalah dengan Sultan Brunei sejak sedekad lalu. Sultan Brunei dan Putera Jefri sudah tidak berbual selama empat tahun. Putera itu didakwa menyeleweng £8 bilion (RM51.20 bilion) dalam bentuk dana awam ketika berkhidmat sebagai Menteri Kewangan selama 13 tahun. Bagaimanapun, dakwaan itu kerap dinafikannya dan menegaskan beliau bertindak dengan pengetahuan Sultan Brunei. Putera Jefri berkata, beliau mematuhi penyelesaian di luar mahkamah pada 2000 dengan memberikan wang tunai, barangan bernilai dan kediaman bernilai £3 bilion (RM19.19 bilion). Namun, terdapat tuduhan bahawa beliau membenarkan wang dibawa keluar dari akaun bank yang sepatutnya dibekukan dan gagal mendedahkan akaun-akaun lain, di mana kedua-dua tindakan itu adalah satu penghinaan terhadap mahkamah. Kes itu kini didengar di London kerana rumah utama Putera Jefri terletak di Regent's Park, Britain. Hakim Peter Smith mencadangkan putera itu tidak diberikan ikat jamin jika ditangkap dengan menyatakan adik Sultan Brunei tersebut sedang bermain satu permainan taktikal untuk menangguhkan perbicaraan. Hakim mengeluarkan satu waran tangkap yang mampu dikuatkuasakan di seluruh Kesatuan Eropah. Sultan Brunei setakat ini masih berdiam diri berhubung perbalahan itu dan adalah difahamkan baginda mahu undang-undang dilaksanakan mengenai kes berkenaan. Putera Jefri menyatakan wang yang dituduh diselewengkan itu telah dilaburkan dengan bijak dan digunakan untuk membina hospital-hospital, kewangan dan kerja-kerja awam. Baru-baru ini, beliau membuat komen: “Saya bukannya malaikat, pastinya, tetapi saya telah menjadi lelaki yang gagal.” Petikan KL POS |
Cadangan Nik Aziz bayar gaji ikut takwim hijrah lebih baik
Mon | Jun 16, 08 | 4:59:07 pm MYT
Terdapat langkah yang paling sesuai bagi meringankan beban kakitangan awam sebagaimana yang pernah dicadangkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ia bukan sahaja meringankan bebanan rakyat malah secara tidak langsung memartabatkan takwim hijrah. Perkara ini pernah disuarakan oleh Nik Abdul Aziz mengenai kealpaan orang Islam tentang takwim tersebut.
Sebagai langkah mengatasi kealpaan dan kelalaian umat Islam daripada mengingati bulan hijrah beliau mencadangkan gaji kakitangan perkhidmatan awam hendaklah dibayar pada setiap bulan hijrah.
Jika itu dilaksanakan bermakna dalam setahun kakitangan awam memperolehi hampir 12.4 kali bayaran gaji. Ini berdasarkan bulan hijrah 11 hari lebih pendek daripada bulan masehi.
Cadangan Nik Abduil Aziz itu dilihat lebih konkrit dan praktikal untuk meringankan bebanan rakyat akibat kenaikan harga minyak berbanding pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa bayaran gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan.
Ansuran dua kali sebulan bukan bermakna meningkatkan pendapatan rakyat sebaliknya ia boleh meningkatkan bebanan rakyat yang berpendapatan kecil. Mungkin maksud Abdullah untuk mengawal perbelanjaan rakyat. Cadangan Abdullah itu barangkali berkesan kepada kakitangan awam yang berpendapatan tinggi.
Bagi golongan berpendapatan kecil, bagaimana bentuk penjimatan lagi yang perlu dilakukan oleh mereka. Setiap hujung bulan, bayaran sewa rumah dan ansuran kereta perlu dijelaskan. Sekiranya hanya separuh gaji yang diterima pada hujung bulan keadaan akan bertambah rumit.
Oleh yang demikian sebagaimana dakwaan Abdullah untuk meringankan bebanan rakyat akibat kenaikan harga minyak, sepatutnya beliau mengambil cadangan Nik Abdul Aziz itu yang lebih munasabah yang serentak memartabatkan takwim hijrah.
Beberapa tahun dahulu Nik Abdul Aziz pernah mencadangkan gaji kakitangan kerajaan negeri di bayar mengikut takwim hijrah bagi memartabatkan tahun tersebut di samping ia sentiasa dan mudah menjadi ingatan kepada umat Islam untuk beramal dengan bulan hijrah. Ia juga mendekatkan umat dengan peristiwa Islam serta hari kebesaran dan keagungan Islam.
Bagaimanapun cadangan tersebut senyap begitu sahaja kerana tidak bersesuaian dengan pembayaran gaji kerajaan pusat. Namun begitu Nik Abdul Aziz mungkin boleh membangkitkan semula cadangan tersebut apabila Abdullah membuat pengumuman bayaran gaji dua kali sebulan.
Pengumuman Abdullah itu tidaklah memberi erti yang besar kepada rakyat. Sebaliknya cadangan Nik Abdul Aziz ia membangkitkan nostalgia keagungan Islam serta memberi keuntungan kepada kakitangan awam.
Cadangan Nik Abdul Aziz itu juga dikatakan mendapat sokongan bukan Islam walaupun tidak dinyatakan secara terangan. Sekumpulan bukan Islam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melihat cadangan tersebut merupakan satu yung baik kepada rakyat Kelantan.
Sekiranya usaha kerajaan Kelantan berjaya ia akan menarik minat umat Islam dan bukan Islam kepada pemerintahan ulama Kelantan. Kejayaan pemerintah Kelantan merealisasikan Islam itu sebaliknya merugikan kakitangan awam di bawah kerajaan pusat dan negeri lain yang tidak diperintah oleh PAS.
Lalu mereka menghantar satu memorandum meminta kerajaan membayar gaji kakitangan awam sebanyak 13 kali setahun. Mengikut laporan NGO terbabit, tentang pelaksanaannya ia terpulang kepada satu mekanisme yang boleh dibentuk kerajaan melalui perbincangan yang lebih lanjut.
Bagaimanapun apabila kerajaan Kelantan tidak berjaya membuat perubahan pelaksaaan tersebut maka isu itu senyap begitu sahaja dan pihak NGO terbabit juga tidak lagi menuntut dengan kerajaan pusat.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berpendapat pembayaran gaji dua kali sebulan tersebut bukan cara efektif menyelesaikan masalah rakyat berikutan kenaikan harga minyak.
Cuepacs mencadangkan satu mekanisme lain, yang terbaik dan berkesan, bagi membantu mereka, kata beliau yang menyambut baik usaha kerajaan mahu membantu meringankan beban kewangan rakyat.
"Jika diberi ansuran dua kali sebulan, mereka yang berpendapatan RM5,000 atau RM6,000 tidak merasa kesannya tetapi mereka yang bergaji RM3,000 ke bawah yang meliputi 650,000 pekerja akan merasa bebanannya," ujarnya.
Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Abdullah bahawa kakitangan kerajaan akan dibayar dua kali dalam sebulan mulai Ogos ini.
Beliau berkata langkah itu adalah bagi memudahkan mereka mengurus perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah berikutan kenaikan harga bahan api.
"Separuh pertama akan dibayar pada pertengahan bulan dan separuh kedua akan dibayar pada hujung bulan.
"Potongan-potongan seperti cukai pendapatan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya akan dilakukan pada hujung bulan," katanya.
Namun begitu cadangan tersebut tidak mengembirakan kakitangan kerajaan yang berpendapatan kecil. Malah kakitangan awam bergaji rendah ditemui turut menyuarakan bebanan mereka nanti jika pelaksanaan tersebut diteruskan.Harakah Online
Pemuda PAS berhimpun jika konsert dangdut, rock diteruskan
Mon | Jun 16, 08 | 2:51:37 pm MYT
SHAH ALAM, 16 Jun (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Selangor akan mengadakan perhimpunan membantah konsert Ratu Rock, Ella dan Ratu Dangdut, Mas Idayu jika kerajaan negeri tidak mengambil tindakan terhadap memorandum bantahan yang dihantar kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mokhyi berharap Khalid segera bertindak agar tidak mencetuskan ketidakpuasan hati rakan kongsi khususnya PAS dalam kerajaan yang baru diamanahkan oleh rakyat.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Politik, Nik Nazmi Nik Ahmad di tingkat 20, Pejabat Menteri Besar, di sini pagi tadi.
Sempena sambutan 100 hari, kerajaan negeri melalui anak syarikatnya Kelab Darul Ehsan Berhad akan menganjurkan pertandingan bola sepak Piala Sultan Selangor iaitu antara pasukan pilihan Selangor dengan Singapura.
Menurut Sallehen, Pemuda PAS Selangor menyokong penuh pertandingan tersebut kerana sukan merupakan salah satu kegiatan hidup dan mampu menjana ekonomi negeri.
"Kami difahamkan bagi menyerikan program itu turut diadakan konsert Mas Idayu dan Ella. Sudah pasti persembahan mereka akan mengundang risiko moral yang tinggi dan tidak ada tempat dalam Islam," tegasnya.
Beliau berkata, konsert itu hanya menggambarkan program gaya hidup mewah dan membazir sedangkan pada waktu yang sama rakyat berada dalam kegelisahan dan tekanan akibat kenaikan harga minyak dan barangan keperluan.
Katanya, setiap pemimpin perlu menunjukkan teladan hidup berjimat cermat dan mengelakkan daripada gaya hidup mewah.
Sallehen menegaskan isu prinsip seperti menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak boleh dikompromi atau ditutup sebelah mata oleh PAS, sebuah parti yang konsisten dalam perjuangan Islam sejak 50 tahun.
PAS menyedari bahawa konsert Mas Idayu dan Ella hanya akan menyumbang ke arah peningkatan gejala sosial yang memang sudah cukup membimbangkan, katanya.
Menurut beliau, rakyat Selangor mesti dipacu ke arah memiliki akhlak dan moral yang baik di samping maju dan sejahtera dalam suasana bersih, telus dan bebas rasuah.
Konsert itu akan mengundang imej yang tidak baik terhadap kerajaan Pakatan Rakyat apatah lagi imej Islam di ambang 100 hari pihak berkenaan memerintah negeri Selangor, tegasnya.Harakah Online
MB minta PM serah hasil Petronas kepada negeri Pakatan Rakyat
Mon | Jun 16, 08 | 12:08:19 pm MYT
SHAH ALAM, 16 Jun (Hrkh) - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar Perdana Menteri supaya menyerahkan hasil Petronas kepada lima negeri Pakatan Rakyat jika mahu negeri-negeri tersebut mendahului menurunkan harga minyak.
Beliau memberi jaminan jika hasil Petronas dapat diserahkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat, tidak akan berlaku kenaikan harga petrol dan diesel.
Katanya, lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat memang tidak boleh menurunkan harga minyak kecuali jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Persekutuan.
"Kita boleh memanggil pihak Petronas dan agensi lain dan berbincang bagaimana duit yang ada sekarang disalurkan," katanya ketika menjawab pertanyaan wartawan selepas Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaaan Negeri Selangor di Dataran SUK, Shah Alam, pagi tadi.
Berhubung kenaikan harga minyak, PM sebelum ini mencabar lima negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga minyak terlebih dahulu.
"Jika negeri Pakatan Rakyat diserahkan semua hasil Petronas, saya sendiri boleh buat kira-kira itu," tegas beliau.
Malangnya tambah beliau, kerajaan negeri bukan penerima cukai pendapatan atau menguasai hasil Petronas sedangkan kedua-dua hasil itu sangat penting dalam pemberian subsidi.
Beliau berkata, tahun lepas sebanyak RM112 bilion kerajaan BN menyatakan untuk perbelanjaan seimbang tetapi sebenarnya daripada RM112 bilion hanya RM70 bilion saja daripada kutipan cukai.
Katanya, yang lebih itu kerajaan gunakan hasil daripada pendapatan Petronas.
Justeru tegas beliau, Petronas tidak boleh memberikan subsidi sebab hasil pendapatannya digunakan untuk mentadbir negara.
Dalam pada itu beliau kesal dengan sikap pimpinan Umno-BN yang terus memberikan gambaran negatif mengenai negeri Pakatan Rakyat walaupun kerajaan berkenaan belum sampai 100 hari.
Harakah Online
Anwar eyeing Kuala Kangsar
Monday June 16, 2008
IPOH: Datuk Seri Anwar Ibrahim is looking at the possibility of contesting a by-election in Perak, if the court were to rule against Barisan Nasional in the Kuala Kangsar election petition.
Responding to queries on his pending contest in a by-election, the PKR de facto leader said: “I think Perak would be a good idea. We’re waiting for a decision on Kuala Kangsar.”
Anwar said this after speaking at a closed-door convention held by Perak PKR Youth yesterday.
He also said a committee had been set up to look into him contesting in a by-election, adding that it would be done through Pakatan Rakyat.
Dissatisfied voter Ahmad Jamaluddin Abd Majid has filed an election petition to declare the results of the Kuala Kangsar parliamentary constituency null and void after Tan Sri Rafidah Aziz failed to sign two out of three sets of her nomination papers in the last general election.
Rafidah won the seat against Perak PAS deputy commissioner Dr Khairuddin Abd Malik. The case is still pending in court.
On talk that a Barisan Nasional component party was planning to pull out of the coalition, Anwar said: “I think we will monitor this closely. I’m sure you’ll know very soon.”
However, he was tight-lipped when asked if the component party was from Sabah.
Later in GEORGE TOWN, Anwar said those who wished to join the party must accept Pakatan Rakyat’s agenda for a multiracial Malaysia and a guaranteed Constitution.
“We would receive such a move well and we hope that it happens in the shortest time,” he said.
He also said there had been discussions between Pakatan Rakyat and Barisan parties but such discussions did not mean the latter were joining them.
“They (Barisan parties) wanted to know how the Pakatan Rakyat parties work together and about the promises for change that we made.
“The discussions do not indicate they are crossing over,” he said.
The Star Online
Ratah tubuh teman wanita
am@hmetro.com.my
GOMBAK: Seorang lelaki warga Bangladesh menggunakan taktik kononnya mengadakan ‘kenduri’ buah-buahan di rumahnya sebagai helah untuk memperdaya teman wanitanya supaya datang ke rumah sebelum dipukul dan diperkosa.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa seorang gadis yang bekerja sebagai pelayan restoran mendakwa diserang sebaik memasuki rumah suspek yang baru dikenalinya sejak dua bulan lalu.
Sumber polis berkata, suspek sebelum itu sengaja menghubungi mangsa yang berusia awal 20-an dan meminta mangsa datang ke rumahnya di Taman Ehsan, Gombak.
Menurutnya, mangsa berasal dari Aceh, Indonesia, bagaimanapun enggan menurut permintaan teman lelakinya itu dengan memberi pelbagai alasan.
|
“Suspek kemudian berusaha menyakinkan mangsa untuk datang ke rumahnya menjamu selera sambil berbual,” katanya.
Menurutnya, sebaik mangsa tiba di hadapan pintu rumah berkenaan, tangananya dikatakan terus ditarik oleh suspek supaya masuk ke rumah.
“Suspek dikatakan segera mengunci pintu rumah menyebabkan mangsa yang terkepung dalam rumah berkenaan gagal larikan diri.
“Suspek kemudian bertindak agresif dengan menangkap dan menampar muka mangsa yang meronta ingin melepaskan diri,” katanya.
Menurutnya, suspek kemudian terus membuka pakaian mangsa dan memperkosanya dalam rumah yang disewanya bersama rakan lain.
“Mangsa yang ketakutan hanya mampu menangis. Namun suspek dikatakan mengugut akan memukul mangsa sekiranya dia terus menangis.
“Untuk menyejukkan hati mangsa, suspek dikatakan memujuk akan bertanggungjawab dan berkahwin dengan mangsa. Bagaimanapun mangsa akhirnya terpaksa membuat laporan di Balai Polis Desa Jaya selepas suspek enggan menunaikan janjinya itu sebanyak tiga kali,” katanya.
Susulan laporan terbabit, pihak polis mengambil keterangan mangsa sebelum membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Namun beberapa hari kemudian, mangsa dengan rela hati menarik semula laporan polis dibuatnya itu kerana suspek dikatakan berjanji akan mengotakan niatnya sebelum ini untuk mengahwini mangsa.
Sementara itu dalam kes berasingan Khamis lalu, seorang pelajar berusia 13 tahun membuat laporan polis selepas mendakwa diperkosa teman lelakinya berusia 23 tahun.
Dalam kejadian jam 11.59 malam itu, mangsa yang masih bersekolah mendakwa dibawa bersiar-siar oleh teman lelakinya sebelum menginap di sebuah hotel murah di Pandan Indah, Ampang, di sini
Mangsa bagaimanapun dirogol teman lelakinya itu tanpa kerelaan sebelum dilepaskan.
Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.
Harian Metro Online
Drebar teksi ditinggal bogel
di Bukit Damansara." title="JUMPA...teksi ditemui semula berhampiran sebuah masjid di Bukit Damansara." border="0" height="212" width="300"> |
JUMPA...teksi ditemui semula berhampiran sebuah masjid di Bukit Damansara. |
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi terpaksa mengharungi detik mencemaskan apabila teksi dipandunya disamun lima lelaki dipercayai warga India berhampiran Pasar Borong Selayang di sini, kelmarin.
Mangsa, Nordin Mohd Nor, 56, yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun memandu teksi terkejut dengan kejadian yang menimpa dirinya.
“Kira-kira jam 9.30 malam, saya didatangi dua lelaki berhampiran Pasar Borong Selayang lalu menaiki teksi sebelum saya diminta menuju ke sebuah lokasi di Selayang Baru.
“Tanpa memikirkan kejadian buruk mungkin berlaku, saya terus memandu ke lokasi diminta,” katanya.
|
Dalam keadaan gelap, mangsa sempat melihat ahli kumpulan penyamun itu menghunus pisau sebelum memintanya beralih ke tempat duduk belakang.
Seorang rakan perompak terbabit memandu teksi menuju sebuah lokasi berhampiran Taman Setia, Rawang.
“Sebaik tiba di kawasan itu, semua suspek meminta saya menanggalkan pakaian saya sebelum ditinggalkan dalam keadaan bogel seorang diri.
“Saya berjaya mendapatkan bantuan seorang lelaki di kawasan itu sebelum membuat laporan polis jam 10.50 malam di Balai Polis Rawang,” katanya.
Nordin berkata, dia bernasib baik apabila polis menjumpai semula teksinya berhampiran masjid di Bukit Damansara.
Menurut sumber polis, teksi yang disamun kumpulan perompak itu dilihat di kawasan tempat letak kereta di Seri Hartamas, malah kumpulan sama cuba menyamun seorang wanita berusia 30-an yang memandu Honda Civic.
“Perlakuan mencurigakan semua lima penumpang warga India dalam teksi membuatkan anggota yang sedang melakukan rondaan segera mengekori kereta suspek sebelum dihidu kumpulan penjenayah terbabit.
“Anggota bertugas cuba mengekori mangsa, namun selepas beberapa ketika kelibat teksi itu tidak lagi kelihatan,” katanya.
Usaha mengesan teksi itu diteruskan sebelum ditemui beberapa jam selepas itu di sebuah jalan mati berhampiran sebuah masjid di Bukit Damansara sebelum teksi itu dibawa ke Balai Polis Jalan Travers untuk siasatan lanjut.
Harian Metro Online
Orang Pertama Cium Tangan DSAI
Menjelang 16 September 2008, tarikh keramat yang dinanti-nantikan oleh berjuta-juta rakyat Malaysia juga oleh masyarakat antarabangsa, khususnya pelabur-pelabur, terutamanya dari Timur Tengah, kita akan dapat perhatikan nanti siapakah orang pertama yang akan tunduk dan cium tangan DSAI .
Semuanya tidak sabar, sudah terlalu lama rakyat Malaysia menanti saat ini, iaitu kemerdekaan ke-2, dari penjajahan UMNO ke atas Negara ku Malaysia tercinta ini. UMNO benih sperma yang lahir dari tulang sulbi Inggeris, bertindak menjadi alat meneruskan dasar penjajah, dalam hampir seluruh kehidupan rakyat Negara ini, soal bahasa, pendidikan, sosial, ekonomi dan segala-galanya.
Manakala hampir tidak ada agensi dan badan kerajaan yang telah diperalatkan oleh pihak pemerintah dan regim UMNO, Polis, badan kehakiman, SPR, JKM, malah segala-galanya, guna bagi tujuan menekan dan menindas rakyat, ya rakyat yang telah memberikan amanah, melalui pilihan raya yang tidak adil.
Akhirnya rakyat terpaksa tunduk dengan kuasa kuku besi pemerintah dan regim UMNO, selama ini dan dulunya, tapi bukan lah untuk selama-salamanya, kerana ianya akan berakhir beberapa detik cuma lagi.
Rakyat tertunggu-tunggu yang beberapa ketika ini, bagi meraikan kemerdekaan kali ke -2 ini, dengan penuh sabar.
Selama ini, bukan sedikit yang sengsara dan merana dalam pemerintahan dan regim UMNO sejak tahun 1957 hingga kini.
Tidak ada permintaan yang sangat besar dari rakyat terbanyak, cuma cukup dengan sara hidup yang mencukupi dan tidak terlalu membebani, seperti yang dideritai sekarang ini. Bukan bunglow mewah menjadi tarikan rakyat, bukan wang berjuta menajdi idaman teramai, bukan kereta besar menjalar di jalan raya, atau pun premis dan gedung-gedung perniagaan yangmelimpah ruah, tetapi cukup dengan makan, minum, persekolahan anak-anak yang tidak terlalu dibebani, juga status kesihatan percuma untuk semua warganya, itu semua sudah lebih dari cukup
Walaubagaimnanapun, ianya mungkin berbeza dari sekelompok manusia, yang sentiasa melihat dan mengintai peluang dan habuan . Mereka-mereka ini yang nanti akan berkejaran mencari dahan baru untuk berteduh, dalam usaha menambah isi katung dan tembolok masing-masing.
Peristiwa DSAI akan dikejar rapat oleh manusia-manusia ini akan dapat kita saksikan jua, siapakah mereka-mereka itu?
Mereka ini terdiri dari golongan yang menyayangi pangkat yang sedang dipegang, yang ingin menambah koleksi harta dan kekayaan dan yang mengekalkan gaya hidup mewah
i. TDM
Sebenarnya tidak banyak pilihan yang ada pada TDM, melainkan datang dan mengucup tangan DSAI. Ini lah orang yang pertama disyakki akan datang, samada ke rumah DSAI atau Pejabat Perdana Menteri .
Terlalu banyak yang disimpan, segala jenis kejahatan dan hampir seluruh kekayaan berada di tangan TDM.
Dengan kesudian DSAI, untuk memaaf dan telah pun memaafkan TDM, maka manusia jenis TDM ini akan melakukan apa sahaja, asalkan harta dan kekayaan yang diambil, sepanjang 21 tahun memerintah, sentiasa selamat, samada dalam pegangannya, anak beranak, anak menantu atau kroni -kroninya.
Tetapi, adakah DSAI dan kerajaan Pakatan Rakyat akan bersedia memaafkan dan MENGHALALKAN semua kekayaan dan harta rakyat yang dirompak itu?
Rakyat terbanyak menuntut setiap sen, harta dan kekayaan tersebut dikembalikan.
ii. Pak Lah
Dengan tempohnya yang singkat, sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Cuma 5 tahun, bermula 2003 hingga akhir 2008, rasanya tidak lah banyak harta negara yang sempat dirompak dan dilarikan, bersama anak menantunya.
Kurang lebih, ianya mungkin sekitar 0.1% sahaja, berbanding dengan TDM yang melampaui masa selama 21 tahun. Sebenarnya sudah tidak banyak kontrak-kontrak besar di dalam atau luar negara yang masih tinggal, dan dana-dana yang masih tersimpan di Petronas, KWSP, Tabung Haji, dan lain-lain, hampir sudah kering kontang
Namun begitu, hak rakyat dan harta negara walau sebesar mana pun, harus dikembalikan. Rakyat tetap menuntut hak yang perlu diberikan kepada yang terbanyak dan yang berhak.
iii. DS Najib
Tidak diketahui, sepanjang menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, banyak mana harta dan kekayaan yang sempat dikumpulkannya.
Tetapi, kalau berasaskan kepada beberapa isu semasa yang terjadi, yang dikaitkan dengan namanya, yang sekiranya terbukti betul dan benar oleh nanti, rasa-rasanya agak besar juga katung yang berjaya dibinanya.
Tetapi oleh kerana beliau tidak pernah diuji dalam pendakaian poltiiknya, seperti yang disebutnya di London beberapa hari lalu, iaitu beliau sanggup dan sabar menunggu hingga berlakunya peralihan kuasa secara tertib, dalam keadaan parti yang kukuh dan kuat, dan beliau berbangga menjadi anak kepada pemimpin yang menubuhkan partinya, maknanya beliau bukanlah boleh dikategorikan sabgai seorang pejuang, sudah tentu tidak ada jati diri dan kekuatan dari dalam, maka apa akan jadi padanya menjelang 16 September nanti?
Sudah barangkali ianya akan terjadi, mungkin beliau orang yang pertama akan tunduk dan mencium tangan DSAI, sebagai tanda hormat dan membina team politik barunya, demi menyelamatkan namanya, hartanya dan juga pangkatnya, semuanya serba mungkin.
iv. Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Ini merupakan watak yang paling ingin lihat sendiri. Orang ini kalau tidak silap, ia akan berubah warna dan perangai mengikut keadaan dan tempat. Ianya pernah bersama-sama dengan DSAI, sewaktu dalam UMNO dulu, sebagai Ketua Pemuda, berapi-rapi mempertahankan DSAI. Lepas tu, bungkus sebaik saja dipinjamkan oleh Kem Kemunting, untuk beberapa waktu. Then, bingkas bangun menjadi Jebat menderhaka, menuduh DSAI dengan seribu satu dusta, pokoknya kerana nama, pangkat dan harta. Maka menjadilah ia seorang menteri di pejabat Perdana Menteri.
Tak taulah pulak bagaimana sandiwaranya selepas 16 September nanti. Bagaimana wataknya pula? Bagaimana lakonannya jadi nanti?
Lain-lain pembesar UMNO/BN tu ramai lagi menunggu, dan boleh dikatakan tidak dapat tidak semuanya tidak akan mengelak daripada berbuat demikian, selamatkan diri dulu, kemudian pangkat dan akhirnya harta yang sempat dikumpulkan, selama berkhidmat untuk agama, bangsa dan Negara.
Tidak dapat disenaraikan, ramai dan terlalu ramai, boleh kata semua sekalilah, termasuklah semua menteri seperti hishamudin, khalid, noh, semua menteri besar dan ketua menteri, seperti ghani, mat hasan dan lain-lain.
Selamat menyelamatkan diri, semoga selamat.
Alangkah ada baiknya, sekiranya petugas-petugas Pakatan Rakyat, bersiap sedia dengan tarikh itu, memperlengkapkan semua peralatan dan perkakasan perlu, khususnya video cam, kamera video bagi merakamkan detik-detik manis peristiwa tersebut nanti, bukan apa, Cuma sebagai satu pengajaran dan pedoman bagi 50 tahun akan datang, membawa Negara ini ke era baru, bebas dari semua jenis penjajahan.
- Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)
Belanja pengiklanan susut
KUALA LUMPUR 15 Jun - Perbelanjaan pengiklanan bagi 2008 di Malaysia disasarkan berkembang perlahan pada paras antara tujuh dan lapan peratus selari dengan pertumbuhan perlahan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) susulan penggunaan pengguna yang lebih rendah serta pelaburan perniagaan yang berhati-hati.
Pakar media GroupM hari ini berkata, inflasi media pada 2008 diunjurkan lebih daripada tujuh peratus tahun ini.
"Bagaimanapun, acara sukan utama dunia seperti Euro 2008 dan Sukan Olimpik Beijing 2008 mungkin terus menampung aktiviti pengiklanan, selain perbelanjaan daripada sektor kerajaan serta perbankan/kewangan," katanya dalam satu kenyataan.
Sepanjang tempoh empat bulan pertama 2008, perbelanjaan pengiklanan sebanyak RM1.8 bilion, peningkatan 21 peratus berbanding RM1.5 bilion dalam tempoh yang sama pada 2007, kata GroupM.
"Peningkatan itu disumbangkan oleh keajaan, sebahagian besarnya membabitkan pilihan raya umum 2008, diikuti pengangkutan, pakaian, minuman dan farmaseutikal," katanya. - Bernama
Mahathir: Najib, Ku Li tiada peluang tandingi Pak Lah Disember ini
15-06-2008 03:09:34 PM
KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin tiada siapapun termasuk Tengku Razaleigh Hamzah yang ‘berpeluang’ untuk menandingi jawatan Presiden Umno pada Disember ini.
“Pada pemilihan Umno akan datang Presiden (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) akan menang, tidak akan ada siapa yang boleh tanding Presiden kerana tiada siapa yang boleh memperoleh 60 pencalonan.
“Ini dikawal oleh Presiden seperti yang berlaku dulu… Tengku Razaleigh hendak lawan, beliau cuma mendapat satu sahaja, bahagian beliau yang mencalonkan beliau, bahagian beliau sendiri mencalonkan beliau,” katanya.
Bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno itu menyatakan demikian dalam satu temu bual dengan mStar Online baru-baru ini.
Jelas Dr. Mahathir, sama ada Tengku Razaleigh ataupun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak memang tidak berpeluang untuk menyaingi Abdullah yang menggantikan beliau lima tahun lalu.
Pemilihan pucuk kepimpinan pusat Umno akan berlangsung pada Disember ini.
Tengku Razaleigh, bekas Menteri Kewangan dan bekas Naib Presiden Umno telah menyatakan hasrat untuk bertanding kerusi Presiden Umno pada Disember ini.
Kini beliau mengadakan pertemuan di seluruh negara untuk mencari sokongan melepasi kelayakan pencalonan yang diwajibkan untuk menentang Abdullah.
Berdasarkan pendirian yang diumumkan sejak kebelakangan ini, Najib dipercayai hanya akan kekal mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Umno.
Ketika mengulas mengenai peralihan kuasa pula, Dr. Mahathir memberitahu, beliau tidak setuju dengan kata sepakat yang telah dicapai oleh Abdullah dan Najib sebelum ini.
“(Saya) tak setuju, lama sangat, tahun 2010… tak ada masa untuk memulihkan parti untuk pilihan raya akan datang,” katanya.
Empat hari selepas Dr. Mahathir ditemui mStar Online, semalam Abdullah memberitahu bahawa tarikh tepat berhubung peralihan kuasa kepada Najib masih belum ditetapkan lagi.
Menurut Abdullah, sepertimana yang diperjelaskannya kelmarin beliau akan menyerahkan jawatannya itu kepada Najib apabila tiba masanya sepertimana yang difahami oleh kedua-dua mereka.
Dr. Mahathir juga menyentuh soalan sama ada Umno masih relevan ataupun sebaliknya khususnya selepas keputusan pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.
Kata beliau: “Bagi banyak orang, Umno sudah tidak relevan.”
Mengenai keperluan menubuhkan parti baru, beliau berkata: “Sekarang ini pilihan antara masuk parti lawan, ada tiga parti lawan (dan) mungkin mereka (ahli Umno yang tidak berpuas hati) menyertai parti lawan.”
Jelas beliau, parti baru juga sukar untuk ditubuhkan kerana tiada pihak yang berani untuk keluar Umno.
“Saya tidak mahu parti baru, saya patuh kepada Umno yang asal, ini bukan Umno yang asal,” katanya.
Dr. Mahathir keluar daripada Umno pada 19 Mei lalu.
Isu peraduan 100 hari 100 kereta, Celcom temui Jakim esok
KUALA LUMPUR 16 Jun – Celcom (M) Bhd. akan mengadakan pertemuan kali kedua dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) esok, untuk membincangkan status peraduan 100 hari 100 kereta anjuran syarikat telekomunikasi itu yang didakwa mempunyai unsur perjudian.
Difahamkan Celcom akan membentangkan secara terperinci kesemua butiran peraduan berkenaan di hadapan Panel Syariah Jakim.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly dijangka turut serta dalam perbincangan itu.
``Bagaimanapun, Celcom tidak pasti sama ada perbincangan itu akan berakhir dengan sebarang keputusan dibuat oleh Jakim mengenai peraduan berkenaan,’’ menurut jurucakap Celcom.
Peraduan 100 hari 100 kereta anjuran Celcom didakwa berunsur perjudian oleh beberapa tokoh agama kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan seperti dalam kegiatan judi nombor ekor.
Justeru golongan ulama meminta kerajaan meneliti dan memberi perhatian terhadap peraduan berkenaan termasuk menarik balik atau membatalkannya.
Berikutan itu, Celcom telah menggantung sementara peraduan tersebut pada Jumaat lalu.
Peraduan yang bermula 2 Jun lalu dan berakhir 9 September ini menawarkan sebuah kereta setiap hari kepada pemenang yang mengumpul mata tertinggi selepas menjawab soalan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Peraduan berbentuk promosi itu akan berlangsung selama 100 hari dan dibuka kepada kesemua pelanggan Celcom.
utusan online
Pemasangan Percuma Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Belakang Untuk 479,000 Kereta
Oleh Alan Ting
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kira-kira 479,000 kereta yang didaftarkan sebelum 1995 dijangka mendapat pemasangan percuma tali pinggang keledar tempat duduk belakang bermula awal tahun depan sehingga pertengahan 2010, di bawah program penajaan yang dimulakan oleh kerajaan.
Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat berkata setiap pemasangan membabitkan kos purata sehingga RM80 dan kos purata untuk satu set tiga tali pinggang keledar tempat duduk belakang ialah RM100, bagaimanapun kos keseluruhan akan ditanggung oleh pengeluar atau menerusi tajaan oleh warga korporat.
Pemilik kereta hanya perlu membawa kereta mereka ke bengkel terpilih yang dilantik oleh pengeluar untuk memasangnya.
Ong berkata kira-kira 476,000 kenderaan yang dikeluarkan sebelum 1995 akan terbabit dalam usaha berkenaan, iaitu Perodua Kelisa (28,000), Perodua Kancil (141,000), Perodua Kenari (33,000) dan Proton Iswara/Saga/Gen 2 (150,000), Naza (30,000) dan jenis lain (20,000).
"Berapakah tajaan yang kami peroleh sehingga kini untuk program itu? Kami akan beritahu apabila kami umumkan rakan kerja kami dan apabila kami memeterai MoU berasingan dengan mereka," katanya kepada Bernama dalam temubual eksklusif di sini.
Ong berkata Memorandum Persefahaman (MoU) pertama dijadual ditandatangani esok antara Proton dan kementerian.
Di bawah MoU itu, Proton akan membayar kos pemasangan tali pinggang keledar untuk model kereta keluaran mereka, di bengkel Proton seluruh negara.
"Kementerian masih memperincikan butiran penajaan dengan pengeluar kereta lain. Saya berkeyakinan Kementerian Pengangkutan akan memperoleh tajaan yang cukup untuk program berkenaan.
"Setakat ini, respons daripada syarikat swasta di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat mereka amat menggalakkan," katanya.
Ong berkata pemilik kereta boleh memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang secara percuma dengan pengeluar asal di bengkel terpilih dan pengeluar terbabit dijangka mengumumkan pelan tindakan mereka tidak lama lagi.
Menteri itu berkata peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang turut merangkumi MPV dan 4WD, sekiranya diklasifikasikan sebagai kenderaan penumpang dengan lapan penumpang atau kurang.
Bagaimanapun, sebahagian besar daripada kenderaan ini telahpun dilengkapkan dengan tali pinggang keledar tempat duduk belakang.
Bagaimanapun, beliau berkata peraturan untuk memakai tali pinggang keledar tempat duduk belakang tidak terpakai kepada kanak-kanak bawah 10 tahun.
"Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) menggalakkan penggunaan basinet bayi dan kerusi kanak-kanak.
"Namun, peraturan ini bukanlah wajib. Mengikut undang-undang baru tali pinggang keledar tempat duduk belakang, kanak-kanak berumur 10 tahun dan ke bawah dikecualikan," katanya.
Ong berkata pemasangan perlu dilakukan di bengkel terpilih yang diperakukan oleh pengeluar kerana mereka mahu memastikan ia dipasang dengan baik oleh orang yang berkelayakan.
"Kami tidak boleh sewenang-wenangnya menghantar ke bengkel Ah Chong, Ahmad atau Muttu untuk dipasang. Kesesuaian peralatan perlu dipastikan dan diteliti," katanya.
Beliau berkata langkah mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar tempat duduk belakang bertujuan mengurangkan kematian di jalan raya membabitkan kenderaan penumpang dan bukan untuk menambah bebanan kepada orang ramai.
"Kami telahpun menjalankan semua tinjauan dan kajian.
Kami tidak mahu masyarakat membayar untuk pemasangan itu memandangkan mereka sudahpun menanggung kesukaran misalnya harga bahan api yang tinggi.
Jadi kami melakukan tugas kami untuk membantu mereka (dengan mendapatkan pengeluar dan syarikat korporat bagi menaja usaha itu) namun pada masa sama, kami perlu menyampaikan mesej yang jelas.
"Sayapun bukanlah mahu mewujudkan jutawan segera.
Langkah ini juga bukan untuk mengkayakan kroni," katanya berterus terang, sambil menambah kerajaan mengambil dayausaha ini untuk menunjukkan keseriusannya dalam mewujudkan budaya keselamatan jalan raya bertaraf dunia di Malaysia.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Datuk Suret Singh berkata dianggarkan bahawa risiko kecederaan parah atau kematian dapat dikurangkan sebanyak 50 peratus, sebaik sahaja orang ramai mula mematuhi peraturan memakai tali pinggang tempat duduk belakang.
"Ini dapat diterjemahkan dengan menyelamatkan kira-kira 350 nyawa setiap tahun berasaskan kajian ke atas kemalangan jalan raya tahun lepas yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros)," katanya.
Awal bulan ini, kerajaan melancarkan kempen penggunaan tali pinggang keledar tempat duduk belakang sebagai sebahagian daripada tempoh percubaan enam bulan bagi menyemai kesedaran dalam kalangan penumpang kereta untuk memakai tali pinggang keledar, sebelum undang-undang itu dikuatkuasakan pada 1 Jan, 2009.
Bagaimanapun, pemilik kereta yang dikeluarkan sebelum 1995 diberikan kelonggaran mulai 1 Jun tahun ini untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang.
-- BERNAMA
'Les Bleus tidak harus panik'
Prestasi sewaktu menentang Belanda sedikit sebanyak memberi harapan: Jacquet
'CHEXBRES (Switzerland): Bekas jurulatih, Aime Jacquet yang memimpin Perancis menjuarai Piala Dunia 1998, berkata barisan bergelar Les Bleus itu tidak harus mudah panik ketika turun dalam perlawanan terakhir, pertembungan hidup atau mati Kumpulan C menentang juara dunia, Itali, esok.
Dengan hanya punya pilihan tunggal meraih kemenangan selepas tumbang kepada Belanda dan seri dengan Romania, Jacquet kelmarin berkata, prestasi sewaktu menentang Belanda sedikit sebanyak memberi harapan meskipun keputusan tidak memihak Perancis.
"Memang menyedihkan kita gagal kembali bangkit selepas jaringan Thierry Henry. Namun ia menunjukkan sejauh mana kemampuan lawan," kata Jacquet yang merakam detik terbaiknya sewaktu menewaskan Brazil 3-0 di Stade de France pada Piala Dunia 10 tahun lalu.
Pasukan Belanda mara penuh bergaya dengan elemen mereka memiliki barisan pemain simpanan yang boleh dikerah serta miliki pemain berbakat yang mempunyai semangat tinggi selain mampu menjaringkan gol, katanya.
Jacquet berkata, barisan bek Perancis tidak begitu ampuh dan mereka dibiarkan bersendiri mengekang serangan - perkara yang agak tidak seimbang. 'Saya ingin nyatakan, saya menghargai pemain depan seperti (Lilian) Thuram dan (William) Gallas'.
Bagaimanapun pada masa sama, Jacquet akur apabila berkata: "pasukan terbaik akan menang - dan sekarang, nasib tidak memihak di tangan kita'.
Dia menegaskan, harapannya kini supaya Perancis tidak terhumban ke dalam perangkap dan merasakan 'segala-galanya sudah tamat', ketika pasukan bimbang Belanda mungkin menurunkan barisan simpanan ketika berdepan dengan Romania - sesuatu yang boleh memberi kelegaan buat lawan untuk mengilhamkan kemenangan mengumpul empat mata dan tetap layak ke suku akhir.
"Pasukan simpanan Belanda pasti membuktikan kemampuan mereka dan menghantar mesej kepada jurulatih Marco van Basten bahawa mereka boleh diharapkan.
Berita Harian Online
'Saya percaya sifat jujur van Basten'
BADEN (Austria): Jurulatih Itali, Roberto Donadoni menepis tanggapan bahawa Belanda akan memberikan Romania perlawanan mudah dalam pertemuan terakhir mereka dalam Kumpulan C, sekali gus memastikan juara dunia itu dan naib juara Piala Dunia 2006, Perancis, tidak meneruskan kemaraan.
Belanda sudahpun melayakkan diri hasil kemenangan besar ke atas Itali dan Perancis, manakala Romania memungut dua mata daripada dua keputusan seri dan kemenangan ke atas Belanda akan menjulang mereka ke suku akhir, tidak kira apa yang berlaku dalam perlawanan antara Perancis dan Itali.
Bagaimanapun, Donadoni, yang pasukannya bangkit sedikit selepas kekalahan 3-0 kepada Belanda untuk seri 1-1 dengan Romania, Jumaat lalu, menepis idea bahawa Belanda, dibimbing rakan karib dan juga bekas rakan sepasukan di kelab AC Milan, Marco van Basten, tidak akan bermain bersungguh-sungguh sekalipun jika ia menurunkan kebanyakan barisan simpanan.
"Saya percaya dengan sifat jujur dan terbuka. Ia sentiasa perbincangan yang sama dan ia juga tidak memenuhi sebarang objektif. Walaupun jika benar barisan simpanan yang beraksi, ia tidak bermakna Belanda tidak akan menang.
"Sebaliknya, pemain simpanan pasti mahu menunjukkan mereka berhak untuk bermain dalam pasukan utama.
Donadoni, yang mempunyai tugas hampir mustahil menggantikan jurulatih pemenang Piala Dunia, Marcello Lippi dan di sebalik menandatangani lanjutan kontrak dua tahun sebelum kejohanan itu, masih dalam keadaan tertekan, berkata dia percaya pemainnya sudah bersiap sedia berdepan cabaran Perancis.
"Kami perlu mengalahkan Perancis," katanya. "Ia perlawanan penting kerana satu pasukan masih berpeluang untuk layak dan anda perlu beraksi pada tahap tertinggi," katanya. � AFP
Berita Harian Online
Kita juara
SINGAPURA - Lee Chong Wei melengkapkan kejuaraan berganda Malaysia apabila menjuarai acara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Terbuka Singapura, semalam selepas kejuaraan beregu lelaki menjadi milik pasangan negara Mohd. Zakry Abdul Latif-Mohd. Fairuzizuan M Tazari.
Pemain nombor dua dunia, Chong Wei tiada tandingan buat lawannya, Simon Santoso dari Indonesia pada perlawanan akhir apabila menang mudah 21-13, 21-5 dalam masa 29 minit.
Beraksi di depan ribuan penyokong pemain tuan rumah, Chong Wei mempamerkan kelas tersendiri apabila tidak melepaskan sebarang mata kepada Simon sehingga kedudukan 15-0 di set kedua.
Ia merupakan kejuaraan Siri Super kedua Chong Wei selepas menjuarai Terbuka Malaysia Januari lalu.
Chong Wei yang menjadi sandaran pingat Sukan Olimpik Beijing, Ogos ini tidak menghadapi laluan sukar untuk memenangi kejuaraan berikutan ketiadaan pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China serta pemain tuan rumah yang juga juara Olimpik, Taufik Hidayat.
Sebelum itu, kejuaraan beregu lelaki sah milik negara apabila dua pasangan negara berentap sesama sendiri di perlawanan akhir.
Namun, kemenangan memihak kepada gandingan Mohd. Zakry-Mohd. Fairuzizuan apabila menewaskan Gan Teik Chai-Lin Woon Fui 21-18, 21-17.
Ia merupakan kejuaraan pertama Siri Su- per buat beregu nombor tiga negara itu.
Sementara itu, perseorangan wanita milik juara Seluruh England dari Denmark, Tine Rasmussen yang menumpaskan pemain Hong Kong, Zhou Mi 21-19, 21-17.
China tidak pulang dengan tangan kosong apabila menjuarai beregu wanita menerusi gandingan Jing Du-Yang Yu menundukkan pasangan Taiwan Wen Hsing Cheng-Yu Chin Chien 21-16, 21-19.
Dalam acara beregu campuran, juara dunia yang juga pilihan pertama kejohanan Nova Widianto-Liliyana Natsir dari Indonesia menewaskan pasangan England, Anthony Clark-Donna Kellogg 17-21, 21-14, 21-9.
utusan online
Askar larikan anak, cucu pengusaha batik ditahan
Oleh Betty Subaryati
KOTA BHARU: Anak perempuan dan cucu seorang pengusaha batik di negeri ini menempuh saat cemas selama kira-kira enam jam apabila dilarikan dua anggota tentera sebelum diselamatkan polis, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi itu, polis terpaksa merempuh belakang kereta yang dinaiki suspek dan dua beranak itu selepas arahan berhenti tidak diendahkan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi, berkata wanita berusia 28 tahun dan anak perempuannya berusia empat tahun itu cedera ringan di muka dipercayai terkena serpihan cermin yang pecah ekoran pelanggaran itu dan dirawat di sebuah hospital swasta di sini.
Beliau berkata, dua beranak berkenaan sebelum itu disamun seorang daripada suspek terbabit yang bersenjatakan pisau, ketika hendak memasuki kereta selepas membeli makanan di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini, kira jam 6.30 petang kelmarin.
"Lelaki terbabit menyamun wang tunai RM130, dua telefon bimbit serta pelbagai barang kemas milik mangsa dan memaksa wanita itu memandu kereta berkenaan selama beberapa jam di sekitar bandar ini.
"Kira-kira jam 10.30 malam, suspek memaksa mangsa memandu ke arah Jalan Padang Tembak di Pangkalan Chepa sebelum bertemu dengan suspek kedua yang menunggu di situ dengan motosikal.
"Suspek kemudian memandu kereta itu dan membawa bersama dua beranak berkenaan," katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Abd Rahim berkata, suami mangsa membuat laporan polis selepas gagal menghubungi isterinya menerusi telefon bimbit dan kebetulan seorang pekerjanya turut melihat kereta mangsa dipandu seorang lelaki di kawasan Kemumin.
Berdasarkan maklumat itu, polis melancarkan gerakan sebelum mengesan kereta mangsa di kawasan berkenaan.
Berita Harian Online
Kerajaan jamin Bajet 2009 tidak bebankan rakyat
|
|
KOTA KINABALU 15 Jun - Kerajaan memberi jaminan Bajet 2009 yang akan dibentangkan pada hujung tahun ini tidak membebankan malah akan melegakan rakyat khususnya di peringkat bawahan.
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, antara tumpuan yang akan diberikan dalam bajet itu ialah penyelesaian terhadap isu-isu besar yang menjadi kegelisahan rakyat kebelakangan ini.
"Bajet 2009 yang akan dibentangkan nanti tidak akan membebankan dan ia melegakan rakyat, kita mahu cari kaedah untuk memberi kemakmuran kepada rakyat dengan memberi fokus kepada isu-isu negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan ketua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kewangan Sabah di Rumah Persekutuan, di sini hari ini.
Nor Mohamed berkata, antara perkara yang diberi perhatian utama dalam bajet itu ialah menyedia kemudahan pengangkutan awam yang cekap dan berkesan.
Berhubung cadangan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, yang meminta Petronas membentangkan penyata kewangannya kepada rakyat, beliau berkata, Petronas akan melakukannya pada minggu depan.
Katanya, pembentangan secara terperinci oleh pihak Petronas dijangka menghapuskan prasangka buruk terhadap syarikat minyak nasional itu.
"Penjelasan tersebut akan dilakukan sendiri oleh Presiden Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican pada minggu depan," ujarnya.
Mengenai cadangan pihak tertentu supaya Petronas membiayai semua subsidi minyak untuk rakyat di negara ini, Nor Mohamed memberitahu, sebagai sebuah kerajaan yang amanah, perkara tersebut tidak akan dilakukan.
"Sebagai pemegang amanah, kita pastikan hasil negara digunakan bukan sahaja untuk generasi masa kini tetapi juga akan datang, kalau bagi (biaya subsidi) bukan rakyat kita yang akan dapat manfaat sepenuhnya," katanya.
Jelasnya ini kerana, rakyat dari negara jiran akan turut menikmati subsidi itu melalui kegiatan penyeludupan dan penjualan bahan bakar kepada mereka.
Sementara itu, beliau percaya, kerajaan mampu menangani krisis ekonomi baru yang membabitkan kenaikkan harga minyak dan barang berdasarkan kepada pengalaman menangani krisis ekonomi sebelum ini.
"Negara kita telah melalui bermacam-macam krisis bermula pada tahun 1969, kemudian sekitar 1970-an ketika harga minyak dunia naik. Ia diikuti pada 1987 iaitu antara yang paling teruk apabila semua harga barangan komoditi jatuh teruk.
"Sekali lagi kita diuji pada 1997 apabila krisis kewangan dunia melanda dan sekarang ini kita yakin dapat atasi kerana kita mempunyai banyak fleksibiliti dan tidak bergantung kepada satu aspek sahaja," ujarnya.
Pada masa hadapan katanya, sistem perbankan Islam di negara ini mempunyai peluang yang cerah untuk menerima pelaburan dari negara-negara Arab yang merupakan pengeluar minyak utama dunia.
Katanya, dijangka negara-negara Arab akan menerima keuntungan sehingga RM20 trilion sekiranya harga minyak terus melambung dan mereka sudah menyatakan minat untuk melabur dalam Bank Islam.
"Banyak rombongan dari negara Timur Tengah sedang mengkaji untuk melabur di Malaysia. Bank Islam di Malaysia adalah yang terbaik di dunia kerana melaksanakan dua sistem sekali gus iaitu sistem konvensional dan sistem perbankan Islam." katanya.
utusan online