18 Ogos, 2008 16:41 PM
Oleh P. Vijian
NEW DELHI, 18 Ogos (Bernama) -- Presiden Pakistan Pervez Musharraf hari ini mengumumkan peletakan jawatannya di Islamabad, bagi mengelak daripada dikenakan tindakan pendakwaan yang bakal diambil oleh kerajaan semasa.
Dalam ucapannya yang disiarkan ke seluruh negara tengah hari ini di Islamabad, Musharraf berkata beliau telahpun mengemukakan peletakan jawatannya kepada parlimen.
Presiden berusia 65 tahun itu, seorang bekas jeneral tentera, yang merampas kuasa dalam insiden tanpa berlaku pertumpahan darah daripada Perdana Menteri ketika itu Nawaz Sharif pada 1999, adalah pemerintah tentera keempat yang bersendirian memerintah Pakistan selama hampir sembilan tahun.
Media Pakistan melaporkan Musharraf berkemungkinan hidup dalam buangan di Arab Saudi.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment