Saturday, January 29, 2011

MP Padang Serai umum letak semua jawatan PKR

Bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti itu.

Pengumuman itu dibuatnya menerusi laman sosial twitter.

Menurut Gobalakrishnan, beliau akan meneruskan kerja-kerjanya melalui sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang baru.

PRK Merlimau: 6 Mac undi, 26 Feb penamaan calon

Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka ditetapkan pada 6 Mac depan.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari.

Perkara itu diumumkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di Labis lewat malam ini.

azlanAbdul Aziz juga berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari lepas berhubung kekosongan kerusi DUN itu pada hari sebelumnya, laporBernama.
"Berikutan dengannya, SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya.
Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.
Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.
Daftar Pemilih tersebut mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.
Abdul Aziz berkata bagi menjalankan pilihan raya kecil DUN Merlimau, SPR akan enggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau, Melaka sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.
"Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 21 saluran tempat mengundi. Seramai 248 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM830,000," katanya.

Laman direktori 'Wanita Pertama' JPM dikeluarkan



Laman direktori sesawang Pejabat Perdana Menteri yang memuatkan bahagian F.L.O.M. yang misteri serta mendatangkan pelbagai perdebatan telah dikeluarkan.

Bahagian berkenaan telah sejak sekian lama menjadi bahan gurauan di blog dan juga forum online yang semuanya bersependapat abjad itu membawa pengertian "First lady of Malaysia" atau “Wanita pertama Malaysia”.

azlanMenurut beberapa blogger senarai dalam direktori itu menunjukkan ia adalah sebahagaian daripada divisyen di Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan khas bagi memberi perkhidmatan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Antara lain, beberapa blogger telah memuat-naikkan video perbualan telefon diposting klip video dari telefon kepada seseorang yang bernama Nurul Rosemiemmy Khasimi @ Mohamed, yang disenaraikan oleh F.L.O.M. sebagai penolong pegawai dengan tugas-tugas khas.

Tiada jawapan diberikan

Dalam satu video, seorang pemanggil gagal untuk bercakap dengan Nurul Rosemiemmy dengan orang di hujung talian itu mengatakan beliau telah keluar mengiringi "Datin Rosmah".

Satu lagi video menunjukkan seorang pemanggil mencari seseorang yang dipercayai Nurul Rosemiemmy, dan ditanya apa itu singkatan bagi F.L.O.M. tetapi tiada jawapan yang diberikan.

NONEKewujudan bahagian F.L.O.M. dikesan beberapa bulan yang lalu oleh beberapa blogger tetapi ia hanya menjadi perhatian ketara berikutan lawatan 15 hari oleh Rosmah ke Muscat, Oman; Riyadh, Arab Saudi dan Dhaka, Bangladesh.

Semasa lawatan itu Rosmah berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Oman, Sayyid Fahad Mahmood al-Said, Menteri Pendidikan Arab Saudi, Putera Mohamad Faisal Abdullah Al-Saud dan Perdana Menteri, Bangladesh Sheikh Hasina.
Menipu rakyat

Selesai lawatan itu, media arus perdana melaporkan kunjungan Rosmah berjaya meningkatkan hubungan dua hala, dan pelaburan Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata kewujudan bahagian F.L.O.M. adalah bukti bahawa Najib telah berbohong di Dewan Rakyat.

dj jamal hishammudin rais and teresa kok forum 270910 08Menurut Kok, dalam jawapan perdana menteri kepada ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Najib berkata Rosmah tidak diperuntukan elaun perjalanan ataupun mempunyai kakitangan sepenuh masa.

Menurutnya, mengikut undang-undang, isteri perdana menteri hanya dibenarkan menuntut perbelanjaan perjalanan sekiranya beliau menemaninya bagi lawatan rasmi.

Kok berkata kewujudan F.L.O.M. Yang disenaraikan dalam lamn direktori Jabatan Perdana Menteri membuktikan Najib sebenarnya berbohong.

"Hakikat direktori di laman web itu yang tiba-tiba hilang beberapa hari lalu selepas dikritik oleh orang awam membuatkan kewujudan bahagian ini semakin mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kok berkata dengan pendedahan itu, Najib harus memberi penjelasan dan mengakui bahawa dia telah memesongkan Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia.

Dan 'Wanita Pertama' Rosmah perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau berdiam diri dan membiarkan Najib untuk berbohong, menjadikan dirinya bersubahat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...