Thu | Feb 05, 09 | 10:01:20 pm MYT
IPOH 5 Feb (Hrkh) - TERKINI: Susulan keengganan Menteri Besar dan seluruh Exco Kerajaan Perak meletakan jawatan. Jam 9.30 malam ini, lebih 10 ribu penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat dari pelbagai kaum memenuhi perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar Perak bagi menyatakan sokongan kepada Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Ketika ini, ceramah perdana pimpinan utama Pakatan Rakyat sedang dilangsungkan di perkarangan kediaman tersebut. Semua 28 Adun Pakatan Rakyat Perak hadir disamping beberapa pemimpin lain seperti Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' dato' Ghazali, Ahli Parlimen Siputeh, Teresa Kok dan Adun-adun Pakatan Rakyat dari Selangor.Bekalan elektrik di kediaman Menteri Besar itu dijangka akan diputuskan pada bila-bila masa sahaja bagi menghalang sebarang aktiviti diadakan oleh Pakatan Rakyat. Arahan memutuskan bekalan elektrik ini dipercayai arahan dari pihak BN, yang kinik ghairah untuk membentuk kerajaan esok.
Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kini masih berada di luar pintu masuk utama kediaman rasmi tersebut dan turut sama mendengar ceramah yang diadakan. Mereka mengawasi keadaan di sini bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diinginan dari terjadi. - tmj_
No comments:
Post a Comment