Fri | May 30, 08 | 5:36:28 pm MYT
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyifatkan kekerasan polis terhadap beberapa penduduk dalam isu penutupan jalan keluar masuk Bandar Mahkota Cheras (BMC) pada 27 Mei lalu sebagai tindakan yang amat serius.
Pesuruhjayanya Dato' Siva Subramaniam berkata, semasa melaksanakan tugas beberapa konsep hak asasi manusia harus diamal pasukan polis.
Terutama sekali katanya, dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Suhakam, dekat sini hari ini, kecederaan yang dialami oleh seorang mangsa, Chang Jiun Haur, 21, yang berada dalam sebuah kereta bersama adik perempuannya dan dua orang lagi, yang didakwa telah diheret keluar dari kereta Proton Wira yang dipandunya dan dibelasah anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
Dakwanya, mangsa dimasukkan ke hospital Besar Seremban kerana mengalami kecederaan serius di muka, mulut dan badan.
"Kita akui polis mempunyai hak untuk menyoal sesiapa pun dalam insiden seperti ini tetapi mereka haruslah mengunakan pendekatan 'pro human rights'," katanya.
Beliau berkata sepatutnya polis meminta mereka turun dan soal mereka sebelum sesuatu tindakan diambil.
Tindakan polis itu tegasnya memberi gambaran mereka tidak melaksanakan konsep hak asasi manusia.
Ini katanya dalam apa jua tugasan, polis harus melaksanakan hak asasi manusia.
"'Human rights' itu bukannnya atas buku saja tetapi juga dalam pelaksanaan tugas kita," katanya.
Dalam pada itu katanya, semalam Suhakam melawat mangsa di Hospital Teluk Kemang di Port Dickson, tempat kediamannya.
Beliau berkata berdasarkan temu bual dengan mangsa, beliau berkata, cermin keretanya dipukul dan beliau ditarik keluar dari kereta.
"Kita telah lihat kalau inilah cara yang digunakan memang ia tidak sejajar dengan apa yang kita cakap sebagai mesra hak asasi manusia," katanya.
Tambahan pula katanya, mangsa hanya berempat mana boleh lawan dengan satu pasukan FRU yang begitu ramai.
Beliau berkata, menurut mangsa, mereka melalui jalan tersebut untuk balik ke rumah kerana jalan yang digunakan itu tidak ada tol.
Katanya, walaupun mereka berkata tiada niat lain tetapi mereka dituduh mahu melanggar polis.
�Jika polis mempunyai bukti yang mereka dilanggar oleh kereta tersebut (seperti yang didakwa), maka mereka perlu memberi nama-nama anggota yang cedera," katanya.
Bagi Suhakam katanya, ini merupakan satu pelanggaran hak asasi.
Beliau berkata, sebagai satu institusi yang ditubuhkan parlimen mereka diminta menjaga hak asasi manusia.
"Kekerasan adalah sesuatu yang kita tidak boleh terima dan kita juga dimaklumkan bapanya hari ini diugut akan ditahan," katanya.
Sehubungan itu katanya, Suhakam akan memabwa isu tersebut dalam satu mesyuarat pesuruhjaya pada 9 Jun ini untuk menyiasat tingkah laku anggota FRU yang berada di situ sama ada mereka menggunakan kekerasan dan melanggar hak asasi manusia.
"Kita akan siasat dengan lebih mendalam kes tersebut dan kita yakin mereka boleh beri kerjasama dalam insiden itu untuk memberikan buktinya," katanya.
Turut sama beri pandangan dalam sidang media tersebut ialah Pesuruhjaya, Dato' Dr Denison Jayasooria. - mns
petikan dari Harakah Daily
No comments:
Post a Comment