Showing posts with label Dr M. Show all posts
Showing posts with label Dr M. Show all posts

Sunday, January 18, 2009

Mahathir: Berubah jika mahu BN menang PRU ke-13 - mStar Online

Ahad Januari 18, 2009

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) perlu melakukan perubahan jika parti itu jika ingin memastikan kejayaan dicapai dalam pilihan raya akan datang.

Menurutnya kekalahan BN di tangan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu semalam adalah berpunca daripada kebencian rakyat terhadap kepimpinan parti itu.

"Semua orang tak suka kepada Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan calon pilihannya.

"Sebahagian daripada sebab mereka tidak meyokong (BN) ialah kerana mereka tidak suka kepada calonnya," katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia Menentang Penindasan Rakyat Palestin di sini hari ini.

Jelas beliau lagi pada dasarnya kedua-dua parti iaitu BN dan PAS mempunyai masalah mereka yang tersendiri.

"Namun masalah BN ini ialah meletakkan calon yang tidak disukai oleh orang ramai semata-mata kerana dia ialah calon Pak Lah.

"Mereka juga tidak suka kepada PAS dan mereka terpaksa membuat pilihan dan saya fikir mereka seperti pilihan raya umum Mac 2008, pilihan mereka ialah untuk menolak BN kerana mereka tidak suka kepada kepimpinan BN lebih daripada mereka tidak suka kepada parti-parti lawan," katanya.

Beliau berkata antara langkah yang wajar dilakukan BN bagi mengembalikan sokongan rakyat ialah dengan menyingkirkan pemimpin yang tidak diterima oleh rakyat dan terlibat dengan rasuah.

"Tapi apa yang kita lihat pemimpin yang tidak dipercayai serta terlibat dengan rasuah, mereka masih dipilih sebagai calon dalam pemilihan Umno.

"Jika mereka dipilih sebagai calon dan menang, dan selepas menang mereka menjadi anggota pentadbiran kerajaan, BN akan tewas dalam pilihan raya ke-13... kalau nak menang, singkir dan jangan pilih mereka," katanya.

Bagaimanapun menurut bekas Presiden Umno itu, jika golongan pemimpin yang terlibat dengan rasuah itu masih dipilih sebagai pemimpin Umno, mereka tidak seharusnya dipilih untuk menyertai Kabinet.

Ditanya sama ada kekalahan BN di Kuala Terengganu akan memberi cabaran dan kesan terhadap pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang akan mengambil alih kepimpinan kerajaan daripada Abdullah Mac ini, beliau berkata Najib tidak akan dipersalahkan dalam kekalahan tersebut.

"Kekalahan di Kuala Terengganu bukan disebabkan Najib, ini sebab Pak Lah...Najib tak akan dipersalahkan.

"Tapi jika Najib terus memilih pemimpin yang rasuah, saya fikir beliau juga akan tewas dalam pilihan raya nanti," katanya.

Wednesday, September 17, 2008

Jerlun tawar tempat pada Dr M - MALAYSIAKINI

Sep 17, 08 5:50am

Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad memutuskan untuk kembali semula ke dalam Umno setelah dipujuk oleh beberapa pihak yang mahukan beliau kembali membantu memperkukuhkan Umno.

mukhriz mahathir hari raya open house 091106 smileBeliau berkata hasrat itu juga disuarakan setelah bapanya menyedari dan mengambil kira pandangan banyak pihak yang menyatakan bahawa khidmat beliau sangat diperlukan dan untuk tujuan itu beliau perlu berada di dalam dan bukan di luar Umno.

Sehubungan itu, katanya, keputusan untuk kembali semula Umno diputuskan oleh bapanya sendiri dan akan menyerahkan borang dalam masa terdekat.

Mukhriz memberitahu media demikian selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Biro Perhubungan Antarabangsa dan Badan Bukan Kerajaan Pemuda Umno serta sumbangan anak yatim hari ini.

Menurut laporan Bernama, Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun berkata beberapa cawangan dan bahagian turut menawarkan tempat kepada Tun Dr Mahathir, dan terpulang kepada bapanya untuk membuat pilihan.

Sementara itu mengulas mengenai peletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mukhriz berkata tindakan itu boleh disifatkan seperti 'langgar lari' kerana sekejap dia (Zaid) berada dalam kerajaan, dan tiba-tiba lari pula dari kerajaan.

"Saya nampak apa yang dia lakukan semasa dalam kerajaan ialah merealisasikan manifesto pembangkang, contohnya Suruhanjaya Kehakiman, isu Badan Pencegah Rasuah (BPR), polis, Majlis Peguam dan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Ini tidak disebut pun dalam manifesto Barisan Nasional dalam pilihanraya baru-baru ini.

Serah pada akar umbi

"BN nak tunaikan janji kita kepada rakyat dan bila beliau masuk dalam kerajaan itu pulak yang diberi tumpuan, (perkara yang tiada dalam manifesto BN)jadi saya tak rasa kecewa langsung bila dia letak jawatan," katanya.

mukhriz mahathir hari raya open house 091106 sniggerSementara itu merujuk kepada pemilihan Umno peringkat bahagian bulan depan, Mukhriz berkata, seharusnya tidak ada sebarang sekatan atau arahan daripada
pihak tertentu untuk tujuan peribadi pada pemilihan itu nanti.

Beliau berkata dalam suasana politik semasa negara yang menyaksikan beberapa episod kebelakangan ini terutamanya kegagalan mempertahankan kemenangan di Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah dan Wilayah Persekutuan dalam pilihanraya umum lalu, amalan demokrasi yang sebenar perlu dilaksanakan.

"Perlu diingat pemilihan adalah usaha untuk mengukuhkan parti, bukan untuk jadi juara. Jadi jika wujud sebarang arahan atau sekatan yang menjurus kepada kepentingan peribadi, ia tidak memperbaiki keadaan dan memberikan kekuatan kepada parti," katanya.

‘Saya fikir sudah tiba masanya untuk kita memberikan mandat memilih pemimpin sampai ke peringkat akar umbi parti. Ia juga dapat mendekatkan pemimpin dengan ahli peringkat bawah selain mengelak amalan politik wang," katanya.

Mukhriz berkata dalam perlembagaan Umno sendiri menyatakan bahawa pemilihan mestilah bermula di peringkat bahagian termasuk untuk jawatan tertinggi dalam
parti.

Sehubungan itu, beliau berkata pelan peralihan kuasa 2010 yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak menepati citarasa dan aspirasi ahli Umno buat masa ini.

Wednesday, August 13, 2008

Dr M: Zaid 'beri muka' pada Majlis Peguam - MALAYSIAKINI

Aug 13, 08 6:53pm

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Majlis Peguam Malaysia - setelah diberi "muka" oleh de-facto Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim dan beranggapan yang kerajaan sekarang takut pada mereka - sanggup juarai semua isu yang sensitif.

"Selain menuntut mereka pilih hakim, mereka bangkitkan perkara sensitif seperti kontrak sosial dan agama Islam," tulis Dr Mahathir dalam blognya Chedet.com.

zaid ibrahimKatanya, Barisan Nasional (BN), sejak di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan sejak Zaid (foto) menjadi de-facto Menteri Undang-Undang, cuba menawan hati Majlis Peguam dengan memberi kuasa kepada ahli majlis memilih hakim, dan memberi sagu hati kepada bekas-bekas hakim yang disingkir.

Mantan presiden Umno itu berkata, Majlis Peguam Malaysia juga menjadi begitu garang sekali.

ambiga sreenevasan"Apabila hakim Ian Chin tuduh saya kononnya ugut hakim-hakim, Presiden Majlis Peguam, (Datuk) Ambiga Sreenivasan, desak supaya kerajaan siasat saya.

"Saya salahkan kerajaan kerana sikap angkuh Majlis Peguam dan membelakangkan persefahaman yang dibuat dahulu," tulis mantan perdana menteri itu.

'K'jaan jangan takut'

Sepatutnya, tulis beliau, kerajaan melarang majlis berkenaan pengislaman anjuran Majlis Peguam, diadakan.

mahathir mohamad 01"Tetapi sebaliknya, kerajaan biarkan rakyat protes. Protes boleh dihalang tetapi hati dan perasaan mereka yang memprotes dan lebih ramai lagi yang bersependapat dengan mereka terus meluap dan marah.

Kemungkinan ialah perasaan marah ini akan meningkat kerana keangkuhan Majlis Peguam Malaysia yang masih ingin mengadakan majlis yang serupa pada masa terdekat," tambahnya.

Dr Mahathir berkata, jika perkara sensitif perlu dibincang, "bincanglah dalam keadaan tertutup dan melibat hanya beberapa pemimpin yang bertanggungjawab sahaja".

"Hasilnya tidak perlu diheboh tetapi diserah kepada kerajaan. Kerajaan pula janganlah takut dan utamakan populariti peribadi sahaja tetapi hendaklah fikir berkenaan kepentingan negara," tambahnya.

Menurutnya, selepas rusuhan kaum tahun 1969, pemimpin ketiga-tiga kaum di Malaysia bersetuju bahawa perkara sensitif seperti kedudukan Raja-Raja, bahasa rasmi, hak kaum-kaum, agama Islam sebagai agama rasmi, tidak akan dibincang atau dibahas secara terbuka.

"Sebabnya ialah kemungkinan perbincangan akan membakar hati pihak-pihak yang tersentuh yang boleh membawa kepada kestabilan negara terancam dan rusuhan kaum berlaku.

"Semua kaum dan pemimpin mereka menghormati persefahaman ini semasa Tun Razak (Hussein), Tun Hussein (Onn) dan semasa saya menjadi perdana menteri. Ada juga cabaran terhadap persefahaman ini tetapi tidak serius dan dapat ditangani," katanya.

Hak untuk mengundi

Dr Mahathir berkata, mungkin persefahaman itu menidakkan hak dalam demokrasi tetapi menurutnya, "demokrasi adalah untuk kebaikan kita bukan kebaikan bagi diri kita harus dikorban untuk demokrasi".

"Kita tidak harus berasa malu kerana demokrasi kita kurang liberal dari demokrasi sesetengah negara maju. Apa yang baik bagi mereka tidak semestinya baik bagi kita.

"Yang utama dalam demokrasi ialah hak mengundi bagi rakyat bagi menentukan siapa membentuk kerajaan.

"Di Malaysia memang rakyat memiliki hak ini dan sehingga kini boleh menggunanya untuk tentukan siapa menjadi Kerajaan.

"Jika kita ada sekatan tertentu untuk mententeram dan menjaga negara, kita harus terima," tambah Dr Mahathir

Bagaimanapun, kata beliau, sekiranya ada yang melihat bahawa kerajaan lemah dan tidak dapat mempertahan persefahaman yang dipersetujui dahulu, maka mereka mencabul persefahaman ini.

"Negara akan hilang kestabilannya. Yang akan jadi mangsa ialah rakyat berbilang kaum negra ini," tambahnya.

Mahathir: Kecoh forum Majlis Peguam salah kerajaan - mStar Online

13-08-2008 07:32:56 PM
Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyalahkan kerajaan berhubung isu protes penganjuran forum anjuran Majlis Peguam Sabtu lalu, yang bertukar menjadi kecoh dan demonstrasi membabitkan lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan.

Kata Dr. Mahathir, kerajaan seharusnya telah melarang forum sedemikian diajurkan, malah tidak mengambil langkah-langkah mengelakkan protes daripada diadakan.

"Saya salahkan kerajaan kerana sikap angkuh Majlis Peguam dan membelakangkan persefahaman yang dibuat dahulu.

"Sepatutnya kerajaan melarang majlis berkenaan pengislaman anjuran Majlis Peguam diadakan. Tetapi sebaliknya, kerajaan biarkan rakyat protes.

"Protes boleh dihalang tetapi hati dan perasaan mereka yang memprotes dan lebih ramai lagi yang bersependapat dengan mereka terus meluap dan marah. Kemungkinan ialah perasaan marah ini akan meningkat kerana keangkuhan Majlis Peguam Malaysia yang masih ingin mengadakan majlis yang serupa pada masa terdekat," kata beliau dalam blognya hari ini.

Forum Memeluk Islam terpaksa dihentikan sejam selepas ia bermula ekoran protes dan demonstrasi anjuran 29 pertubuhan bukan kerajaan serta turut disertai dua Ahli Parlimen masing-masing dari PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dr. Mahathir yang seringkali mendapat perhatian berhubung isu kebebasan kehakiman dan perundangan negara ini sepanjang 22 tahun memimpin Malaysia menambah, jika perkara-perkara sensitif perlu dibincang, ia sewajarnya diadakan dalam keadaan tertutup dan dengan melibatkan hanya beberapa pemimpin yang bertanggungjawab.

"Hasilnya tidak perlu diheboh tetapi diserah kepada kerajaan," katanya.

Dalam hal ini, kata beliau, kerajaan pula janganlah takut dan utamakan populariti peribadi sahaja tetapi hendaklah fikir berkenaan kepentingan negara.

Malah dalam tulisannya beliau menjelaskan, "setelah diberi 'muka' oleh Zaid Ibrahim, de-facto Menteri Undang-Undang, dan beranggapan yang kerajaan sekarang takut pada mereka, Majlis Peguam bukan main lagi; sanggup juarai semua isu yang sensitif."

Kata beliau lagi, selain menuntut mereka pilih hakim, mereka membangkitkan perkara sensitif seperti kontrak sosial dan agama Islam.

"Apabila hakim Ian Chin tuduh saya kononnya ugut hakim-hakim, Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenivasan, desak supaya kerajaan siasat saya," katanya lagi.

"Sejak Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan sejak Datuk Zaid Ibrahim, sebagai de-facto Menteri Undang-Undang, cuba menawan hati Majlis Peguam dengan memberi kuasa kepada ahli majlis memilih hakim, dan memberi sagu hati kepada bekas-bekas hakim yang disingkir, Majlis Peguam begitu garang sekali," katanya lagi.

Dr. Mahathir juga menulis, jika ada yang melihat bahawa kerajaan lemah dan tidak dapat pertahan persefahaman yang dipersetujui dahulu, dan apabila mereka mencabul persefahaman yang telah dicapai masa lalu, negara akan hilang kestabilan.

"Yang akan jadi mangsa ialah rakyat berbilang kaum negra ini. Di antara mereka ialah Majlis Peguam," katanya.

Wednesday, July 23, 2008

MONEY - MORE WASTE AND LOSSES - Blog Che Det

The Government of Dato Seri Abdullah Badawi has lost billions of Ringgit by cancelling the bridge project to replace the causeway, postponing the double-tracking and electrification of the North-South railway and the sale of M.V. Agusta by Proton.

The Government had also wasted money - RM2 billion in Terengganu.

Thinking that he had the right to use Wang Ehsan, the royalty from Petronas to the State of Terengganu totalling more than five billion Ringgit over several years Dato Seri Abdullah together with Dato Seri Idris Jusoh, the former Menteri Besar of Terengganu went on a spending spree.

Without any proper study and planning, without bothering about the rules and regulations about how Government money should be allocated and used, Dato Seri Abdullah and Dato Seri Idris and their cronies spent huge sums of the "Wang Ehsan" on a theme park (Crystal Mosque), Monsoon Cup, development of Setiu etc etc. More than two billion Ringgit were poured into Terengganu.

Then in 2008, Barisan Nasional won and Abdullah happily decided to spend more of the Wang Ehsan on fancy projects.

Unfortunately the Sultan of Terengganu refused to have Idris Jusoh as Menteri Besar. It was a slap in the face fo Abdullah when he was forced to accept the Sultan's nominee as Menteri Besar.

This new Menteri Besar insisted that the royalty due to Terengganu should be paid to the State and the State should manage the fund.

This was as it should be. But the Menteri Besar insisted that what was spent before this in building the theme park, organising the Monsoon Cup etc worth about RM 2 billion was not from the royalty due to Terengganu. It was from Federal fund.

He demanded that the full amount of royalty over the years should be paid to Terengganu.

So RM2 billion of Federal funds have been expended on Terengganu, the richest State in Malaysia.

Failing this Terengganu has a court case initiated by the PAS Government which the BN State Government has not withdrawn.

The Federal Government will now have to find some RM5 billion to give to Terengganu. Where is this money going to come from? Obviously from the Federal Consolidated Fund.

Basically the Federal Government will lose RM5 billion because it had assumed that a tame Terengganu Menteri Besar would collaborate in some of the most wasteful projects for the State and the country.

I am told that a Disneyland designer was engaged to design the "Crystal Mosque" and theme park. Must cost a lot.

Some contractors made tons of money getting projects without proper processes.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...