Abdul Rahim Sabri | Oct 10, 08 6:43pm |
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendahului pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda Umno apabila mendapat empat pencalonan, mendahului Khairy Jamaluddin yang setakat ini mendapat tiga pencalonan. Menurut bekas ketua pemuda bahagian, Zulfekri Awang, seramai 261 ahli hadir, sebulat suara mencalonkan Mukhriz untuk jawatan ketua Pemuda. Manakala di Cameron Highlands, Mukriz mendapat 62 undi, Khairy (8) dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (3). Bagaimanapun, Dr Mohd Khir akhirnya mendapat pencalonan pertamanya dari Pemuda bahagian. Bahagian itu juga mencalonkan ahli exco pergerakan itu, Datuk Reezal Merican bagi jawatan presiden. Keputusan sebulat suara itu dicapai dalam persidangan perwakilan bahagian tersebut yang diadakan di Sekolah Kebangsan Seri Neting dekat sini petang ini. Sementara itu, pergerakan Pemuda Umno Silam yang bermesyuarat hari ini sebulat suara mencalonkan Khairy untuk jawatan tersebut. Setakat ini, seorang lagi pemimpin lain yang menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda - timbalan pengerusi Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin - belum mendapat sebarang pencalonan. |
Informasi didalam blog ini adalah daripada sumber-sumber berita media internet.Sebarang komen @ pendapat, sila email ke cardozas02@gmail.com
Saturday, October 11, 2008
Mukhriz dahului pencalonan ketua Pemuda - MALAYSIAKINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment