Friday, February 4, 2011

Polis nafi rompak wanita hamil

Polis telah menafikan merompak Chow Soo Meng, 36, ketika mereka menahannya di kedainya di Sungai Buloh Isnin lalu.

arjunaidi mohamedBercakap kepada akhbar Star, Penolong Pesuruhjaya Arjunaidi 
Mohamed semalam menafikan anggotanya mencuri RM20,000 dan beberapa barangan lain seperti yang didakwa wanita itu, yang hamil lapan bulan.

Menurut Arjunaidi, polis hanya merampas RM15,900 sebagai sebahagian daripada penyiasatan.

Para penyiasat mengesyaki wang itu, yang masih dalam simpanan polis, mungkin hasil keuntungan haram.

Arjunaidi mengesahkan polis memang memotong jeriji kedai tersebut selepas Chow enggan membukanya, tetapi sedang menyiasat tuduhan bahawa dia ditampar.

"Kami akan menyiasat dakwaannya yang dia ditampar dan jika tuduhan itu benar, saya akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab," katanya kepada Star.

NONEDalam laporan polisnya Selasa lalu, Chow (kanan) berkata, polis merampas RM20,000, enam botol minuman keras, rokok, oren 
mandarin, beberapa kartun minuman tin, 30 SIM kad sim dan sistem CCTV di kedainya.

Dia mendakwa, apabila dia meminta balik wang RM20,000 tersebut, polis memintanya jangan menjadikannya satu isu atau dia akan ditangkap semula.

Chow dibebaskan pada malam Isnin selepas dia dibawa ke Jabatan Kastam di Kelana Jaya kerana tidak membayar cukai minuman keras dan rokok.

Dia telah diminta melaporkan diri semula di Jabatan Kastam pada 2 Mac.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...