Wednesday, July 2, 2008

Krisis MIC makin runcing, Briged Pemuda Kedah pula dibubar

02/07/2008 4:29pm

KULIM 2 Julai – Kemelut politik dalaman MIC semakin meruncing apabila hampir

semua pemimpin Briged Pemuda Kedah termasuk Ketuanya, M. Magendiran bertindak

meletak jawatan dan sekali gus membubarkan sayap pergerakan tersebut hari ini.

Menurut Magendiran, 31, mereka tiada pilihan selain meletakkan jawatan dan membubarkan sayap tersebut kerana mendakwa parti itu sudah hilang arah apabila mengarahkan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, S.A. Vigneswaran berundur.

Katanya, kira-kira 800 ahli Briged Pemuda dari 11 bahagian di Kedah kini juga telah hilang kepercayaan terhadap Presiden parti, Datuk Seri S. Samy Vellu.

"Tujuan kami adalah jelas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Kami bertindak kerana ingin membantah tindakan Presiden parti yang mengarahkan Vigneswaran untuk berundur dengan alasan umur melebihi 40 tahun.

"Kalaulah orang yang dipilih oleh perwakilan Pemuda MIC seperti Vigneswaran senang-senang saja diarahkan berundur, apakah nasib orang seperti kami di Briged Pemuda.

"Kami hanya dilantik oleh pucuk pimpinan dan ini bermakna pada bila-bila masa boleh dibuang begitu saja,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

- Utusan

CYC hanyalah sejarah

Petikan: Harian Metro

Oleh Lokman Zainal Abidin

lockman@nstp.com.my
ISMAIL...bersyarat.
ISMAIL...bersyarat.

PERSETUJUAN sudah diberi tetapi kejohanan edisi kedua Piala Juara-Juara Belia (CYC) yang dijadualkan Ogos ini, tampak terlalu jauh dan sukar untuk direalisasikan penganjur, Gifted Group Limited (GGL).

Situasi ketika ini ternyata tidak langsung memihak kepada GGL dan atas dasar itulah maka persetujuan yang diberikan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kelmarin, tidak akan mengubah apa-apa, sekali gus membuatkan kejohanan hanyalah sejarah.

KBS bersetuju untuk membenarkan GGL menganjurkan pertandingan terbabit tetapi dengan syarat, mereka hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terlebih dulu.

Mana mungkin GGL mampu merealisasikan CYC kerana selain perlu ‘menebalkan muka’ berdepan dengan pucuk pimpinan FAM, badan induk kebangsaan itu sendiri perlu mendapatkan kelulusan badan induk bola sepak dunia, Fifa yang menetapkan tempoh 60 hari sebelum memberikan sebarang kelulusan.

Kejohanan itu dijangka dilangsungkan bulan depan dan dalam tempoh tidak sampai 60 hari seperti yang disyaratkan, GGL memerlukan sentuhan yang benar-benar ajaib untuk mendapatkan kelulusan Fifa.

Selain itu, Penolong Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, tidak mungkin CYC dapat dilangsungkan kerana musim bola sepak tempatan masih belum tamat, malah kemuncaknya hanya akan diketahui bulan depan.

“CYC mahu dilangsungkan bulan depan dan pada masa itu juga saingan Piala Malaysia mencapai kemuncaknya.

“Pada bulan sama, kita akan mengadakan separuh akhir dan perlawanan akhir saingan paling elit di Malaysia itu.

“Lagi pula, semua venue di negeri-negeri yang dicadangkan GGL itu turut terbabit dengan Piala Malaysia.

“Di mana saingan Piala Malaysia mahu dijalankan sekiranya pada masa sama, CYC mahu menggunakan padang terbabit?” tanya Mohd Saifuddin.

Beliau juga mengesahkan bahawa setakat ini, FAM masih belum menerima sebarang surat atau dokumen daripada mana-mana pihak berhubung kelulusan yang diberikan KBS itu.

“Apa yang diperkatakan itu hanyalah kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan kami tidak boleh memberikan sebarang kenyataan balas mengenainya.

“Sekiranya kami menerima maklumat atau surat daripada GGL, kami perlu melanjutkan perkara itu kepada Presiden serta Exco kerana keputusan sebelum ini diputuskan oleh dua pihak berkenaan (Presiden dan Exco).

“Kami di FAM hanya bertindak selaku sekretariat. Sekiranya Presiden dan Exco sudah membuat satu persetujuan, barulah kami boleh melakukan apa yang perlu,” katanya.

Mahkamah perlu dokumen perkahwinan Adun Melor

Petikan: Harakah Daily

Muhammad Yusri Amin
Wed | Jul 02, 08 | 7:09:14 pm MYT

KOTA BHARU, 2 Julai (Hrkh) - Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menolak permohonan Siti Aishah Chou Abdullah, 24, isteri Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh yang mana sebelum ini memohon pengesahan perceraiannya.

Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan berkata, penolakan dibuat kerana perkahwinan pasangan itu tidak didaftarkan di Kelantan.

Image�Mahkamah memerintah pemohon dalam kes ini membuat pengesahan pernikahan dengan mengemukakan satu permohonan terlebih dahulu,� katanya pada perbicaraan kes itu.

Beliau berkata, tidak ada asas dari segi undang-undang yang menunjukkan perkahwinan pasangan terbabit telah didaftarkan.

Pada perbicaraan pada 29 Mei lalu plaintif tidak hadir bagi mengesahkan cerai terhadap isteri keduanya itu.

Mahkamah ketika itu menangguh kes tersebut mengikut Seksyen 57 Undang-Undang Keluarga Islam.

Nik Najib menasihatkan responden mengikut undang-undang dengan mengesahkan pernikahan terlebih dahulu.

Mahkamah juga menasihatkan defendan hendaklah membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 12 (2) Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan, memohon supaya disahkan perkahwinan.Image

Sementara itu, peguam syarie, Haji Mohd Zaki Zainal Abidin yang mewakili Wan Ismail berkata, isu yang berlaku sekarang perlu kepada pengesahan nikah dengan menyediakan dokumen berkaitan terlebih dahulu.

�Untuk mengesahkan cerai, mesti kena mengesahkan nikah dahulu. Pihak mahkamah perlukan dokumen pernikahan sebelum kes pengesahan cerai dapat diputuskan,� katanya.

Peguam Syarie Mohd Sibri Ismail yang mewakili Siti Aishah menjelaskan mahkamah hari ini cuba mendapatkan pengesahan Wan Ismail sama ada benar atau tidak melafazkan cerai.

�Sekiranya Mahkamah menerima lafaz itu, jatuhlah satu talak,� katanya.

Siti Aishah keturunan Cina berasal dari Kemboja memeluk Islam sebelum berkahwin dengan Wan Ismail. Mereka mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Defendan sebelum ini mendakwa Wan Ismail melafazkan cerai talak satu pada 16 April lalu di Wakaf Mek Zainab.

Turut hadir pada perbicaraan hari ini bapa Siti Aishah, Kim Ti, 62, abangnya Mohamad Yusoff Kim Abdullah, 27, anak defendan Wan Ahmad Firdaus (3 tahun) dan Wan Nor Salwa (2 tahun). - mj _

Anwar ada bukti dimana beliau berada 26 Jun

Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Wed | Jul 02, 08 | 12:44:15 pm MYT

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengumumkan fakta dimana beliau berada pada 26 Jun lalu iaitu tarikh yang didakwa Saiful Bukhari Azlan sebagai tarikh kejadian liwat kononnya berlaku.

ImageDalam ceramahnya di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi, Anwar menyatakan penjelasan mengenai hal itu akan dibuat dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Saiful Bukhari yang membuat laporan di Pondok Polis HKL di bawah kawalan Jalan Travers mendakwa beliau diliwat Anwar pada 26 Jun lalu di Kondominium Desa Damansara.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu sejurus selepas laporan mengenai dakwaan liwat itu diketahuinya.

Di hadapan 10,000 penyokongnya, Anwar turut menegaskan bahawa tuduhan yang dihadapkan ke atasnya itu adalah 'rekaan' semata-mata untuk menjatuhkan beliau.

Malah beliau menyesyaki tuduhan itu dilakukan kerana niat jahat pihka tertentu tatkala melihat sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat.

Kenyataan itu disambut dengan sorakan oleh para penyokong yang setia menanti penjelasan Anwar sejak isu tuduhan liwat ke atas beliau dilaporkan media Ahad lalu.

ImageTurut berceramah antaranya, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah.

Sementara itu Anwar juga memberitahu penyokongnya bahawa beliau telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara berhubung penyelewengan fakta laporan kes 'mata lebam pada tahun 1998.

Menurut Anwar laporan polis itu berhubung siasatan kes beliau ditumbuk (mata lebam) oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor pada 1998 yang didakwa melibatkan penyelewengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Anwar percaya Musa Hassan dan Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadapnya.

"Musa dan Gani selanjutnya menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap saya daripada pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah," katanya sambil disambut oleh sorakan gemuruh penonton.

ImageDalam ceramah tersebut juga Anwar mengecam sebarang percubaan jahat untuk menjatuhkannya.

Bagi Anwar kerja-kerja sedemikian adalah kerja golongan yang terdesak yang tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya untuk mengambil alih pemerintahan.

Justeru beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba untuk menjatuhkan reputasi beliau agar berhati-hati kerana beliau tidak akan tertipu dengan permainan mereka ini. _

Freddie Fernandez kekal presiden Karyawan

Oleh Murai.com
Rabu, 02 Julai 2008

KL: Tidak banyak perubahan yang berlaku dalam pucuk pimpinan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-9 mereka diadakan di Bilik Johor & Kedah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang semalam.

Freddie Fernandez sekali menjadi pilihan majoriti kebanyakan ahli persatuan untuk kekal menduduki jawatan sebagai Presiden bagi menerajui persatuan hiburan tersebut bagi penggal kali kedua berturut-turut.

Turut mengekalkan jawatan mereka yang telah sedia ada dalam Mesyuarat Agung Tahunan Karyawan Ke-9 (AGM9) ialah Radhi Khalid sebagai Timbalan Presiden, Datuk Paduka Julie Sudiro (Setiausaha Agung) dan Mazin Siraj (Bendahari).

Kedudukan bagi AJK Karyawan juga tidak banyak berubah dan antara nama yang masih kekal ialah Khairil Khamis (Biro Pelakon), Salwa Abdul Rahman (Biro Penyanyi), Datuk Sarimah Ahmad (Biro Veteran), Raihan Sulaiman (Biro Kebudayaan), M Nasir (Biro Komposer), Satiman (Biro Pemuzik Kelab), Noramin (Biro Deejay), Nazrey Joharey (Biro Nasyid).

Biro Artis Muda yang baru ditubuhkan tidak lama dulu pula diterajui Dayang Nurfaizah, manakala Biro Sukan pula berpihak kepada rocker Yanzten.

Mengulas mengenai pemilihannya sebagai Presiden buat penggal kali kedua berturut-turut, Freddie berkata, dia berasa sangat bangga dan sukacita kerana masih lagi mendapat kepercayaan yaan daripada kebanyakan ahli untuk memimpin Karyawan.

"Ini satu amanah yang cukup besar dan saya berjanji untuk bekerja dengan lebih kuat lagi bagi membawa industri ke arah satu tahap yang lebih cemerlang lagi," kata Freddie sewaktu ditemui murai.com.my.

Freddie juga tidak menafikan bahawa kedudukan pemilihan ahli jawatankuasa juga tidak banyak berubah dan masih lagi dikuasai kalangan orang yang sama.

"Ini menandakan bahawa mereka ini masih lagi mendapat kepercayaan daripada kebanyakan ahli untuk meneruskan tugas serta tanggungjawab yang masih belum selesai.

"Apapun, Karyawan kini menjadi lebih kuat dan lebih teguh bila adanya pembabitan di kalangan orang-orang baru yang masih muda. Jumlah ahli yang sedia ada kini ialah sebanyak 1,000 orang dan kini kita mempunyai 200 ahli dari kalangan artis baru dan muda.

"Ia nyata memberikan kami lebih tenaga serta semangat lagi untuk meneruskan perjuangan seni artis artis kita bagi mengatasi segala masalah serta rintangan yang dihadapi mereka selama ini," katanya.

Menurut Freddie lagi, selain menjaga kebajikan artis tempatan kita, objektif utama Karyawan adalah untuk meningkatkan taraf ekonomi artis dengan menambahkan lagi peluang pekerjaan buat mereka.

"Ada ramai artis yang mengadu tentang kurangnya peluang yang diberikan pada mereka untuk membuat persembahan. Sebenarnya hal ini bukanlah sesuatu yang unik berlaku di Malaysia. Di mana-mana pun masalah ini memang ada timbul. Tapi, janganlah ia berlaku secara keterlaluan,รข€ katanya.

Dalam pada itu, Freddie berkata, Karyawan juga akan berusaha untuk menambahkan tabung kewangan mereka dari masa ke semasa menerusi beberapa aktiviti yang dianjurkan.

"Setakat ini, tabungan kita sudah pun berjumlah RM176,000. Namun, jika ingin mengadakan aktiviti pembangunan demi artis serta industri kita, kita juga haruslah mendapatkan sedikit geran daripada pihak kerajaan.

"Sebaliknya, menerusi wang yang telah sedia ada, ia akan digunakan untuk membantu artis yang sangat-sangat memerlukan bantuan. Tidak dinafikan, adakalanya kami terlepas pandang dengan beberapa artis yang ditimpa sakit atau pun masalah.

"Kami harap sekiranya ada artis yang ditimpa masalah, datanglah atau beritahu atau berjumpa dengan kami sendiri. Kami sedia membantu walaupun mereka bukan dari kalangan ahli Karyawan," katanya.

Isu yang terus diperjuangkan

Mengenai beberapa isu industri yang masih belum ada penyelesaiannya, Freddie berkata, pihaknya akan terus berusaha untuk mengani permasalahan tersebut.

"Antaranya ialah mengenai kebanjiran lagu-lagu luar di dalam stesen radio tempatan kita. Impaknya air time untuk artis kita sangat kurang sekali dan pada masa yang sama ada banyak lagu tempatan yang tidak dimainkan di radio. Inia dalah satu senario yang kurang adil.

"Seperkara lagi ialah mengenai kebanjiran pemuzik luar yang membuat persembahan di hotel atau pun kelab malam. Pihak hotel sering mendakwa banawa pemuzik kita tidak menampilkan kualiti seperti yang diharapkan dan disiplin juga sangat kurang.

"Bagi mengatasi masalah ini, pihak kami bersama pihak kementerian akan berusaha mengadakan program latihan selama 10 hingga 15 minggu bagi mengajar mereka latihan dalam nyanyian, koreografi, percakapan, pakaian, grooming dan sebagainya.

"Isu lain yang akan dititikberatkan ialah bayaran yang diberikan kepada pelakon. Setakat ini, pelakon kita tidak mendapat bayaran yang seimbang dari setiap stesen TV mahupun syarikat produksi swasta," katanya.

JAWATANKUASA KARYAWAN

Presiden: Freddie Fernandez
Timbalan Presiden: Radhi Khalid
Setiausaha Agung: Dato' Paduka Julie Sudiro
Bendahari: Mazin Siraj

Ahli Jawatankuasa:

Biro Pelakon: Khairil Khamis
Biro Penyanyi: Salwa Abdul Rahman
Biro Veteran: Datuk Sarimah Ahmad
Biro Kebudayaan: Raihan Sulaiman
Biro Komposer: M Nasir
Biro Pemuzik Kelab: Satiman
Biro Artis Muda: Dayang Nurfaizah
Biro Deejay: Noramin
Biro Nasyid: Nazrey Joharey
Biro Sukan: Yanzten

Ilham buat Anwar: Jelaskan dimana anda pada 26 Jun 2008

Oleh Mohd Sayuti Omar
Rabu, 02 Julai 2008

MALAM ini kalau tidak ada aral merintang Anwar Ibrahim akan berucap di stadium Melawati Shah Alam untuk menjelaskan isu yang membelenggu dirinya dan diri orang ramai kini berhubung dakwaan huduh Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa penasihat PKR itu telah meliwatnya di sebuah kondominum pada 26 Jun lalu.

Dakwaan Saiful menerusi laporan polis pada 28 Jun itu sungguh berat dan mengejutkan rakyat terutamanya penyokong Anwar dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Rata-rata dakwaan itu dianggap fitnah berniat jahat untuk menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri.

Kata Anwar laporan polis itu rekan semata-mata dan fitnah yang hendak membunuh kerier politiknya.

Semoga Anwar tabah dan bersikap berani kerana benar dan takut kerana salah. Yakin dan percayalah rakyat akan bersama mendokong kebenaran dan menentang sampai ke tulang hitam setiap kemungkaran!
Bagi rakyat yang yakin akan berlaku perubahan pada 16 September depan apabila ada 30 ahli MP BN lompat menyertai Pakatan Rakyat benar-benar kecewa, hampa dan kesal dengan apa yang belaku itu.

Kejadian itu tak ubah nasib pelari pecutan yang sudah hendak sampai ke penyudahnya tiba-tiba ditembak dari jarak dekat!

Bagi orang ramai perbuatan Saiful itu bukan saja membunuh kerier Anwar dan sekaligus cuba menyekat Anwar daripada menjadi Perdana Menteri, tetapi turut membunuh impian dan harapan rakyat.

Bagi mereka yang bergelumang bersama dengan Anwar, memperjuangkan politik baru, menegakkan keadilan, menghapuskan neporimse, kroinisme benar-benar kecewa dan hampa.

Orang tidak boleh menerima sama sekali dakwaan berkenaan.

Betapa lagi kalau selepas ini Anwar ditangkap dan dikurungkan dalam penjara sekali lagi, orang ramai akan merasakan seolah perjungan mereka selam 10 tahun untuk membebaskan Anwar sia-sia sahaja.

Kini dakwaan itu dilihat dan berwajah sebagai konspirasi. Memang ada tanda-tanda bahawa ia suatu konspirasi pihak tertinggi sekali lagi.

Kalau dulu konspiratornya mendapat perlindungan bekas PM Mahathir Mohamad, kini konspirator dikatakan dilindungi oleh Mohd Najib Razak.

Ada munasabahnya persepsi demikian kerana Najiblah sekarang dilihat orang yang sedia menunggu untuk mengambil alih tempat Abdullah.

Najib melihat orang yang mengancam dan bakal mengecewaknanya ialah Anwar. Maka adalah tepat kalau beliau bertindak mengekang Anwar mara menrampas kerusi emasnya.

Pun begitu Najib menafikannya. Tetapi seperti mana kata Abdullah Ahmad Badawi orang yang kena tuduh akan menafikan bahawa dia tidak terlibat.

Penafian Najib itu tidak mudah diterima sebaliknya penafian itu menyebabkan orang makin beranggapan Najib adalah pemain utama di sebalik konspirasi kali ini.

Dan maklumat liar mengatakan bahawa ada satu rundingan atas kapal kepunyaan seorang korporat antara Mahathir Mohamad, Daim Zainuddin dan Sanusi Junid mengenai usaha untuk memastikan Najib tetap menjadi PM mungkin ada kaitan dengan tuduhan konspirasi memalukan Anwar kali kedua ini. (Maklumat ini masih dalam siasatan).

Seperti dikatakan sebelum ini Anwar tidak perlu takut dan gabra dengan apa yang berlaku kali ini. Kejadian pertama memberi pengalamannya kepadanya.

Sekiranya beliau tidak bersalah, untuk apa beliau takut. Sebaliknya beliau kena berani dan bersiap sedia melawan sesiapa saja atas kebenaran.

Kebenaran akan disokong

Kerana malam ini Anwar akan berucap menjelaskan tuduhan dan dakwaan itu maka elok kalau beliau memberi keyakinan kepada umum bahawa tuduhan itu benar-benar satu konspirasi terjahat sekali.

Anwar harus berdiri tegas dan penuh confiden.

Dari akal saya yang ceteknya, mudah bagi Anwar menjelaskan isu yang timbul kini. Anwar kena memberi satu bukti sahaja yang beliau tidak terlibat dengan dakwaan itu.

Seperti mana yang dilaporkan Saiful Bukhari bahawa beliau diliwati oleh majikannya pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Bukit Damansara.

Anwar perlu patahkan fakta-fakta dalam laporan berkenaan

Pertama ialah siapakah majikan Saiful Buhari itu. Beliau tidak menyebut nama majikannya dan ini menimbulkan kekeliruan. Mungkin beliau mempunyai dua majikan atau tiga majikan selain Anwar.

Kedua Anwar perlu jelas kepada umum malam ini di mana beliau berada di sepanjang hari 26 Jun lalu. Beliau kena bentangkan diarinya kepada umum malam ini.

Saya yakin sekiranya beliau dapat mengingat di mana beliau berada pada hari itu secara automatik kekeliruan atas tuduhan itu akan selesai.

Tarikh itu penting kerana Saiful menyebut sekali sahaja tarikh dalam laporan berkenaan iaitu pada 26 Jun.

Sekiranya Anwar boleh mematahkan fakta laporan ini, maka rakyat akan menerima sepenuh hati bahawa dakwaan Saiful itu satu fitnah besar dan mungkin beliau layak untuk di hukum penjara atau ditimbus hidup-hidup dalam telaga buta!

Semoga Anwar tabah dan bersikap berani kerana benar dan takut kerana salah. Yakin dan percayalah rakyat akan bersama mendokong kebenaran dan menentang sampai ke tulang hitam setiap kemungkaran!

*Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang

LAPORAN POLIS DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM


Petikan: Laman Marhaen



Saya, Anwar bin Ibrahim, (No K/P: 470810-07-5095), sesungguhnya di sini membuat laporan polis berikut berdasarkan maklumat yang telah saya perolehi baru-baru ini.

1. Laporan ini adalah berkaitan dengan siasatan terdahap serangan fizikal yang dilakukan ke atas saya oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor (“Rahim Noor”) pada 20hb September 1998. Saya percaya Tan Sri Rahim Noor, selepas didakwa, telah mengaku bersalah atas tuduhan serangan fizikal tersebut. Saya telah membuat laporan polis berkenaan serangan fizikal tersebut pada 27.9.98.

2. Berkaitan dengan penyiasatan terhadap serangan fizikal tersebut, saya percaya bahawa Pegawai Penyiasat, ACP Mat Zain bin Ibrahim (sekarang Datuk Mat Zain) telah melakukan satu penyiasatan yang mendalam dan menyeluruh dan menyediakan satu kertas siasatan (“IP”) yang telah kemudiannya pada Oktober 1998, menyerahkannya kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Mokhtar Abdullah (“Tan Sri Mokhtar”) serta pasukannya yang antaranya termasuklah Peguam Negara sekarang Tan Sri Gani Patail untuk tindakan lanjut.

3. Kertas siasatan tersebut telah menyimpulkan bahawa Tan Sri Rahim Noor adalah pelaku serangan fizikal tersebut ke atas saya. Kertas tersebut telah membuat kesimpulan setelah siasatan menyeluruh dilakukan, dengan mengambilkira laporan perubatan daripada pakar forensik daripada Hospital Kuala Lumpur seperti Dr. Ab. Halim Haji Mansar dan Dr. Zahari bin Noor dan kenyataan dari sekurang-kurangnya 60 orang saksi. Laporan perubatan tersebut menyimpulkan bahawa kesan kecederaan yang dilakukan ke atas saya adalah konsisten dengan satu serangan fizikal.

4. Walaupun kandungan kertas siasatan dan lapuran perubatan yang tersedia, Tan Sri Mokhtar dengan bantuan Peguam Negara hari ini dan, Tan Sri Gani Patail telah mendapatkan khidmat seorang pegawai perubatan bernama Dr. Abdul Rahman bin Yusof (Dr. Abdul Rahman).

5. Dr. Abdul Rahman dalam satu laporan tidak bertarikh menyediakan laporan kedua yang menyentuh “lakonan semula tempat kejadian” pada 14 Disember 2008. Saya percaya bahawa “lakonan semula tempat kejadian” tersebut tidak pernah berlaku.

6. Adalah satu fakta yang tidak disangkalkan bahawa laporan perubatan Dr Abdul Rahman berhubung serangan yang dilakukan terhadap saya disediakan tanpa langsung melakukan pemeriksaan fizikal ke atas saya terlebih dahulu.

7. Walaupun sudah ada kertas siasatan dan laporan kesihatan yang lengkap, Tan Sri Mokhtar dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 5 Januari 1999, menerima pandangan yang diberikan oleh Dr. Abdul Rahman mengenai apa yang dikatakan sebagai “perkara-perkara tidak konsisten” dalam laporan perubatan doktor-doktor lain yang telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas saya.

8. Kenyataan akhbar Tan Sri Mokhtar juga menyatakan siasatan yang telah dijalankan tidak dapat mengenalpasti individu atau mereka yang menyebabkan kecederaan ke atas saya. Ini sesungguhnya bercanggah dengan laporan siasatan yang selesai dilakukan menjelang Oktober 1998 yang menyimpulkan bahawa Rahim Noor menyerang saya. Tan Sri Mokhtar dan pasukannya dengan itu telah secara sengaja mengelirukan masyarakat. Apabila siasatan polis menjadi tidak lengkap, orang ramai menjadi resah dan menuntut ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja. Tan Sri Mokhtar juga telah membuat kenyataan palsu bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada beliau hanya pada 19.11.98. Saya percaya Tan Sri Gani Patail ada makluman penuh tentang kenyataan palsu yang terkandung dalam kenyataan akhbar tersebut.

9. Saya juga percaya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadap saya. Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani selanjutnya menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap saya dari pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah.

10. Saya percaya kedua-dua Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani Patail secara aktif terlibat dalam menyediakan lapuran kedua tidak bertarikh oleh Dr. Abdul Rahman yang telah membuat kesimpulan palsu dan pelik seperti “the pattern and nature of the injuries are not consistent with a direct blow” [“bentuk dan ciri kecederaan adalah tidak konsisten dengan pukulan secara langsung”], “accidental nature of the injuries could not be ruled out” [“kemungkinan kecederaan ini disebabkan oleh kemalangan tidak boleh ditolak”] dan “self-inflicted nature of the injury should be considered” [kemungkinan kecederaan disebabkan perbuatan sendiri harus diberikan pertimbangan”]. Mereka mengarahkan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini dan bertindak di bawah pengarahan dan/atau bersama Tan Sri Mokhtar Abdullah.

11. Semua fakta-fakta ini menunjukkan Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Gani Patail dan SAC II Datuk Mat Zain bin Ibrahim (individu, yang menurut Dr. Abdul Rahman dalam lapurannya, telah mengiringi beliau ke sel di Bukit Aman di mana saya ditahan dan terlibat dalam apa yang didakwa ‘lakonan semula tempat kejadian’) telah berpakat dengan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini. Ini telah dilakukan agar lapuran polis saya bertarikh 27.9.98 mengenai serangan tersebut akan dikira sebagai lapuran polis palsu dan saya boleh didakwa, atau sekurang-kurangnya merosakkan kredibiliti saya bagi memberi kesan buruk terhadap pembelaan saya dalam kes-kes jenayah yang mana saya telah didakwa melakukan ‘korupsi’ dan liwat bagi membolehkan saya didapati bersalah.

12. Saya ingin menyatakan bahawa Tan Sri Gani Patail adalah pegawai pendakwa kanan yang membantu Tan Sri Mokhtar dalam membuat pendakwaan ke atas saya. Tan Sri Musa Hassan adalah Pegawai Penyiasat dalam pendakwaan terhadap saya. Saya juga percaya, satu tindakan yang tidak pernah dibuat sebelum ini telah diambil apabila satu bilik operasi khusus telah disediakan di Bukit Aman untuk menguruskan pendakwaan saya dan di mana mereka akan berjumpa secara kerap.

13. Ini bukanlah kali pertama dakwaan mengenai pemalsuan bukti dibuat berkaitan Tan Sri Gani Patail. Saya dimaklumkan bahawa dalam keputusan Mahkamah Persekutuan Zainur bin Zakaria v Public Prosecutor [2001] 3 MLJ, Steve Shim, Hakim Besar, dalam penghakiman beliau menyatakan bahawa “… was he not justified, on a prima facie basis, in complaining that Tan Sri Gani Patail’s conduct at the meeting on 2.10.1998 was an attempt to get Nalla to fabricate evidence in order to perfect charges against him for other alleged sexual offences?”

Perkataan “he” dan “him” dalam ayat di atas merujuk kepada diri saya.

14. Berkenaan perkara di atas, saya merujuk kepada dokumen berkenaan bagi membantu siasatan polis:

1. Kenyataan akhbar Tan Sri Mokhtar yang dibuat pada 5.1.99.
2. Nota prosiding dalam lapuran Suruhanjaya DiRaja berkaitan keterangan Dr Abdul Rahman
3. Laporan Kesihatan kedua yang dibuat oleh Dr. Abdul Rahman yang terkandung dalam lapuran Suruhanjaya.

15. Saya memohon diadakan satu siasatan baru terhadap pemalsuan bukti yang mana saya telah dinasihati sebagai satu kesalahan di bawah seksyen 192 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 7 tahun. Saya memohon agar setiap individu yang terlibat dalam menyediakan laporan kedua oleh Dr Abdul Rahman ini iaitu Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr. Rahman dan Datuk Mat Zain bin Ibrahim disiasat secara terperinci agar kebenaran diperolehi dan sebarang salah laku dihukum.

ANWAR BIN IBRAHIM

1 Julai 2008

Ismail Dan Saifuddin Nafi Akan Sertai PKR

02 Julai, 2008 19:45 PM

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob serta Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Saifuddin Abdullah menafikan dakwaan kononnya mereka antara empat pemimpin Barisan Nasional yang akan menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Kedua-dua pemimpin itu juga menafikan dakwaan dalam satu laman web hari ini kononnya pernah bertemu Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar negara baru-baru ini.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Ismail menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak masuk akal.

"Tidak ada sebab saya tinggalkan Barisan Nasional lebih-lebih lagi saya sekarang dalam kabinet. Takkan saya nak lompat parti yang tidak ada masa depan kerana saya anggap parti ini (PKR) sebagai pandai bohong," katanya.

Ismail, yang juga Ketua Umno Bahagian Bera, berkata artikel dalam blog itu sengaja ditulis untuk mengelirukan penyokong BN selain mengalih perhatian rakyat kepada tuduhan liwat yang dihadapi Anwar sekarang.

"Lepas pilihan raya lepas, PKR terutamanya Anwar tak habis-habis dengan pengumuman ada orang (BN) keluar, lompat parti tapi sampai sekarang ia tak berlaku," katanya.

Saifuddin, yang juga adalah Anggota Parlimen Temerloh, berkata beliau tidak pernah terfikir untuk meninggalkan Umno, parti yang disanjungnya sejak dahulu lagi.

Menurutnya dakwaan kononnya beliau bertemu Anwar di luar negara, seperti yang tersiar dalam satu blog hari ini, adalah fitnah kerana selain sudah lama tidak ke luar negara, beliau juga tidak pernah bertemu Anwar sejak 10 tahun lepas.

-- BERNAMA

HKL Nafi Buat Kenyataan Berhubung Keputusan Pemeriksaan Terhadap Saiful

02 Julai, 2008 17:28 PM

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Hospital Kuala Lumpur hari ini menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengenai keputusan pemeriksaan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa diliwat penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain dalam kenyataannya berkata pihak berkuasa hospital tidak mengeluar atau menghebah maklumat dan penemuan atau membuat sebarang rumusan mengenai pemeriksaan terhadap Mohd Saiful.

"Kami patuhi semua prosedur dalam mengendalikan secara profesional kes seperti ini," katanya.

Sebuah akhbar hari ini memetik sumber sebagai berkata beberapa pemeriksaan yang dilakukan oleh HKL mengesahkan Mohd Saiful diliwat.

-- BERNAMA

Siasatan Polis Tetap Dijalankan Walaupun Libatkan Nama Musa Hassan

02 Julai, 2008 15:38 PM

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis akan tetap menyiasat laporan yang membabitkan nama beliau yang dibuat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

"Saya tidak mahu komen atau beritahu apa-apa mengenai perkara itu. Biar siasatan dijalankan berkaitan tuduhan Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Anwar semalam membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor terhadap Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, mendakwa kononnya kedua-duanya itu menyembunyikan fakta dan memalsukan maklumat dalam kes membabitkan serangan fizikal terhadap Anwar oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor pada 20 Sept 1998.

Ketika ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis berhubung tuduhan Anwar terhadapnya, Musa berkata: "Untuk apa? Biarlah polis siasat."

Musa juga enggan mengulas ketika ditanya mengenai dakwaan keluarga Mohd Saiful Bukhari Azlan, orang yang membuat laporan polis mendakwa dia diliwat oleh Anwar, kononnya mereka diarah tidak menghubungi beliau (Musa) berkaitan laporan itu.

Khamis lepas, Mohd Saiful membuat laporan di Balai Polis Jalan Travers di sini mendakwa dia diliwat oleh Anwar di sebuah kondominium di Bukit Damansara.

-- BERNAMA

Tindakan Mahkamah Jika Nikko Electronics Gagal Bayar Pampasan Kepada Pekerja, Kata Menteri

02 Julai, 2008 15:09 PM

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kementerian Sumber Manusia akan mengambil tindakan mahkamah terhadap syarikat elektronik, Nikko Electronics Bhd yang beroperasi di Perai, sekiranya gagal membayar pampasan kepada 1,000 pekerjanya yang diberhentikan tanpa sebarang notis.

Menterinya Datuk Dr S Subramaniam berkata syarikat itu, yang menutup operasi secara tiba-tiba selepas beroperasi selama 19 tahun, diberikan tempoh dua bulan untuk membuat bayaran itu atau menghadapi tindakan mahkamah.

"Kalau mereka enggan bayar, tuntutan boleh dibuat di Mahkamah Perusahaan. Jumlah bayaran itu ada formula tertentu dan pembayaran juga bergantung kepada berapa lama seorang kakitangan berkhidmat dengan syarikat itu," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Pada 30 Jun lepas, syarikat itu mengeluarkan produk mainan tanpa wayar, memberhentikan operasinya dengan alasan pasaran dan eksport yang terjejas serta kos operasi kian meningkat, mengakibatkan 948 pekerja tempatan dan 73 pekerja asing hilang pekerjaan.

Subramaniam berkata syarikat itu telah memaklumkan awal kepada kementerian bagi menutup operasi selain menyatakan persetujuan untuk membuat bayaran pampasan.

Katanya pekerja-pekerja syarikat itu telah membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja Pulau Pinang menyebabkan siasatan dibuat.

Beliau berkata Jabatan Tenaga Rakyat akan membuat siasatan lanjut mengenai kemungkinan syarikat itu juga gagal mematuhi beberapa peraturan lain.

Menurutnya kesalahan ketara syarikat itu ialah memberhentikan pekerja tanpa sebarang notis dan kes itu tetap dirujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk tindakan.

Subramaniam berkata bagi kesalahan seperti kes itu pengurusan syarikat boleh didenda, tidak dibenarkan keluar dari negara ini atau penjara.

-- BERNAMA

Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Diteruskan Seperti Biasa, Kata KSN

02 Julai, 2008 12:34 PM

PUTRAJAYA, 2 Julai (Bernama) -- Pembayaran gaji kakitangan awam akan diteruskan seperti biasa dan bukan dua kali sebulan mulai bulan depan seperti yang diumumkan sebelum ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mohd Sidek berkata keputusan kerajaan untuk membayar gaji dua kali sebulan bagi memudahkan penjawat awam dalam menguruskan perbelanjaan mereka, tidak akan diteruskan.

"Penjawat awam sendiri sebagaimana yang disuarakan Cuepacs (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam) memikirkan tidak perlu dibayar dua kali sebulan maka kita tak akan teruskan," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkara itu selepas melancarkan Laporan Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional 2007 di sini.

Mengenai tuntutan terbaru Cuepacs supaya Elaun Sara Hidup (COLA) kakitangan awam dinaik dan diselaraskan daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi seluruh negara, Mohd Sidek berkata kerajaan akan meneliti perkara itu.

Beliau berkata perkara itu memerlukan kajian yang teliti kerana melibatkan perbelanjaan yang besar, lebih-lebih lagi ketika negara memerlukan penambahan peruntukan sebanyak RM30 bilion dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) seperti yang dibentangkan oleh Abdullah dalam kajian separuh penggal RMK-9 Khamis lalu.

"Kerajaan kena fikir keseluruhannya, sama ada kita punya kemampuan dan implikasinya tapi apapun kita akan rundingkan," katanya.

-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...