Ketika mengalu-alukan lima lebuh raya baru iberimpak tinggi' yang diumumkan dalam Bajet 2012, seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat mempersoalkan tentang enam projek lebuh raya yang serupa dari bajet tahun lepas.
Bercakap dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (kiri) berkata enam projek lebuh raya tersebut yang diumumkan dalam bajet tahun lepas, masih belum bermula pembinaannya.
Katanya, jika tidak satu pun pembinaan lebuh raya tersebut telah dimulakan, maka pastinya lebuh raya yang diumumkan dalam bajet tahun ini, juga sukar menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini.
Katanya, ini adalah berdasarkan kepada jawapan bertulis perdana menteri semalam yang menyatakan bahawa enam projek tersebut sama ada masih dinilai atau hanya diberi kelulusan pada prinsipnya, dengan tiada kontrak atau pelan, setakat ini.
Enam lebuh raya tersebut adalah:
- Lebuh Raya Bertingkat Pandan-Cheras-Ampang
- Lebuh Raya Guthrie-Damansara
- Lebuhraya Damansara-PJ
- Lebuhraya Pantai Barat (Banting-Taiping)
- Lebuh Raya Sg Dua-Juru
- Lebuh Raya Senawang
Menurut jawapan perdana menteri lagi, oleh kerana projek itu masih di peringkat awal, maka tiada maklumat mengenai kos dan butir-butir lain.
No comments:
Post a Comment