KUALA LUMPUR, 6 Jun (Hrkh) - Malaysia merupakan negara pengeluar hasil minyak dan mempunyai keuntungan yang berlipat ganda namun kekayaannya tidak dinikmati sepenuhnya oleh rakyat jelata, malah semakin hari semakin dihimpit dengan kos sara hidup dan beban yang tinggi.
Malaysia kaya kerana keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan Petronas setiap tahun. Petronas mencatatkan keuntungan kira-kira RM35.5 billion pada tahun kewangan 2004-2005 iaitu satu kadar yang jika dibahagi jumlah warganegara Malaysia maka setiap individu akan memperolehi RM1,500 seorang bagi setahun.
Keuntungan ini tidak termasuk RM3.12 billion yang dibayar kepada kerajaan dalam bentuk cukai, duti dan pembayaran royalti. Dan adalah dijangkakan bagi tahun berakhir 2005-2006 pula pendapatan ini akan mencecah RM50 billion dan ini bermakna setiap rakyat Malaysia akan menerima RM2,000 seorang, menurut tulisan tuntelanai blog tahun lalu. Malah Penasihat Petronas Tun Dr Mahathir Mohamed menyatakan bahawa keuntungan Petronas melebihi RM70 billion dan kerajaan yang sedia ada ‘melimpah wang’.
Sungguhpun begitu perbelanjaanya dilihat tidak bertunjangkan kepada kebajikan rakyat dan sering kali dibelanjakan dengan tidak cermat, dibazirkan, tidak digunakan secara berhemah untuk membantu rakyat yang miskin dan daif.
Bayangkan menurut pendedahan Ketua Menteri Pulaua Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini Petronas membelanjakan sejumlah RM3.5 juta sebulan untuk membiayai Malaysian Philharmonic Orchestra iaitu orkestra yang diwujudkan oleh kerajaan sejak 10 tahun dahulu atas biaya Petronas.
Difahamkan Okestra ini dianggotai oleh hanya lima peratus dari kalangan rakyat Malaysia manakala selebihnya adalah pemain muzik yang diimpot, malah konduktor orkestra dibayar RM130,000 dan pembantunya RM50,000 sebulan dilihat lebih mahal dari elaun Menteri-menteri Besar dan Menteri Kabinet Malaysia.
“Beginikah caranya Petronas menyalurkan keuntungannya kepada rakyat,sedangkan persembahan orkestra ini hanya dinikmati oleh kurang dari satu peratus rakyat Malaysia yang rata-rata dari golongan elit dan berada?” kata Roslan Sms yang menyiarkan pendedahan itu dalam blognya.
Pemerhati politik berpendapat wang Petronas banyak sekali dihabiskan melalui projek-projek yang tidak menguntungkan rakyat dan dilihat hanya menguntungkan pemimpin Umno dan kroni-kroninya seperti senarai di bawah :
i. Membail-outkan Bank Bumiputra (kini CIMB) dua kali bernilai RM4.86 billion akibat pengurusan bank tidak ada integriti salah urus dan melonggarkan syarat-syarat pemberian pinjaman yang besar kepada kroni-kroni yang tidak dibayar balik pinjaman
ii. Membeli bon kerajaan sendiri bernilai RM3.8 billion.
iii. Membina gelanggang Formula 1 berharga RM286 juta dan setiap kali ada perlumbaan Petronas akan menjadi hostnya berbillion ringgit dikeluarkan.
iv. Beli HICOM (Proton) berharga RM999.4 juta dan selesaikan hutang RM1,299.6 juta.
v. Membangunkan Putrajaya dan MSC berharga RM22 billion
vi. Bail-out MAS sebanyak RM668.8 juta
vii. Penubuhan Dana Harta sebagai modal permulaan sebanyak RM4.56 billion
viii. Membina KLCC berharga RM1.8 billion. Maintenance sebulan bernilai RM95,000.00, setahun sudah menjadi RM108 juta
ix.Membina KLIA sebanyak M9 billion, peruntukan tahunan sebanyak RM900 juta.
Semua yang berlaku ini dilihat hanya untuk menyelamatkan dan mengkaya pemimpin semata-mata termasuk mengekalkan kuasa yang sedia ada.
Akibat daripada itu rakyat dibebankan dengan kenaikan harga petrol tertinggi dalam sejarah tanah air pada Rabu lalu yang mana kenaikan ini turut mempengaruhi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran, diikuti kenaikan kadar tarif elektrik. Kenaikan ini menyebabkan kehidupan rakyat tertekan dan dihimpit dengan kemiskinan yang melampau.
Ketika harga minyak di pasaran antarabangsa meningkat sampai USD130.00 setong menyebabkan kantung Petronas juga turut mendapat keuntungan kerana Malaysia juga merupakan salah sebuah negara pengeksport minyak dunia yang terkenal (menjadi ahli OPEC), tetapi nasib rakyat Malaysia amat malang mendapat pemimpin yang tidak cekap mengurus dana negara.
Apakan tidak, sepatutnyalah harga minyak diturunkan, tetapi dengan tiba-tiba arahan dikeluarkan untuk menarik balik subsidi minyak kononnya kerajaan tidak mampu lagi dan ramai yang membuat kesimpulan sejak Petronas ditubuhkan pada tahun 70an, rakyat tidak pernah menadapat manfaat dan menikmati kekayaan hasilnya.
No comments:
Post a Comment