Friday, July 25, 2008

Sepetang Bersama Seorang Teman (An Evening With An ‘Accomplice’)

Sesungguhnya saya pun tidak tahu kenapa kami perlu berjumpa Najib. Saiful berkata dia mahu berjumpa Najib dan dia mahu saya mengikutinya. Jadi, saya pun ikutkan sahaja.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Saya sekarang ini menghadapi satu tuduhan hasutan dan tiga tuduhan 'criminal defamation’. Mereka ada berkata orang Islam dibenarkan empat dan saya baru sahaja mencapai tahap maksimum yang empat itu. Apa pun, moyang saya dahulu, Sultan Ala’eddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor yang Kelima, pernah menikah dengan sepuluh orang isteri. Almarhum telah mendapat 44 orang cahaya mata daripada sepuluh orang isterinya. Ninda saya Tengku Badariah adalah salah seorang antara 44 orang anak baginda. Kalau diambil kira rekod gemilang moyang saya itu, apakah saya puas hati dengan empat orang sahaja? Tentu tidak. Pada hari ini saya akan menyediakan bahan untuk tuduhan jenayah ke atas saya yang kelima. Tidak kiralah apa pula bentuk tuduhan itu nanti.

Hari ini dengan semangat tuduhan jenayah yang kelima itu, saya akan membuat satu lagi dakwaan ‘hasutan’ dan criminal defamation’ terhadap Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Dengan semangat apa yang pernah dilakukan oleh Anwar Ibrahim kepada CNN minggu lalu
(http://72.47.236.85/2008/content/view/10077/1/) .

Dakwaan ini menyebut bahawasanya Najib bertemu Saiful untuk membincangkan dakwaan sodomi terhadap Anwar dan bukan untuk tujuan lain selain itu sahaja. Bukan juga untuk membincangkan masa depan anak muda itu, ataupun hal ehwal biasiswa.
.
Pada kali ini saya akan bertarung habis-habisan. Kali ini saya bersedia meringkuk lama dalam penjara, asalkan saya pasti Najib tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia pada Jun 2010. Sememangnya say a menghadapi risiko akan tumbang juga tetapi saya akan membawa Najib tumbang sama dengan saya. Kami berdua akan sama-sama jatuh dan menjadi bahan sejarah, sebelah menyebelah.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Pada kali ini saya telah merakamkan segala-galanya dalam video satu sesi p0engakuan. Rakaman video itu berada di sebuah tempat yang selamat, sedia timbul Semasa perbicaraan saya nanti apabila mereka mendakwa saya kerana jenayah yang paling terbaru ini, tidak kiralah apakah bentuk jenayah yang akan mereka reka nanti.

Kisahnya begini: Semasa Saiful berjumpa Najib, dia membawa bersamanya seorang teman. Kawan inilah yang telah membuat pengakuan akan kejadian pertemuan itu dalam satu rakaman video, yang kini ada dalam simpanan saya. Dengan demikian, mulakanlah, kemukakan apa sahaja yang ada pada kalian dan marilah kita lihat apa yang akan terjadi di mahkamah nanti.
.
Sememangnya Najib telah berjumpa Saiful untuk berbincang bagaimana mengenakan Anwar dengan tuduhan sodomi. Sememangnya Najib telah menafikan semua itu. Pada mulanya dia berkata tidak pernah bertemu Saiful, walaupun sekali dalam hidupnya. Kemudian dia mengaku bertemu Saiful dengan tujuan memberi panduan kerjaya kepada anak muda itu dan membincangkan masa depannya, biasiswa. Dan banyak lagi hal yang lain. Kenyataan beliau yang pertama adalah satu penipuan. Kenyataan yang kedua itu adalah juga satu pembohongan. Sebenarnya Najib bertemu Saiful untuk membincangkan muslihat dakwaan sodomi terhadap Anwar.

.Seandainya Najib membohongi begitu banyak kali tentang pertemuannya dengan Saiful, apakah dia tidak mampu berbohong bila berkata dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya ataupun pernah menemui si mati? Apakah kata Najib nanti dalam perbicaraan saya, saya kemukakan satu laporan risikan tentera Semasa Altantuya masih lagi bernyawa yang memperakukan yang dia sememangnya terlibat secara romantik (ataupun terlibat dengan kegiatan seksual adalah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan) bersama Altantuya

Oleh itu marilah kenakan dakwaan ke atas saya. Bawalah saya ke muka pengadilan. Hukumlah saya dan masukkan saya dalam penjara jika anda mahu. Saya sudahpun berusia 58 tahun. BIla saya keluar nanti mungkin usia sudah menjangkau 60 tahun, itu pun kalau masih bernyawa dan belum mati lagi. Jadi, anda mahu sumbat saya dalam penjara? Berapa lama tempohnya? Apa bezanya kalau seandainya saya sudah tidak bernyawa lagi? Saya pun bukannya mengharap untuk hidup sampai usia 83 tahun seperti Tun Mahathir. Najib, akan menjadi Perdana Menteri pada 2010, Kerana itu adalah berbaloi untuk masuk penjara, tidak kira berapa lama hukuman itu nanti.

*************************************************

“Apa soalan yang mahu anda kemukakan kepada saya?”

Tidak ada soalan. Kia akan anggap ini sebagai satu temuduga (interview). Anda perlu bertenanga dan ceritakan apa yang terjadi seperti satu sesi bercerita dan saya akan rakamkan dengan perakam video apa yang anda katakana.”

“Apa sebenarnya yang anda mahu saya katakan?”

Saya fikir eloklah anda ceritakan pertama kali anda bertemu Saiful, bagaimana dia boleh diambil oleh Parti KeADILan Rakyat, apa yang dibuatnya di pejabat, dan apa juga yang anda tahu tentang dakwaan bahawa Anwar telah meliwatnya. Yang terbaik ialah anda bertenang dana bercakap secara tenang seolah-olah anda menceriakan satu kisah, tidak ada sesi soal jawab yang akan membuat anda tenang dan kelihatan tidak ‘natural”

”Baiklah, kalau saya tersilap anda akan sunting rakaman itu?”

“Tidak. Kia tidak akan buat sebarang pindaan. Ini adalah sama dengan kerja memutar belit bahan bukti. Tidak apa kalau anda tersilap. Ulang semula apa yang and a katakana dan mulakan balik. Rakaman video ini bukannya untuk siaran Ini untuk kegunaan dalaman sahaja. Kami hanya simpan rakaman ini di tempat yang selamat seandainya polis menangkap anda dan memaksa anda membuat satu kenyataan bertentangan dengan kesediaan diri anda.

Seandainya polis mendakwa anda atas sesuatu sebab kami akan dedahkan pita ini untuk membuktikan bahawa apa yang anda beritahu polis adalah disebabkan tekanan dan Berbeza dengan apa yang anda katakan malam ini. Itu sebabnya anda perlu bercakap secara bersahaja dan tidak nampak tegang ataupun seolah-olah anda sedang dipaksa untuk mengatakan sesuatu . Rakaman video ini adalah untuk keselamatan anda juga untuk menentukan mereka tidak akan menangkap anda dan memaksa anda membuat sebarang kenyataan yang tidak benar.”

“O.k.”

“Beritahu bila anda sudah bersedia. Minumlah sedikit a air untuk basahkan tekak dan habiskan rokok anda terlebih dulu.

Lepas itu baru kita boleh mula. Bertenang dan jangan risau apa-apa. Tidak perlu memandang kamera kalau anda tidak rasa selesa. Cakap pada saya pandang saya dan cakap. Adalah lebih mudah bila anda bercakap kepada seseorang berbanding bercakap pada kamera.

Sesi pun bermula dan dia mulakan kisahnya. Selepas 15 minit dia memberi isyarat agar kamera ditutup dan saya pun mematuhinya.

“Saya tidak yakin apakah yang seterusnya ini dirakam oleh kamera.”

“Tidak mengapa. Kita boleh rakamkan juga dan kalau anda fikir ini membawa kesan buruk ia tidak perlu ditimbulkan.”

“Saya fikir eloklah saya dapatkan nasihat peguam dahulu sebelum dirakam bahagian kedua ini kerana ia melibatkan Najib dalam kisah sodomi terhadap Anwar.

“O.K. kita boleh tutup kamera dan anda boleh ceritakan bahagian kedua tanpa rakaman kamera. Kemudian kita buat keputusan kemudiannya apakah ia harus dirakam ataupun tidak.

“Bahagian kedua ini adalah mengenai pertemuan kami dengan Najib.”

”Oh, jadi kamu pun ada pergi jumpa Najib?”

.”Sebenarnya saya pun tidak tahu kenapa kami mesti pergi jumpa Najib., Saiful Cuma berkata bahawa dia sengaja mahu jumpa Najib. Dan dia mahu saya mengikut dia. Jadi saya pun ikutlah. Saya ada semasa Saiful membincangkan dengan Najib kes sodomi dan dakwaan terhadap Anwar. Saya tidak pun tahu yang dia berjumpa Najib adalah dengan tujuan itu.”

“Kamu tidak tahu dia mahu pergi jumpa Najib kerana kes liwat itu?”

.”Tidak. Dia tidakpun beritahu saya sebelum itu.”

””Apakah itu satu rekaan?”

“Rekaan?”

”Ya, apakah Najib sudah tahu terlebih dahulu kenapa Saiful datang bertemu beliau ataupun Najib tidak pun tahu perkara ini sebelum itu?”

“Saya tidak tahu.”

“Apakah Najib kelihatan terkejut dan kehairanan ataupun dia kelihatan seolah-olah dia sudah tahu apa yang akan mereka bincangkan?”

“Najib kelihatan bersahaja.”

“Jadi Najib tidak kelihatan terkejut ataupun kehairanan?”

“Tidak”

”Bermakna, daripada air muka Najib dia kelihatan seolah-olah sudah tahu terlebih dulu apa yang mereka akan bincangkan. Cuma kamu yang tidak tahu. Bagaimana dengan orang lain di bilik itu?”

“Mereka pun tidak kelihatan kehairanan.”

“?Jadi, nampaknya setiap orang di bilik itu sudah tahu, kecuali kamu, apa yang akan dibincangkan oleh Saiful dengan Najib?”

“Mungkin juga.”

“Kenapa pergi berjumpa Najib tentang perkara ini? Kenapa tidak pergi ke balai polis ataupun Jabatan agama?”

”Saya tidak tahu.”

“Adakah Najib beri sebarang nasihat?”

“Tidak.”

”Adakah Najib suruh Saiful pergi membuat laporan polis?”

“Tidak. Dia cuma mendengar sahaja.”

”Adakah Najib bertanya Saiful kenapa buat aduan pada dirinya? Apa kaitannya dengan kerja liwat Anwar dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia?

“Tidak”

”Apakah anda fikir ini semuanya satu lakonan untuk anda sahaja”. Hakikat yang semua orang sudah tahu apa yang dibincangkan kecuali anda, menunjukkan seolah-olah mereka mahu beritahu anda sebagai orang luar, dan mendengar perbincangan mereka.

”Saya tidak berapa pasti.”

Sebelum pergi ke pejabat Najib, apakah Saiful pernah beritahu anda ataupun orang lain bahawa Anwar telah meliwatnya?”

“Tidak.”

”Bermakna pertama kali anda mendengarnya ialah semasa Saiful bawa anda bertemu Najib?”

“Ya.”

”Pernahkah Saiful bincang apa-apa dengan Najib seperti biasiswa ataupun sesuatu semacam itu?”

”Tidak”.

”Mereka hanya bincang kes liwat itu?”

“Ya”

”Kenapa tak benarkan saya rakamkan bahagian ini dengan video?”

“Biar saya bincang dengan peguam dulu. Kalau dia kata o.k. esok kita boleh rakamkan perkara ini.”

“Baiklah, saya tidak akan paksa anda. Saya tidak mahu anda beritahu sesiapa kemudian nanti yang anda tidak benarkan saya merakamkan bahagian ini dengan video tetapi saya yang memaksa anda berbuat demikian. Eloklah bincang dengan peguam anda dulu, dan kita akan bertemu semula esok hari untuk merakamkan kenyataan anda di bahagian ini.”

25.07.2008 - Terjemahan marhaintua (MT-SPAR)
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

Yang Tersirat Dan Tersurat

www.najwasuhaimi.blogspot.com


Berita gembira buat penyokong Pakatan Rakyat di Pahang. Namun bagi saya terselit sedikit kecewa. Saya mengetahui penyertaan Dato Fauzi ke dalam PKR ini lebih kurang jam 12. 30 mlm. Itupun selepas menonton TV 502 Berita Bernama sebaik sampai di rumah setelah menyampaikan kuliah di Keratong 9.

Bukan satu rahsia lagi Dato Fauzi akan menyertai PAS. "Menyertai parti lain adalah adat (kebiasaan), bersama PAS adalah ibadat" Inilah juga komitmen beliau semasa bertemu pimpinan PAS peringkat negeri Pahang. Saya tidak katakan Dato Fauzi memungkiri janji. Tetapi semua ini berlaku kerana kelemahan kita (baca pimpinan PAS). Pimpinan PAS Pahang telah menghubungi Pimpinan A (bukan nama sebenar) untuk tindakan selanjutnya sehinggalah telah ditetapkan tarikh pengisytiharan beliau ke dalam PAS. Bloger MSO telah mewar-warkan penyertaan bekas Timbalan Menteri dari Pantai Timur ke dalam PAS dalam blog beliau.

Saya dimaklumkan beberapa kali Dato Fauzi menghubungi sahabat kita di Kuantan bertanyakan bilakah pimpinan A akan menghubungi dan mengunjungi beliau.

Mungkin kecewa dengan kerenah pimpinan PAS yang lambat bertindak untuk menguruskan kemasukannya. Kelihatannya pimpinan A bertaraf Dewan Harian Pusat tidak berminat untuk menarik tali yang kami berikan. Beliau lebih berselera untuk bertemu pimpinan tertinggi UMNO malah sampai tiga kali bertemu, sedangkan hasilnya hampir-hampir PAS terjebak dalam jerangkap samar UMNO.

Sepatutnya di Pahang bulan Julai ini akan menerima 2 kemasukan anggota baru, Rakan Ezam dalam GERAK Zukri Aksah dan Bekas Timbalan Menteri Dato Fauzi Abd Rahman.

Saya tak berniat untuk merosakkan reputasi mana-mana pimpinan PAS Pusat. Belajarlah dari kelemahan ini. Antara Abu Jahal dan Abdullah Umi Maktum, Allah memerintahkan nabi pilih Abdullah Umi Maktum kerana beliau berkehendak pada hidayah berbanding Abu Jahal yang angkoh dan sombong. Kenapa bertemu dengan pemimpin UMNO, geraknya pantas, bertemu dengan mad'u bergerak agak malas.

Abu Sufian menanggalkan baju Jahilliah selepas merasakan beliau tetap mendapat pengiktirafan nabi walaupun awalnya adalah penentang dakwah. Bukan tujuan saya untuk menyamakan Dato Fauzi dengan 2 sahabat nabi ini, namun belajarlah dari kebijaksanaan nabi.

Manusia yang telah berada di depan pintu rumah kita, yang sepatutnya kita tarik tangannya masuk ke dalam rumah, namun kita biarkan dia terus berdiri seumpama peminta sedekah, akhirnya beliau beralih ke rumah jiran sebelah.

Pun begitu kita ucapkan kepada Dato Fauzi selamat berjuang dalam Pakatan Rakyat.

Kunjungi blog saya ILHAM NAJMI di www.najwasuhaimi.blogspot.com

Eksklusif: Bandar Tun Razak?

KL Pos
Oleh Wartawan KLpos.com
Khamis, 24 Julai 2008

BERITA terbaru ini boleh dikategorikan sebagai khabar angin. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertanding pada pilihanraya kecil Parlimen Bandar Tun Razak.

Pada pilihanraya umum ke-12 8 Mac lalu, calon PKR Khalid Ibrahim berjaya mendapat undi sebanyak 28,123 mengalahkan calon BN dari MCA Datuk Tan Chai Ho yang mendapat undi sebanyak 25,608 dengan majoriti 2,515 undi.
Sumber memberitahu KLpos.com Parlimen Bandar Tun Razak yang kini di sandang oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok dikhabarkan akan dikosongkan pada bila-bila masa dari sekarang.

Ini berikutan PKR mahu memberi laluan kepada penasihatnya untuk bertanding di parlimen tersebut.

Menurut sumber dari PKR Bahagian Bandar Tun Razak, mesyuarat tergempar telah pun diadakan beberapa hari lepas bagi membincangkan gerak kerja untuk menghadapi pilihanraya kecil tersebut.

Lebih menguatkan spekulasi tersebut, KLpos.com diberitahu satu ceramah umum Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diadakan pada malam 26 Julai ini (Sabtu) di Desa Petaling, Kuala Lumpur.

"Anwar dijangka akan umumkan penyertaan beliau dalam pilihanraya kecil Parlimen Bandar Tun Razak pada malam itu" kata sumber terbabit.

Pada pilihanraya umum ke-12 8 Mac lalu, calon PKR Khalid Ibrahim berjaya mendapat undi sebanyak 28,123 mengalahkan calon BN dari MCA Datuk Tan Chai Ho yang mendapat undi sebanyak 25,608 dengan majoriti 2,515 undi.

Tan Chai Ho memenangi kerusi parlimen tersebut sejak 1999 dan pada 2004 beliau mengalahkan calon PKR Dr Rosli Ibrahim dengan majoriti 17,527 undi.

Pengundi-pengundi di Parlimen Bandar Tun Razak terdiri daripada 52.7 peratus pengundi Melayu, hampir 40 peratus pengundi Cina dan selebihnya pengundi berbangsa India dan lain-lain.

Anwar sejak 8 Mac lalu sering mengulangi Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan pertengahan September ini.

Kulim-Bandar Baharu

Bagaimanapun Malaysiakini melaporkan Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu jika mahkamah memutuskan kemenangan calon PKR tidak sah.

Pengundi-pengundi di Parlimen Bandar Tun Razak terdiri daripada 52.7 peratus pengundi Melayu, hampir 40 peratus pengundi Cina dan selebihnya pengundi berbangsa India dan lain-lain.
Zulkifli Noordin, yang berkelebihan majoriti 5,583 undi, kini berdepan dengan petisyen pilihanraya daripada calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Mahkamah Pilihanraya akan mendengar petisyen itu bulan depan selepas menangguhkan prosiding itu yang asalnya dijadualkan minggu ini.

Menurut mantan timbalan perdana menteri itu, beliau telah membincangkan perkara itu dengan Zulkifli.

Anwar juga sering disebut-sebut bertanding di kerusi asalnya Permatang Pauh yang dimenangi isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Bandar Tun Razak (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dan Lembah Pantai (anaknya Nurul Izzah).

Abdul Khalid, kini menteri besar Selangor, juga memenangi kerusi negeri Ijok.

Anwar berkata, belilau juga telah memberitahu pucuk pimpinan PAS dan DAP mengenai perkara tersebut.

Katanya, beliau memutuskan untuk bertanding kerusi Kulim-Bandar Baru tiga minggu lalu sebelum Mahkamah Pilihanraya membuat keputusan Ahad lalu.

Bercakap dalam dalam sidang media di ibu pejabat parti di Petaling Jaya hari ini. Anwar berkata, bagaimanapun, mahkamah telah menangguhkan petisyen itu didengar pada 19 Ogos depan.

Dalam sidang media itu juga, Anwar mengumumkan penyertaan bekas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Fauzi Abdul Rahman dalam PKR.

Perjumpaan Umno-PAS

Anwar juga diminta mengulas mengenai perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan pucuk pimpinan PAS sejak pilihanraya umum lalu.

"Tiada sebab untuk mempersoalkan kepimpinan PAS, mereka mahu kekal dalam Pakatan Rakyat.

"Kerjasama dan komitmen mereka masih kuat dan Pakatan masih kuat," katanya.

P.Pinang serah akhbar rasmi kerajaan kepada 'Suara Rakyat'

KL Pos
Oleh Faisal Mustaffa
Jumaat, 25 Julai 2008

PP: Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini akan membuka tender kepada orang ramai berhubung dengan pengeluaran akhbar rasmi Kerajaan Negeri, Suara Rakyat Pulau Pinang.

Sebelum ini, akhbar rasmi Kerajaan Negeri dipanggil Wawasan Rakyat Pulau Pinang sepenuhnya dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Negeri.

Suara Rakyat Pulau Pinang pertama kali dikeluarkan pada 23 Julai 2008.

Pengumuman tersebut dikeluarkan sendiri oleh exco Perdagangan Tempatan dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim bagi keluaran akan datang yang dicadangkan dapat diterbitkan pada September akan datang.

Menurut Abdul Malik, tender terbuka dibuka selaras dengan pentadbiran kerajaan baru yang diamalkan iaitu Keupayaan, Akauntabiliti dan Ketelusan (CAT).

Dengan tender terbuka ini, Abdul Malik berharap ianya akan menjadi sebuah akhbar yang dimiliki rakyat dengan membenarkan kumpulan rakyat sivil untuk menyumbang dan mengambil bahagian dalam pengisian penerbitan ini nanti.

"Ia akan menjadi pelantar penting bagi rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka kepada pihak Kerajaan khususnya Ketua Menteri", jelas Abdul Malik dalam sidang media yang diadakan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Berkaitan dengan isu penerbitan, pihak Kerajaan Negeri akan memohon lesen penerbitan. Namun, Abdul Malik juga menyeru kepada pihak-pihak yang berminat untuk memohon lesen yang sama dengan sendiri bagi urusan penerbitan tidak dihalang oleh pengeluaran lesen penerbitan.

Buat masa ini, peruntukan yang diasingkan untuk penerbitan ini ialah RM276 ribu untuk empat keluaran. Dalam keluaran sulung, kerajaan Negeri membelanjakan RM85 ribu yang dicetak sebanyak 20,000 naskah.

Sungguhpun keluaran sulung diterbitkan dalam bentuk majalah, Abdul Malik memberitahu ianya tidak mustahil bagi keluaran akan datang berbentuk tabloid atau dalam apa juga bentuk.

"Semuanya bergantung kepada cadangan-cadangan dalam tender terbuka yang berkuatkuasa serta-merta."

Memandangkan penerbitan akan datang diharapkan dapat mewakili rakyat, Kerajaan juga berhasrat untuk melibatkan jawatankuasa sidang pengarang nanti dari kalangan para pengarang akhbar, media serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam keadaan lain, terdapat beberapa pihak yang merasakan projek penerbitan seperti Suara Rakyat Pulau Pinang satu pembaziran serta memfokuskan majalah seperti In-Penang.

Abdul Malik tidak menafikan kepentingan In-Penang sebagai mewakili kerajaan dalam menyatakan aktiviti-aktiviti yang berlaku di sekitar negeri ini tetapi Suara Rakyat Pulau Pinang akan memfokuskan kepada suara rakyat sendiri mengenai isu dan harapan mereka terhadap kerajaan negeri.

"Kita juga tidak menambah sebarang peruntukan, ianya tetap RM276 ribu sejak ianya mula diperkenalkan pada tahun 1999", tambah Abdul Malik lagi.

"Mengapa pihak-pihak ini tidak membangkitkan perkara ini sebelum pilihanraya?"

"Malah, ini projek cadangan mereka dan memandangkan kerajaan ini kerajaan rakyat, maka kebebasan diberikan kepada rakyat demi kepentingan mereka," tambah Abdul Malik.

SIAPA LANTIK ABDULLAH - Dari Blog Dr Mahathir (Bekas PM Malaysia & Bekas Ahli UMNO)

Tiap kali saya kritik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri ada sahaja orang yang secara sinis berkata, "Awak yang lantik dia".

Ya, saya mengaku salah. Saya mengaku yang saya lantik Dato Seri Abdullah sebagai pengganti saya.

Tetapi ahli UMNO juga pilih Dato Seri Abdullah.

Dato Seri Abdullah memihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam dalam usaha untuk menjatuhkan saya pada tahun 1986-1987. Apabila Team B kalah dan UMNO diharamkan, Dato Seri Abdullah tidak menyertai Semangat 46 tajaan Tengku Razaleigh. Sebaliknya dia pilih untuk menjadi ahli UMNO Baru yang saya pimpin.

Saya tidak berhak menolaknya sebagai ahli UMNO Baru. Tetapi saya gugurkannya daripada Jemaah Menteri.

Dalam pemilihan Majlis Tertinggi yang menyusul Dato Seri Abdullah bertanding untuk ahli Majlis Tertinggi. Mesyuarat Agong UMNO memilih Dato Seri Abdullah sebagai ahli Majlis Tertinggi.

Saya masih tidak terima dia balik jadi Menteri.

Di Mesyuarat Agong selepas itu dia bertanding untuk jawatan Naib Presiden. Dia menang dengan undi kedua terbesar jumlahnya berbanding Dato Seri Najib.

Saya berpendapat UMNO hendakkan kepimpinan Dato Seri Abdullah. Walau apa pun perasaan saya terhadap orang yang bersubahat untuk jatuhkan saya, saya tidak berhak untuk menolak kehendak UMNO.

Justeru itu saya kembalikan Dato Seri Abdullah sebagai Menteri dalam Kabinet.

Puji-pujian didengar merata-rata yang Dato Seri Abdullah adalah "Bersih", "Mr Clean". Oleh itu apabila saya terpaksa gugurkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya pilih Dato Seri Abdullah untuk mengisi jawatan itu walaupun Dato Seri Najib adalah Naib Presiden yang mendapat undi tertinggi.

Kenapa tidak dipilih Dato Seri Najib?

Sebabnya ialah dia lebih muda dan harapan saya selepas satu, dua penggal sebagai Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah akan serahkan jawatan itu kepada Dato Seri Najib. Sebab itu saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menentukan Dato Seri Abdullah pilih Dato Seri Najib sebagai timbalannya.

Pemilihan Naib Presiden bukan yang pertama sebagai timbalan pernah berlaku. Saya Naib Presiden yang ke-tiga tetapi Tun Hussein Onn pilih saya jadi Timbalan Perdana Menteri.

Seperti juga dengan diri saya, Mesyuarat Agong UMNO mengesahkan pemilihan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Presiden parti dalam pemilihan yang berikut.

Selepas itu saya anggap penyerahan kuasa kepada Dato Seri Abdullah bukanlah sesuatu yang tidak dikehendaki oleh UMNO. Tidak ada sesiapa yang membantah.

Saya jelaskan latarbelakang pemilihan Dato Seri Abdullah sebagai Perdana Menteri bukan kerana hendak bersihkan diri saya. Saya rela dihukum jika saya salah.

Yang penting bagi saya ialah apabila kita lakukan sesuatu yang salah, menuding jari tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Yang penting ialah kita cuba betulkan keadaan. Dalam perkara ini pendapat saya ialah Dato Seri Abdullah perlu letak jawatan dengan sendirinya atau dia disingkir.

Kenyataan olehnya yang dia akan serahkan jawatan dalam parti dan Kerajaan pada bulan Jun 2010 disambut baik bahkan dengan gembira oleh hadirin serta orang ramai, Melayu dan bukan Melayu. Tiada siapa yang merayu supaya dia teruskan pimpinannya.

Dari ini agak jelas yang semua pihak hendak Dato Seri Abdullah letak jawatan. Tetapi meletak jawatan dua tahun dari sekarang bermakna penggantinya hanya mempunyai dua setengah tahun untuk pulihkan parti untuk hadapi Pilihanraya Umum ke-13. Masa ini terlalu singkat kerana kerosakan yang dibuat oleh Dato Seri Abdullah kepada UMNO, Barisan Nasional dan parti-parti komponennya amat teruk. Masa yang lebih panjang diperlukan.

Jiak Dato Seri Abdullah benar-benar sayang kepada UMNO, dia harus rela korban dirinya untuk penggantinya berpeluang memulihkan UMNO. Alasannya yang dia ingin awasi pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-9 tidak boleh diterima kerana sesungguhnya kehadirannya adalah sebab UMNO dan Barisan Nasional jadi lemah.

Saya terima saya bersalah kerana memilih Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti saya. Sekarang saya menyesal kerana saya tidak sangka "Mr Clean" tidak begitu clean.

Saya percaya ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat yang marah saya tentu tidak ingin membuat kesalahan yang sama.

Hari ini yang berkuasa menggantikan Dato Seri Abdullah hanyalah ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO.

Janganlah tunggu Pilihanraya Umum ke-13 untuk kalahkan BN dan UMNO supaya Dato Seri Abdullah jatuh. Yang salah bukan BN atau UMNO. Yang salah ialah Dato Seri Abdullah.

Jika ahli UMNO hendak melihat UMNO dan BN dipulih semula, paksalah Dato Seri Abdullah letak jawatan sekarang. Jangan calon Dato Seri Abdullah di peringkat cawangan atau bahagian.

Jika kerana cawangan dan bahagian mengizinkan Dato Seri Abdullah terus menjadi Presiden UMNO, yang salah ialah ahli UMNO sendiri.

Ahli UMNO akan bertanggungjawab terhadap kehancuran UMNO dan malapetaka yang akan timpa orang Melayu dan negara Malaysia. Yang akan hancur bersama ialah parti-parti komponen BN.

Setelah mengetahui kekalahan teruk yang menimpa UMNO dan BN di bawah kepimpinan Dato Seri Abdullah, UMNO masih kekalkan kepimpinannya, yang bertanggungjawab dan salah ialah ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri.

Azalina layak cabar ketua Pengerang

Malaysia Kini
Muda Mohd Noor | Jul 25, 08 3:40pm

Kesemua 13 cawangan Umno dalam bahagian Pengerang yang telah bermesyuarat setakat ini mencalonkan Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said bertanding jawatan ketua bahagian.

Ketua bahagian sekarang ialah Harun Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Selat.

Azalina pula merupakan naib ketua bahagian Pengerang.

Harun telah mengumumkan akan mempertahankan jawatannya. Umno bahagian Pengerang mempunyai 33 cawangan.

Calon bagi jawatan ketua bahagian memerlukan 20 peratus daripada jumlah cawangan, timbalan ketua (15%), naib ketua (10%) dan ahli jawatankuasa (2 cawangan).

Manakala bagi bahagian yang mempunyai lebih daripada 150 cawangan, mencukupi bagi seseorang calon itu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 30 cawangan bagi jawatan ketua, 20 cawangan (timbalan ketua), dan 10 cawangan bagi naib ketua.

azalina othman 02Seorang ketua cawangan yang dihubungi Malaysiakini hari ini berkata cawangan-cawangan berkenaan telah mencalonkan Azalina kerana ahli-ahli dimahukan perubahan dalam pucuk pimpinan bahagian.

Tidak sehaluan

"Kami sepakat mahukan muka baru menerajui bahagian ini. Dan orang yang paling layak menjadi ketua bahagian Pengerang ialah Azalina.

"Selama ini kepimpinan antara bahagian dengan Parlimen tidak sehaluan menyebabkan banyak program di Pengerang tidak berjaya," katanya.

Sebagai contoh, katanya, apabila ada program yang membabitkan Azalina, ketua bahagian tidak memberi kerjasama.

Begitu juga sebaliknya, kata beliau, apabila terdapat program anjuran Harun, ia tidak disertai oleh Azalina.

Setakat ini kesemua 13 cawangan terbabit mencalonkan Mohamad Long untuk mengekalkan jawatannya.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan, ada di kalangan baki 20 cawangan yang belum bermesyuarat, akan mencalonkan seorang calon baru untuk jawatan timbalan.

Mohamad dikatakan sehaluan dengan Harun, manakala calon baru itu adalah penyokong Azalina.

Peluang cerah

Pemimpin berkenaan berkata, pertarungan antara Azalina dan Harun sudah tidak dapat dielakkan.

"Azalina sudah sebut beberapa kali beliau bertanding atas kehendak ahli manakala Harun pula mahu menjaga maruahnya.

"Nampaknya pertarungan dua gergasi bahagian ini tidak dapat dielakkan lagi," katanya.

Bagaimanapun, katanya, berdasarkan pencalonan daripada 13 cawangan setakat ini, peluangnya berpihak kepada Azalina.

Katanya, ini mungkin kerana jawatan menteri pelancongan memberi kelebihan kepada Azalina.

"Ada kemungkinan Azalina akan menang mudah kali ini kerana rata-rata orang mahukan menteri itu mengetuai bahagian Pengerang," katanya lagi.

Beberapa cawangan lagi akan mengadakan mesyuarat hujung minggu ini manakala semua cawangan akan berbuat demikian sebelum atau pada 3 Ogos.

Mengesan surat Batu Puteh milik M'sia

Malaysia Kini
Jul 25, 08 2:12pm

Seorang ahli Persatuan Sejarah Negeri Johor sedang menjelajah ke seluruh negeri itu untuk mengesan sepucuk surat yang berusia 164 tahun yang membuktikan bahawa Batu Puteh adalah hak Malaysia.

Surat tersebut ditulis pada tahun 1844 oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, William John Butterworth, kepada Sultan dan Temenggong Johor.

Surat tersebut begitu penting kerana ia bukan sahaja menyentuh permohonan pihak British untuk membina rumah api di Batu Puteh, tetapi ia turut membuktikan hak negara.

linggiu reservoir johor dam 280207 zaaba abdul samadZaaba Abdul Samad memulakan misinya itu sejak dua tahun lalu. Beliau telah menemui waris-waris keturunan Temenggong Muar yang masih tinggal di Muar dan Segamat serta waris keturunan Kesultanan Johor dengan harapan untuk mengesan surat tersebut.

"Saya turut menemui pelbagai individu yang mendakwa mereka mempunyai pelbagai dokumen bersejarah tetapi malangnya sehingga kini masih gagal menemui surat terbabit," katanya kepada Bernama.

Bulan lalu, Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, Malaysia akan terus berusaha mencari bukti-bukti bagi membuktikan haknya terhadap Batu Puteh walaupun selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei lalu memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak ke atas batuan tersebut.

Wisma Putra telahpun diarahkan supaya berusaha kembali untuk mengesan surat oleh Gabenor Negeri-negeri Selat pada 1844 itu, dengan harapan penemuannya akan membantu Malaysia membuka semula kesnya terhadap Batu Puteh.

ICJ yang bersidang di The Hague, Belanda, turut memutuskan bahawa Malaysia berhak ke atas Terumbu Karang Tengah manakala hak terhadap Terumbu Karang Selatin pula akan ditentukan di mana perairannya terletak.

Usaha sukarela

pulau batu putih pulau batu puteh 230508Bagi Zaaba, walaupun usahanya selama ini belum menunjukkan sebarang hasil, tetapi ia tidak pernah melemahkan semangatnya daripada terus menjelajah ke
seluruh Johor untuk mengesan surat berkenaan.

Sambil menyifatkan usaha sukarelanya itu sebagai tidak lebih suatu tanggungjawab seorang rakyat kepada negaranya, beliau berkata, sehingga kini beliau belum terfikir untuk menamatkan inisiatifnya itu.

"Walaupun Batu Puteh itu hanya merupakan batuan yang terletak di tengah-tengah laut, tetapi ia adalah hak milik kita semua (rakyat Malaysia dan Johor) dan usaha perlu dilakukan untuk memastikan ia (Batu Puteh) kekal milik kita semua," katanya.

Zaaba berkata beliau sehingga kini masih lagi menerima maklumat daripada pelbagai sumber di Johor tentang dokumen-dokumen bersejarah termasuk surat pada 1844 yang dipegang oleh beberapa individu.

Bagaimanapun, menurut Zaaba, oleh kerana beberapa sebab tertentu, beliau menaruh keyakinan yang amat tinggi bahawa surat penting 1844 oleh Gabenor Butterworth yang beribu pejabat di Singapura pada ketika itu, masih disimpan di republik itu ketika ini.

Satu daripada sebab di sebalik keyakinannya itu adalah kerana Singapura yang diperintah oleh British, menerusi muzium dan arkibnya, telahpun mempunyai sistem simpanan dan penjagaan dokumen-dokumen yang baik pada ketika itu, katanya.

Beliau juga berkata satu usaha juga perlu dilakukan untuk bertemu dan meminta bantuan daripada waris-waris Kesultanan Johor yang masih tinggal di Singapura untuk mengesan surat itu.

Menurutnya beliau dimaklumkan bahawa waris keturunan Kesultanan Johor yang masih tinggal di Singapura masih menyimpan pelbagai dokumen bersejarah yang berkemungkinan boleh membantu Malaysia menuntut semula haknya terhadap Batu Puteh.

Rogol ganti masak-masak

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fauzi Abdullah
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Jika selama ini main ‘masak-masak atau main kahwin-kahwin’ begitu sinonim dengan kanak-kanak, namun pengakuan tiga murid sekolah rendah yang terjebak dalam permainan ‘main rogol-rogol’ sangat menggemparkan.

‘Permainan’ yang bertitik tolak daripada ketagihan menonton VCD lucah itu mendorong kanak-kanak bawah umur terbabit ghairah mencuba melakukan hubungan seks walaupun sesama saudara terdekat.

Lebih memeranjatkan apabila murid sekolah rendah seawal usia 10 tahun itu tergamak menjadikan adik perempuan serta kakak dan adik saudara sebagai bahan eksperimen melakukan perbuatan terlarang terbabit.

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, yang memberikan kaunseling kepada sekumpulan murid sekolah rendah yang dihantar untuk pemulihan akhlak dan akidah di sebuah pusat dakwah di Banting, Selangor, baru-baru ini.

Dalam temu bual pada sesi kaunseling itu, katanya, tiga murid lelaki, masing-masing berusia 11 tahun dan seorang berumur 10 tahun, membuat pengakuan jujur mengenai keterlanjuran mereka melakukan zina akibat terangsang selepas menonton VCD lucah.

Katanya, seorang daripada murid terbabit yang dikenali sebagai Amir, 11, mendakwa gagal mengawal nafsu sebelum mencabul kehormatan adik kandung sendiri berusia enam tahun.

“Amir yang berasal dari pinggir ibu kota mendakwa kerap menonton VCD lucah yang akhirnya mendorong dia menjadikan adik kandung sendiri sebagai mangsa pemuas nafsu.

“Saya diberitahu ketika kejadian, Amir menonton VCD lucah bersama rakan di rumah ketika ibu dan bapa keluar bekerja,” katanya.

Akibat tidak dapat mengawal gelojak nafsu, Amir menarik adiknya masuk ke bilik sebaik rakan beredar.

“Adiknya yang berusia enam tahun tidak mampu berbuat apa-apa berikutan si abang lebih ‘pandai’ akibat terpengaruh dengan perbuatan dalam VCD lucah. Malah, dia memberitahu, perbuatan terbabit sekadar ‘main rogol-rogol’ saja,” katanya.

Beliau berkata, perbuatan tidak bermoral kanak-kanak terbabit hanya diketahui ibu bapanya selepas adik perempuan mengadu mengenai perlakuan jijik si abang.

“Amir memberitahu dia dipukul teruk dan tidak dibenar keluar rumah serta bergaul dengan rakan hingga dihantar ke pusat itu untuk mendapat bimbingan,” katanya.

Ahmadi berkata, Amir mendakwa mudah mendapatkan VCD lucah daripada rakan selain membelinya di pasar malam berhampiran dengan menggunakan wang saku pemberian ibu bapa.

Seorang murid yang dikenali sebagai Ashraf, 10, pula mengaku melakukan perbuatan ‘main rogol-rogol’ itu bersama kakak saudaranya yang berusia 12 tahun dan puncanya juga sama iaitu pengaruh VCD lucah.

“Ashraf memberitahu, ketika kejadian dia dan kakak saudaranya menonton VCD lucah bersama selama dua jam sebelum kanak-kanak perempuan itu mengajaknya ke bilik,” katanya.

Selepas itu, katanya, mereka melakukan aksi sama seperti dalam VCD berkenaan selama lima minit sebelum dilihat bapa tiri Ashraf yang pulang ke rumah.

Seorang lagi murid berusia 11 tahun dikenali sebagai Kamal terjebak dengan aktiviti ‘main rogol-rogol’ bersama adik saudaranya.

Kanak-kanak berkenaan yang tinggal di ibu negara mendakwa terpengaruh melakukan seks selepas menonton VCD lucah yang dipinjam daripada rakan.

Pengakuan jujur ketiga-tiga murid terbabit yang dirakamkan menggunakan perakam video dianggap gejala sosial memeranjatkan berikutan membabitkan kanak-kanak belum baligh.

MB: Isu Terengganu guna Mercedes ganti Perdana selesai

mStar Online
25-07-2008 06:03:15 PM

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menganggap isu berhubung pembelian 14 Mercedes Benz E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta untuk kegunaan anggota exco kerajaan negeri Terengganu telah selesai selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Kata Ahmad, dalam pertemuan dengan kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur, ketiga-tiga mereka mencapai persefahaman bahawa isu berkenaan sudahpun selesai.

Namun, ketika ditanya sama ada kerajaan Terengganu dibenarkan menggunakan kereta Mercedes sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri, beliau enggan mengulas sebaliknya meminta media membuat tafsiran sendiri.

"Selesai ikut pandangan kami bertiga, jadi tidak perlu ulas lagi. Tengkoklah perkembangan terbaru... buatlah tafsiran sendiri," katanya selepas merasmikan mesyuarat Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri wakil Rakyat (Serikandi) di sini hari ini.

Ahmad tetap mempertahankan keputusan kerajaan negeri membeli kereta Mercedes tersebut dan menyatakan pelbagai pihak termasuk menteri besar negeri lain bersetuju dengan pandangannya bahawa penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive terlalu tinggi.

"Saya merasakan bahawa kita sebagai kerajaan bertanggungjawab terhadap rakyat. Kita bukan hendak menunjuk-nunjuk atau membazir wang rakyat tetapi pembelian kereta Mercedes ini dilakukan bagi menjimatkan perbelanjaan tahunan kerajaan negeri," katanya.

"Ya, kami (Abdullah dan Najib) telah mencapai kata putus dalam soal ini ketika pertemuan di Pusat Dagangan Dunia Putra, isu ini telah selesai dan saya tidak boleh mengulas lanjut," kata beliau.

Tiga hari lepas, pejabat Menteri Besar Terengganu dalam satu kenyataan memberitahu, kerajaan negeri itu terpaksa membayar kos yang tinggi untuk menyenggara kereta nasional itu sejak 2004 hingga sekarang.

Kos senggaraan yang tinggi itu dijadikan alasan oleh Ahmad Sbagi meluluskan pembelian 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu.

Pembelian kereta Mercedes itu yang berharga RM245,000 sebuah adalah untuk kegunaan 10 Anggota Exco kerajaan negeri, sebuah untuk Speaker Dewan Undangan Negeri dan tiga lagi untuk Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri.

Ekoran isu itu, sejak kelmarin, Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah mengambil keterangan daripada empat pemandu Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu berhubung kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang terlalu tinggi.

Enam pegawai BPR berkenaan telah datang ke Wisma Darul Iman, pusat pentadbiran kerajaan Terengganu, sejak petang kelmain dan pagi semalam bagi mengambil dokumendokumen berkaitan untuk diteliti.

Ahmad juga menyambut baik tindakan BPR yang memulakan siasatan dalam berkenaan.


aku jamin jika kes ini dilakukan oleh negeri Pakatan Rakyat, sure isu ni takkan selesai. senangnya cara nak selesaikan masalah. Duit tu duit rakyat !!!! bukannya hasil kutipan yuran UMNO.

Mahathir gesa ahli Umno paksa Abdullah undur sekarang

mStar Online
25-07-2008 06:13:34 PM

Oleh G. MANIMARAN

KUALA LUMPUR: Dalam kritikan terbaru terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad "mengaku bersalah kerana" memilih penggantinya itu, tetapi menegaskan, kini yang salah meneruskan kepimpinan beliau adalah "ahli-ahli Umno sendiri."

"Setelah mengetahui kekalahan teruk yang menimpa Umno dan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Abdullah, Umno masih kekalkan kepimpinannya, yang bertanggungjawab dan salah ialah ahli dan pemimpin-pemimpin Umno sendiri," katanya.

"Saya terima saya bersalah kerana memilih Abdullah sebagai pengganti saya. Sekarang saya menyesal kerana saya tidak sangka "Mr Clean" tidak begitu clean," kata beliau menerusi tulisan terbaru dalam blognya hari ini.

Dr. Mahathir yang telah banyak kali mengkritik dan mengecam cara Abdullah mengepalai kerajaan dan Umno sejak lebih tiga tahun lalu berkata: "Saya percaya ahli Umno dan pemimpin-pemimpin Umno di semua peringkat yang marah saya tentu tidak ingin membuat kesalahan yang sama."

Bagaimanapun tegas beliau, hari ini yang berkuasa menggantikan Abdullah hanyalah ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO.

Dr. Mahathir memutuskan untuk keluar Umno pada 19 Mei lalu atas alasan tidak mahu berada dalam parti yang dipimpin oleh Abdullah dan sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya.

Kata Dr. Mahathir, beliau hanya akan kembali ke Umno jika Abdullah bukan lagi Presiden Umno.

Pada 10 Julai lalu, Abdullah mengumumkan tarikh kuat kuasa pelan peralihan kepimpinan kerajaan dan parti membabitkan beliau dan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menjelang Jun 2010.

Tambah beliau, ahli-ahli Umno tidak harus menunggu sehingga pilihan raya umum ke-13 untuk mengalahkan BN dan Umno supaya Abdullah berundur.

"Yang salah bukan BN atau Umno. Yang salah ialah Abdullah. Jika ahli Umno hendak melihat Umno dan BN dipulih semula, paksalah Abdullah letak jawatan sekarang.

"Jangan calon (mencalonkan) Abdullah di peringkat cawangan atau bahagian.

"Jika kerana cawangan dan bahagian mengizinkan Abdullah terus menjadi Presiden Umno, yang salah ialah ahli Umno sendiri," katanya lagi.

Ahli-ahli Umno, menurut beliau, akan bertanggungjawab terhadap kehancuran Umno dan malapetaka yang akan timpa orang Melayu dan negara Malaysia. Yang akan hancur bersama ialah parti-parti komponen BN.

Kata Dr. Mahathir, setiap kali beliau mengkritik Abdullah sebagai Perdana Menteri ada sahaja orang yang secara sinis berkata "awak yang lantik dia".

"Ya, saya mengaku salah. Saya mengaku yang saya lantik Abdullah sebagai pengganti saya.

"Tetapi ahli Umno juga pilih Abdullah," katanya.

Sambil memberikan latar belakang Abdullah sejak pemilihan 1987 dengan panjang lebar, Dr. Mahathir memberitahu "saya jelaskan latar belakang pemilihan Abdullah sebagai Perdana Menteri bukan kerana hendak bersihkan diri saya."

"Saya rela dihukum jika saya salah," kata beliau yang menyerahkan kuasa pada Oktober 2003.

"Yang penting bagi saya ialah apabila kita lakukan sesuatu yang salah, menuding jari tidak mendatangkan apa-apa faedah.

"Yang penting ialah kita cuba betulkan keadaan. Dalam perkara ini pendapat saya ialah Abdullah perlu letak jawatan dengan sendirinya atau dia disingkir," katanya.

Kata bekas Presiden Umno itu, jika Abdullah benar-benar menyayangi Umno, beliau harus rela korban dirinya untuk penggantinya berpeluang memulihkan Umno.

"Alasannya yang dia ingin awasi pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan tidak boleh diterima kerana sesungguhnya kehadirannya adalah sebab Umno dan Barisan Nasional jadi lemah," katanya.


biasalah, orang UMNO yang ada kepentingan sure nak kena jaga bonton masing-masing. nyayian koir kena teruskan.

Satu lagi cawangan Umno Pahang calon Najib tanding Presiden

mStar Online
25-07-2008 06:06:11 PM


KUANTAN:
Satu lagi cawangan Umno di Pahang mahu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti itu Disember ini.

Mesyuarat Umno Cawangan Bukit Kuantan 3 dalam Bahagian Paya Besar yang membuat usul itu dalam mesyuarat agungnnya semalam, turut mencadangkan supaya peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib dipercepatkan sebelum Disember ini bagi mengelak pertandingan jawatan tertinggi parti itu.

Timbalan Ketua Umno Cawangan Bukit Kuantan 3, Ahmad Ibrahim memberitahu Bernama hari ini bahawa cawangan berkenaan mengemukakan usul itu berdasarkan beberapa faktor tanpa menerima desakan mana-mana pihak.

"Faktor utama, tempoh peralihan kuasa yang dipersetujui antara Presiden parti kepada timbalannya iaitu pada 2010 adalah terlalu panjang.

"Peralihan kuasa itu seharusnya dipercepatkan dan kita mencadangkan supaya ia diadakan sebelum Disember ini jika pertandingan jawatan nombor satu itu hendak dielakkan," katanya.

Ahmad berkata, kekalahan Umno dan Barisan Nasional di lima negeri dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas memberi petunjuk bahawa perubahan pucuk pimpinan perlu dilakukan segera.

Cawangan itu bagaimanapun tidak mencadangkan sebarang nama untuk jawatan Timbalan Presiden parti.

Pada 17 Julai lepas, Umno Cawangan Kampung Ubai, dalam Bahagian Pekan, mencadangkan Najib untuk jawatan Presiden.

Dua hari selepas itu, Najib berkata, beliau tetap komited kepada pelan peralihan yang telah dipersetujui dengan Perdana Menteri iaitu pada Jun 2010.

Tun Abdul Majid Berang Dengan Dakwaan Peguam Bela Saksi Pendakwaan Penipu

25 Julai, 2008 17:26 PM

SHAH ALAM, 25 Julai (Bernama) -- Berlaku pertikaman lidah antara Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili tertuduh kedua, Kpl Sirul Azhar Umar, apabila Tun Abdul Majid naik berang dengan dakwaan peguam itu bahawa saksi pendakwaan penipu.

Tun Abdul Majid meminta Kamarul Hisham bersikap adil terhadap semua pihak dan tidak terus mendakwa saksi pendakwaan adalah penipu ketika memberi keterangan dalam perbicaraan lepas.

"Jika semua saksi adalah penipu dengan itu tertuduh juga adalah penipu," tegas Tun Abdul Majid pada permulaan prosiding perbicaraan kes bunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Ketika itu peguam itu sedang menyampaikan hujahannya.

Kamarul Hisham: "Jika itu yang berlaku, dengan itu tiada apa yang perlu dibicarakan."

Sesi perang mulut itu hanya terhenti apabila Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin meminta kesemua pihak bertenang dan menasihatkan Tun Abdul Majid membalas dakwaan Kamarul Hisham apabila tiba giliran pendakwaan membuat hujahan.

Terdahulu, ketika berhujah, Kamarul Hisham mempersoalkan kredibiliti kenyataan Cif Insp Koh Fei Cheow dan ASP Zulkarnain Samsudin mengenai siapa yang mengeluarkan jaket dan meletakkannya ke atas katil.

"Menurut Zulkarnain, Sirul Azhar yang mengeluarkan jaket itu seperti dalam kenyataan kedua (kenyataan kedua itu ialah "Saya simpan barang kemas di dalam jaket").

"Keadaan ketika Sirul Azhar membuat kenyataan kedua itu, menurut Zulkarnain ialah semasa dia mengeluarkan jaket itu tetapi Koh berkata 'saya nampak Zulkarnain mengeluarkan jaket hitam tersebut dan meletakkan ke atas katil'.

"Ini jelas menunjukkan keadaan bahawa dakwaan Zulkarnain yang Sirul Azhar membuat kenyataan itu sebenarnya tidak berlaku. Adakah kenyataan itu pernah dibuat? Ini lebih daripada melampaui keraguan munasabah," katanya.

Kamarul Hisham turut mempersoalkan kenyataan ketiga (inilah barang dia) dan menegaskan kenyataan itu tidak pernah dibuat sepertimana juga dengan kenyataan kedua.

"Malahan jika kenyataan kedua dan ketiga itu ada dibuat, ia tidak boleh diterima pada bila-bila masa selepas barang itu ditemui, " katanya.

Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Sirul Azhar, 36, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dituduh membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi keesokkannya. Penganalisi politik Abdul Razak, 47, dituduh bersubahat dengan mereka.

Perbicaraan disambung Isnin.

-- BERNAMA

MCA Terima 10 Bantahan Berkaitan Pemilihan Peringkat Bahagian

25 Julai, 2008 16:36 PM

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- MCA menerima kurang daripada 10 bantahan berkaitan dengan proses pencalonan bagi pemilihan peringkat bahagian parti pada Selasa lepas, kata Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan.

"Tidak banyak bantahan, hanya masalah teknikal mengenai senarai calon, venue pemilihan yang tidak begitu sesuai. Jadi daripada lebih 70 pemilihan peringkat bahagian, kami hanya menerima kurang daripada 10 bantahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Kelima iProperty.com di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini Jumaat.

Ong, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata parti itu akan memperbetulkan semua bantahan yang boleh dikemukakan dalam masa 48 jam setelah proses pencalonan tamat.

Pengundian bagi sayap Pemuda dan Wanita peringkat bahagian akan diadakan Sabtu ini manakala jawatan di peringkat bahagian parti pula pada hari berikutnya.

Ong berkata Ahad ini, 2,188 anggota akan dipilih sebagai perwakilan ke pemilihan pusat parti pada 18 Okt.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding untuk jawatan presiden, Ong berkata: "Saya tiada ilham lagi, yang penting pemilihan (bahagian, Wanita dan Pemuda) kena slesai baru kita tengok apa keadaan."

Mengenai muzakarah antara PAS dan Umno yang mungkin diteruskan, Ong berkata perkara itu boleh diteruskan dengan turut mengambil kira kepentingan rakyat berbilang kaum.

"Saya tidak nampak apa salahnya Umno bermuzakarah dengan PAS kerana Malaysia telah merdeka lebih 50 tahun, maka apa saja harus mengambil kira kepentingan negara dan semua rakyat.

"Tidak harus bertumpu kepada sesuatu kaum dan puak sahaja, kepentingan masyarakat majmuk harus diambil kira," katanya.

Semalam, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata kemungkinan muzakarah antara Umno dan PAS akan diteruskan demi kepentingan negara dan rakyat khususnya agama Islam.

-- BERNAMA

Agong Serah Jalur Gemilang Kepada Kontinjen Ke Beijing

25 Julai, 2008 12:40 PM

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Menjelang Sukan Olimpik di Beijing pada 8 Ogos ini, kontinjen negara hari ini menerima suntikan semangat dalam pemburuan pingat emas pertama negara pada temasya sukan tersebut apabila Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyerahkan Jalur Gemilang kepada pasukan Malaysia.

Pada istiadat yang berlangsung di Istana Negara di sini, Tuanku Mizan menyerahkan Jalur Gemilang kepada ketua kontinjen negara, Datuk Ho Koh Chye pada majlis yang turut dihadiri oleh 22 atlet kebangsaan yang layak ke temasya sukan tersebut.

"Kontinjen Malaysia sangat bertuah kerana dalam dunia, jarang sekali ketua negara sanggup meluangkan masa untuk bertemu atlet terutama atlet yang akan bertanding pada Sukan Olimpik," kata Ho kepada pemberita di sini Jumaat.

Ditanya apakan titah Tuanku Mizan ketika menyerahkan Jalur Gemilang kepadanya, Ho berkata," Tuanku bertitah, selamat berjaya."

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada majlis itu berkata seramai 33 atlet dan 29 pegawai akan ke temasya di Beijing yang berlangsung sehingga 24 Ogos, untuk bertanding dalam 29 acara melalui sembilan jenis sukan.

"Walaupun harapan meraih emas pertama Malaysia dalam sejarah temasya tersebut terletak pada sukan badminton, memanah dan berbasikal, namun sukan lain yang turut layak ke Bejing juga berpotensi untuk menyumbang pingat," katanya.

Penyertaan kontinjen negara juga mencatat sejarah sebagai kontinjen terbesar negara ke temasya tersebut sejak Malaysia mula menyertai temasya edisi 1956 di Melbourne, Australia, katanya.

-- BERNAMA

Perpaduan Melayu Bukan Ancaman

Blog Khir Toyo (Bekas MB Selangor merangkap ketua pembangkang Selangor)

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers sekalian,

1. Terima kasih kerana memberi respon yang pelbagai kepada catatan "Impian Saya".Ini memberi saya ruang untuk melihat pendapat pelbagai golongan.

2. Saya tidak fikir orang bukan Melayu atau bukan Islam perlu merasa bimbang atau gundah gulana apabila ada usaha orang Melayu untuk berdialog mencari arah tuju perpaduan baru bagi menjaga kepentingan hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan dan persetujuan kemerdekaan.

3. Belum pernah ada dalam sejarah, perpaduan atau kesatuan Melayu membawa kepada penindasan ke atas kaum bukan Melayu. Hakikatnya orang Melayu terkenal dengan sikap bertolak ansur, lebih banyak memberi daripada mengambil. Seingat saya tiada satu pun tanah atau harta orang bukan Melayu dirampas apabila negara ini bebas dari pemerintahan penjajah seperti yang berlaku di beberapa negara dunia ketiga lain.

4. Namun orang bukan Melayu harus berasa bimbang jika orang Melayu mulai merasai bahawa hak dan kepentingan agama Islam dan bangsanya tercabar. Ini terjadi pada 1969 yang mengakibat satu tragedi hitam kepada sejarah perpaduan negara.

5. Tragedi ini berlaku kerana ketika hak agama Islam dan orang Melayu terancam tiada usaha pemimpin Melayu ketika itu untuk menenangkan keadaan orang Melayu. Tiada usaha mewujudkan suasana yang meyakinkan orang Melayu bahawa tiada ancaman terhadap mereka walaupun ada usaha mencabar isu-isu orang Melayu dan agama Islam.

6. Justeru orang bukan Melayu dan bukan Islam patut melihat pertemuan dan perbincangan antara orang Melayu ini dari sudut yang positif. Jika ada persefahaman di kalangan pemimpin Melayu untuk terus menjaga kepentingan agama dan bangsa, pasti ini lebih mententeramkan arus kerisauan di bawah. Ini sekaligus dapat menstabilkan keadaan politik kita.

7. Ada juga andaian bahawa saya dan pemimpin Pas yang berbincang untuk menubuhkan kerajaan campuran sebagai tidak menghormati kehendak rakyat. Ada pula yang mendakwa bahawa perbincangan tersebut bertujuan menyelamatkan UMNO.

8. Saya fikir ini adalah andaian yang tidak tepat. Keputusan pilihan raya umum ke 12 menunjukkan BN merupakan parti yang mendapat kerusi terbanyak sebanyak 20 kerusi, diikuti oleh PKR 15, DAP 13 dan Pas 8. Malah jika sebagai parti secara sendiri pun UMNO masih merupakan parti yang paling banyak menang kerusi di DUN Selangor 18 kerusi.

9. Perlu diingat Pas, PKR dan DAP bertanding secara parti masing-masing bukannya atas tiket Pakatan Rakyat. Malahan di kampung-kampung Pas tidak pernah mengakui kerjasama mereka dengan DAP. Justeru, dalam keadaan tiada parti yang mendapat majoriti, mana-mana parti berhak mengadakan rundingan untuk menubuhkan kerajaan campuran. Ini adalah keadaan biasa di mana-mana negara yang mengamalkan amalan demokrasi berbentuk banyak parti.

10. Kebimbangan bahawa kerajaan campuran BN-Pas satu cubaan menidakkan kerajaan berbilang kaum adalah tidak tepat. Ini kerana BN masih mempunyai MCA yang tentu akan diberi jawatan EXCO.

11. Saya tidak akan menarik balik kenyataan bahawa DAP dan Hindraf mewakili pandangan ekstremis kaum mereka. Apakah bagi parti seperti DAP yang sejak penubuhannya mempertikaikan hak-hak keistimewaan orang Melayu, memperjuangkan kedudukan sama rata agama Islam dengan agama-agama lain ia bukan mewakili ekstremis Cina? Apakah bagi parti yang bercakap soal Malaysian Malaysia apabila mahu mencabar kedudukan orang Melayu tetapi menolak konsep Sekolah Wawasan bukan eksteremis kaum?

12. Bagi Hindraf pula, sungguh pun yang bersimpati dengan mereka bukanlah semuanya ekstremis tetapi tuntutan-tuntutan mereka (sila baca di sini) adalah tuntutan ekstremis perkauman.

Janganlah takut kepada penyatuan mana-mana bangsa sekalipun kerana penyatuan sesuatu bangsa belum tentu membawa mudarat kepada bangsa lain. Jika dilihat sejarah politik negara pun, penyatuan orang Melayu (atau kurangnya persengketaan politik Melayu) akan diikuti oleh kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi negara.

Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana perbincangan agenda penyatuan Melayu masih dalam ruang lingkup menjaga kedudukan agama Islam dan orang melayu dalam Perlembagaan Negara.

Janganlah sebahagian kita takut dengan bayang-bayangnya sendiri.

walaupun PAS dan DAP tak berpakat secara rasmi, tapi semua penyokong pakatan rakyat sedia maklum komitmen mereka. Yang paling utama, apa BN @ UMNO dah buat untuk melayu di terutamanya di Selangor semenjak 50 tahun yang lampau???
bila dah kalah...macam-macam lah ceritanya. bila jadi MB dulu???

Tiada pingat selama Sultan T'ganu masih Agong

Jimadie Shah Othman | Jul 24, 08 5:47pm Keputusan istana Terengganu tidak menganugerahkan sebarang darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-46 Sultan Terengganu pada Ahad lalu diambil berdasarkan titah baginda sendiri, kata ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

sultan mizan zainal abidin terengganu 031106Menurut bekas hakim kanan itu, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memaklumkan perkara itu ketika mula-mula ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 26 April tahun lalu.

"Menurut amanat Tuanku sewaktu mula-mula ditabalkan, semasa baginda tiada (menjadi Yang di-Pertuan Agong), tidak usah kurnia apa-apa (darjah dan pingat kebesaran)," katanya.

Tuanku Mizan juga ingin "mengurniakan sendiri" darjah dan pingat kebesaran kepada mereka yang layak, kata Abdul Kadir ketika dihubungi Malaysiakini.

"Tuanku hendak mengurniakan sendiri pingat. Kalau buat sekarang, bukan baginda sendiri yang mengurniakannya," tambahnya.

Penganugerahan jika dibuat pada tahun ini, tambah Abdul Kadir, akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Muda dan juga Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

tengku muhammad ismail sultan mizanMPPR dibentuk sebagai membantu Tengku Muhammad yang belum mukallaf (cukup umur) sewaktu putera Tuanku Mizan ini dilantik sebagai Pemangku Sultan Terengganu.

Putera baginda diputerakan pada 1 Mac 1998.

Istana Terengganu, buat pertama kalinya, tidak menganugerahkan sebarang darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-46 Sultan Terengganu itu hujung minggu lalu.

Abdul Kadir, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan, menafikan tindakan Sultan itu mempunyai hubungan dengan perkembangan politik semasa di negeri itu.

Keputusan tidak menganugerahkan darjah dan pingat kebesaran itu juga, menurutnya lagi, dibuat berdasarkan kesibukan baginda sebagai pemerintah tertinggi negara dan terpaksa menghabiskan banyak masa di Kuala Lumpur.

Ditanya sama ada tahun depan juga tiada sebarang penganugerahan akan dibuat, beliau berkata: "Kalau mengikut amanat itu, tiada."

Bagaimanapun, selepas tamat tempoh menjadi Yang di-Pertuan Agong, penganugerahan akan dibuat seperti biasa, kata Abdul Kadir.

"Mesti ada," katanya.

nampaknya lambat lagi la MB Terengganu nak dapat title "Dato' Seri"

Polis Kacak membelasah - MalaysiaKini

Malaysia Kini

Seorang penduduk yang menyaksikan kejadian seorang mekanik dibelasah sewaktu kekecohan di Bandar Mahkota Cheras (BMC) berkata, dia masih ingat wajah anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terbabit, yang menurutnya seorang yang 'kacak'.

"Saya boleh mengecamnya kerana dia seorang yang kacak," kata Lai Wai Chong, 34, ketika memberi keterangan dalam siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini.

mahkota cheras fru assault youth victim chang jiun haur 100608Suhakam sedang menyiasat sama ada polis telah menggunakan kekerasan yang berlebihan dalam insiden pada 27 Mei lalu.

Semalam, mekanik Chang Jiun Haur (kiri) dan adik perempuannya, Jiun Mein menceritakan bagaimana Chang didakwa diheret keluar dari keretanya dan dibelasah oleh anggota FRU.

Menceritakan semula apa yang berlaku, Lai berkata beliau masih ingat anggota polis terbabit kerana dia seorang yang 'kacak'. Menurutnya, anggota polis itu tidak memakai cermin pelindung topi keledar.

Bagaimanapun, Lai yang bekerja sebagai pemasang alat penggera, memberitahu siasatan tersebut bahawa dia hanya boleh mengecam anggota polis tersebut jika dia "memakai pakaian seragam yang sama dipakainya pada malam tersebut".

"Jika tidak, saya tidak dapat mengecamnya kerana saya tidak tahu sama ada dia botak atau tidak," katanya yang membuat hadirin ketawa.

'Jerit henti pukul'

Lai, yang merupakan saksi pertama hari ini berkata, beliau nampakcheras mahkota fru assault on car sequence 280508 tiga hingga empat orang anggota polis berpakaian biasa, mengheret Chang keluar dari kereta. Mereka kemudiannya didakwa "menyepak dan memukul" mekanik tersebut.

"Apabila melihatnya, saya dan orang ramai di situ mula menjerit 'polis, jangan hentam rakyat!.

"(Tetapi) selepas kami menjerit, polis berhenti (memukulnya). Saya nampak dia (Chang) jatuh ke tanah dan dia disepak lagi," tambahnya.

Ekoran itu, kata Lai, mekanik tersebut cuba bangun dan ketika itulah dia dipukul oleh anggota FRU yang 'kacak' itu.

"Bila dia bangun, saya nampak anggota FRU itu meluru ke arahnya dan menggunakan perisainya untuk memukul orang itu (Chang) dan pada masa yang sama, menyepaknya. Saya rasa polis ingat dia mahu lari," tambahnya.

Ketika diminta menceritakan bagaimana anggota polis itu memukul Chang itu, Lai menjawab, dia menghentak Chang sekali dengan perisainya dan menyepaknya dua tiga kali di bahagian perut.

Siasatan awam Suhakam itu masuk ke hari kedua di ibupejabat suruhajaya tersebut di Menara Tun Razak di Kuala Lumpur.

Ia didengar oleh panel tiga anggota pesuruhjaya Suhakam yang dipengerusikan oleh Datuk Zaiton Othman. Dua lagi anggota panel tersebut ialah Datuk Dr Chiam Heng Keng dan Datuk Khalid Ibrahim.

Siasatan tersebut yang pada mulanya dijadualkan berlangsung selama dua hari, telah dilanjut sehari lagi sehingga esok.

Seramai 12 saksi telah dipanggil setakat ini manakala 10 lagi saksi dijangka dipanggil memberi keterangan esok.

Bidang tugas panel tersebut ialah:

bullet buttonSama ada terdapat anggota penguatkuasa undang-undang, ketika menjalankan tugas menguatkuasa undang-undang, telah menggunakan kekerasan yang berlebihan.

bullet buttonJika berlaku kekerasan berlebihan, apakah berlaku pelanggaran hak asasi manusia terhadap orang atau orang-orang, dan siapakah yang bertanggungjawab melakukannya.

bullet buttonMengesyorkan apakah tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab melanggar hak asasi manusia itu.

Sumber : MalaysiaKini


Betapa mesranya polis terhadap rakyat. Tak sabar nak tengok "muka hensem" polis . Agaknya kalau polis ni kena jail, sure akan jadi mangsa gangguan seksual .

Saya menawar diri untuk memperkasakan parti

Dari Blog Mat Taib


Salam bahagia dan salam perjuangan kepada semua.

Pertandingan dalam parti harus dilihat dari sudut yang lebih positif. Pertandingan yang sihat akan mampu menguat dan memperkasakan parti. Pertandingan juga satu proses memilih pemimpin dan ‘menyegarkan’ kembali perjuangan Umno.

Atas sebab itu saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti Disember ini.

Kalau mahu dilihat rekod terdahulu saya pernah memenangi jawatan itu dalam tiga pemilihan pada 1993, 1996 dan 2000 sebelum tewas pada 2004. Saya menawar diri kerana mahu membantu memperkasakan parti untuk berdepan dengan cabaran baru.

Saya juga komited untuk membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan usaha memperkasakan Umno.

Saya harap dengan pengumuman ini perwakilan UMNO mempunyai lebih banyak pilihan pemimpin untuk menduduki jawatan berkenaan.

Kepimpinan UMNO memerlukan pasukan kerja yang ikhlas berjuang untuk kepentingan parti dan masa depan orang Melayu.

Misi kepimpinan UMNO hari ini ialah memperkukuhkan perpaduan Melayu di setiap peringkat, memastikan ekonomi dan politik Melayu kembali kuat serta mengembalikan UMNO sebagai tunjang perjuangan rakyat Malaysia.

Saya ingin menjadi sebahagian daripada kepimpinan masa depan UMNO yang melaksanakan misi itu dan dengan ini menawarkan diri untuk pencalonan di peringkat bahagian bagi jawatan Naib Presiden.


Bekas MB dan bekas adik ipar Sultan Selangor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...