Friday, March 18, 2011

Tunggu esok, kata Taib

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, akan membuat satu pengumuman esok dipercayai berhubung pilihan raya negeri akan datang.

"Tunggu sehari lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perhimpunan Belia 2011 hari ini ketika ditanya sama ada beliau mahu membuat "pengumuman khas".

sarawak BN convention taib and wifeTaib juga tidak menyatakan sama ada pengumuman itu akan dibuat di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang akan berada di Kuching esok sempena siri lawatan kedua-dua pemimpin itu ke seluruh negara.

Taib menafikan ura-ura kononnya beliau akan berlepas pada Ahad untuk melakukan umrah.

azlanSemalam, beliau mengunjungi Yang Dipertua Negri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri.

Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pilihan raya kecil akan diadakan pada 16 April.

Penggal bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak sekarang yang mempunyai 71 kerusi berakhir pada 23 Julai.

Dalam pilihan raya negeri yang lalu, BN memenangi 62 kerusi, DAP (6), PKR (1), Parti Kebangsaan Sarawak (1), dan Bebas (1).

- Bernama

Pakatan S'wak sudah sedia hadapi p'raya awal

Ekoran spekulasi kuat yang Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan membubarkan DUN Isnin depan - lebih awal daripada yang dijangka sebelum ini untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-10 - Pakatan Rakyat Sarawak juga sudah bersedia untuk memberi saingan hebat kepada BN.

Hari ini beberapa akhbar utama dan portal berita melaporkan yang Taib mungkin membubarkan DUN Isnin ini selepas menemui Yang Dipertua Sarawak, Tun Abang Mohammad Salahuddin Abang Barieng, semalam.

Beberapa pihak berpendapat pembubaran lebih awal DUN akan 'memerangkap' Pakatan.

Bagaimanapun PKR dan DAP mengumumkan bahawa mereka sudah bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan DUN dibubarkan lebih awal.

chong chieng jen interview 141108 03“Kita bersedia untuk bertanding pada bila-bila masa," kata setiausaha 
DAP Sarawak Chong Chieng Jen (kiri).

Malah, kata ADUN Kota Sentosa dan ahli parlimen Bandar Kuching, partinya telahpun merangka tema kempen, poster, sepanduk, risalah dan bahan kempen yang lain. 

“Kami tak ada masalah. Draf dan kandungan bahan kempen sudah disedia,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

DAP cawangan Kuching telah merekrutkan sukarelawan kempen sejak bulan lepas , dan Chong berkata, pasukan kempen Kuching akan terdiri daripada 100 hingga 200 anggota, tidak termasuk agen pengundian.

nicholas bawin pkr candidate for batang ai state seat 270209Beberapa pekerja dari ibupejabat DAP Kuala Lumpur juga telah ditempatkan di cawangan Kuching untuk membantu membuat persediaan menghadapi pilihan raya negeri.

Sementara itu, pengarah pilihan raya Sarawak PKR, Nicholas Bawin (kanan) berkata, parti itu lebih bersedia kali ini, berbanding sewaktu pilihan raya negeri 2006 dan pilihan raya parlimen 2008.

“Pemimpin cabang kami telah mendekati komuniti dan rakyat, untuk mewujudkan kesedaran di peringkat akar umbi. Persedian kami adalah lebih baik daripada masa lalu," katanya kepada Malaysiakini.

Rakyat asing mula tinggalkan Jepun

Ketika pekerja dan tentera Jepun terus bertungkus lumus mencari jalan bagi memastikan kecairan tidak berlaku pada pusat tenaga nuklear yang tumbang akibat gegaran gempa bumi minggu lalu, lebih banyak negara asing menasihatkan rakyat mereka supaya meninggalkan negara itu.
NONEDi reaktor loji No 1, Fukushima, yang terletak kira-kira 250km dari Tokyo, helikopter tentera Chinook berterusan melepaskan bertan-tan air dalam usaha menurunkan suhu reaktor nuklear berkenaan.

Pihak bomba juga dikerah menyiram air ke dalam reaktor yang menempatkan batang tenaga bagi mengelakkannya daripada terdedah ke udara dan melepaskan bahan radioaktif.

Meskipun batang berkenaan telah dipisahkan dari reaktor di loji itu, namun ia dikatakan masih mempunyai bahan radioaktif.

Bagaimanapun menurut seorang pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Graham Andrew, keadaan di loji nuklear Fukushima, Jepun tidak menampakkan sebarang petanda buruk dalam tempoh 24 jam kebelakangan ini.

“Loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi masih kekal dalam keadaan yang serius namun tidak ada tanda-tanda keadaan itu bertambah teruk sejak semalam,” kata Andrew.
NONETambahnya, situasi semasa reaktor 1,2 dan 3 loji tersebut yang meletup dan terbakar sejak bencana tsunami Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, akhbar harian Jepun, Yomiuri Shimbun berkata krisis yang dihadapi sekarang mungkin boleh dielakkan jika kerajaan terus memohon bantuan antarabangsa sebaik kejadian berlaku.


Tinggalkan Jepun

Semalam, presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ketika menelefon Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan - menawarkan Jepun sebarang bantuan yang diperlukan.

Dalam pada itu, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, lebih banyak kerajaan asing menggesa rakyat mereka meninggalkan kawasan timur laut Jepun dan juga Tokyo.
NONEAntara negara tersebut adalah Britain, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.

Kerajaan Jepun pula meminta orang ramai yang tinggal sekitar lingkungan 10km daripada zon 20-kilometer sekitar loji nuklear supaya tidak keluar dari rumah. Lebih 200,000 orang juga telah dipindahkan dari zon berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...