Saturday, June 4, 2011

Senarai Penerima Darjah Kebesaran Persekutuan 2011

KUALA LUMPUR: Berikut ialah senarai penerima Darjah Kebesaran Persekutuan Tahun 2011 sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Seri Setia Mahkota Malaysia (S.S.M.) yang membawa gelaran "Tun"
- Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdullah Ayub.
Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran "Tan Sri":
- Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
- Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Mohd Salleh.
Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran "Tan Sri":
- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.
- Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md Raus Sharif.
- Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdull Hamid Embong.
- Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood bin Adam.
- Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman.
- Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Datuk Seri Ainum Mohamed Saaid.
- Profesor Universiti Putra Malaysia, Fakulti Pengajian Pendidikan, Datuk Seri Dr Haji Mohd Nasir Mohd Ashraf.
- Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.
- Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Ghauth Jasmon.
- Tunku Temenggong Negeri Kedah, Datuk Seri DiRaja Tunku Sallehhuddin Almarhum Sultan Badlishah.
- Penasihat Tijaz Corporation Sdn Bhd, Datuk Seri Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar.
- Pengasas Merdeka Studios, Datuk Lakshmanan Krishnan.
- Pengerusi Yayasan Tun Jugah, Datuk Amar Leonard Linggi Jugah.
- Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Mohd Zaman Khan.

Hadi: Saya gembira dengan kabinet pilihan raya ini

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan barisan kepimpinan baru termasuk sayap-sayap parti yang dipilih dalam muktamar PAS kali ini adalah kabinet pilihan raya.

NONEKatanya, barisan kepimpinan ini dianggotai barisan pemimpin yang dipilih yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ulama, profesional dan pemimpin masyarakat.

"Saya bergembira dan ahli-ahli bergembira (dengan keputusan ini). Muktamar semakin hari semakin meriah. Ini menunjukkan kematangan ahli-ahli kita.

"Ahli-ahli memilih saf di hadapan untuk pilihan raya. Dengan sebab itu kabinet saya kali ini adalah kabinet pilihan raya," katanya.

Katanya, barisan yang terbaru khususnya bagi jawatan timbalan dan naib yang dianggotai daripada bukan Ulama, adalah bukan satu perkara yang baru.

Jelasnya, dalam kepimpinan baru ini dianggotai lapan tokoh yang dikategorikan sebagai ulama, dua pemimpin bertaraf doktor dan beberapa pemimpin profesional dan pemimpin masyarakat.

"Kita memimpin secara kolektif bukan secara individu," katanya.

Pelbagai latar
NONEAbdul Hadi mengulas barisan kepimpinan baru yang dianggotai dari pelbagai latar belakang bagi mengemudi parti dalam berdepan dengan pilihan raya umum akan datang.

Dalam pemilihan PAS Mohamad Sabu dipilih sebagai timbalan presiden baru meraih 420 undi dengan mengalahkan dua calon ulama - iaitu penyandangnya Nasharudin Mat Isa.

Nasharudin yang juga ahli parlimen Bachok mendapat 224 Undi manakala Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memperolehi 399 Undi.

Manakala bagi jawatan naib presiden pula ia dua ahli parlimen penyandangnya di jawatan itu - Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Salahudin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi sementara exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mendapat 660 Undi.

Ibarat tukar perabot rumah
Bercakap dalam sidang media di muktamar PAS di Gombak hari ini, Abdul Hadi menafikan barisan kepimpinan baru parti itu dipengaruhi mana-mana individu, termasuk ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita tidak terikat dengan individu tertentu. Kita kerja bersama-sama.... Bukan pemimpin yang membuat perubahan, perwakilan yang membuat perubahan.

"Strategi kita berubah, tetapi dasar, matlamat dan acuan kita tidak berubah," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

Menjawab soalan, Abdul Hadi berkata PAS tidak bersikap diktator dalam urusan pemilihan kepimpinan parti sebaliknya PAS mengamalkan "demokrasi tulen" antaranya dalam kempen yang bersih tanpa budaya fitnah.

"Ini satu perkembangan yang baik dan matang dari perwakilan. Perubahan dalam pucuk pimpinan (parti) perkara biasa. Bila kita hadapi musim baru, maka ada perabot rumah yang kita alih.

"Bila kita alih perabut rumah, orang bunyi bising, orang kata kita bergaduh. Kita tidak bergaduh, kita usung perabot sahaja," katanya.

Ditanya sama ada bukan ulama boleh menjadi presiden parti, Abdul Hadi berkata perlembagaan parti tidak menghalangnya berbuat demikian.

"PAS adalah parti terbuka, tidak eksklusif untuk satu-satu kelompok (sahaja)," celah naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang turut hadir dalam sidang media itu.

Mat Sabu - timbalan presiden PAS yang baru

Pemimpin akar umbi dan popular PAS Mohamad Sabu sebentar tadi diumumkan sebagai pemenang jawatan timbalan presiden parti yang sengit dipertandingkan itu.
NONEKeputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Mohamad meraih 420 undi bagi mengalahkan dua calon ulama - iaitu penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan seorang lagi ulama disegani, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi).

Pemilihan Mohamad (kanan) dikatakan yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan membolehkan parti itu lebih diterima di kalangan pengundi bukan Melayu dan memperbaiki peluang PAS pada pilihan raya umum akan datang.
Ini kali kedua Mohamad Sabu yang popular dan cekap terutama dalam menganjurkan demonstrasi jalanan bertanding jawatan timbalan presiden PAS. Sebelum ini, golongan bukan ulama seringkali gagal dilantik ke jawatan berkenaan.
Naib presiden

Bagi barisan naib presidennya pula, Abdul Halim mengumumkan perwakilan parti itu membuat keputusan untuk mengekalkan dua ahli parlimen penyandangnya di jawatan itu -- Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

NONESalahuddin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi.

Bagi melengkapkan pasukan pilihan raya ini, para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 Undi) ke jawatan naib presiden.

Tiga calon lagi kecundang dalam pemilihan sengit untuk jawatan berkenaan -- menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin, exco kerajaan Kelantan Nik Mohamad Amar dan ketua penerangannya, Idris Ahmad.

Nizar mendapat 217 Undi manakala Nik Mohamad Amar meraih 321 Undi, diikuti Idris yang menerima 491 Undi.

AJK Pusat PAS
Bagi jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS pula, Abdul Halim mengumumkan 18 nama berikut:
Mazlan Aliman (884)
Dr Hatta Ramli (765)
Kamarudin Jaffar (739)
Hanipa Maidin (735)
Azizan Abdul Razak (721)
Dzulkefly Ahmad (702)
Mujahid Yusuf Rawa (651)
Khalid Samad (643)
Ghani Shamsuddin (579)
Amiruddin Hamzah (576)
Abdul Wahid Endut (556)
Abu Bakar Chik (527)
Mohd Amar Abdullah (470)
Mahfodz Mohamed (449)
Siti Mariah Mmahmud (445)
Hassan Mohamed Ali (437)
Abdul Ghani Abdul Rahman (430)
Nuridah Salleh (416)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...