Tuesday, March 22, 2011

'Jangan bunuh Datuk T si pembawa berita'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dilihat tampil mempertahankan lelaki misteri 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

azlan"Ada pepatah menyebut, jangan bunuh pembawa berita," katanya merujuk kepada banyak persoalan berkaitan kesan undang-undang terhadap pihak yang menganjurkan "tayangan meletup" itu semalam.

"Jadi jangan bangkitkan isu yang bukan pokok. Pembangkang selalu mendakwa ini semua kerja BN... kamu ada masalah dalam parti sendiri, selesaikanlah," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.

Katanya, dengan mengatakan BN mengambil tindakan sebegitu, ia sebenarnya menggambarkan apa yang boleh dilakukan pembangkang.

NONEDaripada memberikan masa kepada ahli politikbagi membersihkan dirinya, Nazri mendesak 'Datuk T' segera membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Mengulas penayangan video seks itu di sebuah hotel semalam, menteri yang bertanggungjawab dalam bidang undang-undang itu berkata bukanlah sesuatu yang salah untuk pihak di belakang semua itu menunjukkan video kepada wartawan dan penyunting.

"Kamu beritahu saya apa yang salah. Semua kata ia bertentangan dengan undang-undang, tetapi beritahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang maklum patut datang ke depan untuk maklumkan kepada kita," katanya.

Pita seks: Anwar buat laporan polis

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur bagi membuat laporan polis berhubung pita video seks yang dipertontonkan kepada media, semalam.

NONEBeliau diiringi tidak kurang 50 penyokongnya dan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR, tiba pada jam 10.45 pagi.

Anwar, pada sidang media petang semalam, menafikan lelaki yang mirip wajahnya dalam video 17 minit yang dipaparkan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah hotel yang tidak dikenali, adalah dirinya.

Hadir sama, ahli parlimen dan pemimpin PKR lain seperti R Sivarasa, Tian Chua dan M Manikavasagam, setiausaha PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, naib presiden PKR N Surendran dan ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.


NONE
Anwar kemudian masuk ke balai polis dengan ditemani Surendran, ketua biro undang-undang PKR, Latheefa Koya dan peguam Fadiah Nadwa Fikri.

Penyokongnya yang menanti di luar membawa dua sepandulkyang melabelkan video berkenaan sebagai 'Fitnah II++' dan tertera perkataan 'bangun wahai rakyat... bangun demi keadilan'.

Di samping itu mereka juga melaungkan “Reformasi” dan “Hancur BN”.
Lenyapkan karier
Anwar yang selesai membuat laporan jam 12 tengahari tadi mendakwa video seks itu sebagai cubaan melenyapkan karier beliau sebagai ketua pembangkang.
"Bolehkah di negara ini kita lihat di (hotel) Carcosa Seri Negara dan beberapa tempat lain notis diberikan untuk tayangan video lucah?

NONE“Satu kesalahan dan jenayah berat dibiarkan dan ini tidak mungkin tanpa penglibatan perdana menteri dan menteri dlm negeri dan pihak atasan PDRM," katanya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Beliau juga menggesa polis bersikap profesional selain tidak membiarkan agensi itu dimanipulasi ahli politik Umno-BN.

Menurut Anwar, tayangan video lucah terbuka merupakan kesalahan jenayah dan indvidu yang bertanggungjawab perlu didakwa.

"Ini menunjukkan polis memilih. Kalau saudara tentang dan hina Anwar, boleh lakukan segala jenayah. Boleh pukul, boleh sebar kenyataan video lucah. Ini terbukti dan saya mahu tindakan diambil.”

NONEJusteru, ketua pembangkang itu memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak mengulangi kekejaman mereka sebagaimana yang dilakukan pada 1998 sehingga melibatkan penderaan fizikal terhadap dirinya.

"Saya beri ingatan kepada menteri dalam negeri, jangan guna laporan polis untuk menutup kesalahan jenayah mereka dan mengugat kerja saya dalam politik.




'Siasat Port Dickson'

"Kenapa kes Port Dickson masih belum disiasat secara terperinci? Saya akan lawan mereka," kata Anwar sambil disahut laungan penyokong-penyokong yang hadir.

Negara digemparkan dengan pendedahan video seks lucah oleh individu bernama Datuk T di hotel Carcosa Seri Negara semalam.

seri carcosa 3Dalam laporan polis yang diedarkan kepada wartawan, Anwar berkata tindakan mereka di sebalik video berkenaan ada berunsur jenayah, intimidasi jenayah, penayangan video lucah dan konspirasi melakukan jenayah terhadapnya.

Individu yang bergelar Datuk T semalam turut mengugut untuk mededahkan video tersebut kepada umum sekiranya Anwar dan isteri yang juga presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak meletakkan jawatan dalam masa seminggu.

Anwar Ibrahim: Press Conference On Alleged Sex Video 21/03/2011 (Part 2)

Anwar Ibrahim: Press Conference On Alleged Sex Video 21/03/2011 (Part 1)

Anwar: Saya bukan lelaki dalam video seks

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan lelaki dalam video seks yang didedahkan pagi ini.
Bercakap dalam satu sidang media petang ini, Anwar menyifatkan dakwaan seks itu sebagai "fitnah jahat" dan "jijik" yang "diselaras di peringkat kuasa tertinggi."

Katanya, lagi, tuduhan berkenaan juga bertujuan mengaibkan beliau dan keluarganya.

Pada masa video itu dikatakan dirakamkan, Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anak-anak dan cucu-cucunya.

Kemaskini Twitter, Facebook

Katanya, beliau juga telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan bahawa beliau bukan lelaki dalam video tersebut.

Tambahnya, beliau juga telah merekodkan tulisannya di Twitter pada tempoh berkenaan "supaya boleh memperkukuhkan hujah (beliau)."

“Melainkan anda melihat saya (mengemaskini Twitter) pada masa aksi itu," katanya lagi.

Bagaimanapun semakan ke atas rekod Twitter Anwar menunjukkan bahawa catatan-catatannya telah dibuat pada jam 9.20 malam dan 11.39 malam, tetapi tidak ada catatan dibuat antara jam 10.23 malam dan 10.45 malam, ketika video itu didakwa dirakam.

Bila seorang wartawan membangkitkan soal ruang waktu itu kepadanya, Anwar tidak menjelaskannya. Beliau hanya menjawab "tak apa, kita ada rekod (Twitter dikemaskini)".

(Turut dikesan, banyak kemaskini dibuat pada malam berkenaan di laman Facebooknya, termasuk 12 catatan antara jam 10.09 malam dan 10.52 malam. 

Tidak pasti pada masa ini, sama ada catatan itu mungkin dihasilkan secara automatik.)

Perut lebih buncit
anwar pc on sex video alledge 210311Sambil tersenyum Anwar juga berkata, lelaki dalam video itu mempunyai perut yang "lebih buncit" berbanding beliau.

"Memang diberitahu kepada saya bahawa gambar itu mirip kepada gambar saya.

"Cuma perut orang itu jauh lebih buncit dari saya," katanya yang disambut gelak ketawa oleh para pemimpin PKR yang turut hadir di sidang media berkenaan.
Anwar turut berdiri untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.

Jam tangan

Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau 
tidak mengetahui siapakah "Datuk T" yang dilaporkan terlibat dengan tayangan video berkenan.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai seutas jam tangan yang didakwa sebagai miliknya oleh "Datuk T."

Jam tangan itu didakwa telah hilang di lokasi rakaman video seks berkenaan.
Anwar ditanya wartawan: "Adakah Datuk Seri kehilangan seutas jam tangan Omega?"

Anwar menjawab, soalan yang sepatutnya ditanya adakah beliau memiliki jam sebegitu.

Anwar seterusnya berkata, beliau mempunyai jam seperti itu.
"Tanya (Wan) Azizah. Dia yang simpan...," katanya lagi sambil tersenyum.

Akan lapor polis

Ditanya lanjut, Anwar berkata beliau akan membuat laporan polis sebaik mengenalpasti siapakah pihak yang bertanggungjawab membuat tayangan berkenaan.

"Saya sedang merujuk kepada peguam untuk melihat apakah isunya. Saya belum melihat (video itu), saya tidak tahu siapa pembuatnya, saya tidak tahu sama ada ia akan diedarkan," katanya.

Dalam sidang media di ibu pejabat parti itu, beliau turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "serangan fitnah jahat terbaru dalam bentuk video."

"Visual yang ditayang tengahari di Carcosa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan saya, PKR dan Pakatan Rakyat.

"Kita tentu menuntut kepada pimpinan politik negara dan musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan politik kotor dan lucah ini.

"Jangan heret rakyat dan negara terjebak dalam politik kotor dan lucah kamu," katanya lagi yang membacakan satu kenyataan.

Banyak persoalan mengenai video seks

Untuk kali kedua dalam tempoh kira-kira empat tahun, negara digemparkan dengan klip video seks yang didakwa membabitkan ahli politik terkemuka.

Kali ini, video tersebut didedahkan kepada pihak media di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur hari ini.

Manakala majoriti wartawan yang menonton video tersebut hampir pasti identiti ahli politik yang didakwa itu, namun masih banyak persoalan mengenainya.

Siapakah 'Datuk T'?

Orang yang menganjurkan tayangan video tersebut, hanya mahu dikenali sebagai 'Datuk T' dan dia amat berhati-hati untuk mendedahkan lebih banyak lagi tentang dirinya.

Bagaimanapun, yang pasti ialah Datuk T telah dengan teliti merancang pendedahan hari ini dan telah menempah sebuah bilik berharga RM1,350 di hotel mewah Carcosa Seri Negara untuk mendedahkan video tersebut.

Dia sentiasa diiringi dua pengawal peribadi dan enggan mendedahkan apa-apa ketika ditemui, dan hanya mengulangi apa yang dinyatakan dalam kenyataan bertulis kepada media, atau mendedahkan apa kaitannya dengan ahli politik yang didakwa terbabit dalam klip video tersebut.

Datuk T: Pasangan pembangkang mesti undur

Individu yang hanya dikenali sebagai Datuk T dan menganjurkan tayangan video seks kepada media hari ini, menuntut pemimpin utama pembangkang dan isterinya berundur dari politik.

Rakaman video itu memaparkan pemimpin berkenaan mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

NONEMenurut Datuk T, salinan rakaman itu akan dihantar kepada ahli politik tersebut dan isterinya seminggu dari hari ini, “bagi menentukan sama ada individu itu adalah ...(nama dirahsiakan)”.

“Jika ia benar.... (pasangan itu) mesti berundur dari politik,” katanya dalam kenyataan yang ditandatangani sebagai 'The Insider' yang kemudiannya diedarkan kepada wartawan setelah mereka menyaksikan rakaman itu.

“Jika (pasangan itu) tidak berundur dalam tempoh tujuh hari selepas menerima salinan rakaman [sic], saya akan minta beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO bagi menubuhkan panel penyiasat dan mendapatkan perkhidmatan pakar foensik bagi mengkaji ketulenan rakaman itu.

“Seluruh dunia akan tahu dan terpulang kepada mereka untuk mentukannya.”

Usaha Malaysiakini menghubungi dan menghantar SMS kepada pasangan itu dan juga peguam mereka tidak berbalas.

Menjelaskan bagaimana beliau memperolehi pita itu, Datuk T berkata beliau diminta ahli politik berkenaan pada 21 Februari lalu ke sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi mengambil jam Omega miliknya yang tertinggal di sebuah bilik.

Datuk T mendakwa hotel itu menawakan perkhidmatan seks dan kemudahan spa.

“Oleh kerana tidak menjumpai jam tangan pada meja, saya mencari di sekeliling dan terkejut melihat terdapat wajar di belakang meja solek.

“Apabila meninjau secara dekat, saya terjumpa empat kamera CCTV yang tersorok. Saya cuba membuka laci meja solek dan mendapati satu daripada dikunci. Saya membukanya dengan satu alat tajam dan terjumpa alat perakam CCTV.

“Saya mencabut wayar dan mengambil perakam itu keluar hotel. Perakam itu mempunyai rakaman [sic] (ahli politi itu) mengadakan hubungan seks. Tiada sesiapa yang mempunyai rakaman ini dan saya tidak akan menyerahkan salinan kepada mana-mana pihak kerana bimbang ia akan disalin dan diedarkan,” kata Datuk T.

Tayangan 'meletup' di Carcosa Sri Negara

"Ia amat besar dan meletup!" terdengar bunyi suara wanita bercakap melalui telefon. Dan panggilan itu adalah permulaan kepada satu pengembaraan menakjubkan bagi wartawan parlimen ini.

malaysia parliament parlimen building 050907 front"Saya berada di Parlimen, boleh saya tanya bos saya terlebih 
dahulu?" kata saya sambil terfikir sebesar manakah berita itu nanti.

Saya duduk sambil menyandarkan belakang di atas sofa kulit, di tengah rakan wartawan di lobi Dewan Rakyat.

"Ini lebih besar daripada (berita) Parlimen. Jika anda mahu cerita ini, datanglah ke lobi utama (hotel) Carcosa Seri Negara pada jam 11.45 pagi," katanya.

Saya memandu keluar meninggalkan perkarangan Parlimen pada jam 10.10 pagi. Pengawal di pintu utama merenung ke arah saya, mungkin tertanya-tanya mengapa pemberita ini pulang awal, sedangkan sesi soal jawab di Dewan Rakyt baru hendak mula.

Kemudiannya saya baru perasan yang saya beredar terlalu dari Parlimen untuk ke Carcosa Seri Negara, sedangkan hotel itu terletak dekat situ sahaja. Oleh itu, saya pun memandu sekitar kawasan tersebut beberapa kali sehingga jam 10.50 pagi. Selepas itu, saya memandu menuju ke hotel mewah tersebut.

Saya melambai tangan ke arah pengawal di pintu masuk ke hotel tersebut. Dia tersenyum sambil menunjuk arah ke lobi utama.

NONESelepas meletak kereta di parkir, saya bergerak ke lobi, untuk 
menyertai wartawan lain dari media arus perdana dan media alternatif, yang kelihatan seperti telah dimaklumkan mengenai apa yang akan berlaku.


Lebih ramai wartawan tiba. Hampir jam 11.45 pagi, wartawan media perdana beredar dari situ - dan mereka telahpun menonton satu klip video yang didakwa mengenai aksi seks seorang pemimpin pembangkang.

Wartawan lain menunggu giliran mereka untuk menyaksikan video itu dan masa seperti begitu lambat berlalu. Khabar angin mula tersebar melalui SMS, BBM dan emel. 

Pada jam 12.10 tengahari, muncul seorang lelaki berbadan kecil berkaca mata hitam. Dia berjalan menuruni anak tangga, dengan diiringi lelaki bertubuh sasar.

“Awak dari mana?” tanya lelaki itu dengan suara yang lembut, sambil mengumpul kad nama dari wartawan yang ada di situ.
Katanya, kerana terlalu ramai wartawan di situ, jadi beliau berkata, mereka akan dipecahkan mengikut kumpulan.

Dia kemudiannya memilih mereka yang akan masuk, dengan menuding ke arah pengarang kanan Bernama dan wartawan dari FreeMalaysiaToday, The Malaysian Insider dan Harakah.
Dia kemudiannya meminta kami tunggu di situ. Katanya ia sebagai langkah keselamatan. Dia juga meminta kami meninggalkan peralatan elektronik dan peralatan lain apabila naik ke atas nanti. Malah pen dan buku nota kami pun tidak boleh dibawa.

Tanpa memperkenalkan dirinya, lelaki berkaca mata hitam itu membawa kumpulan tadi naik ke tingkat atas, meninggalkan kami menunggu di bawah. Katanya, ia akan mengambil kira-kira 20 minit untuk menonton video itu, sambil diperhatikan oleh 'pengawal peribadinya'.

Suasana di lobi senyap sekali lagi. Kira-kira jam 1 tengahari, sejurus sebelum kumpulan tadi selesai menonton video tersebut, lelaki berkaca mata hitam tadi turun semula memberitahu bahawa lokasi sesi tayangan video itu terpaksa dipindahkan atas sebab-sebab keselamatan.

“Anda jangan bimbang, saya akan memanggil anda selepas jam 2 petang dan memberitahu anda di mana tayangan berikutkan diadakan," katanya memberi jaminan kepada wartawan yang menunggu di situ, sambil mengumpulkan lagi kad nama daripada mereka yang baru sampai.

Jelas terpancar rasa kecewa di wajah mereka. Ada yang mula beredar dan ada juga yang tetap menunggu, dengan harapan mereka juga bernasib baik dan berpeluang menyaksikan video berkenaan.

Saya juga merasa agak mengecewakan juga, tetapi selepas melangkah separuh jalan menaiki anak tangga itu, lelaki berkaca mata hitam itu memanggil: “Malaysiakini!”.

“Ya!” Saya lantas menjawab.

“Malaysiakini, naik, saya mahu bercakap dengan anda,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...