Thursday, October 13, 2011

Pua: Mana 6 lebuh raya dari bajet tahun lalu?

Ketika mengalu-alukan lima lebuh raya baru iberimpak tinggi' yang diumumkan dalam Bajet 2012, seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat mempersoalkan tentang enam projek lebuh raya yang serupa dari bajet tahun lepas.

BNONEercakap dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (kiri) berkata enam projek lebuh raya tersebut yang diumumkan dalam bajet tahun lepas, masih belum bermula pembinaannya.

Katanya, jika tidak satu pun pembinaan lebuh raya tersebut telah dimulakan, maka pastinya lebuh raya yang diumumkan dalam bajet tahun ini, juga sukar menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini.

Katanya, ini adalah berdasarkan kepada jawapan bertulis perdana menteri semalam yang menyatakan bahawa enam projek tersebut sama ada masih dinilai atau hanya diberi kelulusan pada prinsipnya, dengan tiada kontrak atau pelan, setakat ini.

Enam lebuh raya tersebut adalah:

    - Lebuh Raya Bertingkat Pandan-Cheras-Ampang

    - Lebuh Raya Guthrie-Damansara

    - Lebuhraya Damansara-PJ

    - Lebuhraya Pantai Barat (Banting-Taiping)

    - Lebuh Raya Sg Dua-Juru

    - Lebuh Raya Senawang

Menurut jawapan perdana menteri lagi, oleh kerana projek itu masih di peringkat awal, maka tiada maklumat mengenai kos dan butir-butir lain.

SPR akui 40,000 nama di daftar pengundi 'meragukan'

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan  mempamerkan senarai 40,000 nama yang terdapat dalam daftar pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya.

spr putrajaya penanti by election abdul aziz yusof 270409 02Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan.

"Ada maklumat yang tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya.

"Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat  persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kepada pegawai pengurus  dan penolong pegawai pengurus di Shah Alam hari ini.

Abdul Aziz menyifatkan sebagai kecil bilangan 40,000 nama yang tidak dapat dipastikan kesahihan maklumatnya itu dan SPR dalam proses memperbaikinya.

azlanMengenai persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, beliau berkata proses itu akan dibuat selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

Ini kerana SPR memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk berbuat demikian, katanya.

Ditanya mengenai negeri mana yang perlu menjalani persempadanan, Abdul Aziz  berkata semua negeri dilihat perlu menjalani proses itu terutama negeri-negeri yang mempunyai bilangan kerusi negeri yang angkanya genap.

"Kita hendak menukarkan DUN yang mempunyai jumlah kerusi genap kepada  ganjil bagi mengelak kemungkinan berlakunya situasi kemenangan 50-50," katanya.

Abdul Aziz berkata mengikut ramalan SPR, PRU ke-13 akan menjadi lebih  mencabar berdasarkan kepada senario politik semasa.

"Parti kerajaan memerintah akan berusaha sedaya upaya pertahan kuasa mereka dan parti pembangkang pula akan berusaha sedaya upaya ambil alih pucuk pimpinan negeri ataupun negara. Dalam dua pertembungan ini, kita ramalkan PRU ke-13 akan jalan rancak dan sengit," katanya.

NONEMengenai taklimat hari ini, Abdul Aziz berkata ia bertujuan memberi penerangan awal kepada pegawai pengurus dan penolong mereka tentang tugasan  dan tanggungjawab mereka sewaktu menghadapi pilihan raya ke-13 nanti.

Taklimat hari ini, yang pertama seumpamanya adalah bagi negeri Selangor. Ia   akan diperluaskan ke negeri lain dalam masa terdekat.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata taklimat itu adalah hanya untuk  melatih petugas SPR agar sentiasa berada dalam keadaan siap sedia dan tidak semestinya bermakna "PRU ke-13 terlalu hampir".

 Katanya SPR memerlukan sekurang-kurangnya 160,000 petugas untuk pilihan raya umum ke-13 nanti berbanding 150,000 pada pilihan raya umum lalu.

- Bernama

Kedutaan Malaysia di Jakarta diserang


Isu sempadan Malaysia-Indonesia di Kalimantan Barat yang dihangatkan oleh media tempatan telah menyebabkan sekumpulan rakyat Indonesia mengadakan demonstrasi dan bertindak liar depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada Rabu sehingga merosakkan cermin pos pengawal. 

Kumpulan dari Forum Betawi Rempug (FBR) yang berjumlah kira-kira 650 orang berdemonstrasi selama satu setengah jam mulai pukul 1 petang Rabu, melempar benda keras seperti batu, kayu dan buluh serta telur ke dalam kawasan kedutaan. 

Ini menyebabkan cermin pos pengawal dan beberapa lampu pagar kedutaan pecah hingga melukakan sembilan anggota polis yang berkawal di situ.

Para penunjuk perasaan itu dikatakan membantah tindakan Malaysia yang didakwa kononnya mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat.

Kumpulan itu dipimpin Pengarah FBR Edwan Hamidy.

Pejabat Kedutaan Besar Malaysia tidak melayani sebarang nota bantahan dari kumpulan itu kerana mendakwa tuduhan mereka itu tidak benar. 

Para penunjuk perasaan menjadi marah apabila dihalang oleh pihak polis daripada memasang bendera FBR di pintu pagar bangunan pejabat kedutaan itu sehingga mereka bertindak liar merempuh anggota polis.

Pasukan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka bagi mengawal keadaan daripada menjadi bertambah buruk.

Isu pertikaian sempadan itu berlaku apabila Timbalan Ketua Suruhanjaya 1, Dewan Perwakilan Rakyat Tb Hasanuddin hujung minggu lalu mendakwa Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu, yang didakwa telah diambil oleh Malaysia. 

Dakwaan beliau bagaimanapun segera disangkal beberapa menteri kabinet Indonesia kerana ia tidak berasas.

Mereka ialah Menteri Penyelaras Kementerian Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Djoko Suyanto; Menteri Luar Marty Natalegawa; Menteri Dalam Negeri Gamawan Fauzi; dan Menteri Pertahanan Purnomo Yusgiantoro.        

“Tidak timbul sebarang pertikaian sempadan antara Indonesia dan Malaysia kerana kedua-dua negara merujuk pada perjanjian persefahaman yang dibuat semasa era pemerintahan Belanda dan British pada 1891, 1915 dan 1928,” kata Marty.

Perjanjian yang ditandatangani antara Belanda dan Inggeris itu telah menetapkan garis sempadan kedua-dua negara itu dan sejak sekian lama tidak ada sebarang pertikaian mengenainya.
Sehubungan kejadian itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan menghantar nota diplomatik kepada kerajaan Indonesia berikutan kerosakan yang berlaku.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan berkata pihaknya akan meminta penjelasan bagaimana kekacauan itu boleh tercetus sehingga keadaan menjadi tidak terkawal.

“Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta hampir setiap tahun berhadapan dengan kumpulan penunjuk perasaan sehingga berlaku pelbagai kerosakan pada aset negara.

“Nota diplomatik yang akan dikirim ini ialah bagi meminta penjelasan daripada kerajaan Indonesia bagaimana mereka dapat membantu kita menyelesaikan isu ini,” katanya di Jakarta.

Pengiriman nota diplomatik itu adalah selaras dengan Konvensyen Vienna yang menetapkan bahawa pihak berkuasa sesebuah negara harus melindungi harta benda setiap pejabat perwakilan asing di negara berkenaan.

-Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...