Dari: Laman Marhaen
Presiden MCA mengistiharkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Presiden MCA pada pemilihan akan datang. Begitu juga dengan Timbalannya Chan Kong Choi.
Inilah yang dinamakan politik. Beliau telah membaca apa yang ahli dan rakyat mahu hasil dari pru12. Beliau juga tidak mencalunkan dirinya memegang sebarang jawatan kabinet selepas parti dan BN mengalami kekalahan teruk pada Mac lepas.
Bagi orang yang mempunyai integriti yang tinggi, menjaga airmuka bukan sahaja diri, tetapi parti dan penyokongnya, mengambil tanggungjawab di atas apa yang digambarkan melalui peti undi. Dan beliau dapat membacanya dengan jelas.
Tapi bagaimana dengan parti-parti koponen BN yang lain? MIC- apa Samy Vellu masih mempertahankan jawatannya? UMNO-Pak Lah memang telah istihar akan pertahankan jawatannya.
Dengan mengambil tanggungjawab seperti Ong Ka Ting, beliau akan dapat melihat dengan jelas dari luar apa kehendak ahli parti dan penyokongnya. Akan tahu apa yang silap apa yang tidak selama memimpin. Tapi selagi bergayut di tali kuasa, payahlah untuk nampak apa yang salah dan silap kecuali benar belaka.
Tahniah Ong Ka Ting. MCA nampaknya telah mendahului UMNO dan parti-parti lain dengan mengambil jalan pembetulan kembali, di mana tenaga yang lebih muda akan mengambil alih dengan visi yang lebih tersusun dan terkeluar dari visi lama Ling Liong Sik.
- My As
29.06.2008
No comments:
Post a Comment