Informasi didalam blog ini adalah daripada sumber-sumber berita media internet.Sebarang komen @ pendapat, sila email ke cardozas02@gmail.com
Wednesday, June 8, 2011
Risik anak kahwin: Diam jika tiada bukti, kata KJ
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Kazakhstan bagi menghadri Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) di Astana telah dirancang setahun lebih awal dan tidak kena mengena dengan lawatan peribadinya, dakwa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Sambil membidas ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad yang membuat dakwaan itu, Khairy berkata dalam twitter adalah lebih baik pemimpin PAS itu “mendiamkan diri kecuali jika beliau mempunyai bukti”.
Dzulkefly yang juga adalah ahli Majlis Jawatankuasa Pusat PAS pada sidang medianya semalam berkata adalah salah dari segi moral bagi Najib dan keluarganya menggunakan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan mereka merisik perkahwinan anak perempuan mereka di Kazakhstan.
“Perancangan lawatan PM ke Kazakh dibuat lama sebelum pertunangan anak perempuannya. Malah ia sebagai lawatan balas lawatan Presiden Nazarbayev ke Malaysia semasa zaman Pak Lah,“ katanyanya merujuk kepada lawatan President Nursultan Abishuly Nazarbayev ke Malaysia pada 2006 ketika Tun Abdullah Ahmad badawi menjadi perdana menteri.
Anak gadis Najib, Nooryana Najwa dijadual berkahwin dengan seorang pembesar Kazakhstan.
Menjawab tweet lain, yang menuduh Khairy cuba mempertahankan salah laku Najib, beliau berkata “ Saya tidak bercakap bagi pihak sesiapa. Saya pegawai kanan Umno dan bercakap bagi pihak parti saya.”
Dzulkefly pada sidang akhbar semalam berkata tindakan Najib itu tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.
Katanya, ini pula bukan pertama kali dan semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika Najib dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.
Khairy juga berkata tindakan Dzulkefly menyebarkan pembohongan keji itu adalah tindakan yang terdesak.
“Saya sangka Dr Dzul lelaki baik. Tak sangka beliau sanggup buat pembohongan yang sebegitu keji dan sebegitu terdesak memutar-belitkan cerita,” tulisnya.
Dzulkefly (kanan) yang kemudiannya menyertai 'perang' di twitter itu menggesa Khairy supaya “menyoal gerak hatinya” jika beliau tidak faham isu yang ditimbulkannya.
Beliau juga mengulangi cerita khalifah Umayyad Umar Abdul Aziz, yang pernah mempunyai dua batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya dan hanya menyalakan lilin yang dibeli dari dana awam untuk urusan rasmi manakala jika dikejutkan oleh kawan-kawan atau ahli keluarganya untuk membincangkan hal peribadi, baginda menggunakan lilin yang dibeli melalui wangnya sendiri.
Isu itu “dari segi moral amat jelas,” kata Dzulkefly sambil mempertahankan hujah yang diluahkannya semalam.
Ibu pejabat PKR dilelong esok
Bangunan yang menempatkan ibu pejabat PKR akan dilelongkan esok dan bakal menjadikan parti itu tanpa pejabat.
Bendahari PKR William Leong yang mengesahkan perkara itu berkata lelongan awam akan diadakan di sebuah pejabat di Brickfields Kuala Lumpur, petang esok.
Lelongan akan bermula pada harga RM460,000 hingga RM1 juta bagi setiap unit, bergantung kepada tingkat mana unit itu terletak.
Meskipun Leong pernah memberitahu Malaysiakinibahawa PKR mungkin mempertimbangkan bagi membeli bangunan itu tetapi katanya ia bergantung kepada harga yang ditawarkan itu.
“Ada keputusan dari pucuk pimpinan parti tetapi ia bergantung kepada harga,” katanya ketika dihubungi.
Pada masa yang sama, katanya belum ada sesiapa yang memaklumkan kepada PKR bahawa mereka berminat membeli bangunan berkenaan.
Namun kata Leong, seorang peguam parti itu akan dihantar bagi memantau lelongan itu dan membuat bidaan jika perlu.
Buat masa ini PKR menyewa bangunan lima tingkat itu daripada sebuah syarikat dengan sewa bulanan antara “RM10,000 hingga RM20,000".
Bagaimanpun, pemilik bangunan itu dikatakan telah gagal membayar ansuran pinjamannya dan bank mahu melelong 10 rumah kedai milik syarikat berkenaan di Tropicana, Petaling Jaya ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)