Johari Jaafar Sun | Apr 05, 09 | 12:35:36 pm MYT | |
BUKIT GANTANG, 5 April (Hrkh) - Menjelang hari pengundian 7 April ini, petugas-petugas BN mulai bertindak melampau dan kurang ajar dengan menampal stiker ke atas banner PAS dan ini dapat dikesan oleh petugas-petugas PAS. Tidak sekadar itu sahaja, petugas-petugas BN telah bertindak menampal lambang dacing pada poster dan kain rentang calon, termasuk tindakan mereka melekatkan poster Dato' Zambry Abdul Kadir ke atas poster Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin Dalam sidang media semalam di Markas Induk PAS di Air Kuning, Pengarah Jentera Pilihan raya PAS Perak menyatakan kekesalannya dengan tindak tanduk petugas petugas BN yang sengaja bertindak kurang ajar . Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai melampau kerana ternyata petugas BN telah menceroboh poster dan kain rentang calon PAS. "Nampaknya petugas-petugas masih lagi berperangai lama, tidak berubah walaupun pemimpin mereka mahu Umno berubah. "Petugas kita telah pun membuat aduan polis berkaitan dengan kejadian tersebut," katanya. Beliau turut kesal dengan dengan taktik kotor BN menjelang hari pembuangan undi dengan membuat serangan peribadi kepada calon PAS. Terdapat poster dan kain rentang yang ditulis dengan perkataan-perkataan yang menyerang peribadi calon PAS seperti "Nizar Boneka DAP"dan berbagai lagi yang dituju kepada calon PAS. PAS katanya, tidak sama sekali akan menyerang peribadi calon BN walaupun BN berbuat demikian. "Pilihan raya kecil ini parti lawan parti, kerana itu kita tidak menmbuat serangan peribadi calon, biarlah Umno dengan cara lamanya untuk meraih undi dari rakyat," jelasnya. - mks._ |
Informasi didalam blog ini adalah daripada sumber-sumber berita media internet.Sebarang komen @ pendapat, sila email ke cardozas02@gmail.com
Sunday, April 5, 2009
Sabotaj poster PAS, BN melampau! - Harakah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment