Tuesday, August 16, 2011

Genting beri ganjaran besar kepada pengarah pada 2010


KUALA LUMPUR 16 Ogos - Genting Bhd. menerajui senarai pembayaran besar sebanyak RM111.48 juta kepada lembaganya, naik 21 peratus daripada RM92.11 juta sebelumnya.

Syarikat itu juga mempunyai ganjaran tertinggi antara RM106.65 juta hingga RM106.70 juta bagi seorang pengarah tunggal, kata Malaysian Business dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, syarikat itu tidak menamakan siapa pengarah tersebut.

Eksekutif atasan yang tersenarai ialah pengerusi eksekutif merangkap ketua eksekutifnya, Tan Sri Lim Kok Thay.

Menurut kaji selidik tahunan “Pengarah Yang Dibayar Paling Tinggi” majalah perniagaan itu, syarikat tersenarai membayar ganjaran besar kepada pengarah mereka tahun lepas berbanding 2009 susulan keadaan persekitaran ekonomi yang bertambah baik.

Bagaimanapun, sesetengah syarikat mengurangkan ganjaran kepada lembaga pengarah mereka tahun lepas, termasuk CIMB Group Holdings Bhd.

Bank kedua terbesar itu membayar RM18.51 juta atau kurang 13 peratus kepada ahli lembaganya dan ganjaran rendah kepada pengarah urusan kumpulan merangkap ketua pegawai eksekutif kumpulan, Datuk Seri Mohd Nazir Razak.

Beliau menerima RM12 juta tahun lepas berbanding RM14.5 juta pada 2009.
IOI Corporation Bhd berada di tempat kedua dengan jumlah pembayaran sebanyak RM56.29 juta, kata Malaysian Business.

Sementara itu, dengan tiga syarikat — YTL Corp, YTL Power International dan YTL Cement — Tan Sri Yeoh Tiong Lay menerima gabungan ganjaran sebanyak RM13.10 juta.

Apa yang menarik, daripada 630 syarikat, 95 syarikat dengan kerugian besar masih memberi ganjaran kepada pengarah mereka dengan pembayaran yang tinggi.

Kaji selidik itu menyenaraikan sejumlah 630 syarikat dengan ganjaran sebanyak RM300,000 ke atas seperti yang dinyatakan dalam laporan tahunan syarikat.

Daripada jumlah ini, hanya sebilangan kecil syarikat yang telus dalam menyatakan ganjaran sebenar kepada eksekutif-eksekutif utama mereka. - Bernama

Usaha singkir Koh diperhebat

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia terus menyerang presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon dengan laporan hari ini yang mencabar beliau bertanding di Pulau Pinang bagi membuktikan dirinya masih relevan serta diterima rakyat negeri itu.

Tan Tee BengKali ini, Utusanmemetik kenyataan ahli parlimen Nibong Tebal yang berpaling tadah, Tan Tee Beng (kiri) yang mendakwa Koh seolah-olah tidak tahu malu apabila terus menyalahkan orang lain semata-mata untuk mempertahankan dirinya yang didakwa telah membawa banyak sumbangan kepada Pulau Pinang sepanjang 18 tahun menjadi ketua menteri.

"Tapi dia (Koh Tsu Koon) buat-buat tak faham dan mendakwa rakyat negeri ini masih menyokongnya. Kalau sokong kenapa boleh kalah dengan majoriti 10,000 undi.

"Oleh itu, saya cabar dia bertanding di Pulau Pinang, jangan menjadi pengecut nak bertanding di Johor atau tempat lain. Kita tengok nanti sama ada dia boleh menang atau tidak," katanya pada Utusan.

ezam mohd noor at mca functionAhad lalu, Utusan memetik Senator Umno Mohamed Ezam Mohd Noor (kanan) yang melabelkan bekas ketua menteri Pulau Pinang itu sebagai dangkal kerana terikut-ikut dengan pemimpin pembangkang berhubung isu ugutannya untuk membakar portal berita Malaysiakini dan The Malaysian Insider.

Menurut Mohd Ezam, dia tidak bermaksud untuk membakar betul kedua-dua portal berita itu "tetapi hanya simbolik kemarahan terhadap mereka yang bakar hati umat Islam" berhubung isu murtad.

Kempen menyerang Koh oleh akhbar milik Umno itu sebenarnya bermula minggu lalu apabila mereka menyiarkan laporan bahawa parti Gerakan perlu menukar kepimpinannya dengan menonjolkan muka baru jika mereka serius mahu merampas kembali Pulau Pinang.

Memetik seorang lagi ahli parlimen PKR yang berpaling tadah iatu MP Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim, Utusan melaporkan jika BN mahu mengambil balik Pulau Pinang, Gerakan perlu tonjolkan seorang pemimpin baru yang boleh diterima oleh rakyat dan pemimpin berkaliber bagi mencabar kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

zahrain hashim parliament 180310"Mungkin pemimpin seperti (Presiden Gerakan) Tan Sri Koh Tsu Koon sudah tidak relevan lagi untuk memimpin Gerakan di Pulau Pinang memandangkan rakyat sudah menolak beliau sejak (pilihan raya umum) 2008,” kata Zahrain (kiri) dipetik akhbar itu.

Selain itu, Utusan juga memperbesar-besarkan cabaran Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC), Tan Sri Tan Kok Ping kepada Koh supaya berdebat.

Ia berikutan laporan Utusan sebelum itu yang memetik Koh berkata bahawa “Kok Ping buta atau nyanyuk apabila tidak dapat melihat pembangunan yang berlaku di Pulau Pinang sebelum 2008”.

Kedudukan Gerakan dalam BN kini ibarat melukut di tepi gantang. Pada pilihan raya umum 2008, Gerakan hanya mampu memenangi dua kerusi parlimen dan tiga kerusi dewan undangan negeri. Semua kerusi berkenaan juga bukannya dari Pulau Pinang yang pernah menjadi kubu kuat parti itu dan dikuasai mereka sejak 1969.

Koh yang melepaskan jawatan ketua menteri yang dipegangnya selama 18 tahun untuk bertanding kerusi parlimen Batu Kawan pada 2008 tewas dengan majoriti 9,48 5 undi kepada calon muka baru P Ramasamy dari DAP.

NONEBagi membolehkan beliau aktif dalam politik, beliau dilantik sebagai senator dan diangkat menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bagi sesetengah pemimpin BN, khususnya Umno, tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi tempat kepada pemimpin Gerakan itu suatu tindakan sesia kerana tidak yakin Gerakan mampu 'bangkit semula'.

Menurut mereka, usaha Gerakan mahupun MCA untuk merampas semula Pulau Pinang mahupun mengembalikan sokongan masyarakat Cina sesuatu yang sukar kerana sebahagian besar masyarakat itu menolak BN yang didakwa tidak ikhlas dalam perjuangan membela rakyat negara ini.

Meskipun pemimpin Umno tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan tetapi sebagai organ rasmi parti, segala yang disiarkan Utusan sudah pasti mendapat restu pemimpin peringkat tertinggi Umno, khususnya jika sesuatu isu itu terus berlarutan.

BERSIH: Razak 'tukang kasut' tuntut RM10j

Seorang tukang kasut yang didakwa membawa pisau dalam perhimpunan BERSIH 2.0 menuntut gantirugi RM 10 juta dan permohonan maaf secara terbuka oleh Berita Harian - akhbar yang memuatkan laporan itu.

NONEMenurut notis tuntutan Abdul Razak Endot, Berita Minggu dan The New Sraits Times Press (M) sebagai penerbit dan pencetak dikehendaki mematuhi notis itu dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaannya.

Notis itu dihantar oleh tetuan Sazali & Lim pada 10 Ogos lalu. Harian itu masih mempunyai seminggu untuk memenuhi tuntutan itu sebelum tindakan mahkamah dimulakan.

Menurut notis itu lagi, Berita Harian pada 10 Julai lalu didakwa membuat pernyataan berupa fitnah di muka depannya melalui foto dan kapsyen yang membawa makna Abdul Razak sebagai perusuh yang membawa pisau.

NONEAbdul Razak juga mendakwa foto itu dipinda dan/atau dikacauganggu dengan sengaja untuk memberikan gambaran dia memegang sebilah pisah dan kapsyennya pula merupakan fitnah.

"Pernyataan-pernyataan dan paparan imej/foto yang dipinda tersebut adalah palsu, tidak berasas dan merupakan fitnah jahat terhadap pelanggan kami dan dibuat dengan niat niat untuk memfitnah pelanggan kami dan merosokkan nama baik serta reputasi dan telah menyebabkan pelanggan kami dipandang rendah oleh masyarakat," notis itu dipetik.

Ummi lafaz sumpah tak ada seks dengan Baginda


Ummi Hafilda hari melafazkan sumpah laknat mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda seperti yang didakwa oleh lelaki itu.

Sumpah itu dilafazkan di mahkamah Kuala Lumpur setelah memfailkan permohonan ingkar terhadap Baginda hari ini.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi...

“Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda.

“Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat,” katanya.

Ummi Hafilda diiringi oleh peguamnya Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Beliau mengemukakan permohonan itu setelah Baginda gagal menghadirkan diri di mahkamah seperti yang disyaratkan pada 8 Ogos lalu.

Menurut Mohd Khairul, Malaysiakini, yang dinamakan oleh Ummi Hafilda sebagai defenden kedua, hadir apabila kes itu disebutkan.

“Kami telah failkan dokumen berkaitan ke atas dirinya termasuk mengiklan di Harian Metro tetapi dia (Baginda) gagal hadirkan diri,” katanya.

Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.

Dalam saman itu beliau mendakwa Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.

Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Baginda itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.

Mkini Dotcom Sdn Bhd pula didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.

Beliau menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya. 

AirAsia-MAS: Sejarah akan berulang kata Mahfuz

Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa pertukaran saham syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dimiliki rakyat dengan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia yang dimiliki individu dilihat "mengulangi sejarah lama" iaitu perpindahan MAS kepada Tan Sri Tajudin Ramli.

NONESelain itu, dakwa Mahfuz, penyelesaian luar mahkamah saman syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terhadap Tajudin yang didakwanya mempunyai kaitan, adalah "manifestasi kegagalan dasar dan program penswastaan" mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

"Kedua-dua perkara ini merupakan simbol kronisme dan rasuah yang paling hebat dan penswastaan atas dasar 'who do you know' dan 'lu tolong gua, gua tolong lu'.

"Walaupun Tun Dr Mahathir telah bersara selama lebih kurang tujuh tahun, ingin saya katakan tetapi rakyat masih terbeban dengan bayaran, kebobrokan pemerintahan 22 tahunnya," katanya.

azlanSehubungan itu, katanya pertukaran saham Air Asia yang lebih tinggi berbanding saham MAS akan sekali lagi menyaksikan sejarah berulang seperti mana perpindahan MAS, syarikat yang dimiliki rakyat dan negara kepada Tajudin Ramli 

Mahfuz mendakwa hal itu menunjukkan berlakunya permulaan kembali kepada zaman lama yang berkemungkinan suatu hari nanti Air Asia boleh mengambil alih MAS secara sepenuhnya.

Ketelusan tinggi

"Ini satu perkara yang tidak mustahil, kalau pendekatan seumpama ini dilihat tidak mempunyai satu ketelusan yang sangat tinggi," katanya.

Minggu lalu, MAS dan AirAsia memeterai rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) untuk meneroka peluang sinergi dalam pelbagai bidang di bawah sektor penerbangan.

NONEDi bawah perjanjian ini, Tune Air Sdn Bhd, pemegang saham terbesar dalam AirAsia, akan mengambil-alih 20.5 peratus saham dalam MAS manakala Kazanah Nasional Berhad pula akan memiliki pegangan 10 peratus saham AirAsia dan terus menjadi pemegang saham utama dan tunggal terbesar MAS.

"Menyatakan kerajaan masih mempunyai 'golden share', tetapi akhirnya ternyata yang untung adalah Tajudin Ramli, yang rugi adalah rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata beliau tidak pasti sama ada urusan pembelian saham tersebut sebelum itu diadakan mesyuarat agung dengan mendapat persetujuan pemegang saham minoriti.

"Saya juga meminta dalam isu penjualan pembelian (saham) MAS -Air Asia ini, kerajaan harus menjelaskan berapa liabiliti kedua-dua syarikat ini... Sebab rakyat ingin tahu mana liabiliti yang lebih besar, sama ada liabiliti mas kebih besar atau liabiliti air asia yang lebih besar.

"Berapa tunai yang Air Asia ada dan berapa tunai yang MAS ada, berapakah keuntungan yang dibuat oleh kedua-dua syarikat ini. Perlu diperjelaskan oleh kerajaan," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata MAS suatu ketika dahulu setaraf dengan Singapore Airline, Cathay Pasific dan Ittihad, tetapi kini syarikat berkenaan didakwa menanggung kerugian dan tidak dapat bersaing maju.

azlanBagaimanapun, beliau berkata lebih menyedihkan apabila perpindahan hak milik rakyat kepada Tajudin yang didakwanya menyebabkan MAS kerugian RM8 billion dan tidak dipertanggungjawab atas kerugian tersebut.

"Tiada siapa yang dipertanggungjawab atas segala kecurian sebanyak lapan billion, walapun pada peringkat awal sebelum itu ada usaha untuk mengheret Tajudin Ramli (ke mahkamah).

"Tetapi sekarang sudah ada keputusan untuk menyelesaikan atau menarik balik kes terhadap Tajudin Ramli daripada GLC-GLC yang terlibat," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...