Tuesday, June 9, 2009

Hoki Piala Dunia Remaja: Penjaga Gol Korea Disyaki Mangsa H1N1

JOHOR BAHARU, 9 Jun (Bernama) -- Penjaga gol Korea Selatan Kang Hyun Woo mungkin tidak dapat diturunkan pada baki perlawanan Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja di sini selepas menghidap deman panas dua hari lepas.

Beliau kini diletakkan di bawah kuarantin di Hospital Sultanah Aminah di sini sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak influenza A(H1N1).

Pegawai perubatan kejohanan tersebut Dr Kamarul Hashimi mengesahkan bahawa pemain itu telah dikuarantin dan mungkin mengambil masa selama 10 hari sebelum dibenarkan keluar dari hospital berkenaan.

"Kami tidak pasti punca selesema yang dihidapi oleh pemain itu tetapi berpendapat adalah baik untuk mengasingkan pemain itu untuk ketika ini," katanya.

Kang tidak bermain ketika pasukannya menewaskan Malaysia 2-0 malam tadi dan mengatasi Amerika Syarikat 7-0 Ahad lalu.

"Hasil ujian saringan wabak berkenaan akan mengambil masa beberapa hari dan kami akan sentiasa mengawasi keadaannya," katanya.

Setiausaha Persekutuan Hoki Malaysia (MHF) Mohamed Hashim Yusof berkata bahawa pihaknya telah mengambil semua langkah berjaga-jaga supaya tidak mahu pemain lain dijangkiti penyakit itu.

"Pasukan perubatan khas diletakkan di hotel penginapan bagi memantau semua pemain dan pegawai. Kami memberi jaminan kepada semua pasukan bahawa pihak penganjur sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi," katanya.

-- BERNAMA

DAP: Pakatan hadapi 'krisis keyakinan' - MalaysiaKini

Abdul Rahim Sabri | Jun 9, 09

Gabungan tiga parti pembangkang kini buat kali pertama menghadapi "krisis keyakinan" susulan tindakan PAS inginkan kerajaan perpaduan dan juga meluluskan usul menggesa Sisters in Islam (SIS) diharamkan.

lim kit siang 111204"Pakatan Rakyat sedang mengalami krisis keyakinan yang pertama di kalangan anggota, penyokong dan simpatisannya sejak ditubuhkan selepas tsunami politik 8 Mac tahun lalu," kata tokoh utama DAP Lim Kit Siang.

Tambahnya, walaupun tema muktamar PAS hujung minggu lalu boleh membawa maksud mengukuhkannya lagi sebagai parti nasional yang mewakili kepentingan dan hak semua, tetapi saranan kerajaan perpaduan dan gesaan menyiasat SIS dan mengharamkannya membawa "kesan sebaliknya", mencetuskan krisis tersebut.

DAP dan PKR menafikan dakwaan Presiden PAS datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pakatan Rakyat pernah membincangkan dan bersetuju dengan saranan berunding untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan BN.

Dua parti itu juga menggesa PAS menilai semula usul yang diluluskan tanpa bahasa yang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan seterusnya mengharamkan SIS jika terbukti menyeleweng daripada akidah Islam.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan beberapa pagi pemimpin parti itu memperalatkan saranan kerajaan perpaduan untuk "memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan menimbulkan krisis keyakinan orang ramai terhadap pembangkang," tambah Lim.

"Ia menguji kebijaksanaan dan keupayaan pemimimpin-pemimpin DAP, PKR dan PAS untuk mengukur harapan rakyat seperti diluahkan pada pilihanraya umum tahun lalu untuk melanjutkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pemimpin PAS menggesa pemimpin-pemimpin Pakatan dan parti itu sendiri agar tidak mengeluarkan kenyataan lagi tentang isu tersebut yang boleh mengelirukan lagi penyokong pembangkang.

Pengarah Pilihanraya Pusat PAS Datuk Mustafa Ali berkata perbincangan isu kerajaan perpaduan "tidak relevan" kerana tugas pembangkang untuk melawan Umno dalam pilihanraya umum dan kecil, termasuk di DUN Manek Urai.

"Kita nak benamkan Umno, nak benamkan BN. Cakap tentang kerajaan perpaduan tidak relevan pada waktu ini.

"Sebab, kalau menggunakan istilah kerjasama, ia akan disalahertikan. PAS bekerjasama dengan Pakatan Rakyat, dan engagement, ya.

"Ia digunakan untuk bercakap dengan sesiapapun, sama ada dengan MCA, MIC atau Umno. Bukan berunding, tetapi bercakap. Itu tidak salah," kata Mustafa dalam satu sidang media.

pas mustafa ali pc 090609 04Walaupun idea kerajaan perpaduan pernah dilontarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di satu mesyuarat jawatankuasa PAS tetapi satu keputusan tidak dicapai untuk menerimanya.

"Tidak salah melontar satu idea dan ia tak jadi satu keputusan," kata Mustafa.

Tambahnya, dalam ucapan dasar presiden pada muktamar hujung minggu lalu, Abdul Hadi juga tidak membangkitkan mengenai kerajaan perpaduan.

"Beliau tidak sebut, jadi ia tidak menjadi agenda parti," katanya.

Mustafa juga berkata, setakat pengetahuannya, idea pernah dimaklumkan kepada penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perbicangan.

Bagaimanapun Mustafa tidak mengingati tarikh perbincangan tersebut.

"Selepas itu Datuk Seri Hadi, Datuk Seri Anwar dan (timbalan mursyidul am PAS) Datuk Dr Haron Din pergi ke Kota Bharu, berjumpa dengan (mursyidul am PAS) Datuk Nik Aziz, yang saya faham dalam konteks untuk menerangkan tentang perkara ini.

"Saya tidak tahu respons Tok guru (Nik Aziz ) selepas itu,” katanya.

"Pada saya, mungkin presiden PAS, bila beliau memaklumkan kepada Anwar sebagai pemimpin Pakatan, mungkin dia mengandaikan maklumat itu sampai kepada DAP.

"Tetapi mungkin maklumat itu tidak sampai kepada DAP sebab DAP kata ia tidak tahu. Mungkin benar mereka berkata begitu. Jadi ini yang menimbulkan cakap-cakap begini."

Oleh itu, beliau berharap semua pihak di dalam PAS dapat menjernihkan suasana agar perkara tersebut tidak berbangkit lagi isu mengenai perpaduan.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Musatafa turut menyatakan bahawa jentera pilihanraya PAS di peringkat Pusat dan negeri telah bersedia untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Katanya, jentera pilihanraya di peringkat Pusat akan di ketuai oleh timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa manakala jentera operasi di serahkan kepada jabatan pilihanraya negeri yang diketuai oleh pengarahnya, Datuk Abdul Fatah Haron.

Tambah Mustafa, PAS menggunakan strategi dan format yang digunakan oleh parti tersebut dalam dua pilihanraya kecil parlimen, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang - masing-masing pada Januari dan April lalu.

Ditanya mengenai calon yang akan dipilih, beliau berkata, ia akan diumumkan seminggu sebelum penamaan calon.

"Saya tak ada senarai calon, yang ada hanya di Kelantan," katanya.

Katanya, calon yang dipilih adalah calon yang diterima oleh rakyat dan boleh memenangkan parti tersebut dalam pilihanraya.

Rosol: Tiada kaitan stadium runtuh

Muda Mohd Noor & Abdul Rahim Sabri | Jun 9, 09

ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid hari ini tampil memberi penjelasan berhubung insiden bumbung RM25 juta Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak yang runtuh minggu lalu.

Rosol berkata belaiu "tidak ada kena-mengena" dengan kontrak kepada syarikat dari Korea yang dipertanggungjawabkan untuk melengkapkan bumbung stadium baru tersebut.

"Saya bukan ahli lembaga pengarah (yang memberi kontrak), bagaimana meletakkan kesalahan itu kepada saya?" katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Rosol, bekas exco kebajikan Terengganu dan setiausaha perhubungan Umno negeri, diminta menjawab satu artikel di blog Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) yang menggesa beliau menjelaskan insiden tersebut.

"Bukankah baik jika Rosol memainkan peranan proaktif menerangkan apa yang dia tahu mengenai projek bernilai RM292 juta ini, dibina ketika dia salah seorang exco kanan dalam kerajaan pimpinan DSIJ (Datuk Seri Idris Jusoh)," tulis blog tersebut.

Tulisan bertajuk "Stadium runtuh – di manakah mereka" yang dimuatkan Jumaat lalu meminta dua pemimpin politik itu memberikan versi mereka dalam insiden tersebut.

Walaupun mengakui mengenali kontraktor tempatan yang menyiapkan struktur stadium tersebut, Rosol berkata keruntuhan bumbung itu tidak boleh dipersalahkan kepada mereka.

"Tidak boleh dikaitkan kontraktor (yang menyiapkan struktur) bangunan, cuma bumbung yang runtuh, ia dibuat oleh kontraktor luar.

"Arkitek pun kena (dipersalahkan), pada hal mereka tak ada kaitan langsung," tegas Rosol.

Kontraktor tempatan itu diberikan kontrak tersebut berdasarkan rekod pencapaiannya yang baik, tambahnya.

"Projek mereka tidak pernah gagal dan siap dalam tempoh sebelum dirasmikan," katanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, bekas exco sukan negeri itu Datuk Din Adam enggan mengulas lanjut berhubung kejadian tersebut dan hanya berkata beliau "tidak terlibat" dalam pemberian kontrak tersebut.

Bekas pegawai khas exco itu, Abdul Mubin Ismail pula berkata urusan kemudahan awam termasuk pembinaan stadium terletak dalam bidang kuasa exco kemudahan awam, Datuk Wan Hisham Wan Salleh.

"Datuk Din hanya mempunyai kuasa dalam pembangunan belia dan sukan, dan bukannya menyediakan kemudahan prasarana," katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain Rosol dan Idris, nama Abdul Mubin juga disebutkan dalam blog Mampat - antara NGO utama yang menyokong istana Terengganu melantik Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar baru dalam suasana tidak menentu akibat pergolakan antara ADUN Kijal itu dengan penyokong Idris, Mac tahun lepas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...