Saturday, June 21, 2008

Euro 2008 Preview: Spain - Italy

Spain On Fire

Luis Aragones’ men are on fire, roaring into the last eight after finishing top of Group D with maximum points. They have scored eight goals in three games, and will go into this match as many people’s favourites to progress to the semi-finals.

Spain have indeed won all seven of their fixtures in 2008, including pre-Euro 2008 warm-up wins against France, U.S.A, Peru, and Italy themselves.

The question now is – will Spain once again flop when it really matters? We have seen this scenario so many times in the past where La Seleccion have made a flying start to a major tournament, only to then lose their nerve once it gets to a big knockout game.

This was the case at the last World Cup, when Spain played some delightful football in the group stages, only to then lose 3-1 to France in the second round.

Spain are certainly in better form than Italy, but they have a dreadful competitive record against their opponents. There is also the small matter of the so-called June 22 curse. Spain have exited three major tournaments on penalties on this exact date in recent history, losing to Belgium at World Cup ’86, England at Euro ’96, and South Korea at World Cup 2002.

Italy Scrape Into Knockouts

The Azzurri confirmed their status as being slow starters as they somehow sneaked through into the last eight, despite picking up just one point from their first two games.

After losing 3-0 to Holland and drawing 1-1 with Romania, Italy’s destiny was out of their own hands, however a 2-0 win over France, coupled with a Dutch victory over Romania, saw them progress.

Roberto Donadoni’s men were much improved against Les Bleus, and they will now be hoping that they have started to hit form at just the right time.

Italy have an outstanding knockout record in major tournaments, and indeed have not lost a knockout tie in 90 minutes since the 2-0 semi final defeat to the Soviet Union at Euro 1988.

The Azzurri are renowned for their big game temperament, in stark contract to their opponents Spain, who despite being in better form, are often labelled as big-game bottlers.

Past Meetings

In total Spain and Italy have met 28 times, with the Azzurri winning nine, Spain eight, and 11 ending in draws.

The last meeting was a friendly in March of this year when La Seleccion won 1-0 in Elche, with David Villa scoring a brilliant winner late in the game.

Italy have not defeated Spain since the dramatic quarter-final of the 1994 World Cup, when the legendary Roberto Baggio rounded goalkeeper Andoni Zubizarreta in trademark fashion to give Arrigo Sacchi’s men a last-minute 2-1 victory.

Italy however have not lost to Spain in a competitive match for 88 years, a 2-0 defeat at the 1920 Olympic Games. The Azzurri emerged victorious at the 1924 and 1928 Olympics, the 1934 World Cup, drew 0-0 at Euro 80’, and won 1-0 at Euro 88, thanks to a Gianluca Vialli strike.

FORM GUIDE

Spain

17/06 (Euro 2008) Spain-Greece 2-1

14/06 (Euro 2008) Spain-Sweden 2-1

10/06 (Euro 2008) Spain-Russia 4-1

04/06 (Friendly) Spain-United States 1-0

31/05 (Friendly) Spain-Peru 2-1

Italy

16/06 (Euro 2008) France-Italy 0-2

13/06 (Euro 2008): Italy-Romania 1-1

09/06 (Euro 2008): Holland-Italy 3-0

29/05 (Friendly): Italy-Belgium 3-1

26/03 (Friendly): Spain-Italy 1-0

TEAM NEWS

Spain

Defender Carles Puyol was originally thought to be a doubt for this game due to injury, however he will be fit enough to start in Vienna. Luis Aragones will bring back all of his big guns after resting many of them during the dead rubber 2-1 win over Greece on Wednesday.

Probable starting XI: Casillas; Ramos, Puyol, Marchena, Capdevila; Senna; Iniesta, Xavi, Silva; Villa, Torres

Italy

Roberto Donadoni has problems in his midfield area as Milan-duo Gennaro Gattuso and Andrea Pirlo are suspended. The coach will probably choose four from Daniele De Rossi, Simone Perrotta, Alberto Aquilani, Massimo Ambrosini and Mauro Camoranesi. Defender Andrea Barzagli picked up an injury in training on Thursday and is out for the rest of the tournament.

Probable starting XI: Buffon; Zambrotta, Panucci, Chiellini, Grosso; Camoranesi, Ambrosini, De Rossi, Perrotta; Cassano, Toni

PLAYERS TO WATCH

Spain – Fernando Torres:
Following an outstanding club season for Liverpool, Torres has been overshadowed somewhat at Euro 2008 by his strike partner David Villa. However the 24-year-old has the pace and trickery to trouble the Italy backline if he is afforded the space to do so.

Italy – Luca Toni: Has still failed to score in Austria and Switzerland, and missed an absolute hatful of chances in the 2-0 win over France. However his overall game was good, and many feel it is only a matter of time until he finds the back of the net. If anyone is to score against Spain surely it will be Toni.

PREDICTION

This will surely be a tight game, and the chances are that it could go to extra time or even penalties. Clinical finishing could be the difference.

Spain 1-1 Italy

petikan goal.com

Gegaran Belanda, Rusia

VIENNA - Belanda menyinar pada saingan peringkat kumpulan tetapi Rusia tidak kurang hebatnya selepas kemenangan bergaya ke atas Sweden.

Ia bakal menjadi bekalan kedua-dua pasukan yang akan berentap di Basel untuk penentuan slot ke separuh akhir bola sepak Kejohanan Eropah (Euro) 2008 hari ini.

Seminggu lalu, Belanda diramal mudah mara ke separuh akhir namun selepas Rusia menewaskan Sweden 2-0 di Innsbruck Selasa lalu, peluang dilihat seimbang.

Jika Belanda memiliki Ruud van Nistelrooy di bahagian serangan, Rusia boleh menyandarkan harapan kepada Roman Pavlyuchenko.

Kemahiran Wesley Sneijder di bahagian tengah bakal diimbangi Andrei Arshavin.

Jika Belanda memiliki Arjen Robben di bahagian sayap Rusia bakal menggempur posisi yang sama menerusi pemain tengah serba boleh Konstantin Zyryanov.

Jurulatih Belanda Marco Van Basten belajar daripada kekalahan 1-4 Rusia kepada Sepanyol di awal kejohanan.

"Kami perlu melihat apa yang Sepanyol lakukan ke atas mereka (Rusia) dan kami menjadikan ia satu pengajaran,'' katanya.

Sebahagian besar pemain utama Belanda menikmati rehat seminggu dan cukup bersedia selepas Van Basten menggunakan sebahagian besar pemain simpanan ketika perlawanan terakhir menentang Romania.

Dia dijangka menurunkan barisan pemain di babak kedua yang menewaskan Perancis 4-1 Jumaat lalu iaitu mengharapkan sentuhan Robben manakala Orlando Engelaar menghuni bangku simpanan.

Robben yang terlepas perlawanan pembukaan menentang Itali kerana cedera, beraksi kemas selepas dimasukkan menggantikan Engelaar pada perlawanan dengan Perancis dan sekali lagi menyinar ketika menentang Romania.

Bagaimanapun ketika bakat Robben di bahagian serangan tidak diragui, Dirk Kuyt perlu membuktikan keupayaan di bahagian pertahanan untuk menyekat Yuri Zhirkov dan Alexander Anyukov.

Pemain Rusia mempunyai kurang daripada tiga hari penuh untuk rehat selepas perlawanan dengan Sweden dan ia mungkin menjadi faktor utama.

Pasukan itu tidak menghadapi masalah kecederaan serius dan Arshavin cukup bersedia setelah mengharungi 90 perlawanan di kejohanan kali ini.

Kembalinya dia dari penggantungan menjadi pemangkin dalam menukar corak permainan hantaran pantas Rusia yang mungkin ditiru dari pasukan Belanda.

Dengan jurulatih berbangsa Belanda, Guus Hiddink mengemudi pasukan itu, cara permainan sebegitu bukan kejutan besar.

"Para pemain telah membuktikan di kejohanan ini bahawa mereka boleh meneruskan corak permainan seperti itu.

"Menerusi cara permainan kami, kami dikagumi, kami akan bermain bola sepak seperti mana ia patut dimainkan dan saya rasa Belanda juga begitu,'' kata Hiddink..

- Reuters

utusan online

Piala FA milik Kedah

21/06/2008 11:04pm

SHAH ALAM 21 Jun – Kedah mengesahkan kejaguhannya di arena bola sepak negara walaupun tanpa dua tonggak import dengan mempertahankan Piala FA selepas menundukkan Selangor 3-2 dalam perlawanan sengit akhir edisi ke-19 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Barisan bimbingan Azraai Khor Abdullah itu berjaya membawa kembali trofi persaingan kalah mati kebangsaan ini menerusi jaringan Fadly Baharom, Khyril Muhymeen Zambri dan Syafiq Jamal pada minit pertama, m-32 dan m-50 masing-masing sekali gus merapati cita-cita mengulangi pencapaian tiga gelaran seperti 2007 selepas menjuarai Liga Super, Mei lalu.

Di depan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan kira-kira 50,000 penonton di tempat lawan yang tidak terjejas dengan kehangatan Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2008 dan harga tiket yang didakwa agak mahal, Kenari berjaya menghampakan Gergasi Merah.

Dua gol Selangor dijaringkan gol Amirul Hadi Zainal (m-13) dan penyerang import dari Liberia, Frank Seator (m-70) menerusi sepakan penalti. - Utusan

PKR dakwa 10 MP Sarawak dibawa ke luar negeri untuk elak lompat parti

21/06/2008 9:30pm

KOTA KINABALU 21 Jun — Ketika tercetus drama politik di Sabah berikutan pengumuman Parti Maju Sabah (SAPP) bahawa mereka akan meneruskan langkah mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperhebat kempen mempamer kekuatan.

Ia mendakwa 10 ahli Parlimen (MP) Sarawak telah dibawa ke seberang laut dalam usaha menyekat mereka daripada meninggalkan Barisan Nasional (BN) untuk menyertai PKR.

Timbalan presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali mendakwa mereka telah dibawa ke Beijing.

Tidak semua 10 orang itu akan menyertai PKR, katanya kepada pemberita selepas merasmikan perayaan Kaamatan PKR di sini hari ini. Naib presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan bila ditanya sama ada beberapa MP di Sabah juga mempertimbang untuk menyertai mereka, berkata: “Ya, sudah tentu, adalah beberapa orang dari Sabah”. - Bernama

Nazri jamin tiada usul undi tidak percaya terhadap PM

21/06/2008 5:05pm

KUALA KANGSAR 21 Jun – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberi jaminan tidak akan ada usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen, Isnin ini.

Menurut beliau, sehingga petang semalam, pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat masih belum menerima sebarang notis daripada Parti Maju Sabah (SAPP) berhubung perkara tersebut.

Kata beliau, apa-apa usul tergempar seperti itu mesti dimaklumkan sehari lebih awal kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 18 (1).

``Saya sentiasa pantau isu ini dengan Pejabat Speaker dan sehingga semalam, tidak ada pun notis usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

``Jadi, saya beri jaminan tidak ada usul secara konstruktif untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Mesra Klinik Kesihatan Padang Rengas dekat sini hari ini. - Utusan

Formula Satu: Raikkonen mula petak pertama

21/06/2008 9:53pm

MAGNY-COURS, Perancis 21 Jun – Penyandang Juara Dunia Formula Satu (F1), Kimi Raikkonen membuktikan janjinya untuk mengungguli perlumbaan musim ini menduduki petak pertama Grand Prix (GP) Perancis di sini sebentar tadi.

Pemandu Pasukan Ferrari berusia 28 tahun itu berjaya mencatatkan masa 1 minit 16.449 saat mendahului rakan sepasukan dari Brazil, Felipe Massa dengan hanya 0.041 saat untuk memastikan dominasi permulaan 1-2 esok.

Pemandu McLaren, Lewis Hamilton pula ketiga terpantas namun dia diturunkan 10 petak kebelakang menduduki petak ke-13 selepas di dapati bersalah melakukan perlanggaran di laluan pit GP Kanada.

Fernando Alonso akan bermula di petak keempat untuk Renault, sebaris dengan Jarno Trulli yang memandu Toyota. – AFP

Petak permulaan GP Perancis
1. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari
2. Felipe Massa (Brazil) Ferrari
3. Fernando Alonso (Sepanyol) Renault
4. Jarno Trulli (Italy) Toyota
5. Heikki Kovalainen (Finland) McLaren
6. Robert Kubica (Poland) BMW Sauber
7. Mark Webber (Australia) RedBull - Renault
8. David Coulthard (Britain) RedBull - Renault
9. Timo Glock (Jerman) Toyota
10. Nelson Piquet (Brazil) Renault
11. Nick Heidfeld (Jerman) BMW Sauber
12. Sebastian Vettel (Jerman) Toro Rosso - Ferrari
13. Lewis Hamilton (Britain) McLaren
14. Sebastien Bourdais (Perancis) Toro Rosso - Ferrari
15. Kazuki Nakajima (Jepun) Williams - Toyota
16. Jenson Button (Britain) Honda
17. Rubens Barrichello (Brazil) Honda
18. Giancarlo Fisichella (Itali) Force India - Ferrari
19. Adrian Sutil (Jerman) Force India - Ferrari
20. Nico Rosberg (Jerman) Williams - Toyota

Orang PM dipercayai sedang pujuk SAPP kembali ke pangkuan BN

Intan Abdullah
Sat | Jun 21, 08 | 12:44:28 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Hrkh) - Pengerusi BN, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dipercayai sedang mengatur strategi bagi memujuk Pengerusi Parti Maju sabah (SAPP), Dato' Yong Teck Lee supaya kembali ke pangkuan BN.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa Abdullah yang juga merupakan Presiden Umno itu sedang menghantar orang-orang tertentu bagi menjalankan proses pemujukan ke atas ahli-ahli parlimen SAPP.

"Abdullah akan menggunakan segala kuasa yang dimilikinya untuk mengembalikan kepercayaan SAPP serta parti-parti komponen BN yang lain kepada Umno seterusnya mengekalkan sokongan dan pengaruhnya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Walau bagaimanapun, Mohamad sabu tidak menolak kemungkinan terdapat di kalangan ahli parlimen SAPP yang beralih arah.

"Bahkan terdapat juga kemungkinan wakil rakyat yang berjaya dipujuk," ujarnya.

Mengulas mengenai usul undi tidak percaya yang digembar-gemburkan oleh SAPP untuk dikemukakan pada sidang parlimen bermula 23 Jun ini, beliau kurang pasti akan keberkesanannya.

"Walaupun Anwar Ibrahim ada menyatakan beliau mempunyai cukup sokongan untuk menumbangkan kerajaan BN, saya tidak dapat memastikan mengenai lompat parti ini kerana saya tidak membuat tinjauan," katanya lagi.

Sungguhpun begitu, beliau menyerahkan hal tersebut kepada pimpinan Pakatan Rakyat untuk menguruskannya.

Mohamad Sabu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Dato' Yong Teck Lee semalam bahawa partinya telah hilang kepercayaan terhadap Abdullah dan dua anggota parlimennya Eric Majimbun (Sepanggar) dan Dato' Dr Chua Soon Bui (Tawau) akan menyokong usul tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Yong tidak menyebut tentang kemungkinan partinya keluar dari Barisan Nasional (BN) dan siapa yang akan mengemuka undi tidak percaya itu.

Harakah Online

Kes Sanglang, Pasir Puteh serupa, namun keputusan berlainan - Haron Din

M Faqih
Fri | Jun 20, 08 | 7:16:29 pm MYT

KOTA BHARU, 20 Jun (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Pilihan Raya di Perlis yang tidak mengembalikan kerusi Dun Sanglang kepada calon yang sepatutnya menang dianggap sesuatu yang pelik.

Ini kerana kes serupa pernah berlaku di kerusi Parlimen Pasir Puteh pada pilihan raya umum 2004 apabila mahkamah di sini mengembalikan kerusi tersebut kepada calon Barisan Nasional (BN), Dato' Che Min Che Ahmad.

Sedangkan pada pilihan raya ketika itu calon PAS, Hajah Kalthum Ahmad diisytiharkan menang oleh pegawai pengurus pilihan raya.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din berkata, dalam kes petisyen Dun Sanglang telah terbukti pegawai pengurus pilihan raya melakukan kesilapan sehingga mahkamah membuat keputusan kerusi itu perlu dikosongkan.

"Sekarang telah terbukti kesilapan dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya dan bukannya calon PAS atau Barisan Nasional. Namun peliknya yang salah tidak pula dihukum.

"Mengapa mahkamah mengambil jalan yang payah sedangkan kes serupa pernah berlaku di Pasir Puteh apabila mahkamah memberi hak kepada calon yang sepatutnya menang," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kota Bharu di sebuah hotel di sini, hari ini.

Rabu lalu Mahkamah Pilihan Raya di Kangar memutuskan kerusi Dun Sanglang yang disandang calon BN, Abdullah Hassan perlu dikosongkan.

Bagaimanapun Hakim Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani menolak permohonan calon PAS, Ustaz Hashim Jasin untuk mendapat pengisytiharan sebagai calon yang menang di kerusi berkenaan.

Menurut Zainal Adzam, mahkamah tiada hak untuk mengisytiharkan Hashim sebagai pemenang kerusi Dun berkenaan kerana Seksyen 35 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 tidak memberi bidang kuasa kepada mahkamah untuk berbuat demikian selepas dimansuhkan pada 2003.

Sehubungan itu, mahkamah menyerahkan kepada SPR untuk menentukan sama ada pilihan raya kecil perlu diadakan atau sebaliknya.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Abdullah diisytiharkan menang dengan majoriti 149 undi setelah memperolehi 3,384 undi, manakala Hashim mendapat 3,235 undi.

Sepatutnya Hashim diumumkan menang kerana mendapat kelebihan 47 undi.

Dr Haron berkata, beliau bimbang perkara itu seperti disengaja kerana mahu memastikan Umno memenangi semula kawasan berkenaan melalui pilihan raya kecil yang bakal diadakan.

"Kalau macam itu mungkin kita boleh pulau pilihan raya yang bakal diadakan kot..," ujarnya.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat juga melahirkan rasa hairan bagaimana kes petisyen Sanglang dan Pasir Puteh diputuskan berlainan sedangkan faktanya hampir sama.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, biar pun pembangkang di bawah Pakatan Rakyat menang besar pada pilihan raya umum lalu, namun masalah hubungan kaum tidak berlaku seperti peristiwa 13 Mei 1969.

Sedangkan katanya, pada pilihan raya umum 1969 pembangkang memenangi banyak kerusi sehingga akhirnya tercetus rusuhan antara kaum.

"Sedangkan pilihan raya umum yang baru lalu kemenangan pembangkang lebih besar lagi berbanding pilihan raya 1969, namun tidak berlaku masalah kaum.

"Ini kerana politik perkauman sudah lama berlalu kerana rakyat sekarang semakin matang berpolitik," katanya.

Beliau juga memberitahu kemenangan PAS dan KeADIlan di Kelantan pada 8 Mac lalu menyamai jumlah kerusi yang dimenangi pada pilihan raya 1990 iaitu 39 di peringkat Dun.

Harakah Online

Woman crushed to death by factory gate

MUAR: Little did Goh Soh Yang (pic) know when she was on her way to attend the birthday party of her friend's grandson on Thursday that her life would come to a crushing end.


The 51-year-old mother of five from Jalan Haji Abdullah in Sungai Abong had parked her car in the compound of a nearby factory as there was no parking space near her friend's house in Taman Orkid.

The factory owner, who had allowed her to park there, told her to close the iron gate before leaving.

She was found crushed to death by the gate yesterday.

A resident said a newspaper delivery boy saw Goh pinned under the gate at about 5am.

Goh’s husband, Tan Tian Seng, was informed of the incident at 7am.

Police have classified the case as sudden death.

Dominasi UMNO perlu dikurangkan - Tsu Koon

PETALING JAYA 20 Jun - Gerakan hari ini menggesa dominasi UMNO dalam Barisan Nasional (BN) dikurangkan sebaliknya setiap 14 parti komponen diberi hak yang sama untuk bersuara dan menentukan hala tuju gagasan itu.

Pemangku Presidennya, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mendakwa hak sama rata kepada parti komponen yang terkandung dalam Perlembagaan BN tidak lagi diamalkan sejak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mentadbir negara pada 1980an.

''Amalan hanya seorang pemimpin (daripada UMNO) yang berkuasa dalam BN perlu dihentikan bagi memulihkan kembali keyakinan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada program bual bicara parti itu di Ibu Pejabat Gerakan Selangor di sini malam ini.

Tsu Koon berkata, langkah awal supaya dominasi UMNO dikurangkan boleh dilakukan sekiranya BN mengadakan mesyuarat lebih kerap dan bukannya seperti sebelum ini hanya sekali dalam tempoh dua tahun.

''Saya gembira kerana terdapat usaha-usaha positif untuk mengubah BN dan perkara ini terbukti apabila mesyuarat selepas pilihan raya umum lalu dilakukan hampir setiap bulan.

''Banyak lagi perubahan yang kita harapkan termasuk UMNO perlu menghormati Perlembagaan BN yang digubal pada 1974 yang menyatakan bahawa setiap keputusan yang dibuat perlu sebulat suara," katanya.

Dalam pada itu, Tsu Koon berharap UMNO berubah dengan memberikan peluang kepada golongan liberal Melayu untuk menerajui kepimpinan parti itu.

''Golongan ini seperti Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Wanita parti itu, Tan Sri Rafidah Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim adalah lebih bersikap terbuka dan dapat diterima oleh bukan Melayu.

''Langkah ini penting kerana bukan Melayu pada pilihan raya lalu beralih kepada pembangkang disebabkan bimbang dengan usaha kerajaan BN diterajui UMNO memberi penekanan kepada Islam sebagai satu cara hidup dan bukan negara sekular seperti diperjuangkan golongan liberal," ujarnya.

utusan online

Sokong Rafidah, Shahrizat

SHAH ALAM 20 Jun - Pergerakan Wanita UMNO Selangor menyatakan sokongan kepada Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk terus mempertahankan jawatan masing-masing sebagai Ketua Wanita dan Naib Ketua Wanita pada pemilihan parti Disember ini.

Ketua Wanita UMNO Selangor, Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat demi memastikan UMNO terus stabil di semua peringkat termasuk akar umbi.

Menurutnya, ketika UMNO berdepan dengan pelbagai cabaran pada masa ini, adalah penting semua ahli Wanita yang seramai 1.4 juta orang mengekalkan kekukuhan parti supaya tidak berlaku sebarang pergolakan.

"Kita mahu beri tumpuan untuk kukuhkan parti bermula dari akar umbi supaya UMNO terus stabil kerana kita sedang berdepan dengan pelbagai cabaran.

"Kita harap Wanita UMNO di negeri-negeri lain turut memberi sokongan yang sama," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan Wanita UMNO Selangor di sini hari ini.

Selasa lalu, Rafidah menyuarakan hasrat untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO seandainya mendapat kuota pencalonan yang mencukupi daripada pergerakan itu.

Ditanya siapakah yang akan mencabar kerusi Naib Ketua Wanita UMNO berikutan kenyataan Sharizat sebelum ini bahawa jawatannya dijangka menjadi rebutan pada pemilihan parti, Seripah Noli memberitahu, beliau tidak mendengar desas-desus mengenainya.

Bagaimanapun, beliau percaya ia hanya khabar angin yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dengan niat untuk mengkucar-kacirkan UMNO.

Jelas beliau, Shahrizat merupakan calon yang paling layak untuk menerajui Wanita UMNO selepas Rafidah berdasarkan pengalamannya dalam pergerakan tersebut.

"Shahrizat sudah dididik dan mempunyai banyak pengalaman. Dia akan jadi ketua selepas ini," ujarnya.

utusan online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...