Friday, February 18, 2011

Mahkamah isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang tidak kosong

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan tiada kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang dan Badrul Hisham Abdullah kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri. - BERNAMA

23 pramugari tuntut gaji tertunggak RM92,000

Seramai 23 pramugari Malaysia di sebuah syarikat penerbangan yang berpengkalan di Jeddah, Arab Saudi hari ini menuntut pembayaran gaji dan elaun mereka yang tertunggak sejak empat bulan lalu.

Menurut wakil mereka, sejak November lalu, syarikat penerbangan swasta itu tidak membayar gaji mereka sebanyak SAR$5,000 (RM4,000) sebulan serta pelbagai elaun yang dijanjikan dalam kontrak pekerjaan.

NONE"Kami sudah ambil tindakan awal, termasuk mendesak. Kami menerima respons (daripada majikan), tetapi bukan respons yang baik," kata gadis 30 tahun itu yang enggan identitinya didedahkan.

"Bila bekerja, sudah tentu kami mahu dibayar."

Bercakap dalam sidang media di pejabat biro aduan komuniti Pemuda Umno di ibu negara, beliau berkata akibat kegagalan syarikat itu (nama tidak didedahkan) membuat bayaran itu, seramai 32 daripada mereka menghadapi masalah kewangan.

"Kalau sebulan gaji tidak dibayar sudah menjadi masalah. Bila jadi, bayaran kredit kad contohnya, bila tidak dibayar, bunganya meningkat bertimbun-timbun," katanya.

Turut hadir beberapa anggota keluarga mangsa dan pengerusi biro aduan pergerakan itu Datuk Muhd Khairun Aseh.

Bincang di Jeddah
Daripada kesemua pramugari Malaysia di syarikat penerbangan tersebut, 29 daripada mereka meminta bantuan Pemuda Umno bagi menyelesaikan masalah itu.

Kecuali seorang, semua pramugari tersebut masih berada di Jeddah dan tidak lagi diberikan sebarang tugas.

NONESementara itu, Muhd Khairun(tengah, berkemeja putih) pula berkata, setelah mendapat aduan tersebut, pihaknya pergi ke Jeddah dan berbincang sendiri dengan kesemua pramugari terbabit pada 11 Februari lalu.

Hasil perbincangan dua jam, tambahnya, biro itu bersedia menawarkan bantuan menjadi orang tengah menuntut pembayaran itu dan membawa pulang pramugari berkenaan ke Malaysia sekiranya perlu.

"Kita beri masa tujuh hari, mulai hari ini, supaya bayaran tersebut dilunaskan. 

"Jika tidak, memandangkan kontrak dicabuli, kita akan berusaha membawa mereka pulang ke pangkuan keluarga," katanya sambil memberitahu akan meneruskan dengan tindakan undang-undang.

Muhd Khairun juga berkata, janji kosong syarikat itu bermula sejak April tahun lepas apabila gaji mula lewat dibayar.

SPR umum tarikh p'raya kecil Kerdau Ahad ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau Ahad ini di Kuching semasa ia mengadakan perjumpaan dengan parti-parti politik di Sarawak sebagai persediaan untuk pilihan raya negeri.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata anggota SPR akan berhimpun di Kuching Sabtu ini untuk mengadakan siri perjumpaan dengan pemimpin parti-parti politik atau wakil mereka, khususnya untuk memberikan taklimat mengenai peraturan pilihan raya.

"Ini akan diikuti dengan mesyuarat khas SPR mengenai PRK Kerdau pada keesokan harinya untuk memutuskan tarikh pilihan raya kecil bagi (DUN) Kerdau, Pahang," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Wan Ahmad berkata mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof. Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim dari BN Sabtu lepas.

"Selain daripada mesyuarat parti-parti politik dan mesyuarat khas SPR mengenai PRK Kerdau, SPR juga akan mengadakan siri mesyuarat lain di Sarawak pada minggu depan, yang termasuk mesyuarat bulanannya. Alasan bagi kami mengadakan mesyuarat di Kuching kerana kami tidak mahu membazir masa," katanya.

Selain itu, Wan Ahmad turut mengesahkan semua pegawai SPR di Sarawak akan menjalani kursus latihan selama dua minggu pada Mac sebagai persiapan menghadapi pilihan raya negeri selepas selesainya pilihan raya kecil DUN Merlimau, Melaka pada 6 Mac.

Kursus itu akan diadakan di semua 71 kawasan di negeri itu bagi pegawai pilihan raya, timbalan pegawai pilihan raya dan kerani pilihan raya.

Walaupun terdapat spekulasi yang pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan dalam waktu terdekat kerana penggalnya sekarang tamat pada 24 Julai, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih belum memberikan isyarat nyata bila Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan.

Dua hari lepas, Taib, yang akan genap 30 tahun memegang jawatan Ketua Menteri pada 26 Mac ini, menyangkal desas-desus yang beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri pada minggu ini. SPR disyaratkan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

Suruhanjaya itu dilaporkan telah memperuntukkan RM45 juta bagi pilihan raya negeri akan datang.

Parti-parti politik dan pemimpin dari negeri itu dan pusat sudahpun mula berkampung Sarawak untuk membuat persediaan bagi pilihan raya negeri dengan BN akan mengadakan konvensyennya pada 6 Mac di Kuching.

BN Sarawak menguasai 63 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 71 kerusi, dengan 35 kerusi dipegang Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), 12 oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan masing-masing lapan kerusi oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP).

Bagi baki lapan lagi kerusi, DAP menguasai enam, Parti Keadilan Rakyat satu, dan satu lagi oleh wakil rakyat Bebas.

BN dijangka mengekalkan kuasa dengan majoriti selesa walaupun parti-parti pembangkang, terutamanya DAP cuba menawan lebih banyak kerusi di kawasan bandar.

Pada 2006, Dewan Undangan Negeri dibubarkan pada 24 April dengan penamaan calon diadakan pada 9 Mei dan pengundian 20 Mei.

Thursday, February 17, 2011

Tol PJ Selatan di NPE dikurangkan

Kadar tol Petaling Jaya Selatan (PJS) 2 di Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Kuala Lumpur akan dikurangkan daripada RM1.60 kepada RM1.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, kadar baru tol berdekatan Taman Medan dan menghala ke Bandar Sunway itu akan mula berkuat kuasa selepas pukul 12 tengah malam ini.

NONE"Saya sudah janji bahawa kita akan buat terbaik untuk rakyat dan ini adalah contoh apa yang kita buat adalah demi rakyat," katanya semasa berucap pada Pesta Chap Goh Meh anjuran BN Selangor.

Menurut Najib lagi, pengurangan kadar tol ini merupakan salah satu daripada contoh usaha gigih kerajaan, yang sejajar dengan konsep 1Malaysia. 

"Ini satu lagi contoh bahawa kerajaan akan buat yang terbaik untuk rakyat Selangor dan Malaysia," katanya dan disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 2,500 hadiran.

Pada Februari 2009, kerajaan mengumumkan bahawa kutipan tol di Plaza Tol PJS 2 lebuhraya itu, arah ke Kuala Lumpur dimansuhkan.

Lebuhraya Baru Pantai sepanjang 19.5 kilomteer dibuka sejak 30 April 2004.

Ia bernilai RM1.2 bilion dan dikendalikan oleh syarikat konsesi New Pantai Express Way Sdn Bhd.

PM: Tak ada rombakan Kabinet

Datuk Seri Najib Razak hari ini menolak ura-ura kononnya beliau akan membuat rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

"Siapa yang buat rumours ini?" kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan program pemantapan dan pemasyarakatan Dewan Negara, Parlimen Malaysia di Dewan Bankuet, Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Spekulasi yang tersebar dalam twitter dan blog tertentu semalam mencetuskan kekalutan pihak media yang cuba mendapatkan pengesahannya.

Satu portal berita malahan menyatakan dua timbalan menteri akan dinaikkan pangkat manakala seorang ketua parti politik akan turut dilantik sebagai menteri.

Najib berkata, rombakan Kabinet boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja atau pun tidak diadakan langsung. 

Ong dapat sokongan Abdul Ghani di Pandan

Walaupun kehilangan sokongan dari bahagian partinya sendiri, namun bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mendapat sokongan ketua Umno bahagian Pandan yang digantung serta ketua bahagian Gerakan, dalam usahanya mempertahankan kerusi parlimen Pandan yang diwakilinya, dalam pilihanraya umum akan datang.

ong tee keat pandan mp supporters dinner 2Pencalonan Ong dipersoalkan oleh timbalan ketua Umno bahagian Pandan, Iszeham A Hamid, yang kini menjadi pemangku ketua, tetapi ketua bahagian yang digantung, Datuk Abdul Ghani Ismail memberikan sokongan kepada Ong.

"Beliau turun padang. Ia akan menjadi satu kerugian kepada BN jika beliau tidak dicalonkan," kata Abdul Ghani ketika dihubungi semalam.

Abdul Ghani digantung daripada jawatan ketua bahagian selepas beliau didakwa atas tuduhan rasuah. Perbicaraan kes tersebut masih berjalan.

Bagaimanapun, beliau kekal sebagai penyelaras BN Chempaka, iaitu salah satu daripada dua kerusi negeri dalam parlimen Pandan.

"Saya tidak peduli sama ada ianya Umno, MCA atau Gerakan (bertanding kerusi tersebut), asalnya calonnya boleh menang.

"Masih ramai yang boleh menerima Ong (sebagai ahli parlimen mereka). Beliau masih mendapat sokongan," katanya.

Beliau membidas pengkritik Ong dengan berkata, "jika anda tidak bekerja dan tidak turun padang, tutup mulut".

Ditanya mengenai saranan Iszeham kepada Perdana Menteri yang juga pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu, dengan menawarkan 'penyelesaian' bagi menangani isu calon di Pandan, Abdul Ghani berkata pesara pegawai tentera itu tidak faham akar umbi.

"Apa yang dia tahu? Dia adalah seorang veteran. Ia sangat mudah. Jika Umno boleh buat lebih baik daripada Ong, silakan (untuk mendapatkan kerusi tersebut)."

Abdul Ghani berkata 'penyelesaian' yang disebut itu, hanya merupakan pandangan peribadi Iszeham yang disifatkannya sebagai "syok Sendiri".

Wednesday, February 16, 2011

Universiti Industri Selangor kini jadi Universiti Selangor

SHAH ALAM 16 Feb. – Kerajaan negeri Selangor hari ini mengumumkan penukaran nama Universiti Industri Selangor (Unisel) kepada Universiti Selangor berkuat kuasa serta merta. – Utusan

Rombakan Kabinet: Awang Adek & Palanivel Diangkat Menteri Penuh?

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein dan Presiden MIC, Senator Datuk G. Palanivel disebut-sebut akan dilantik sebagai menteri penuh dalam rombakan kecil kabinet yang khabarnya bakal diumumkan lewat petang ini.
Palanivel adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan pada 6 Disember tahun lalu diangkat sebagai presiden MIC menggantikan Datuk Seri S. Samy Vellu yang mengundurkan diri selepas 31 tahun menerajui parti itu.
Seorang lagi yang disebut-sebut bakal dilantik ke jawatan menteri penuh ialah Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir.
Mukhriz baru sahaja dilantik sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.
MStar Online difahamkan, sekiranya rombakan tersebut berlaku, pejabat Perdana Menteri akan mengeluarkan satu kenyataan penuh menjelang lewat petang ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kini sedang mempengerusikan mesyuarat mingguan Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana, Jabatan Perdana Menteri.
Sehingga berita ini ditulis, adalah tidak diketahui siapakah yang akan digugurkan dari senarai kabinet Najib jika rombakan kabinet mengambil tempat.
Juga tidak diketahui apakah dengan pelantikan Palanivel, Datuk Dr S. Subramaniam yang buat masa ini menyandang jawatan Menteri Sumber Manusia akan terus kekal dalam kabinet Najib.
Subramaniam adalah satu-satunya wakil MIC dalam kabinet kerajaan persekutuan. Beliau kini adalah timbalan presiden MIC.
Khabar mengenai rombalan kabinet telah berulang kali disebut tetapi tidak menjadi kenyataan.

Hanya 3 Melayu antara 20 individu terkaya di M'sia

Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, lapor majalah perniagaan 
Malaysian Business.

azlanMenurut majalah terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu.

Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI.

Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang - lima lebih ramai berbanding tahun lalu.

Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera.

mokhzani mahathirMereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.

Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir (kanan) dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.

Terus mendahului senarai itu adalah Tan Sri Robert Kuok, dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala Tan Sri T Ananda Krishnan di tangga kedua dengan RM45.78 bilion.

Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank pula naik ke tangga ketiga dengan kekayaan diramalkan pada RM12.77 bilion. Tempat keempat adalah pemilik IOI Corporation Bhd - Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM12.74 bilion. 

Kedudukan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting kekal pada tangga kelima pada nilaiRM10.89 bilion manakala pemilik Kumpulan Hong Leong - Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keenam pada RM10.75 bilion.

Azizah: Baju saja tak semahal itu

residen PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail cuma ketawa terhadap dakwaan pemimpin Umno bahawa beliau memakai pakaian terlalu mewah semasa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri.

pkr convention 281110 wan azizah wan ismailDitemui Malaysiakini hari ini, Wan Azizah (kanan) menafikan mengamalkan gaya hidup mewah, tetapi mengakui pakaiannya sedikit mahal ketika suaminya berada dalam kerajaan, berbanding sekarang.

Sambil berjenaka, Wan Azizah berkata, beliau gembira orang menganggapnya berpakaian dengan elok walaupun tidak mahal.

Dalam ceramah di Bayan Baru semalam, bekas setiausaha Pemuda PKR Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang "gaya hidup mewah" Wan Azizah dalam sebahagian ceramah 90 minitnya.

Lokman berkata ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri sehingga 1998, Wan Azizah membelanjakan banyak wang untuk kelengkapan pakaiannya bagi menghadiri pelbagai jamuan makan malam rasmi dengan suaminya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...