Athi Veeranggan | Feb 11, 09 3:20pm
Parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat telah menyatakan hasrat mereka untuk meletakkan calon masing-masing bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau di Kedah.
V Arumugam - yang memenangi kerusi tersebut dalam pilihanraya umum lalu sebagai calon bebas sebelum menyertai PKR - telah meletak jawatan exco dan Adun pada 9 Februari lalu, dan kini sedang bersembunyi kerana bimbangkan keselamatan dirinya.
DAP dan PAS, malah Hindraf yang telah diharamkan, berminat untuk bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bermesyuarat Jumaat ini berhubung pilihanraya kecil di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.
Setiausaha penganjur DAP Kedah, Teoh Teik Guan mengesahkan spekulasi yang partinya berminat untuk bertanding kerusi tersebut kerana calon DAP pernah bertanding di situ sebelum pilihanraya umum 2008 apabila pembangkang bertanding di bawah Pakatan Rakyat.
"Ia adalah kerusi DAP sebelum 2008. Jadi kita berhasrat untuk bertanding semula di situ," katanya kepada Malaysiakini, sambil menambah DAP Kedah akan bermesyuarat tidak lama lagi untuk memutuskannya.
Kepimpinan DAP negeri, katanya, telahpun menyampaikan hasratnya untuk mengenal pasti 'calon yang berwibawa' tetapi menyerahkan kepada pemimpin parti untuk memuat keputusan muktamad selepas berbincang dengan rakan-rakan lain dalam Pakatan.
Antara calon yang disebut-sebut ialah ahli seumur DAP, S Neelamekan, 49, yang dilahirkan di Pulau Pinang.
Neelamekan yang juga pengerusi cawangan Lunas, pernah bertanding kerusi DUN Perai tetapi kalah kepada penyandang dari Barisan Nasional (BN), Dr K Rajapathy pada 1999.
Pada tahun 2000, beliau merupakan antara calon-calon yang dipertimbang bertanding dalam pilihanraya kecil Lunas di bawah tiket DAP.
PAS difahamkan juga berminat untuk meletakkan calonnya bertanding yang berturunan India-Jegadeeson Thavasu - dari Sungai Petani.
Beliau yang merupakan ahli kelab penyokong PAS di Kedah, Jegadeeson aktif berkempen untuk calon parti itu dan Pakatan dalam pilihanraya umum lalu.
Jegadeeson dilihat oleh pemimpin PAS tempatan sebagai calon yang mampu menarik sokongan pengundi semua kaum.
Sementara itu, penyelaras nasional Hindraf, RS Thanenthiran, 45, yang mungkin bertanding atas tiket PKR.
No comments:
Post a Comment