Monday, July 21, 2008

Anwar serah 8 dokumen pada BPR babitkan Gani dan Musa

Harakah Daily
Roy Rasul | Foto Wan Zahari Wan Salleh

Mon | Jul 21, 08 | 5:31:33 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Hrkh) � Ketua Umum Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerahkan lapan dokumen kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di ibu pejabatnya di Putra Jaya hari ini berhubung dakwaannya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pasukan mereka.

ImageDakwanya, Gani Patail dan Musa terlibat memalsukan keterangan beliau dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.

Anwar yang bercakap kepada kira-kira 50 wakil media yang menunggunya di luar pintu di Bangunan BPR sejak 10 pagi tadi berkata beliau, turut membawa kes jenayah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor terhadapnya.

Selain itu katanya, beliau juga mengemukakan dokumen mengenai ujian DNA beliau yang diambil pada tahun 1998 untuk menghina beliau.

"Saya berpuas hati kerana BPR mencatat semua keterangan dengan profesional dan mereka meminta dokumen dan saya berikan semua dokumen yang ada di tangan saya," katanya yang ditemani dua peguamnya, Sivarasa Rasiah dan Dato' Parakumarasan.

Beliau memberi keterangan selama lebih tiga jam kepada BPR.

ImageAnwar yang hadir di Ibu Pejabat BPR pada jam 9.30 pagi tadi memberi keterangan kali kedua selepas beliau hadir pada Rabu lepas berhubung laporan polis dibuatnya 1 Julai lalu.

Beliau memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam pada itu, ditanya mengenai fail saman RM5 juta terhadapnya oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan, hari ini, berkata beliau dengan senang hati beliau akan berhadapan kes tersebut di mahkamah.

Dalam sidang media yang sama, Anwar menafikan beliau "mempolitikkan" isu beliau dibogel ketika menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagaimana didakwa Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Syed Hamid Albar.

"Saya ditelanjang sewaktu pemeriksaan doktor dan kemaluan saya diukur.

Image"Saya diminta mengisi "borang mangsa rogol" di HKL minggu lepas semasa saya dibawa polis untuk pemeriksaan dalam siasatan dakwaan meliwat pembantu saya," ulanginya mengenai dakwaan beliau dibogel oleh HKL baru-baru ini.

Sementara itu, bercakap mengenai isu muzakarah PAS dan Umno, katanya, beliau menerimanya dengan baik.

Bagaimanapun katanya, beliau menyerahkan isu tersebut kepada Presiden KeADILan, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail. - mks._

Anwar ulangi tanding pilihan raya kecil

Harakah Daily
Zaili Muhammad

Mon | Jul 21, 08 | 5:20:32 pm MYT

JASIN, 21 Julai (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi pengumumannya bahawa beliau akan bertanding pada pilihan raya kecil yang akan diadakan dalam jangka masa yang terdekat ketika berceramah di Hamas, Simpang Kemendor, di sini.

"Sama ada kes berjalan atau tidak saya tetap akan bertanding, jika saya tidak ditangkap saya tentu sudah umumkan di mana tempat saya akan bertanding," katanya di hadapan 7,000 orang baru-baru ini.

Beliau menegaskan bahawa rakyat kini begitu terbeban dengan kenaikan harga minyak dan menyatakan lagi dua bulan tarif eletrik akan meningkat dua kali ganda, di mana bakal menyebabkan rakyat akan sengsara, peniaga kecil akan merosot, IKS banyak terkesan dan penganguran masa ini setengah juta akan mencecah 800,000 juta dalam dua atau tiga bulan lagi.

"Sebab itu saya bantah kenaikkan harga minyak ini, mereka tuduh saya populis, saya kata lebih baik populis untuk jaga rakyat daripada jaga kroni, saya fikir itu satu tanggungjawab dan bila kita perintah kita akan batalkan syarikat kroni ini.

"Kalau saya nak jadi Perdana Menteri, tahun 98 dulu ikut Mahathir ambil duit banyak mana pun sekarang saya dah jadi Perdana Menteri, kalau nak jadi kaya saya tak perlu susah-susah begini tapi sebab saya tengok politik Malaysia sudah kacau-bilau, siapa yang boleh percaya negara ini mengikut hukum dan undang-undang dengan hakim 'corect-corect'," ujarnya.

Seterusnya, beliau menjelaskan bahawa sekarang tiada yang mahu melabur, pasaran saham merudum dan rakyat kena buat perubahan untuk angkat kedudukan sebagai satu anggota keluarga besar untuk menjamin keselamatan negara ini.

"Kita mesti buat perubahan saya tak suruh masuk penjara, saya tak suruh berhenti kerja, saya hanya suruh tinggal Umno dan BN, saya tak minta kesusahan, saya minta kawan-kawan ambil pendekatan ini kerana tanpa perubahan ini kita tidak akan dapat menyelamatkan bangsa dan negara kita," kata Anwar.

Di samping itu, Anwar menyatakan bahawa beliau membangkitkan kembali mereka yang terlibat memfitnahnya pada tuduhan liwat kali pertama walaupun sudah memaafkan mereka kerana pihak tersebut memfitnah beliau kembali dan kali ini dia tidak akan memaafkan lagi. - mks.

Muzakarah hanya helah Umno selepas ditolak rakyat

Harakah Daily
Lanjusoh, Mohd Yusri Amin

Mon | Jul 21, 08 | 4:29:10 pm MYT

KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Kelantan menganggap isu muzakarah di antara pemimpin PAS dan Umno sebagai agenda politik Umno.

Ketuanya, Mohd Zaki Ibrahim berkata, Umno cuba untuk mengheret PAS menangani masalah dalaman parti tersebut setelah ditolak rakyat pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.

"Kenapa baru sekarang pemimpin Umno sibuk dengan isu muzakarah, sedangkan muzakarah ini telah dicadangkan oleh PAS sejak sekian lama tapi tidak pernah disambut Umno.

"Pernah PAS menghantar surat rasmi kepada Umno untuk mengadakan muzakarah tetapi tidak disambut. Kenapa semasa Umno kuat dahulu pemimpin mereka tidak sambut baik cadangan muzakarah.

"Dan kenapa sekarang dalam keadaan Umno nazak baru sibuk menghulur tangan untuk muzakarah dengan PAS," katanya ketika dihubungi di Kaherah, Mesir, hari ini.

Hari ini Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata, muzakarah bersama PAS telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan keagamaan dan orang Melayu.

Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan berkata, isu muzakarah merupakan satu tindakan licik politik Umno politik selepas Umno sedang tenat sekarang.

Katanya, Pemuda Kelantan mengharapkan agar pemimpin parti bersabar dan mengambil kira pandangan akar umbi parti sebelum berunding dengan Umno.

"Pimpinan juga kena ingat macam mana kelicikan politik Umno yang suatu masa dahulu melamar PAS bergabung dengan Umno untuk menyelesaikan masalah perbalahan dalam peristiwa 13 Mei 1969.

"Apabila PAS menyertai BN, Umno semakin kuat lalu mereka menendang keluar PAS dari BN. Cukup hebat tindakan licik Umno, adakah kita akan terkena tendangan kedua selepas ini,"katanya.

Sehubungan itu kata beliau Dewan Pemuda PAS Kelantan menyokong penuh pendirian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu muzakarah dengan Umno dengan meletak syarat tertentu.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, semua keputusan bermuzakarah perlu difikir bersama.

Katanya, tidak sepatutnya berlaku perselisihan dalam sesuatu isu apabila pemimpin tertinggi membuat keputusan mengenainya.

"Ahli dan penyokong parti hendaklah menerima segala keputusan dibuat kerana kita sayangkan parti bagi membangunkan negara,"katanya. - mj/mks. _

Saiful bukan gay, bapa Saiful mahu Anwar jalani ujian DNA

mStar Online
21-07-2008 07:49:28 PM

oleh NURUL AIN HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan bukan gay demikian komen peguamnya, Zamri Idrus ketika ditanya adakah Saiful seorang pengamal homoseks atau gay?

Zamri menegaskan anak guamnya itu bukan seorang gay.

Sementara itu, ayah Saiful, Azlan Mohd Lazim mahu Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberi sampel DNA bagi melengkapkan siasatan polis.

Beliau berkata, Anwar sudah terlalu banyak memberi alasan dan berdolak-dalik berhubung siasatan dalam kes terbabit.

"Demi membela Mohd Saiful yang menjadi mangsa bekas majikannya, saya dan keluarga menuntut dengan setegasnya kepada individu terbabit (Anwar), supaya memberika kerjasama sepenuhnya dalam penyiasatan polis," katanya.

Dalam kenyataan media yang diedarkan kepada pemberita Azlan mahu, suspek (Anwar) tampil ke hadapan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi membantu siasatan terutama berhubung ujian DNA.

Menurutnya, Saiful mengambil sikap berani kerana benar dan beliau telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Perkara tersebut terkandung dalam kenyataan lima perenggan Azlan yang dibacakan oleh peguam Saiful, Zamri Idrus dalam satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.

Azlan turut mempertahankan laporan polis yang Saiful diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 26 Jun lalu.

Beliau (Azlan) turut melahirkan rasa sedih anaknya, Mohd Saiful dilakukan sedemikian (diliwat) oleh Anwar.

"Saiful berkali-kali menyebut kepada saya dan keluarga kami bahawa bertindak begini kerana kebenaran dan kepada Allah SWT supaya menunjukkan kebenaran itu."

"Yang penting saya dan keluarga memohon kepada pihak berwajib membawa individu yang terlibat ke muka pengadilan secepat mungkin," katanya.

Dalam kenyataan media yang ditandatangani oleh Azlan itu turut menyatakan kesediaan anaknya (Saiful) untuk bersumpah menurut cara Islam yang sebenar-benarnya.

"Saiful bersedia bersumpah di masjid dengan disaksikan para ulama demi membuktikkan kebenaran bahawa beliau diliwat seperti yang dilaporkannya kepada polis," katanya.

Ketika ditanya bila tarikh Saiful akan bersumpah (mubahalah) di dalam masjid seperti yang dinyatakan, peguam Saiful itu berkata semuanya bergantung siasatan kepada polis.

"Kita tidak dapat memberikan tarikhnya sekarang, semuanya bergantung kepada siasatan polis," kata Zamri yang dilantik mewakili Saiful jika kes tersebut di bawa ke mahkamah.

Menurut Zamri, ayah Saiful tidak dapat hadir dalam sidang media itu kerana beliau mempunyai hal lain.

Ketika ditanya adakah sidang media yang diadakan ini timbul kerana tidak puas hati terhadap siasatan polis terhadap kes tersebut, Zamri berkata:

"Bapa Saiful sangat berpuashati terhadap siasatan polis, cuma beliau tidak berpuashati terhadap suspek (Anwar) yang sering menyangkal dan dolak-dalik dalam memberikan kerjasama dalam kes ini," kata Zamri.

Zamri menjelaskan, bahawa beliau telah melihat laporan polis yang telah dibuat oleh Saiful pada 26 Jun lalu.

"Ya, saya telah melihat laporan polis yang di buat oleh Saiful," kata Zamri yang enggan mendedahkan kandungan laporan polis yang di lihatnya itu.

Ditanya sama ada beliau yakin terhadap laporan polis yang dibuat oleh Saiful.

"Saya yakin kerana beliau adalah anak guam saya. Jangan tanya saya lebih dari itu kerana ia hanya menggangu penyiasatan polis," katanya.

Ditanya mengenai bila kali terakhir menemui Saiful, Zamri berkata:

"Saya menemuinya beberapa hari yang lalu. Beliau (Saiful) sihat," kata Zamri dan beliau enggan mengulas lanjut.

Ditanya sama ada Saiful dibayar sejumlah wang oleh pihak tertentu bagi mengaku diliwat Anwar, Zamri menegaskan perkara tersebut adalah tidak benar dan tidak pernah dinyatakan kepadanya.

Mengenai gambar Saiful bersama beberapa menteri dan pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak, Khairil Anas, Zamri berkata:

"Gambar sesiapa sahaja boleh ambil, ia boleh diambil sebagai memori kerana Saiful memegang peranan sebagai ketua pelajar semasa beliau menuntut di Uniten."

Beliau turut menyatakan Saiful berada dalam keadaan selamat dan polis memberi perlindungan kepada beliau.

Dalam pada itu, bapa saudara Saiful yang dikenali sebagai, Uncle Pat turut hadir dalam sidang akhbar tersebut.

Beliau melahirkan keyakinan terhadap laporan polis yang dibuat anak saudaranya Jun lalu.

"Saya kenal anak saudara saya (Saiful). Saya yakin kepadanya dan tahu dia tidak berbohong," kata Pat.

Karpal Fail Notis Usul Panggil Semula Balasubramaniam Beri Keterangan Dalam Kes Bunuh Altantuya

21 Julai, 2008 19:21 PM

SHAH ALAM, 21 Julai (Bernama) -- Peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya Shaariibuu, memfailkan notis usul bagi memanggil semula penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes bunuh wanita Mongolia itu selain meminta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta tiga yang lain menjadi saksi dalam kes berprofil tinggi itu.

Karpal Singh memfailkan notis usul itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 3 petang ini.

Di dalam notis usul itu, Karpal Singh memohon mahkamah menggunakan peruntukan Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah bagi memanggil semula Balasubramaniam yang merupakan saksi pertama pendakwaan untuk memberi keterangan.

Karpal Singh juga memohon mahkamah mengguna pakai seksyen yang sama untuk memerintahkan Najib, pegawai polis DSP Musa Safri, dan Ketua Bahagian Jenayah balai polis Brickfields DSP Idris, serta peguam Dhiren Rene Norendra menjadi saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu.

Selain itu Karpal Singh juga memohon satu perintah untuk menangguhkan semua prosiding kes perbicaraan Altantuya pada Rabu ini sementara menunggu keputusan permohonan beliau.

Dalam notis usul itu Karpal Singh mempertikaikan keterangan Balasubramaniam dalam perbicaraan kes bunuh tersebut sebelum ini, kerana Balasubramaniam membuat Akuan Berkanun pada 1 Julai lepas yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri serta tiga individu berkenaan.

Bagaimanapun Karpal Singh mendakwa melalui satu lagi Akuan Berkanun bertarikh 4 Julai, Balasubramaniam menarik balik keseluruhan kandungan akuan kanun yang pertama itu dengan alasan bahawa beliau dipaksa mengikrarkan akuan berkanun pertama.

Karpal Singh berkata adalah amat penting untuk mahkamah menentukan sama ada kenyataan di dalam akuan berkanun pertama itu benar dan sekiranya benar, mahkamah perlu memanggil semula Balasubramaniam dan memerintahkan Najib untuk memberi keterangan bagi memberi keputusan yang adil dalam kes itu.

Notis usul itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin pada Rabu ini sebelum mahkamah mendengar hujahan kedua-dua pihak di akhir kes pendakwaan.

Pada 23 Jun lepas, pihak pendakwaan telah menutup kes bunuh wanita Mongolia itu setelah memanggil seramai 84 saksi termasuk Balasubramaniam untuk memberi keterangan dalam perbicaraan yang memakan masa selama 124 hari.

Mohd Zaki menetapkan perbicaraan disambung semula pada Rabu ini bagi membolehkan kedua-dua pihak mengemukakan hujahan.

Kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian hingga ke peringkat antarabangsa itu melibatkan Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 37, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas, yang dituduh membunuh Altantuya, 28, antara 10 malam, 19 Okt 2006 dan 1 pagi keesokannya, di satu kawasan di Bukit Raja dekat sini.

Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, pula dituduh bersubahat dengan mereka. Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

Anwar Sambung Beri Keterangan Di BPR

21 Julai, 2008 17:36 PM

PUTRAJAYA, 21 Julai (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir buat kali kedua di ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah di sini hari ini bagi menyambung keterangannya mengenai laporan beliau kepada polis mendakwa berlaku penyalahgunaan kuasa oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Beliau tiba pada pukul 9.50 pagi diiringi oleh peguam, R. Sivarasa.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Anwar melahirkan rasa puas hati kerana berpeluang untuk memberi keterangan dan dokumen mengenai dakwaan beliau kononnya Abdul Gani dan Musa, antaranya, memalsukan keterangan dalam satu kes melibatkan beliau 10 thun lepas.

Anwar berkata BPR telah membuat liputan dan laporan yang profesional berhubung kes itu.

Ketika diminta mengulas mengenai muzakarah antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pemimpin tertinggi PAS, Anwar berkata adalah jelas bahawa kemunculan beliau dianggap sebagai satu ancaman politik.

"Jelas bahawa saya dilihat sebagai ancaman politik, kerana Pakatan Rakyat mempunyai perancangan dan kami akan teruskan (perancangan), dan saya percaya kami boleh melakukannya. Pengumuman akan dibuat sedikit masa lagi," katanya.

-- BERNAMA

Kabinet Bincang Kewajaran Pembelian Mercedes Oleh Kerajaan Terengganu

21 Julai, 2008 16:20 PM

LUMUT, 21 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kabinet akan membincangkan kewajaran pembelian 14 kereta Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi baru anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu.

"Dasar kita selama ini semua kementerian kerajaan pusat dan kerajaan negeri dikehendaki menggunakan kereta nasional," katanya ketika diminta mengulas pembelian kenderaan itu oleh kerajaan negeri Terengganu bagi menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 Executive bertujuan menjimatkan perbelanjaan tahunan.

Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Industri Pertahanan Malaysia (MIPM) di Pangkalan TLDM di sini hari ini.

Beliau berkata dasar yang diamalkan sebelum ini mengkehendaki kementerian dan kerajaan negeri menggunakan kereta nasional.

"Saya guna kereta nasional dan Perdana Menteri pun gunakan kereta nasional," katanya.

Semalam, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata pembelian kenderaan itu tidak menggunakan wang royalti minyak dan ia sudah lama dirancang bagi menggantikan kenderaan rasmi yang telah berusia empat tahun.

Ahmad berkata kerajaan negeri terpaksa membuat pembelian tersebut ekoran kos penyenggaraan Proton Perdana terlalu tinggi kerana mudah rosak dan tidak tahan untuk perjalanan jauh.

Sementara itu, Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata syarikat-syarikat industri pertahanan negara digalakkan bergabung bagi menjadikan mereka lebih kukuh dalam industri berkenaan.

Katanya, gabungan dan kerjasama telah menyaksikan pengeluaran pesawat kawalan jauh (UAV) taktikal buatan Malaysia apabila Composites Technology Research Malaysia (CTRM), System Consultancy Services (SCS) dan Ikramatik System melalui Konsortium UST Sdn Bhd (UST) berjaya menghasilkannya.

Beliau berkata UAV buatan Malaysia itu akan digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak lama lagi dan pesawat itu juga akan dieksport ke negara serantau dan pasaran antarabangsa.

Mengenai MIPM, Najib berkata ia adalah mekanisme bagi mengajak bersama syarikat swasta yang terlibat dengan industri pertahanan untuk membincangkan langkah dan kaedah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan industri pertahanan negara mampan dan berdaya maju.

MIPM dianggotai oleh 130 buah syarikat.

-- BERNAMA

Musa Kemuka Saman Malu Terhadap Anwar

21 Julai, 2008 13:07 PM

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini memfailkan saman malu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung laporan polis terhadapnya atas dakwaan memalsukan keterangan dalam kejadian "mata lebam" 10 tahun lepas.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui peguamnya Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Redzuan Merican.

Musa menuntut ganti rugi dalam jumlah yang tidak dinyatakan dan juga injunksi untuk melarang Anwar daripada mengulangi dakwaan itu.

Laporan polis oleh Anwar itu turut mengaitkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

-- BERNAMA

Pembantu Jualan Kedai Emas Mati Ditembak

21 Julai, 2008 12:57 PM

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Seorang jurujual kedai emas Tomei mati ditembak dalam satu kes rompakan Ahad malam di pusat membeli-belah Carrefour Wangsa Maju di sini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah, wanita berusia 26 tahun itu ditembak di bahagian belakang pinggang oleh seorang lelaki apabila cuba melarikan diri ke dalam bilik setor ketika kejadian itu berlaku pada kira-kira 8.30 malam.

Mangsa meninggal dunia semasa dimasukkan ke Hospital Gleneagles di sini.

"Ketika kejadian tiada pelanggan di kedai emas tersebut dan hanya lima orang pekerja dan seorang pengawal keselamatan yang bertugas, namun disebabkan oleh rasa panik, pengawal tersebut tidak mampu membuat apa-apa semasa kejadian itu.

"Ada lima orang suspek dalam rompakan tersebut empat daripadanya yang melakukan rompakan manakala seorang lagi menunggu di dalam kenderaan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Ku berkata suspek berjaya melarikan diri bersama barang kemas yang dianggarkan bernilai RM500,000 dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira berwarna hitam sebelum membakar keretanya di Seksyen 6 Jalan 8 Wangsa Maju beberapa minit selepas kejadian.

Polis tidak menolak kemungkinan kereta itu ialah kereta curi, kata beliau.

Katanya siasatan masih dijalankan dan identiti pemilik kereta belum disahkan. Polis akan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai tersebut.

Sementara itu, seorang pembantu jualan di kedai bersebelahan yang hanya ingin dikenali sebagai Azian, 32, berkata beliau mendengar bunyi tembakan yang kuat dan cermin pecah sebelum ternampak tiga lelaki memakai topeng melarikan diri ke arah eskalator.

Salah seorang daripanya berbadan tinggi dan memakai baju berwarna hijau, katanya.

-- BERNAMA

Hamilton takes hard-fought win in German Grand Prix

McLaren’s Lewis Hamilton scored the fourth victory of his 2008 season here at Hockenheim on Sunday - and he did it the hard way. For the first 34 laps he ran away and hid from his pursuers, led by Ferrari’s Felipe Massa, but then Timo Glock ran hard into the pit wall after the right-rear suspension of his Toyota appeared to fail, and all hell broke loose.

The safety car was deployed as the shards of debris were cleared, and the moment the pit lane opened there was a rush to refuel for the final stints. In came everyone, apart from Hamilton, BMW Sauber’s Nick Heidfeld and Renault’s Nelson Piquet had just been in when Glock crashed.

Suddenly, the complexion of the race had changed totally, for Hamilton was still stuck behind the safety car and the rest had a clear run at him and a pit stop in hand. But his trump card was the presence of Heidfeld in second place and Piquet third, ahead of his sternest challenger, Massa.

By the 50th lap Hamilton had opened a lead of 15.7s over Massa in fourth place, but it was far from enough. He needed 23. As he finally refuelled he fell to fifth place, behind Heidfeld, Piquet, Massa and McLaren team mate Heikki Kovalainen.

Kovalainen soon succumbed, on lap 52. Then Heidfeld stopped to refuel on lap 53. So now it was Piquet leading, with Hamilton thirsting after Massa. Down came the gap, from just under four seconds to virtually nothing, and on the 57th lap the Brazilian fell prey to the Englishman as they braked for the hairpin. He fought back valiantly two corners later, but Hamilton was not in any mood to be denied, and now only Piquet stood between him and victory.

Lap by lap he hunted down his old GP2 adversary, until the inevitable happened, again at the hairpin. By the flag he was 5.5s clear, and four points ahead of a resigned Massa in the title stakes - 58 to 54.

Piquet clung on to the place fortune had gifted him - for the first half of the race he was down in 14th place - and Massa fended off Heidfeld in the closing stages to take the final podium position.

Kovalainen clung on for fifth ahead of fellow Finn Kimi Raikkonen, whose subdued sixth place earned him three points after he had overtaken BMW Sauber’s Robert Kubica and left him third overall on 51 points. Kubica has 48, for fourth.

The final point went to Sebastian Vettel after a feisty run for Toro Rosso saw him see off the likes of Toyota’s Jarno Trulli and Renault’s Fernando Alonso, who were ninth and 11th after the latter spun at the hairpin late in the race. Nico Rosberg was 10th for Williams, embroiled in the fight late in the race.

Sebastien Bourdais was also close to Alonso by the finish in the second Toro Rosso, and the Frenchman was followed home by Red Bull’s David Coulthard, who made a poor start and later survived a brush with Rubens Barrichello which resulted in the Honda’s demise. Giancarlo Fisichella was 14th for Force India, ahead of Williams’ Kazuki Nakajima, Force India’s Adrian Sutil and Honda’s Jenson Button, who ran into mechanical trouble and finished last.

Mark Webber’s Red Bull lost its engine as the safety car was deployed, and Glock was taken to hospital for precautionary checks after his heavy backward impact with the pit wall, but is okay.

What had looked set to be a low key race literally exploded into life due to Glock’s crash and McLaren’s gamble in keeping Hamilton out when everyone else pitted. Luckily for McLaren, Hamilton had the ability to make sure the gamble paid off.

GERMANY GRANDPRIX RESULT

Pos No Driver Team Laps Time/Retired Grid Pts
1 22 Lewis Hamilton McLaren-Mercedes 67 1:31:20.874 1 10
2 6 Nelsinho Piquet Renault 67 +5.5 secs 17 8
3 2 Felipe Massa Ferrari 67 +9.3 secs 2 6
4 3 Nick Heidfeld BMW Sauber 67 +9.8 secs 12 5
5 23 Heikki Kovalainen McLaren-Mercedes 67 +12.4 secs 3 4
6 1 Kimi Räikkönen Ferrari 67 +14.4 secs 6 3
7 4 Robert Kubica BMW Sauber 67 +22.6 secs 7 2
8 15 Sebastian Vettel STR-Ferrari 67 +33.2 secs 9 1
9 11 Jarno Trulli Toyota 67 +37.1 secs 4
10 7 Nico Rosberg Williams-Toyota 67 +37.6 secs 13
11 5 Fernando Alonso Renault 67 +38.6 secs 5
12 14 Sebastien Bourdais STR-Ferrari 67 +39.1 secs 15
13 9 David Coulthard Red Bull-Renault 67 +54.9 secs 10
14 8 Kazuki Nakajima Williams-Toyota 67 +60.0 secs 16
15 20 Adrian Sutil Force India-Ferrari 67 +69.4 secs 19
16 21 Giancarlo Fisichella Force India-Ferrari 67 +84.0 secs 20
17 16 Jenson Button Honda 66 +1 Lap 14
Ret 17 Rubens Barrichello Honda 50 Accident damage 18
Ret 10 Mark Webber Red Bull-Renault 40 Oil leak 8
Ret 12 Timo Glock Toyota 35 Accident 11

Fisichella originally finished 14th, but had 25 secs added to his race time for illegally unlapping himself under the safety car


CURRENT TEAM POSITION

Pos Team Points
1 Ferrari 105
2 BMW Sauber 89
3 McLaren-Mercedes 86
4 Toyota 25
5 Red Bull-Renault 24
6 Renault 23
7 Williams-Toyota 16
8 Honda 14
9 STR-Ferrari 8
10 Force India-Ferrari 0
11 Super Aguri-Honda 0

Note - Super Aguri withdrew from the championship after round four.


CURRENT DRIVER POSITION

Pos Driver Nationality Team Points
1 Lewis Hamilton British McLaren-Mercedes 58
2 Felipe Massa Brazilian Ferrari 54
3 Kimi Räikkönen Finnish Ferrari 51
4 Robert Kubica Polish BMW Sauber 48
5 Nick Heidfeld German BMW Sauber 41
6 Heikki Kovalainen Finnish McLaren-Mercedes 28
7 Jarno Trulli Italian Toyota 20
8 Mark Webber Australian Red Bull-Renault 18
9 Fernando Alonso Spanish Renault 13
10 Rubens Barrichello Brazilian Honda 11
11 Nelsinho Piquet Brazilian Renault 10
12 Nico Rosberg German Williams-Toyota 8
13 Kazuki Nakajima Japanese Williams-Toyota 8
14 David Coulthard British Red Bull-Renault 6
15 Sebastian Vettel German STR-Ferrari 6
16 Timo Glock German Toyota 5
17 Jenson Button British Honda 3
18 Sebastien Bourdais French STR-Ferrari 2
19 Giancarlo Fisichella Italian Force India-Ferrari 0
20 Takuma Sato Japanese Super Aguri-Honda 0
21 Adrian Sutil German Force India-Ferrari 0
22 Anthony Davidson British Super Aguri-Honda 0

Note - Super Aguri withdrew from the championship after round four.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...