Wednesday, July 16, 2008

Debat: Shabery Chek Merapu, Sila Letak Jawatan Segera !! L

Maka berakhirlah bicara diskusi atau debat yang selama ini dinanti-nantikan oleh sekalian rakyat Malaysia selama ini. Biarpun ada yang menjangkakan ia akan dibatalkan atau tidak dibuat secara langsung. Namun semuanya kini menjadi kenyataan. Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan UMNO , Shabery Chek telah disiarkan terus menerus selama satu jam iaitu kurang dari jadual asalnya. Pengantara popular Johan Jaafar sekali lagi dipilih untuk menjadi hos rancangan berkenaan. Tahniah diucapkan kepada Johan Jaafar yang lebih nampak profesional pada kali ini. Alhamdulillah, tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Debat yang dibahagikan kepada beberapa segmen itu turut menampilkan wakil masing-masing iaitu Nordin Kadri untuk Shabery dan Zulkifli Sulong dari Siasah untuk Anwar. Biar pun masa yang diambil untuk kedua-dua pendebat agak pendek dan terlalu cepat namun jelas dapat dilihat kewibaan terletak kepada mantan TPM, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Benarlah kata beliau sebelum ini Menteri UMNO itu tidak layak untuk berdebat dengannya. Beliau lebih rela berhadapan dengan Pak Lah dan Najib, daripada budak hingusan seperti Ahli Parlimen Kemaman yang tidak sedar diri itu.

Banyak soalan dan kenyataan merapu telah dikeluarkan oleh Shabery. Anwar beberapa kali menempelak beliau kerana lari dari tajuk dan membuat hujjah peribadi pasal Anwar. Tajuk debat "Hari Ini Memerintah: Esok Minyak Turun" tidak sesuai untuk Shabery. Beliau lebih banyak mengungkit kisah lama, dan menggunakan isu yang sama bahawa minyak naik kerana mengikut harga minyak dunia. Dari segi kadar inflasi pula, beliau banyak membandingkan dengan negara yang harga minyaknya lebih rendah seperti Venezuale, Iran, Iraq dan lain-lain lagi. Pernyataan beliau itu banyak dimatikan oleh Anwar dengan hujjah-hujjah yang cukup bernas dan bertenaga.

Antara hujjah Anwar yang cukup melekat dihati rakyat ialah , jika kerajaan boleh berbelanja hampir RM13 bilion untuk menyelamatkan Perwaja kenapa kerajaan tidak boleh langsung untuk belanja hanya RM1 bilion untuk turunkan harga minyak sekitar 50 sen. Itu belum lagi dengan langkah kerajaan yang lain. Kenapa bila membantu rakyat dikatakan "subsidi" tapi bila membantu syarikat kroni dikatakan "bail-out", bila bantu golongan korporat dikatakan "insentif". Kenapa berlaku begitu? Anwar kecewa dengan istilah subsidi yang dikaitkan dengan bantuan untuk rakyat. Kenapa dibeza-bezakan oleh kerajaan?

Dalam pada itu, Shabery pula lebih banyak merapu dan tidak menjawab soalan yang ditanya. Hinggakan Zulkifli Sulong agak pening dengan jawapan beliau perihal kerajan menyelamatkan hampir RM4.2 bilion ketika minyak naik 30 sen awal tahun lalu. Janji kerajaan untuk menaiktaraf prasarana pengangkutan awam, tapi hanya sekitar RM700 juta sahaja yang digunakan sehingga kini. Maka apa lagi alasan dengan naik 78 sen dan kerajaan bakal perolehi keuntungan hampir RM13 bilion. Apakah lagi alasan kerajaan untuk membelanja wang sebanyak itu, jika sebelum inipun kerajaan sudah tipu rakyat bagaimana pula kali ini. Namun jawapan profesional yang dinantikan dari Shabery ternyata gagal. Hujjah beliau mengarut dan merapu. Banyak menghentam peribadi Anwar hingga sesekali Anwar menjeling tanda kecewa.

Banyak lagi hujjah lain Anwar yang ternyata memberi impak positif kepada rakyat dan Pakatan Rakyat. Maklumat yang diterima oleh Cucu ramai rakan-rakan dalam UMNO yakin dengan hujjah bernas Anwar. Mereka juga kecewa dengan Shabery yang tidak setaraf dengan jawatannya sebagai Menteri Penerangan. Maka itu, seperti yang dijanjikan Shabery harus meletak jawatan dan Pak Lah perlu mencari orang lain untuk mengambil alih jawatan tersebut. Itulah "cagaran" yang dibuat oleh beliau sebelum ini. Beliau bolehlah diistilahkan "syok sendiri" dan meraban semacam. Beliau langsung tidak fikir yang berada dihadapannya adalah golongan cendiakawan, profesional, terpelajar dan bangsawan. Mereka semua memandang sinis kepada kedangkalan hujjah Shabery Chek, si Menteri UMNO yang tidak sedar diri itu. Apapun kita nantikan apa pula cerita terbaru Anwar selepas ini. [www,cucumatkilau.blogdrive.com]

[Berita baik, seorang rakan CMK yang juga merupakan orang kuat Pemuda UMNO Pahang menghantar SMS " Tahniah! Aku respek dengan Anwar. Hujjah bernas dan banyak fakta. Aku akan fikirkan tindakan..." itulah SMS yang diterima gara-gara selepas mendengar Anwar berhujjah. Mungkin beliau dan rakan-rakannya mula akan sedar apa yang berlaku dan kembali ke pangkal jalan. Cucu menjawab sinis "Hidup Melayu, kalau dapat diskaun beli minyak ekjas kat aku sekali"...Kami memang bersahabat sejak di ITM Perak 89-91 lagi]

Blog Cucumatkilau:u. www.cucumatkilau.blogdrive.com]

- Cucu Mat Kilau

16.07.2008

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...