dari: pinkturtle
kalau ada yang menuduh Najib meliwat pun saya tak akan percaya
Saya cakap terus terang, saya tak percaya dengan tuduhan Anwar melakukan perbuatan meliwat. Bahkan kalau ada yang menuduh Najib meliwat pun saya tak akan percaya. Sebab, kecintaan Najib ialah terhadap wanita, bukannya terhadap lelaki. Sebab itu kalau ada orang lain menuduh Najib meliwat saya tidak percaya.
Tetapi kalau ada cerita-cerita nakal mendakwa Najib melakukan hubungan seks dengan perempuan lain selain isterinya, saya mungkin percaya. Tetapi saya tidak akan percaya jika ada tuduhan serupa terhadap Anwar.
Bukan sebab saya penyokong Anwar. Jauh sekalilah saya ini fanatik terhadap Anwar. Logik saya begini. Kehidupan Najib pada pandangan saya terlalu jauh berbeza dengan kehidupan Anwar.
Boleh dikatakan Najib membesar dan belajar di England. Beliau sudah biasa dengan budaya hidup liberal ala Barat. Bahkan beliau agak sekular. Sebaliknya Anwar membesar dan belajar di Malaysia. Keadaan di Malaysia sekitar tahun 60-an dan 70-an masih kekampungan.
Dari segi kehidupan berkeluarga pula, Najib pernah berkahwin dengan perempuan lain sebelum Rosmah Mansur. Bagaimanapun Najib telah meninggalkan isteri dan anak-anaknya itu. Khabarnya, sebelum menceraikan isteri pertamanya, Najib telah tidak pulang ke rumah dalam tempoh yang agak lama.
Najib kemudian berkahwin dengan Rosmah Mansur, seorang perempuan yang telah bersuami sebelum itu. Kisah perkahwinan Najib dengan Rosmah agak kontroversi.
Walaupun telah berkahwin dengan Rosmah Mansur, tersebar juga gossip nakal tentang affair Najib dengan selebriti tertentu. Gossip ini mungkin berpunca daripada gaya hidup Najib yang agak western oriented.
Ditambah pula isterinya, Rosmah Mansur terlalu cengeh dan arrogant. Dengan mempunyai isteri seperti ini, kebarangkalian Najib ‘makan luar’ tidak boleh dinafikan begitu sahaja.
Sebaliknya gaya hidup Anwar lebih teratur berbanding Najib. Isteri Anwar dari dulu sampai kini hanya Wan Azizah seorang. Wan Azizah pula seorang yang lemah lembut dan bersifat keibuan. Manakala perkahwinan Anwar dengan Azizah yang kukuh membolehkan anak-anaknya membesar di bawah satu bumbung.
Pada zaman mudanya pula, Anwar lebih polular dengan gerakan Islam. Cara hidupnya pula simple. Semasa menjadi menteri atau TPM, tidak terdengar gossip Anwar ada affair dengan mana-mana selebriti. Kejatuhan beliau dulu pun bukan dikaitkan dengan mana-mana affair atau skandal seks. Tetapi Anwar jatuh kerana dikaitkan dengan perbuatan meliwat.
Terdapat juga tuduhan lucu daripada budak-budak muda sekarang yang mengatakan Anwar semasa di universiti gemar berkawan dengan lelaki lembut. Seperti yang saya katakan awal-awal tadi, suasana di Malaysia pada tahun 60-an dan 70-an masih kekampungan.
Sebenarnya sukar kita hendak melihat lelaki lembut pada zaman itu. Sebabnya, negara kita masih mundur. Budak lelaki, bahkan perempuan pada masa itu agak lasak kerana terpaksa bekerja kuat dan terpaksa berjalan kaki atau menunggang basikal pada ketika itu. Tak ada masa nak bersantai-santai macam sekarang.
Lelaki lembut hanya ramai selepas negara kita maju.
Itulah sebab-sebabnya mengapa saya tidak mempercayai Anwar terlibat dengan perbuatan meliwat. Tetapi kalau budak-budak muda nak percaya juga, itu terpulanglah kepada kebijaksanaan anda - ketuk kepala tanya minda.
Kiriman: Kelisa @ jpns_pentd@hotmail.com
No comments:
Post a Comment