Ketika ditugaskan oleh presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting untuk menghidupkan semula kelab parti itu di UK pada 2005, Ling Sie Kiong tidak pernah terfikir yang suatu hari nanti dia akan menjadi seorang calon pembangkang.
Lebih-lebih lagi - ketika berusia 28 tahun - dia berjaya
menumbangkan presiden SUPP yang juga timbalan keua menteri, Tan Sri Dr George Chan dalam pilihan raya Sarawak Sabtu lalu.
"Saya bertemu Ong di Universiti Sheffield ketika saya mencari tajaan sebagai presiden kesatuan pelajar undang-undang Malaysia di UK," katanya dalam satu temubual melalui telefon, selepas kejayaannya itu.
"Beliau mencadangkan saya menghidupkan semula kelab MCA UK yang tidak aktif. Saya dan rakan-rakan menerima cabaran itu. Kami kemudiannya menubuhkan cawangan di beberapa universiti dan juga mewujudkan sebuah lamanweb untuk kelab tersebut."
Kelab juga berhubung dengan rakan-rakan pelajar dari Umno dan MIC untuk menganjurkan aktiviti bagi pelajar Malaysia di UK.
Setiapkali menteri atau pemimpin MCA melawat UK, kelab akan
mengadakan dialog dengan mereka untuk bertukar pandangan mengenai parti dan politikMalaysia.
Bagaimanapun, Ling tidak menyertai parti itu walaupun tawaran dibuat oleh pemimpin seperti Datuk Chor Chee Heung yang
bertanggungjawab menjaga kelab luar negeri dan timbalan menteri pelajaran ketika itu, DatukHon Choon Kim.
Ling juga biasa dengan perjuangan dan pemimpin DAP. Dari umur 14 lagi, dia dibawa oleh bapanya - seorang penyokong setia parti itu - untuk menghadiri ceramah dan majlis anjuran parti itu.
"Saya bernasib baik kerana saya berpeluang menilai dan mengenai
kedua-dua belah pihak. Sewaktu berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin MCA, saya sedar kekangan yang dihadapi oleh MCA dalam BN."
Selepas memperoleh ijazah undang-undang pada 2006, dia kembali ke Malaysia dan menjalani 'chambering' di firma guaman pengerusi DAP Karpal Singh sebelum kembali ke Miri pada 2009.
"Pada mulanya saya mahu berkhidmat di kampung halaman melalui khidmat komuniti. Tetapi selepas menilai landskap politik selepas pilihan raya umum 2008, saya mendapati parti komponen BN masih tidak mempunyai suara dalam kerajaan. Jadi saya memutuskan untuk tampil ke hadapan," katanya.
Pada Hari Kekasih tahun ini, selain meraikannya bersama tunangnya, Ling mengisytiharkan dedikasinya kepada satu lagi 'cinta hatinya' - DAP - dan menyertai parti itu.
"SUPP tidak mempunyai kuasa sebenar dalam kerajaan yang memerintah. Apa yang boleh saya buat jika saya menyertai mereka?" jawabnya ketika ditanya mengapa dia memilih DAP.
"Ideologi dan platform DAP lebih sesuai untuk saya. Saya mengagumi semangat pemimpin DAP dan ketabahan walaupun kekalahan berulang kali tewas di Miri."
No comments:
Post a Comment