Monday, January 24, 2011

Penerbangan tambang murah berpindah ke KLIA2 Oktober 2012

PETALING JAYA, 24 Jan. - Semua syarikat penerbangan tambang murah akan berpindah ke terminal penerbangan tambang murah (LCCT) tetap baharu, KLIA2, yang dijadualkan siap pada Oktober 2012, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Ditanya tentang sama ada pengendali penerbangan tambang murah enggan berpindah, beliau berkata: “Saya rasa mereka terpaksa berpindah kerana LCCT yang ada sekarang akan ditukar menjadi terminal kargo. Kerja-kerja di terminal itu rancak dijalankan dan dijangka siap menjelang tahun depan,” katanya.

LCCT yang ada sekarang mampu mengendalikan hingga 15 juta penumpang setahun, dan tahun lepas ia mengendalikan kira-kira 17 juta penumpang, kata menteri itu kepada pemberita pada upacara penyerahan Sistem Pemeriksaan Penerbangan (FIS) di sini hari ini oleh Systematic Aviation Services Sdn. Bhd., kepada kementeriannya.

Memandangkan pertumbuhan pesat lalu lintas dalam sektor tambang murah, kerajaan telah memberikan keutamaan kepada pembangunan segera terminal mega tambang murah bernilai RM2 bilion yang akan menampung keperluan perjalanan tambang murah bagi sekurang-kurangnya 10 hingga 15 tahun akan datang. - Bernama

Muhyiddin minta MCA henti main isu salam

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mahu BN khususnya MCA mengekploitasi isu calon PAS Normala Sudirman tidak mahu bersalam dengan lelaki.

NONEMalah, Muhyiddin turut menegaskan bahawa beliau juga tidak mahu isu ini dipanjangkan kerana "ada perkara yang lebih pokok yang patut BN lakukan".

"BN tidak mahu eksploitasi soal-soal begitu. Terserah kepada 
pengundi untuk membuat penilaian kerana (beliau) mungkin (bertindak) atas sebab-sebab tertentu.

"Tapi bagi saya, saya tidak mahu nak mengekploitasi peribadi pihak calon. Itu adalah pilihan beliau (Normala). Tetapi apa pun terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian," katanya dalam satu sidang media di Tenang.

Muhyiddin mengulas mengenai isu calon PAS Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki dalam kempen pilihan DUN Tenang yang dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau yang juga timbalan pengerusi BN sekali lagi menegaskan bahawa tidak mahu isu ini dipanjangkan kerana terdapat perkara lain yang perlu diutamakan dalam kempen pilihan raya berkenaan.

"Ada perkara yang lebih pokok yang patut kita lakukan untuk menjelaskan isu, (mengenai) apa komitmen kita untuk membantu rakyat dan pengundi di sini," katanya.

Ditanya mengenai calon PAS yang mendakwa BN gagalmemahamkan komponennya berhubung adab Islam berhubung wanita tidak dibenarkan bersalaman dengan lelaki, Muhyiddin berkata:

"Tak payahlah kita komen macam-macam. Yang pentingnya, kita tumpu kepada perkara-perkara lain. Itu yang lebih utama".

Isu Interlok

Dalam sidang media yang sama, Muhyiddin berkata berharap semua pihak tidak mempolitikkan isu novel Interlok.

"Saya nak tanya di kalangan yang ada di sini, siapa yang baca (novel) Interlok? Saya baca... tak ada orang baca....Jadi saya nak jelaskan, kita (kerajaan) sudah putuskan kita ada formula yang boleh menyelesaikan masalah itu.

"Tadi saya dengan perdana menteri berbincang, pasal sebab dalam semangat BN, kita nak berbicara dengan pihak MIC. Saya percaya formula kita akan dikemukakan nanti, kita akan bincangkan secara mendalam dalam sehari dua (ini).

"Saya harap, apabila diputuskan nanti, perkara ini tidak menimbulkan apa-apa (masalah) kerana apa yang penting semangat kerjasama dalam BN," katanya.

Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh berkata beliau optimis isu berkata novel tersebut boleh diselesaikan.

P'raya Tenang: Isu 'jabat tangan' makan diri?

Pemimpin dan jentera pilihan raya kecil MCA di Tenang meningkatkan serangan terhadap PAS berhubung isu negara Islam dan keengganan calonnya, Normala Sudirman (bawah) bersalam dengan orang lelaki. Persoalannya ialah sama ada strategi itu akan berjaya mengalih sokongan 5,766 pengundi Cina kepada BN.

NONETinjauan Malaysiakini di kalangan pengundi Cina di kawasan pilihan 
raya Tenang menunjukkan bahawa dua isu tersebut memberi kesan minimum terhadap mereka.

Sebaliknya, apa yang lebih penting pada mereka ialah prestasi kedua-dua calon berkenaan.
Mereka yang ditemui Malaysiakinimenegaskan bahawa undi untuk PAS tidak bermakna menyokong parti Islam itu, mahupun menyokong 
agendanya mengenai negara Islam.
Mereka juga berkata, mereka telah diabaikan oleh bekas ADUN dari Umno, Datuk Sulaiman Taha.
Tinjauan itu dijalankan semalam di bandar Labis Tengah dan Tenang Station - yang merupakan dua daripada lima kawasan majoriti pengundi Cina di Tenang - mendapati hampir semua yang ditemui berpendapat MCA tidak seharusnya memainkan isu berjabat tangan itu kerana ia melibatkan agama calon.

Ditanyakan mengenai rancangan PAS untuk mengisyatiharkan Malaysia sebagai negara Islam, sesetengah daripada mereka mengakui merasa takut ketika isu itu pertama kali dibangkitkan dalam pilihan raya umum 1999 tetapi selepas bertahun berlalu, kini perasaan itu tidak seperti dahulu lagi.

mahathir responses to suaram report 02Sebahagiannya menceritakan mengenai pengumuman mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pada 21 September 2001 mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam, yang menurut mereka, tidak membawa banyak perubahan terhadap negara ini.

Yang lainnya pula berpendapat jika dan bila benar-benar diisytiharkan sebagai 'negara Islam', mereka tidak ada masalah selagi ia tidak menjejaskan sistem pendidikan Cina, hak untuk makan, alkohol dan berjudi, dan selagi kerajaan terus melayan masyarakat Cina dengan baik.
Isu negara Islam yang dimainkan oleh MCA mungkin boleh menariksokongan pengundi yang berumur tetapi generasi muda pula mempunyai pandangan yang berbeza.
Tinjauan itu juga memberi gambaran mengenai sikap sebahagian pengundi di situ.

NONE"Pengundi di Tenang selama ini menyokong MCA di peringkat parlimen (kerusi Labis), tetapi menyokong pembangkang di peringkat DUN (Bekok dan Tenang), bagi mewujudkan semak dan imbang," kata salah seorang pengundi yang ditemui.
Pengundi Cina merupakan 38.6 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di Tenang. Dalam pilihanraya umum lalu, PAS memperolehi sokongan lebih daripada separuh pengundi di tiga kawasan majoriti Cina, iaitu bandar Labis Timur, bandar Labis Tengah dan Labis.

K'jaan S'gor gagal pinda undang-undang tubuh


Seperti dijangka, kerajaan Selangor gagal meminda undang-undang tubuh negeri bagi memberikan kuasa kepada Sultan dan menteri besar dalam pelantikan tiga jawatan tertinggi negeri.
Dalam pengundian sebentar tadi, hanya 34 ADUN mengundi bersetuju dengan pindaan itu manakala 20 lagi mengundi menentangnya.

Kerajaan Selangor memerlukan 38 undi (sokongan 2/3) bagi membolehkan undang-undang itu diluluskan.

BN mempunyai 21 kerusi yang mana kesemuanya sepakat menolak cadangan menteri besar itu. 

Perkembangan terdahulu:
ADUN dan para wartawan tiba awal hari ini untuk menghadiri sidang DUN Selangor yang akan membahas cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai tinggi kerajaan kepada sultan dan negeri.

NONEDua trak anggota polis kelihatan berada di pintu masuk DUN manakala satu trak lagi berada berhampiran Wisma MBSA, ekoran kemungkinan berlakunya protes pagi ini.

Kedua-dua pintu masuk dan keluar DUN dibuka separuh, dengan ruang yang mencukupi untuk dilalui sebuah kereta.

Sidang DUN dijadual bermula jam 10 pagi di mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat bercadang meminda Undang-undang Tubuh Negeri tersebut.
NONEBN sebagai pembangkang negeri bagaimanapun menuduh kerajaan merancang untuk menambah kuasa menteri besar dalam menentukan pelantikan pegawai tinggi kerajaan negeri.

Cadangan pindaan itu dibuat ekoran tindakan kerajaan pusat melantik bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri yang baru.

Kerajaan Selangor membantah keras pelantikan tersebut dan menuduh Putrajaya mengetepikan kuasa negeri, apabila melantik Khusrin tanpa berbincang dengan menter besar.

Sultan Selangor bagaimanapun memperkenankan pelantikan Khusrin yang mengangkat sumpah pasa 5 Januari lalu.

LAPORAN LANGSUNG
9.30 pagi: ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah tiba di bangunan SUK, diiringi dua pembantu.

NONEBeliau disambut oleh silauan lampu kamera jurufoto, menyebabkannya agak terkejut.

"Wah, banyak peminat ni!" katanya berseloroh.

Beliau enggan menjawab sebarang soalan walaupun ditanya bertubi-tubi oleh pemberita, sama ada akan mencabar keputusan speaker Teng Chang Khim yang mengisytiharkan kerusinya kosong.

9.32 pagi: Kira-kira 200 berkumpul di Dataran Shah Alam bawa pengawasan ketat polis. Sebahagian peserta memakai ikat kepala bertulis GAPS (Gagasan Anti Penyelewengan Selangor). Empat unit pasukan polis berkawal di depan pintu SUK.

9.40 pagi: Didesak pemberita, Badrul Hisham Abdullah memberitahu akan memfailkan saman bagi mencabar keputusan itu tengah hari ini selepas menghadiri sidang DUN.

Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada beliau dibenarkan memasuki dewan ekoran kerusinya telah diisytihar kosong.
NONE10 pagi: Dewan mula bersidang. Badrul Hisham Abdullah - yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker - duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan.

Setiausaha dewan membacakan ucapan diraja bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam ucapannya, Sultan bertitah supaya ADUN membahaskan cadangan pindaan itu dengan sebaiknya tanpa beranggapan perkenan yang diberikan baginda sebagai menyokong mana-mana pihak dalam dewan.

Baginda juga memberitahu ADUN supaya tidak menariknya sama dalam politik. Istana sentiasa tidak mencampuri urusan politik, titahnya lagi.

10.24 pagi: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membacakan ucapannya. 

Berdasarkan perkara 10(3) peraturan dewan, kerajaan Selangor membentangkan pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Selangor 1959 terhadap perkara 52(1), kata menteri besar. 

Pindaan itu dicadangkan supaya generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya dan tiada pihak yang berani melanggar kuasa kerajaan negeri dan Sultan, kata Khalid.

Pakatan Rakyat memberikan komitmen menjunjung perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri serta Rujun Negara, yang menjadi asas kepada kerajaan Selangor hari ini, tambahnya.

Pakatan juga, tambah Abdul Khalid, berhasrat menegakkan kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan.

10.35 pagi: Selepas duduk di bilik khas media kira-kira 30 minit, Badrul meninggalkan bilik itu dan bercadang mengadakan sidang media di luar.

10.50 pagi: Dalam sidang media selepas itu, Badrul Hisham mengaku beliau masih merupakan wakil rakyat yang sah dan akan terus berkhidmat kepada rakyat.

Bagaimanapun, ditanya lagi sama ada beliau mahu memfailkan tuntutan di mahkamah, beliau hanya menjawab "mungkin".

Beliau juga memberitahu, setelah menunjukkan surat jemputan bertarik 11 Januari daripada speaker, pihak keselamatan masih tidak membenarkannya masuk ke dalam dewan.

11.20 pagi: Abdul Khalid selesai berucap. Ketua pembangkang negeri yang baru dilantik Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) berucap mempersoalkan tindakan Teng memanggil sidang DUN tanpa notis 14 hari.

Speaker menegur kembali Mohamad Satim supaya mengingat peraturan tetap dewan sebelum membangkitkan sebarang perkara atau beliau akan diminta keluar untuk mengingatinya.

Penyokong Pakatan ketawa besar.

NONE11.25 pagi:Mohamad Satim ketika membahaskan pindaan itu mendakwa kerajaan negeri 'syok sendiri'.

Katanya, Umno Selangor tidak akan sesekali menyokong cadangan itu kerana bertentangan dengan perlembagaan negara dan bermotifkan politik.

Menurutnhya lagi, kerajaan BN terdahulu tidak pernah membelakangi Sultan, berbeza dengan menteri besar baru yang didakwa tidak dapat menerima pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah mendapat pekenan Sultan.

11.26 pagi: Peserta perhimpunan di Dataran Shah Alam kini bertambah sehingga 500 orang.

11.41 pagi: Mohamad Satim mengulangi dakwaan bahawa wakil Pakatan biadan dan derhaka terhadap Sultan dalam banyak tindakannya, antaranya dalam isu penggunaan kalimah Allah dan tulisan dalam blog Shuhaimie Shafiei (PKR-Sri Muda) yang didakwa menghina Sultan.

azmin ali pc in parliament 020709 0212.10 tengah hari: Pengerusi Kelab penyokong kerajaan negeri Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) membalas Umno yang derhaka kerana enggan menyokong cadangan pindaan undang-undang itu.

Katanya, walaupun Umno boleh menukar fakta menggunakan media arus perdana, mereka tidak boleh mengubah sejarah.

Azmin juga berkata Umno sudah lama menikmati kekebalan bawah pentadbiran 'Mamak Bendahara' dan pihak eksekutif, yang mengundang bantahan ADUN Taman Templer Subahan Kamal.

Subahan berkata Azmin berniat jahat dengan menggunakan perkataan 'mamak'.

Sementara bangun Shamsudin Lias (Umno-Sungai Burong) menyokong Subahan, mendakwa Azmin menggunakan perkataan itu dengan cuba merujuk kepada Subahan.

Azmin pantas membidas kefahaman "cetek" pembangkang negeri berhubung penggunaan prosa Melayu klasi di mana gelaran 'mamak bendahara' dirujuk kepada pembantu utama Sultan.

1 tengah hari: 
Sidang dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.

NONE1.10 tengah hari:Sekumpulan 20 pemuda Pakatan Rakyat berhimpun di depan bangunan DUN bagi menunjukkan sokongan terhadap cadangan pindaan itu.

Mereke membawa kain rentang dan menjerit perkataan "Daulat Tuanku!" dan "Hidup Rakyat!" sebelum beredar sepuluh minit kemudian.

2.47 petang: Persidangan bersambung dengan Azmin menyampaikan hujahnya.

Satim mencelah meminta spekaer mengingatkan timbalan presiden PKR itu supaya tidak lari tajuk apabila menyentuh kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak rancangan 100 hari pentadbiran Pakatan.

Sulaiman says Azmin mulanya berkata bersetuju mengubahnya. Dengan sinis beliau berkata akan menukar perkaraan "Najib berkata" kepada "Rosmah berkata" yang menyebabkan ADUN Pakatan ketawa.

Selain Satim dan Azmin, sepuluh ADUN dijadual mendebatkan cadangan pindaan undang-undang tubuh negeri itu.

NONE3.25 petang:Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) sifatkan cadangan itu sebagai rancangan menteri besar dan kerajaan negeri untuk menyingkirkan Khusrin.

Sulaiman sebaliknya memuji Khusrin dengan berkata, Khusrin terkenal dengan sifat tegas, profesional dan berintegiriti.

Katanya, bukan DUN tetapi di parlimenlah tempat yang betul untuk membahaskan pindaan sebegitu kerana ia pelantikan itu berkaitan dengan perlembagaan persekutuan.

4.30 petang: Khalid memohon sidang dipanjangkan sehingga jam 7 petang supaya semua ADUN mendapat peluang berbahas.

Sehingga sekarang, Shuhaimi Shafiei (PKR-Seri Muda) - dalam giliran kelima - sedang berucap.

6.25 petang: Usaha kerajaan negeri untuk meminda undang-undang tubuh Selangor tidak berjaya apabila gagal mendapat sokongan dua pertiga dalam prosiding bacaan kedua.

Seramai 34 ADUN mengundi bersetuju dengan pindaan itu manakala 20 lagi mengundi menentangnya.

BN mempunyai 21 kerusi yang mana kesemuanya sebulat suara menolak cadangan menteri besar itu.

Happy penaja utama Kelantan



ANNUAR (kanan) diperkenalkan kepada pemain Kelantan pada majlis menandatangani tajaan di Kota Bharu semalam.



KELANTAN melengkapkan persiapan untuk mengharungi Liga Super musim 2011 dengan mengumumkan penaja-penaja yang akan bersama pasukan itu dengan syarikat jenama prabayar Happy sebagai rakan kongsi dan penaja utama dengan tajaan bernilai jutaan ringgit.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa memberitahu, selain Happy, enam lagi penaja, Al-Hamra Group, TRW Station, Umbro, Al-Jabbar, Sinar Harian dan Yusmira Trading turut bersama-sama memberikan sumbangan dalam usaha mengukuhkan lagi dana The Red Warriors.
Menurutnya, dengan adanya penajaan ini terutama beberapa syarikat yang dipelopori anak jati Kelantan ini mampu menaikkan semangat pasukan Kelantan yang pastinya berdepan cabaran hebat untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi sebelum ini.
"Saya tidak bercadang untuk mendedahkan jumlah keseluruhan penajaan ini tetapi ia cukup memberi suntikan baru kepada KAFA dan pasukan Kelantan yang pastinya berdepan cabaran hebat untuk musim baru bola sepak tempatan.
"Happy bukan sekadar penaja utama untuk pasukan Liga Super Kelantan tetapi sebagai rakan kongsi dalam program pembangunan akar umbi bola sepak Kelantan dengan penubuhan pusat, klinik dan karnival bola sepak serta liga bawah umur," katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani dokumen penajaan oleh semua penaja selain memperkenalkan jersi Kelantan untuk musim 2011 bersama logo penaja di Pusat Dagangan Kelantan, Kota Bharu semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...