Sunday, October 2, 2011

Karpal: Saya tak boikot sambutan 60 tahun PAS

Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh menafikan bahawa beliau memulaukan majlis penutupan sambutan ulang tahun ke-60 PAS di Kepala Batas malam tadi.

Pas 60th anniversary at kepala batas, penangKatanya, keadaan kesihatan yang kurang memuaskan memaksa beliau tidak hadir dan perkara itu telah dimaklumkan kepada ibu pejabat DAP semalam. Karpal pada upacara malam semalam sepatutnya dijadualkan berucap kepada kira-kira 10,000 hadirin bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Menurutnya lagi, perkara itu bukan disengajakan ataupun beliau mempunyai niat untuk mengelakkan atau memboikot PAS dan penyokong parti itu.

Semalam, pemimpin-pemimpin kanan PAS dan DAP tidak dapat memberikan jawapan mengenai ketidakhadiran Karpal. Majlis profil tinggi itu malam tadi, turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir.

Hadir sama adalah presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang; timbalannya Mohamad Sabu; mursyidul am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin kanan lain parti itu.

Pas 60th anniversary at kepala batas, penang"Saya telah memberitahu ibu pejabat bahawa saya tidak sihat baik ... bukan, ini bukan boikot," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Sebelum ini, timbul ura-ura ketidak-hadiran Karpal ada kaitan dengan kontroversi baru-baru ini berhubung desakan PAS untuk melaksanakan hukum hudud.

Presiden MCA: Tee Keat patut letak jawatan



Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata bahawa Datuk Seri Ong Tee Keat perlu meletak jawatan jika dia tidak yakin terhadap parti itu lagi.

spad meeting mca and jalan sultan shop owners 230811 chua soi lek"Jika awak mempunyai apa-apa integriti (dan) tidak lagi yakin terhadap parti, awak sepatutnya letakkan jawatan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat agung tahun ke-58 MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur.

Bagaiamanapun, Chua kemudiannya menafikan bahawa beliau meminta Ong untuk meletakkan jawatan dari parti atau 

sebagai ahli parlimen.

Soalan: Adakah awak maksudkan berundur dari parti?

Chua:
 Tidak ... Letak jawatan dan berundur dari parti adalah berbeza.

S: Awak mahu dia letakkan jawatan sebagai ahli parlimen?

Chua: Tidak, saya tidak minta beliau letakkan jawatan sebagai ahli parlimen.

Chua kemudiannya berkata terpulang kepada "kebijaksanaan" Ong untuk membuat keputusan seterunya. Ulanginya, jika bekas presiden MCA itu tidak lagi yakin dengan parti Cina itu, beliau tidak seharusnya berkhidmat di bawah nama parti.

NONE"Jadi saya membuat satu kenyataan yang membentuk satu premis, bagaimana beliau membentuk kesimpulan adalah terpulang kepadanya."



Chua mengulas kenyataan Ong baru-baru ini yang mengatakan bahawa MCA sudah tidak lagi menjadi relevan.

Dalam membidas seterunya itu, Chua mengunakan huraian yang sama ke atas Ong yang katanya akan hanya tinggal sebagai “nota kaki” dalam sejarah MCA.

"Beliau mempunyai peluang memimpin MCA selama 17 bulan, selepas pilihan raya (umum) 8 Mac. Beliau tidak melakukan apa-apa pembaharuan atau transformasi, apa yang dilakukannya adalah hanya menghukum atau memecat orang,” kata Chua.

Saturday, October 1, 2011

Klip 3gp (Sinopsis & Trailer)







Pengarah :Aidil Fitri
Syarikat Penerbit :Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.)
Bahasa :Bahasa Melayu
kategori :Filem Cereka
Genre :Seram, Misteri
Tarikh Tayangan :13 Oktober 2011
Durasi :80 min
Audio :Stereo
Format :35mm



Pengarah
 
Penulis:
:
(Lakon layar)
:
(Cerita Asal)
:
(Cerita Asal)
Lakonan:
:
Eddie (Pelakon Utama)
:
Suria (Pelakon Utama)
Krew:
:
(Pengarah Seni)
Penerbit:
:
(Penerbit)
 
Sinopsis:
Eddie pada usia hanya sekitar 20-an sudah merasa kejayaan urusan perniagaannya di Internet. Dia seorang jejaka yang memiliki segalanya – tampan, menikmati kehidupan mewah dan juga teman wanita sekeliling pinggang. Tanpa diketahui sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan yang membeli dan menjual klip-klip pornografi dan sensasi di Internet. Maya Akhtar pula adalah seorang jurnalis yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia telah jatuh mangsa kepada ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.

Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong oleh isterinya sendiri Rita, kerana inilah cara mereka membuat duit, dengan memperdaya wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mangsa kemudian. Suria, Mina dan Zakiah adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu oleh satu makhluk yang mengerikan. Sandra adalah seorang gadis sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri.

Lebih dari itu, Sandra satu hari telah diperkosa beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Acara perkosaan ini telah dirakamkan oleh geng ini melalui kamera telefon bimbit Jefri. Dalam filem 3GP, kehidupan watak-watak berbeza ini akhirnya bersulaman dan berkait melalui pembocoran klip-klip 3gp mereka kepada masyarakat Internet –dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.

Al-Hijab (Trailer & Sinopsis)








Pengarah :Pierre Andre
Syarikat Penerbit :Empat Semudra Plantation Sdn. Bhd.
Bahasa :Bahasa Melayu
kategori :Filem Cereka
Genre :Seram
Klasifikasi :PG-13 - Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun
Tarikh Tayangan :06 Oktober 2011
Durasi :90 min
Audio :Dolby
Format :35mm



Pengarah
Penulis:
:
(Lakon layar)
:
(Cerita Asal)
Lakonan:
:
Rafael (Pelakon Utama)
:
Qiss (Pelakon Utama)
:
Mak Itam (Pelakon Pembantu)
:
Datin (Pelakon Pembantu)
:
Pengarah filem (Artis Jemputan)
:
Penerbit (Artis Jemputan)
Krew:
:
(Pembantu Pengarah)
:
(Penyunting)
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Pereka Bunyi)
Penerbit:
:
(Penerbit Eksekutif)
:
(Penerbit Bersama)
Sinopsis:
Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama  untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. 

Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.

Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.

Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. 

Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya.  Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?

ADUN DAP dakwa ditawar RM150,000 lompat parti




ADUN Bentayan, Gwee Tiong Hiang hari ini mendedahkan bahawa tawaran telah dibuat oleh pihak-pihak yang mendakwa mewakili perdana menteri supaya meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebasd.

Dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur, Gwee berkata, beliau telah ditawarkan RM150,000 wang tunai, 50 ekar tanah, sekurang-kurangnya RM5,000 elaun bulanan tambahan, sebuah pusat perkhidmatan dan seorang pembantu peribadi jika bersetuju melompat parti.


Menurutnya, seorang lelaki, yang pertama kali menghubunginya melalui telefon pada 26 September dan mendakwa sebagai setiausaha agung persatuan klan Wee Johor Baru, juga memberi jaminan bahawa Gwee, akan diberi sokongan jika bertanding menentang DAP dalam pilihan raya umum.

Gwee mendedahkan trankrip rakaman satu lagi perbualan telefon antara beliau dengan 'ejen' empat hari selepas dihubungi.

Katanya, 'ejen', tersebut, yang mendakwa mewakili perdana menteri, berkata wang tawaran itu akan datang dari pusat, tetapi akan disalurkan melalui persatuan berkenaan.

Rakaman perbualan dalam bahasa Mandarin pada 30 September itu juga diperdengarkan semasa sidang akhbar tersebut.

Gwee berkata, 'ejen' itu, bersama dengan seorang lelaki Melayu yang Gwee dakwa mewakili Jabatan Perdana Menteri, bertemu dengannya pada 28 September untuk buat tawaran pertama RM50,000.

dap pc 011011 01"Lelaki itu berkata dia berasa kesian dengan saya bahawa kami 
berkongsi nama keluarga yang sama dan dia mahu membantu saya kerana parti saya tidak mahukan saya lagi ...

"Tetapi saya rasa saya masih seorang (ADUN) DAP. Tawaran BN ini adalah tidak betul, saya perlu mendedahkan. Saya boleh memberitahu BN bukan setiap (ADUN) atau ahli parlimen DAP boleh dibeli. Saya sayangkan parti. Parti saya hanyalah DAP," kata Gwee, sambil mengesat air mata.

Chin Peng dilaporkan tenat

Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dilaporkan dalam keadaan tenat selepas dimasukkan ke sebuah hospital di Thailand.

chin peng interview 021209 02Menurut akhbar berbahasa Sin Chew edisi utara, Chin Peng telah dimasukkan ke hospital tersebut dua hari lalu.

Menurut laporan itu, doktor telah meminta anggota keluarga Chin Peng untuk menziarahinya secepat mungkin, termasuk mereka yang tinggal di Malaysia.

Difahamkan bahawa Chin Peng kerap mendapatkan rawatan perubatan dalam tempoh dua bulan lalu.

Chin Peng akan mencapai usia 87 pada 21 Oktober ini.

Wednesday, September 28, 2011

Facebook hina Agong: SKMM ambil tindakan


KUALA LUMPUR 28 Sept. — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran ‘Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara’.

Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita di sini hari ini.

"Maklumat mengenai keluarganya sudah diperolehi dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu,” katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.

Menteri itu berkata oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana ‘berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa’.

Bagaimanapun, Rais berkata, SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberi isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu.


Menurutnya, individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air. — Bernama

Kompleks di Subang Jaya meletup, empat cedera

Empat orang, termasuk dua pengawal keselamatan, cedera ringan dalam satu kejadian letupan di kompleks membeli-belah Empire Gallery, Subang Jaya jam 3.45 awal pagi tadi.

NONELetupan itu menyebabkan keseluruhan aras bawah kompleks membeli-belah itu mengalami kerosakan teruk, antaranya cermin pecah, dinding bangunan pecah dan lantai retak serta beberapa buah kereta didapati remuk.

Beberapa laluan jalan raya menghubungkan kompleks membeli-belah itu ditutup buat sementara waktu oleh pihak berkuasa.

Penghuni apartmen berhampiran dilihat berkumpul di luar perkarangan kompleks membeli-belah dan diarahkan anggota pihak berkuasa mengosongkan kediaman buat sementara waktu kira-kira jam 8.30 pagi tadi.


Kejadian itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis, termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Twitternya pagi ini berkata, beliau mendoakan penduduk di kawasan berhampiran selamat.
NONESetakat ini punca kejadian belum diketahui.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Osman berkata jentera bomba pertama sampai kira-kira jam 3.50 pagi.

Menurutnya, setelah sampai dilokasi, berlaku kebakaran di bahagian hadapan melibatkan saluran gas yang dipercayai berpunca dari letupan yang kuat.

"Kami menerima laporan daripada pengawal keselamatan bangunan, terdapat dua orang mangsa pengawal keselamatan berbangsa Nepal terperangkap di bahagian aras bawah (basement) mengalami cedera ringan.

"Manakala dua orang awam berjaya diselamatkan dan mengalami cedera ringan kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans," katanya.
NONE
Sementara itu, menurut Berita Harian Online, Ketua Polis Daerah Subang, ACP Zainal Rashid Abu Bakar, berkata punca kejadian masih disiasat dan laporan terkini akan dikeluarkan pasukan bomba serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Beliau berkata, letupan di bahagian bawah bangunan itu mengakibatkan cermin bangunan pecah membabitkan tiga kedai makan.

"Dua daripada mangsa adalah warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ manakala dua lagi rakyat tempatan.

"Semua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Monday, September 26, 2011

Bekas pemimpin KITA lapor ROS

Dua bekas pemimpin kanan parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung tindakan tatatertib ke atas mereka yang didakwa dibuat dengan tidak mengikut perlembagaan parti.

Bekas setiausaha pusat KITA, Abdul Latif Tambi berkata, aduan rasmi itu akan dibuat esok berhubung pemecatan jawatannya, yang dibuat melalui seorang setiausaha kerja yang dilantik presiden, Datuk Zaid Ibrahim.

"Abdul Latif berkata, terserah kepada jabatan (ROS) untuk ambil tindakan sewajarnya," kata Abdul Latif dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, aduan yang akan dibuat itu akan mengaitkan enam perkara dalam perlembagaan KITA yang didakwa telah dilanggar melalui tindakan pemecatannya itu.

Beliau turut mendakwa, tindakan ke atasnya itu tidak sah memandangkan surat penggantungannya itu ditandangatani oleh setiausaha kerja, Masrum Dayat, yang didakwa masih masih belum menjadi ahli KITA.

Abdul Latif juga mendakwa, tuduhan salahlaku disiplin yang dibuat ke atasnya – pembocoran maklumat parti dan menghasut pemimpin meninggalkan parti – juga tidak benar dan merupakan satu fitnah.

"Saya juga tidak pernah diberi kesempatan untuk membela diri, sebaliknya terus diberi surat penggantungan selama enam bulan," katanya dalam satu sidang media petang ini.

Tambahnya, langkah itu menujukkan bahawa parti itu tidak lagi mengamalkan kebebasan bersuara seperti yang dipromosi sebelum ini apabila KITA ditubuhkan pada Januari lalu.

Beliau yang menyertai Zaid Ibrahim ke dalam parti KITA selepas keluar daripada PKR, dituduh berbuat demikian dengan ahli jawatankuasa pusatnya, Muhammad Firdaus Christopher yang dituduh mengepalai usaha itu.

Muhammad Firdaus turut digantung keahlian selama enam bulan, melalui sepucuk surat yang diterimanya daripada Masrum bertarikh 13 September lalu.

Mengulas lanjut, Abdul Latif mendakwa, Zaid sendiri telah mengakui bahawa Masrum masih belum menjadi seorang ahli KITA, melalui satu e-mel yang diterima daripada presiden parti itu pada 14 September lalu.

Dalam e-mel itu juga, Zaid antara lainnya berkata Abdul Latif tidak dapat mengikuti arahannya untuk memberikan kata laluan untuk selenggaraan laman web parti.

Muhammad Firdaus pula antara lainnya dituduh menyerang parti dan memburuk-burukkan Zaid melalui tulisan di laman Twitter danFacebook.

Beliau yang sebelum ini menjadi setiausaha politik Zaid, juga dituduh mengatur pertemuan bersama pemimpin parti untuk menggulingkan presiden parti itu.

Muhammad Firdaus dalam sidang media sama berkata tuduhan berkenaan timbul ekoran satu pertemuan yang dirancang untuk dilakukan sebelum ini bersama seorang pemimpin jawatankuasa pusat, KS Kottapan.

Muhammad Firdaus berkata, beliau mengatur pertemuan itu bagi mengadakan perbincangan berhubung kenyataan-kenyataan yang dibuat Kottapan.

Inkues: Tiada unsur jenayah dalam kematian Sarbaini

Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed, 56 jatuh dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur selepas berada pada belebas tingkap bangunan itu.

NONEKoroner Aizatul Akmal Maharani, dalam penghakimannya kepada mahkamah yang penuh sesak, berkata teori bahawa SPRM terlibat dengan kematiannya tidak boleh diterima.

Sehubungan itu, beliau menolak bunuh diri, homisid ataupun penglibatan pihak ketiga bagi alasan kematian.

"Tidak ada tanda-tanda pergelutan pada kejadian itu dan mahkamah juga menolak bahawa dia membunuh diri."

Menurut koroner, beliau percaya Ahmad Sarbaini terjatuh dari bangunan itu dan dalam keadaan sedar semasa jatuh.

"Mahkamah juga mendapati dia mati serta-merta dalam kejatuhan itu dengan kakinya terjatuh dahulu sehingga mencederakan kedua-dua belah kakinya dan juga mengalami kecederaan teruk di kepala."

Peawai Pejabat Peguam Negara Mohd Abazafree Mohd Abbas membantu dalam inkues itu manakala SPRM diwakili oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Keluarga Ahmad Sarbaini pula diwakili oleh peguam Awtar Singh mewakili manakala peguam Rosli Dahlan dan Nadia Marni Mat Zin bertindak sebagai pemerhati bagi syarikat multinasional DB Schenker Logistics (M) Bhd.

NONEAntara penemuan penting inkues itu adalah bahawa sistem litar tertutup CCTV SPRM didapati diganggu dengan 22 jam rakaman termasuk tempoh apabila Ahmad Sarbaini datang ke premis agensi itu telah dipadamkan.

Seramai 34 saksi memberi keterangan pada inkues yang mengambil masa 14 hari untuk selesai.

Saksi-saksi yang tampil, termasuk dua ahli patologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Faridah Md Nor dan Dr Shahrum Abd Wahid.
Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane 6 April lalu.
NONEBeliau sebelum itu ditangkap sebagai sebahagian daripada program 3B tetapi kemudiannya dibebaskan sebelum kembali kepada SPRM pada hari kejadian itu.
Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam.

Kawan-kawan dan ahli-ahli keluarga mendakwa terdapat unsur jenayah dalam kematiannya. Mereka berkata, Ahmad Sarbaini adalah seorang pegawai yang bersih dan telah merancang untuk menunaikan fardu haji tahun ini bersama isteri dan ibu bapanya.

Balu allahyarham Masiah @ Maziah Manap dan pengerusi Sosial Care Tan Sri Robert Phang turut hadir di mahkamah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...