Sunday, July 20, 2008

GERAK: Zukri Aksah Masuk Pas, Tamparan Hebat Buat Ezam

Blog Cucumatkilau:u. www.cucumatkilau.blogdrive.com]


Petualang Rakyat Ezam Md.Noor kini semakin hilang sengatnya. Biarpun beliau cuba untuk meyakinkan para pemimpin UMNO bahawa beliau boleh melakukannya, namum rupanya semakin hari semakin orang meluat melihat kelibatnya. Ezam yang cukup popular dengan "kotak rasuah VVIP" itu kini semakin tertekan biarpun kini beliau cuba untuk menekan. Apa tidaknya, gara-gara beliau mengadakan roadshow ke seluruh negara maka semakin hari semakin ramai orang UMNO yang menyertai Pakatan Rakyat hatta rakan-rakan seperjuangannya sendiri. Inilah dia yang dikatakan "hikmah" di sebalik apa yang berlaku. Ezam bakal karam bersama kotak-kotak rasuah yang disimpannya suatu hari nanti. Cakap tak serupa bikin !! Auta lebih dan sememangnya ezam adalah manusia "munafik" yang gemar bercakap bohong sebohongnya.

Kini Ezam hanya mengharap simpati daripada pimpinan UMNO agar memilihnya untuk memegang sesuatu jawatan penting dalam parti. Jika dulu semasa cuba membawa masuk "kumpulan 12" Ezam dikata telah meminta jawatan "menteri" sebagai habuan jika beliau dan juak-juaknya itu menyertai UMNO. Dan kini, Ezam tak ubah seperti "hamba" yang dipergunakan dan diperkotak-katikkan sesuaka hati. Ezam fikir orang UMNO mudah percaya kepada batang tubuhnya itu. Walhal, puak-puak UMNO masih mengganggap beliau adalah talibarut dan spy Anwar yang cuba untuk menyelongkar segala khazanah dalam UMNO. Apakah ezam berjaya? Atau label "Anwar" akan terlekat pada dahinya. Jika ini berlaku, sudah pasti Ezam akan menjadi "sampah" sama seperti rakan-rakannya dulu. Masuk UMNO, tapi mahu bertanding jawatan AJK cawangan dan bahagian pun tidak diterima. Maka, mana mungkin masa depan politik mereka akan berkembang. Termasuklah juga Ezam, sudah pasti beliau akan terus diperkudakan sesuka hati oleh puak-puak UMNO yang memang sudah lama geram dengan tindakan Ezam terhadap mereka selama ini.

Halatuju dan visi perjuangan Ezam yang tidak jelas itu menyebabkan semakin ramai rakan-rakan yang termakan "gula-gulanya" kini telah sedar siapa diri Ezam yang sebenarnya. Apa tidaknya, konon beliau menubuhkan GERAK untuk menentang rasuah, korupsi dan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan. Fail-fail sudah ada padanya, namun hingga ke hari ini satu pun tidak didedahkannya. Alih-alih Ezam masuk UMNO, atas alasan Pak Lah sudah hapuskan rasuah dan korupsi. Memang "bangang" budak Ezam ini rupanya. Dia boleh termakan "gula-gula" Pak Lah pula. Maka Ezam akan menjadi seperti badut dalam UMNO tidak lama lagi.

Tamparan hebat buat Ezam semakin jelas kini, terbaru seorang lagi orang kanan Ezam sejak didalam Keadilan dan kemudian GERAK telah menyertai Pakatan Rakyat. Beliau yang dimaksudkan ialah Saudara Zukri Akshah iaitu bekas calon Keadilan DUN Semambu dalam pilihanraya umum 2004 lalu. Siapakah Zukri Akshah ini?. Zukri Aksah merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) Malaysia. Dilahirkan di Kuala Terengganu, kini beliau menetap di Kuantan, Pahang bersama isteri tersayang dan sedang menunggu kelahiran anak sulung mereka.

Dalam kerjaya, Zukri adalah perunding dan rakan kongsi kepada sebuah firma perunding latihan dan pendidikan, Boldbrain Training, yang juga beroperasi dari Kuantan, Pahang. Beliau memiliki Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Zukri sudah terlibat dalam runding cara latihan dan pengurusan semenjak tahun 2001 lagi. Dari segi profesionalisme profesionnya, Zukri menyandarkan kepada keahliannya dalam beberapa institut pengurusan antarabangsa, termasuklah Asian Institute of Management Science (AIMS) dan juga sebagai Board Member kepada Licensed International Financial Analyst (LIFA), International Research Association (the-ira.org). Beliau juga sedang dalam proses mendaftarkan dirinya sebagai ahli kepada International High IQ Society (highiqsociety.org) setelah lulus ujian IQ kemasukan dengan skor 131. Di samping sibuk dengan kerja hariannya, Zukri juga telah dipilih dan dilantik sebagai Pengerusi Biro Latihan, Pembangunan Cawangan dan Pemasaran untuk Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Negeri Pahang.

Zukri Aksah, sebelum terlibat dengan Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) Malaysia, pernah berada dalam Parti Keadilan Rakyat, dan jawatan terakhirnya adalah sebagai Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia. Ketika itu, beliau memang dikenali sebagai seorang penulis, hampir setiap keluaran akhbar lidah rasmi parti, Suara Keadilan akan memuatkan tulisan-tulisan beliau. Tulisan beliau juga biasa diterbitkan oleh portal-portal berita internet seperti Malaysia Kini, Malaysia Today, Agenda Daily, Harakah Daily, juga oleh lain-lain laman web bebas.

Satu majlis kemasukan beliau akan diadakan di Dataran Masjid Lama Jengka, Bandar Jengka Pahang pada 27 Julai 2008, jam 9.00 malam. Kemasukan beliau ke dalam PAS akan diterima oleh YB Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat. Tahniah, kita ucapkan buat Saudara Zukri yang akhirnya kembali ke persada politik menurusi wadah yang berbeza. Sesungguhnya ini membuktikan yang beliau sendiri sudah hilang keyakinan kepada bekas ketuanya iaitu Ezam Md. Noor. Harapan kita lebih ramai lagi, pemimpin GERAK akan mengikuti jejak Zukri untuk menyertai Pakatan Rakyat. Mereka semua sebenarnya sudah muak dan jelek dengan kenyataan Ezam untuk mendedahkan "kotak-kotak rahsia" lagi. Kotak rahsia yang lama belum terdedah kini beriya-iya untuk mendedahkan kotak rahsia Anwar Ibrahim pula. Semoga Ezam akan karam dengan labu-labunya. Selamat berjuang buat semua rakan-rakan sekalian.

[Kepada rakan-rakan yang berada dalam Pakatan Rakyat terutamanya PKR, usahlah terlalu jumud hingga tidak boleh menerima mereka yang kembali untuk berjuang. Jangan dikutuk dan diherdik seperti apa yang berlaku dalam AMK Pahang yang terdapat dikalangan Exzo AMK yang langsung tidak boleh menerima kemasukan "seorang pejuang" yang telah menentang Ezam dan keluar dari parti gara-gara mempertahankan Lokman Noor Adam pada tahun 2004 dulu. Semoga mereka ini sedar, siapa yang lebih lama berjuang dan mengerti erti sebuah perjuangan Leluhur. Apakah orang seperti Zukri ini juga akan dihina oleh mereka selepas ini?. Berpijaklah dibumi yang nyata, jangan fikir perjuangan itu hanya menonjolkan diri dialam nyata. Ada orang berjuang menerusi penulisan semata-mata, Fikirkanlah]

Blog Cucumatkilau:u. www.cucumatkilau.blogdrive.com]

- Cucu Mat Kilau

20.07.2008

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...