Muda Mohd Noor | Oct 14, 08 2:21pm |
Keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan jawatan presiden Umno, dipercayai telah memberi kesan kepada pencalonan untuk menantunya Khairy Jamaluddin bagi jawatan ketua Pemuda. Abdullah juga mengumumkan minggu lalu untuk menyerahkan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak - dari 2010 kepada Mac tahun depan. Berikutan itu, exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir kini mendahului pencalonan dan sudah layak bertanding jawatan ketua Pemuda. Sehingga ini, Mukhriz mendapat 40 pencalonan - melepasi jumlah kelayakan minimum 39 pencalonan. Manakala Khairy pula baru mendapat 19 pencalonan dan memerlukan 20 lagi untuk layak bertanding. Agak mengejutkan lagi, Mukhriz turut mendapat pencalonan dari Perak dan Negeri Sembilan yang memang diketahui menyokong kuat Khairy. Ketua Pemuda Perak, Zainol Fadzi Paharudin dan ketua Pemuda Negeri Sembilan, Datuk Ir Jamlus Abdul Aziz turut hadir ketika Khairy mengumumkan di Rembau, kesediaannya bertanding jawatan ketua Pemuda. Peluang Mukhriz cerah Tiga lagi ketua Pemuda Umno yang turut hadir di majlis tersebut ialah ketua Pemuda Sabah, Japli Akin; ketua Pemuda Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman dan ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria. Sehingga ini, empat bahagian di Perak - Teluk Intan, Kampar, Ipoh Barat dan Padang Serai - mencalonkan Mukhriz untuk jawatan ketua Pemuda. Mukhriz juga turut mendapat pencalonan dari tiga bahagian di Negeri Sembilan - Rasah, Jelebu dan Jempol. Walaupun Khairy dijangka mendapat cukup pencalonan minggu-minggu berikutnya, tetapi pemerhati politik menyifatkannya sebagai petanda perubahan dalam parti turut menghakis pengaruh menantu perdana menteri itu. Sekiranya pencalonan untuk Mukhriz terus meningkat, kata mereka, Mukhriz mempunyai peluang lebih cerah untuk memenangi jawatan ketua Pemuda Umnno. Walaupun, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut menawarkan diri dan sehingga ini mendapat 12 pencalonan, tetapi perebutan bagi jawatan tersebut lebih tertumpu kepada persaingan antara anak bekas perdana menteri itu dengan Khairy. Reezal, Razali layak Semalam, ketika bercakap kepada pemberita, Mukhriz menyifatkan sokongan terhadapnya itu sebagai "mesej jelas menunjukkan bahawa perwakilan mahukan perubahan". Beliau seterusnya berharap bahagian-bahagian lain akan turut mencalonkannya jika mereka juga mahukan perubahan. "Saya amat berterima kasih dan berbesar hati terhadap keyakinan yang diberikan kepada saya perwakilan dari bahagian-bahagian. "Saya rasa ia adalah tanda bahawa perwakilan mahukan perubahan dan mereka melihat saya mewakili mereka," katanya di lobi Parlimen. Mukhriz berkata kejayaan mendapatkan pencalonan yang banyak dalam tempoh yang singkat adalah amat mengejutkan, dan berharap momentum itu akan berterusan. Sementara itu, dua calon bagi jawatan naib ketua Pemuda - exco Pemuda Datuk Reezal Merican Naina Merican dan ahli parlimen Muar Razali Ibrahim - turut layak bertanding Mac depan. Mereka memerlukan 20 pencalonan untuk layak dan sehingga ini, Razali mendapat 35 pencalonan dan Reezal mendapat 30 pencalonan. |
|
Informasi didalam blog ini adalah daripada sumber-sumber berita media internet.Sebarang komen @ pendapat, sila email ke cardozas02@gmail.com
Tuesday, October 14, 2008
Keputusan PM berundur jejas Khairy? - MALAYSIAKINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment