DJ Radio Free Sarawak, Peter John Jaban hari ini membidas pihak berkuasa kerana didakwa mengenakan 'gangguan' ke atas keluarga dan perniagaannya di Kuching dan menuntut tindakan itu dihentikan serta-merta.
“Serang saya jika awak mahu tetapi jangan ganggu keluarga saya,” kata Jaban dalam satu kenytaan akhbar hari ini.
Jaban, yang terkenal dengan nama panggilan di udaranya sebagai Papa Orang Utan adalah DJ radio pro demokrasi yang berpangkalan di Londo. Katanya, masalah keluarganya bermula awal Januari ini apabila identitinya dikenali ramai di Sarawak.
Buat permulaan, penyewaan restoran milik keluarganya yang telah menduduki sebuah bangunan sejak empat tahun lalu tiba-tiba ditamatkan.
Pemilik bangunan itu yang dikatakan penyokong BN pada Januari lalu memberi restorannya tempoh sebulan untuk mengosongkan perniagaan mereka.
Anak Jaban, kemudian menghubunginya memberitahu perniagaan rumah tumpangan yang dijalankan mereka juga menerima nasib yang sama.
Pemiliknya, seorang pengusaha balak Sarawak yang juga dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga membatalkan perjanjian sewaan bangunan tanpa sebarang alasan.
Jaban berkata keadaan bertambah buruk selepas akhbar di London, Evening Standard mendedahkan mereka yang bertugas di sebalik stesen radio itu.
Menurutnya, sejak itu pihak polis mula mengunjung ahli keluarganya di rumah mereka dan bertanyakan di mana beliau berada.
No comments:
Post a Comment