Saturday, April 2, 2011

Seri Bayu meninggal dunia

KUALA LUMPUR 2 April – Penulis lirik, Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik meninggal dunia di Hospital Besar Port Dickson, Negeri Sembilan malam ini kerana menghidap sakit saraf.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.30 malam pada usia 46 tahun. - Utusan

Pornthip: 'Teoh Beng Hock dicekik sebelum jatuh'

Pakar patologi Thai, Dr Pornthip Rojanasunand bersependapat dengan pakar forensik Britain Prof Dr Peter Vanezis bahawa Teoh Beng Hock masih bernyawa. 

Namun katanya, beliau tetap mempertahankan hujahnya bahawa kesan tanda merah di sekeliling leher mangsa pembantu politik itu adalah akibat dicekik.

dr pornthip rojanasunand at teoh beng hock rciMenurut beliau, kesan merah itu amat ketara pada bahagian kiri leher Teoh pada bedah siasat pertama meskipun tubuh mangsa telah dijahit semula.

Pakar patologi dari Thai itu tidak menjalankan bedah siasat pertama tetapi hadir sebagai pemerhati pada bedah siasat kedua.

Pornthip, 56, yang tiba hari ini dan diberi kawalan ketat berkatakontusi pada sebelah kiri leher Teoh menunjukkan mangsa dicekik.

Tegasnya, terdapat tiga senario di mana kontusi boleh berlaku.

  • dicekik dengan menggunakan tangan,
  • leher mangsa dipukul dengan objek tumpul,
  • ataupun leher mangsa ditekan kepada objek atau kedua-duanya sekali.
Katanya, tanda seperti bentuk syiling di leher Teoh adalah akibat tekanan jari atau objek bulat dan kejelasan tanda itu mengikut Pornthip bergantung kepada tekanan yang digunakan.

"Teoh berkulit cerah jadi kesan tanda lebam ini boleh dilihat dengan jelas,” kata saksi itu.

Beliau juga memberikan beberapa contoh tentang bagaimana kecederaan di leher akibat dicekik yang mempunyai tanda-tanda lebam yang sama.

K'jaan tak boleh jamin harga RON 95 kekal

Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga petrol RON 95 buat masa ini sekalipun harga semasa minyak mentah di pasaran dunia semakin meningkat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun kerajaan tidak dapat menjamin perkara tersebut pada masa depan jika krisis di negara pengeluar minyak berterusan.

petrol price hike consumer interview 040608 01"Sekarang ini kita (kerajaan) tanggung subsidi bagi RON 95 sebanyak 79 sen, tambahan subsidi sebanyak RM4 bilion,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2011, di Kuala Lumpur hari ini.

Ismail Sabri diminta mengulas kenaikan harga petrol RON 97 sebanyak 20 sen seliter yang berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, sekalipun kerajaan sebelum ini pernah menyatakan subsidi melebihi 30 sen ditanggung pengguna, namun demi kepentingan rakyat kerajaan tidak berbuat demikian menyebabkan beban subsidi yang ditanggung semakin besar. 

Ditanya sama ada kenaikan harga RON 97 akan meningkatkan harga barangan, Ismail Sabri berkata tidak ada sebab untuk perkara itu berlaku memandangkan lori pengangkut menggunakan diesel.

NONEPada masa yang sama beliau turut meminta masyarakat mengubah sikap terlalu bergantung kepada subsidi kerana tindakan sedemikian mampu membantutkan usaha kerajaan membantu golongan yang benar-benar memerlukan.

"Rakyat juga perlu tanya pada diri sendiri adakah perlu RM4 bilion itu kita nak tanggung subsidi minyak atau nak gunakan untuk pembangunan lain," katanya.

Mengulas perkembangan lain, Ismail Sabri berkata sebuah jawatankuasa kerja bagi meneliti cadangan mewujudkan kedai menjual bahan makanan pada harga diskaun sudah ditubuhkan.

"Kita akan bincang dengan beberapa pihak luar, peniaga dan sebagainya. Banyak perkara yang perlu kita lihat dari segi kedai mana yang hendak digunakan, apa produk yang hendak dijual. Tapi yang jelasnya produk yang nak dijual itu nanti mestilah betul-betul produk keperluan kita," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan sedang mengkaji untuk memperkenalkan pembukaan kedai yang menjual bahan makanan pada harga diskaun untuk dijual kepada rakyat bagi membantu rakyat menghadapi inflasi.

Antara Umno-PERKASA dan Arman-Hang Nadim

Peletakan jawatan Arman Azha Abu Hanifah sebagai Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Isnin lalu boleh dilihat daripada pelbagai sudut.

NONEAda yang mengaitkannya dengan pergeseran dalaman NGOMelayu itu dan juga perbezaan pendapat dan ideologi di kalangan pemimpinnya serta juga kegagalan mendapatkan projek. Tetapi yang palik menarik, ada yang mengatakan ia ada kena mengena dengan pilihan raya umum yang akan datang.

Ini mengingatkan kira kepada kisah Hang Nadim yang dicatatkan oleh Tun Seri Lanang dalam Sejarah Melayu. Menurut kisahnya, Hang Nadim, anak muda yang menyelamatkan Temasik daripada serangan todak tetapi akhirnya dihukum bunuh oleh sultan.

'Dosa' Hang Nadim cuma satu, beliau berakal geliga walaupun masih kecil. Ketika orang ramai menahan serangan todak dengan betis sendiri, Hang Nadim mencadangkan digunakan batang pisang.

Kebijaksanaan ini yang merunsingkan sultan. Kelebihan itu dikhuatiri digunakan Hang Nadim untuk menggulingkan baginda pada suatu hari nanti.

namewee photo burnt by perkasa members 2Cerita popular itu, walaupun dianggap mitos, boleh dibandingkan dengan analisis beberapa pemimpin Pakatan Rakyat terhadap kedudukan PERKASA dalampolitik Malaysia.

Menarik untuk dinilai masa depan NGO yang dalam umur baru tiga tahun didaftarkan, sudah mendapat perhatian meluas dalam arena politik negara ini.

Menurut analis itu, pengunduran Arman dilihat sebagai satu tanda bahawa peranan pertubuhan itu sudah cukup dan kini harus perlahan-lahan menjadi low profile. Dalam bahasa Sejarah Melayu, perkara inilah yang disebut sebagai pembunuhan Hang Nadim.

1Malaysia

Analisis itu juga dibuat dengan menjangkakan PERKASA mempunyai hubungan amat rapat dengan Umno. NGO itu didakwa melaksanakan kerja-kerja berbentuk 'perkauman' yang tidak boleh dilakukan atas nama Umno yang kini bersungguh-sungguh mahu menambat kembali hati bukan Melayu melalui konsep 1Malaysia.

perkasa first agm 270310 kerisCakap-cakap itu antaranya mendakwa, Umno sebagai tulang belakang BN kini sudah pulih dan keadaan terbaik untuk menebus luka akibat kehilangan empat negeri dpada pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu.

Ini berdasarkan beberapa perkembangan. Antaranya, tinjauan badan penyelidik Merdeka Center bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang genap setahun menerajui negara kini amat popular. Seramai 68 peratus rakyat Malaysia dikatakan puas hati dengan prestasinya.

Justeru, sumber-sumber mendakwa, terdapat usaha melemahkan PERKASA, antaranya dengan 'mengambil' seorang demi seorang pemimpin popular pertubuhan itu, termasuk Arman dan Ketua Wirawatinya Raihan Sulaiman Palestine.

Raihan dilaporkan meninggalkan PERKASA sebulan lebih awal tetapi memilih tidak mengumumkannya di media.

NONEPeletakan jawatan kedua-dua pemimpin lantang itu turut dikaitkan dengan ikrar Najib bahawa BN akan meletakkan calon yang berupaya menang. 

Perkara itu turut ditegaskan lagi semalam oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelang pilihan raya Sarawak pada 16 April ini.

Ia juga nampaknya bukan sekadar kata-kata apabila 25 peratus calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) - tulang belakang BN di Sarawak - digantikan dengan calon muka baru.

Di Semenanjung, masalahnya, banyak pemimpin PERKASA kini didakwa lebih popular daripada pemimpin Umno sendiri. Maka, peluang mereka untuk naik dalam NGO pimpinan Datuk Ibrahim Ali itu juga dikatakan lebih mudah daripada menggunakan saluran parti.
Dianggap ekstrim, perkauman

Bagaimanapun, realitinya, tokoh-tokoh itu dilihat mustahil dibenarkan bertanding selagi dikaitkan dengan PERKASA - pertubuhan yang dianggap ekstrim dan perkauman, terutamanya oleh masyarakat Cina dan India.

NONEDilema ini boleh difahami berdasarkan komen setiausaha agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali pada Isnin lalu, ketika Arman dengan rasminya mengumumkan meletakkan jawatannya.

"Adalah sukar bila beliau (Arman) berceramah di platform Pemuda Umno kerana pihak-pihak lain akan anggap suaranya sebagai suara PERKASA. 

"Begitu juga jika beliau di ceramah-ceramah PERKASA, pihak-pihak tertentu akan kaitkan dengan suara Umno," kata Syed Hassan dalam satu kenyataan.

Menurut sumber-sumber Umno pula, Arman kini digosipkan sedang mengintai kerusi Taman Medan dalam parlimen Petaling Jaya Utara yang dirampas PKR pada pilihan raya umum 2008 lalu.

pkr weekly pc 260707 haniza talhaBagi mencabar penyandangnya, Haniza Talha (kiri) yang juga timbalan speaker Selangor bukanlah kerja mudah. Tambahan lagi, DUN itu merupakan kawasan campuran dengan peratusan pengundi bukan Melayu juga agak tinggi.

Justeru, tambah sumber-sumber, Arman perlu keluar daripada kepompong PERKASA dan aktif bersama Umno Petaling Jaya Utara yang mana beliau juga merupakan ketua Pemuda di bahagian itu.

Malah, sambil bergurau, sumber-sumber mendakwa, hasrat dan cita-cita Arman itu tidak boleh disembunyikan lagi apabila beliau pernah meletakkan perkataan "YB" di pangkal namanya di laman sosial tidak berapa lama dahulu.

Taman Medan merupakan kawasan campuran dengan Melayu sebanyak 60.9 peratus, Cina (21.7 peratus), India (16.3) dan kaum lain sebanyak 1.1 peratus daripada keseluruhan 40,009 pengundi. Pada 2008, Haniza mengalahkan calon BN Munaliza Hamzah dengan majoriti 4,433 undi.
Ketuanan Melayu

Justeru, mampukah BN memujuk masyarakat Cina dan India bagi menyokong calon Umno berketurunan PERKASA yang secara terangan memperjuangkan ketuanan Melayu itu?

perkasa first agm 270310 crowdSementara itu, melihat kepada sejarah kelahiran PERKASA yang didaftarkan pada 12 September 2008 - enam bulan selepas BN pertama kali hilang majoriti dua pertiga dalam parlimen - NGO itu dianggap sebagai platform baru kepada anggota Umno yang terpinggir sebelum ini.

Walaupun bersama PERKASA, mereka ini kebanyakannya masih ahli parti Melayu itu dan setia menunggu peluang masing-masing. Penglibatan mereka ternyata berjaya menumpang populariti mendadak yang diraih pertubuhan itu.

Memandangkan masa dianggap sudah suntuk, dijangka ramai lagi yang akan menuruti jejak langkah Arman bagi kembali aktif di pentas Umno, sekali gus mengintai kerusi pada pilihan raya nanti.

perkasa newspaperIni dikira jalan pintas berbanding penglibatan melalui cara konvensional di mana dalam parti dengan keanggotaan 3 juta orang itu, peluang untuk menonjol dilihat amat sukar, sehingga perebutan ketua cawangan sahaja memerlukan tenaga dan wang ringgit yang banyak.

Persoalannnya, jika perkara ini bebar-benar berlaku, bagaimanakah masa depan PERKASA selepas ini, terutamanya apabila selesainya pilihan raya umum yang menurut vsesetengah penganalisis dijangka berlangsung tahun ini?
Terus jadi kaya

Sementara itu, daripada aspek dalaman pula, bak kata pepatah, 'rumah siap pahat berbunyi', pemerhati politik berpendapat masih terdapat sesuatu yang tidak kena pada NGO itu apabila disorot secara lebih dekat.

Walaupun Arman tegas menafikan pengundurannya berkaitan dengan masalah dalaman dan kegagalan mendapatkan projek pada Isnin lalu, kenyataan itu tidak selari dengan 'isyarat' daripada Raihan baru-baru ini.

NONEKelmarin, berdasarkan rakaman di laman Youtube, apa yang seolah-olah terbuku di hati Raihan mula tergambar sedikit demi sedikit apabila diminta mengulas mengenai peletakan jawatannya.

Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri forum ekonomi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, walaupun dilaporkan mendakwa peletakan jawatannya atas sebab peribadi, Raihan mula bercakap tentang pihak yang "menggunakan" PERKASA untuk tujuan tertentu.

"Kalau masuk PERKASA terus jadi kaya, (ini) nampak hodoh," katanya sambil menceritakan pengalaman sukarnya mendapat pekerjaan apabila menjadi anggota NGO Melayu itu.

NONETanpa menyebut nama secara khusus, Raihan juga menceritakan pengorbanan anggota bawahan NGO itu yang memperjuangkan nasib Melayu secara sukarela dengan berkorban masa dan wang ringgit.

Dengan segala spekulasi dan tanda tanya berhubung situasi dan masa depan PERKASA, mungkin rombakan yang akan dilakukannya dalam masa terdekat ini mampu memberi isyarat tertentu yang bakal mencerahkan kita semua.

Jawapannya masih pada presidennya Datuk Ibrahim Ali (atas, kiri).

Pemilihan PAS mulai rancak




Pemilihan PAS bagi merebut jawatan timbalan presiden dilihat semakin rancak apabila baki 11 lagi kawasan di Wilayah Persekutuan yang majoritinya dilihat cenderung mencalonkan ahli jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu akan bermesyuarat sepanjang bulan ini.

Antara kawasan yang dilihat cenderung untuk menyokong bekas naib presiden PAS itu dalam pemilihan kali ini adalah Batu, Putrajaya, Kepong dan Bukit Bintang.

NONEBagi perwakilan PAS kawasan Setiawangsa yang bermesyuarat Ahad lalu, mereka menyerahkan keptusan berkenaan kepada jawatankuasa PAS kawasan itu untuk memilih pucuk kepimpinan parti.

Setakat ini, Mohamad (atas, kiri) hanya mendapat satu pencalonan dari kawasan Kubang Kerian yang diketuai oleh exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.



Secara tidak langsung pemerhati politik berpendapat, ia sebagai isyarat bahawa Husam – yang turut bertanding merebut jawatan tersebut dalam pemilihan lalu - memberi laluan kepada Mohamad untuk merebut kerusi nombor dua.

Dalam pemilihan dua tahun lalu, Husam dan Mohamad tewas kepada penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dalam persaingan tiga penjuru.

husam musa mat sabu nasharuddin mat isa 220409Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi.

Sebanyak tiga kawasan di Wilayah Persekutuan masing-masing akan mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka pada tarikh yang berasingan iaitu Bandar Tun Razak (3 April), Bukit Bintang (8 April) dan Cheras pada 30 April.

Manakala tiga kawasan lagi akan mengadakan mesyuarat agung serentak pada 10 April ini adalah Kepong, Lembah Pantai dan Segambut.


Tiada hasrat

Sementara pada 23 April ini, dua kawasan lagi - Batu dan Putrajaya - turut akan mengadakan mesyuarat agung serentak pada jam 9 pagi.

NONESehari selepas itu, tiga lagi kawasan bakal membuat pemilihan dalam mesyuarat agung mereka iaitu Titiwangsa, Wangsa Maju dan Seputeh.

Manakala, mesyuarat bagi ketiga-tiga sayap parti bagi Wilayah Persekutuan – Pemuda, Muslimat dan Ulama – masing-masing akan diadakan pada 1, 7 dan 8 Mei depan.

Sementara itu, dilaporkan dua naib presiden – Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahudin Ayub – yang disebut-sebut akan juga bertanding jawatan timbalan presiden menafikan mereka berhasrat merebut jawatan berkenaan

Sebaliknya, mereka hanya mahu mempertahankan kerusi naib presiden yang dimenangi mereka dua tahun lalu sekiranya mendapat pencalonan.

nasharuddin nik aziz manek urai 110709 eatingPenyandang jawatan timbalan presiden, Nasharuddin Mat Isa yang juga ahli parlimen Bachok setakat ini masih belum membuat sebarang keputusan sama ada akan mempertahankan jawatannya.

Dalam perkembangan berkaitan, Yang Dipertua PAS Setiawangsa Abd Halim Hassan berkata pihaknya akan bermesyuarat bagi mencalonkan kepimpinan pusat pada 19 April ini – selepas pulang berkempen pilihan raya negeri Sarawak.

Ditanya mengenai kecenderungan kawasan itu untuk memilih muka baru bagi jawatan timbalan presiden, Abd Halim enggan mengulasnya kerana tidak mahu mendahului keputusan jawatankuasa kawasan.

Namun katanya, secara peribadi, Datuk Seri Abdul Awang tidak menghadapi masalah untuk dicalonkan semula menyandang jawatan presiden parti tersebut.

Video seks: Ketua Polis Negara tidak faham

Menakjubkan lagi membingungkan – itulah mungkin rumusan paling sesuai untuk menggambarkan reaksi rakyat berikutan kenyataan separuh masak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengumumkan video seks lucah yang dikaitkan kepada Datuk SeriAnwar Ibrahim adalah 'tulen'.
NONE
Malah Ismail (kiri) membayangkan hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk tindakan susulan dalam tempoh terdekat.

Persoalannya: Betul ke Anwar adalah pelaku dalam video itu? Malangnya, Ketua Polis Negara tidak memberi jawapan.

Jawapan beliau adalah penting kerana ia menjadi paksi kepada segala isu ini – benarkah Anwar dirakam mengadakan hubungan sumbang dengan seorang pelacur di sebuah hotel pada 21 Februari lalu?

Anwar membuat laporan polis pada 22 Mac, sehari selepas video itu ditayangkan kepada media di Hotel Seri Carcosa Kuala Lumpur di mana Ketua Pembangkang dan isterinya kemudian diugut supaya berundur dari politik.

Laporan polis dibuat oleh Ketua Pembangkang itu untuk membolehkan Bukit Aman sendiri menyiasat sama ada pelaku dalam video itu adalah Anwar atau bukan.

Kunci segala-galanya

Jika bukan, maka jelas fitnah besar-besaran berlaku. Justeru identiti pelaku dalam video itu amat penting dan adalah kunci kepada segala-galanya.
azlan
Namun persoalan ini tidak dijawab oleh Ismail. Beliau lebih menjurus kepada hasil siasatan yang mendapati video itu adalah tulen berasaskan penelitian pakar-pakar video tempatan.

Persoalan asas tidak dijawab – siapa pelakon dalamnya. Lebih mengejutkan ialah kenyataan Ismail bahawa hasil siasatan kini “di tahap akhir”, akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat.

Mungkinkah siasatan itu boleh dianggap hampir selesai tanpa polis mengambil keterangan daripada Anwar atau pihak-pihak yang dapat membantu siasatan.
Mereka yang dimaksudkan adalah:
  • Ahli Keluarga Anwar dan kakitangan yang dapat mengesahkan Ketua Pembangkang itu berada di rumah pada malam 21 Februari – hari rakaman berkenaan dikatakan dibuat.
  • Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang mengemukakan urutan sembilan pesanan Twitter yang dihantar oleh Anwar pada malam itu
  • Ahli Parlimen Sungei Petani Johari Abdul dan bekas Ahli MPT PKR Badrulhisham Shahrin yang menonton video itu dan yakin pelakunya bukan Anwar berasaskan susuk tubuh dan “bahasa tubuh” pelaku.
NONESelang sehari video itu didedahkan, pejabat Parti Keadilan Rakyat membongkar identiti pihak yang mendalangi rakaman itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazyl Eskay dan Bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.

Berjumpa Perdana Menteri

Hanya selepas identiti mereka terbongkar, gandingan Datuk T tampil mengakui mereka di sebalik penayangan video berkenaan, itupun selepas mereka dilaporkan berjumpa dengan Perdana 

Menteri Najib Razak di bangunan Parlimen pada 22 Mac.
Rahim, Eskay dan Shuib hanya mengambil masa kurang lima jam untuk menyerahkan bukti dan memberi keterangan kepada polis susulan laporan yang dibuat Anwar.
NONE
Selang seminggu kemudian, Ketua Polis Negara mengumumkan siasatan sudah hampir selesai untuk Peguam Negara mengambil tindakan susulan!

Jelas banyak ruang-ruang tertinggal dalam “siasatan adil dan telus” seperti yang dijanjikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Kenyataan bingkas beliau dan Perdana Menteri Najib Razak menafikan polis tidak langsung terlibat dalam isu fitnah video seks “Tiga Datuk” kini menimbulkan lebih banyak kecurigaan berikutan kenyataan Ketua Polis Negara semalam itu.

Petrol RON 97 naik 20 sen lagi

NONE


Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini. 

Zulkifli berkata peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada US$114 setong minggu ini berbanding US$105 minggu lalu.

"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Timur Tengah," katanya ketika dihubungi.

Zulkifli juga berkata harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan.

Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter.

Ini kali kelima harga petrol gred RON97 dinaikkan sejak harganya diapungkan dan adalah kenaikan kedua tahun ini sejak 31 Januari lalu.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...