Sunday, April 3, 2011

Banyak lagi ‘drama’ menjelang p’raya Sarawak

KULIM, 3 April: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, menjelang pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini, banyak lagi lakonan drama yang akan dipentaskan.
Ini, ujarnya termasuklah menampilkan pelakon yang membawa watak dalam video seks lucah yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pelik, aneh, ajaib dan ganjil. Video seks lucah dinyatakan sebagai tulen. Yang rakyat mahu tahu ialah pelakon yang mirip wajah Anwar. Siapa dia pelakon itu. Yang edar video lucah kenapa tiada tangkapan.
Katanya, rakyat jelata yang ada video lucah didakwa, sementara pemimpin Umno dan BN yang terlibat tidak pula didakwa.
“Inilah keadilan yang dicemari oleh kuasa penyelewengan dalam sistem pentadbiran dan kehakiman negara," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Mengenai rasuah, beliau berkata sepatutnya tangkapan ke atas mereka yang terlibat dengan gejala rasuah dalam negara mestilah bersikap telus dan adil.
“Janganlah hanya tangkapan dibuat ke atas ‘bilis-bilis’ sahaja sedangkan jerung dibiarkan bermaharaja lela,” katanya ketika menyampaikan ceramah isu semasa di Kampung Keladi, semalam.
Menurutnya, tangkapan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim, hanyalah sebagai salah satu muslihat yang cuba ditunjukkan menjelang pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang.
"Yang kecil-kecil melibatkan rasuah sebanyak RM2,000 seperti mana yang didakwa keatas Adun Lenggeng jadi mangsa kepada percaturan Umno dan Barisan Nasional. Manakala jerung-jerung besar yang melibatkan skandal jutaan dan bilion ringgit dibiarkan bebas secara berleluasa.
"Inilah sikap sebenar BN yang cuba mengelirukan pemikiran rakyat. Pada anggapan mereka, dengan pendakwaan terpilih itu rakyat akan percaya, rasuah sedang dibanteras,” katanya.
Tambahnya, sedangkan yang menghilangkan wang rakyat sebanyak RM50 bilion tidak diambil sebarang tindakan.
Apa lagi, katanya jika yang terklibat dalam penyelewengan adalah kroni dan suku-sakat kepada kepimpinan Umno dan BN.

Senarai calon BN Sarawak

Senarai nama calon BN yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri itu pada 16 April depan dikeluarkan petang ini.

Keempat-empat pemimpin parti komponen BN Sarawak akan mempertahankan kerusi masing-masing - Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud ang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), mempertahankan DUN Balingian di Mukah, manakala presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan (DUN Piasau),

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Dr James Masing pula mempertahankan DUN Baleh di Hulu Rajang manakala presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri William Mawan, mempertahankan DUN Pakan di Julau.
Manakala mereka yang digugurkan daripada senarai calon kali ini ialah Speaker DUN Sarawak, Asfia Awang Nasar dan dua timbalan menteri - Dr Soon Choon Teck dan Larry Sng.
Berikut adalah senarai penuh calon BN bagi 71 kerusi yang dipertandingkan.(* menunjukkan muka baru)

N1. OPAR RANUM ANAK MINA (SUPP)
N2. TASIK BIRU DATUK PETER NANSIAN ANAK NGUSIE (SPDP)
N3. TANJUNG DATU TAN SRI ADENAN SATEM (PBB)
N4. PANTAI DAMAI DR ABDUL RAHMAN JUNAIDI (PBB)
N5. DEMAK LAUT DR HAZALAND ABANG HIPNI(PBB)* 
N6. TUPONG DATUK DAUD ABDUL RAHMAN (PBB)
N7. SAMARIANG SHARIFAH HASIDAH SAYEED AMAN GHAZALI (PBB)
N8. SATOK DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG (PBB)
N9. PADUNGAN SIM KIANG CHIOK (SUPP)* 
N10. PENDING PROF DR SIM KUI HIAN (SUPP)*
N11. BATU LINTANG SIH HUA TONG (SUPP)*
N12. KOTA SENTOSA DATUK ALFRED YAP (SUPP)
N13. BATU KAWAH TAN JOO PHOI (SUPP)
N14. ASAJAYA ABDUL KARIM RAHMAN HAMZAH (PBB)
N15. MUARA TUANG DATUK SERI MOHAMAD ALI MAHMUD (PBB)
N16. BENGOH DR BELEK @ JERIP ANAK SUSIL (SUPP)
N17. TARAT ROLAND SAGAH WEE INN (PBB)
N18. TEBEDU DATUK SERI MICHAEL MANYIN ANAK JAWONG (PBB)
N19. KEDUP MARTIN BEN (PBB)*
N20. SADONG JAYA AIDEL LARIWOO (PBB)*
N21. SIMUNJAN MOHD NARODEN MAJAIS (PBB)
N22. SEBUYAU JULAIHI NARAWI (PBB)
N23. LINGGA SIMOI PERI (PBB)
N24. BETING MARO RAZALI GHAPOR (PBB)*
N25. BALAI RINGIN SNOWDAN LAWAN (PRS)
N26. BUKIT BEGUNAN MONG ANAK DAGANG (PRS)
N27. SIMANGGANG DATUK FRANCIS HARDEN ANAK HOLLIS (SUPP)
N28. ENGKILILI DR JOHNICHAL RAYONG (SUPP)
N29. BATANG AI MALCOM MUSSEN ANAK LAMOH (PRS)
N30. SARIBAS RAZI SITAM (PBB)*
N31. LAYAR TAN SRI DR ALFRED JABU (PBB)
N32. BUKIT SABAN ROBERT LAWSON CHUAT ANAK VINCENT PBB)
N33. KALAKA ABDUL WAHAB AZIZ (PBB)
N34. KRIAN DATUK PETER NYAROK ANAK ENTRIE (SPDP)
N35. BELAWAI DATUK LEN TALIF SALLEH (PBB)*
N36. SEMOP DOLAH SAIDOL (PBB)*
N37. DARO MURNI SUHAILI (PBB)
N38. JEMORENG ABU SEMAN JAHWIE (PBB)
N39. REPOK DATUK DAVID TENG (SUPP)
N40. MERADONG LING KIE KING (SUPP)* 
N41. PAKAN DATUK SERI WILLIAM MAWAN (SPDP)
N42. MELUAN WONG ANAK JUDAT (SPDP)
N43. NGEMAH ALEXANDER VINCENT (PRS)
N44. MACHAN DATUK GRAMONG JUNA (PBB)
N45. BUKIT ASSEK CHIENG BUONG TOON (SUPP)*
N46. DUDONG DATUK TIONG THAI KING (SUPP)*
N47. BAWANG ASSAN DATUK SRI WONG SOON KOH (SUPP)
N48. PELAWAN VINCENT GOH CHUNG SIONG (SUPP)
N49. NANGKA DR ANNUAR RAPEE (PBB)*
N50. DALAT DATIN FATIMAH ABDULLAH (PBB)
N51. BALINGIAN TAN SRI ABDUL TAIB MAHMUD (PBB)
N52. TAMIN JOSEPH MAUH ANAK IKEH (PRS)
N53. KAKUS JOHN SIKIE ANAK TAYAI (PRS)
N54. PELAGUS STANLEY UNJA (PRS)* 
N55. KATIBAS AMBROSE BLIKAU ANAK ENTURAN (PBB)
N56. BALEH DATUK SERI DR JAMES MASING (PRS)
N57. BELAGA LIWAN LAGANG (PRS)
N58. JEPAK DATUK TALIB ZULPILIP (PBB)
N59. KIDURONG HENRY LING (SUPP)*
N60. KEMENA DR STEPHEN RUNDI ANAK UTOM (PBB)
N61. BEKENU ROSEY YUNUS (SPDP)
N62. LAMBIR RIPIN LAMAT (PBB)*
N63. PIASAU TAN SRI DR GEORGE CHAN (SUPP)
N64. PUJUT ANDY CHIA CHU FATT (SUPP)
N65. SENADIN DATUK LEE KIM SHIN (SUPP)
N66. MARUDI SYLVESTER ENTRIE ANAK MURAN (SPDP)
N67. TELANG USAN DENNIS NGAU (PBB)*
N68. BUKIT KOTA DR ABDUL RAHMAN ISMAL (PBB)
N69. BATU DANAU PALU @ PAULUS ANAK GUMBANG (SPDP)
N70. BA'KELALAN ...(akan diumumkan) ... 
N71. BUKIT SARI DATUK AMAR AWANG TENGAH ALI HASSAN (PBB)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...