Sunday, June 22, 2008

Jika adakan pilihan raya semula Dun Sanglang: PAS akan saman SPR

ARAU, 20 Jun: PAS mempertimbangkan untuk menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan tuntutan gantirugi jika badan pengendali pilihan raya itu mengisytiharkan diadakan pilihan raya semula untuk Dun Sanglang.

Ini kerana, dalam perbicaraan kes itu jelas, pihak SPR dan peguam calon BN telah mengaku berlaku kesilapan pengumuman keputusan pemenang pilihan raya itu.

Ini bermakna, mahkamah telah mengesahkan rakyat telah membuat keputusan memenangkan calon PAS dalam pilihan raya itu.

Demikian kata peguam Ustaz Hashim Jasin, calon PAS Dun Sanglang, Mohamed Hanipa Maidin selepas Mahkamah memutuskan keputusan pilihan raya itu tidak sah dan batal.

Sepatutnya, kata Hanipa, mahkamah mengisytiharkan Hashim Jasin menang dalam pilihan raya itu setelah kedua-dua pihak defendan (SPR dan calon BN) mengaku berlaku kesilapan pengumuman.

"Yang menjadi masalah adalah pada tahun 2003, berikutan kes Wee Choo Keong, satu pindaan kepada undang-undang pilihan raya telah dibuat yang menetapkan mahkamah tidak boleh mengisytiharkan mana-mana pihak memenangi pilihan raya itu.

"Mahkamah hanya berhak mengisytiharkan pilihan raya itu sah atau tidak sah sahaja dan terserah kepada SPR untuk mengumumkan samada perlu diadakan pilihan raya kecil atau mengisytiharkan pemenangnya," jelas Hanipa yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS.

Menurut Hanipa, kini PAS mempunyai tiga pilihan berikutan kes ini.

"Pertama, rayu ke Mahkamah Persekutuan. Kedua memfailkan agar dibuat penilaian perundangan agar menggantikan nama calon BN yang telah digezetkan dengan nama calon PAS yang sebenarnya menang dan ketiga menyaman SPR jika pengendali pilihan raya itu mengisytiharkan pilihan raya semula untuk Dun Sanglang."

Menurut Hanipa, pada 28 Mei, ketika perbicaraan itu berjalan, peguam yang mewakili SPR telah mengaku berlaku kesilapan pengumuman dalam pilihan raya itu oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Yang sepatut diumumkan menang adalah Hashim Jasin tetapi pegawai pengurus itu mengisytiharkan calon BN yang menang.

Pada 4 Jun pula, peguam yang mewakili Umno mengaku berlaku kesilapan itu.

"Bagi saya, Parlimen perlu membuat pindaan terhadap peruntukan tidak boleh mengisytiharkan pemenang ini walaupun didapati menang dalam perbicaraan di mahkamah.

"Jika dibiarkan, akan berlaku salah guna kuasa dimana undang-undang ini boleh disalahgunakan oleh pihak yang berkepentingan.

"Misalnya, calon BN kalah. Tetapi pegawai SPR umumkan dia menang. Bila dibawa ke mahkamah, terbukti calon BN kalah, lalu dibatalkan keputusan itu dan diadakan pilihan raya semula sebagaimana yang berlaku dalam kes ini. Padahal yang sebenarnya calon BN memang kalah. Ini bermakna, ia terdedah kepada salah guna," jelas Hanipa.

Ketika ditanya kes Pasir Puteh dimana Mahkamah mengisytiharkan calon BN yang menang sedangkan ketika keputusan pilihan raya calon PAS yang diisytiharkan menang, Hanipa menjelaskan;

"Dalam kes itu, kedua-dua pihak secara baik berunding dan bersetuju untuk mengaku calon Umno yang sepatutnya menang tetapi calon PAS tersalah diisytihar. Mahkamah hanya mengumumkan keputusan itu tanpa perbicaraan," katanya.

Tetapi dalam kes Sanglang ini, calon BN menafikan SPR tersalah umum pada peringkat awalnya bahkan memfailkan permohonan untuk membatalkan petition PAS itu.

"Setelah bicara baru calon Umno dan SPR mengaku tersalah umum," jelas Hanipa.

petikan siasah daily

Berakhirnya pesta Oren: Belanda tersungkur

Oleh AP
Ahad, 22 Jun 2008

BASEL: Rusia menjaringkan dua gol ke gawang Belanda pada masa tambahan dalam perlawanan yang berlangsung semalam sekali gus melayakkan pasukan itu ke separuh akhir.

Gol kejayaan Rusia disempurnakan Dimitry Torbinski dan Andrei Arshavin dalam tempoh lima minit saja antara satu sama lain manakala Van Ruud Nistelrooy pula memungut mata untuk Belanda pada minit ke-86. Gol pertama Rusia dilakukan Roman Pavlyuchenko. Rusia menang 3-1.

Andrei Arshavin dan lagenda jersi nombor 10

PERSAMAAN antara Pele, Maradona, Zico, Platini, Baggio dan Zidane adalah menyarung jersi bernombor 10 dan adakah Andrei Arshavin akan mengikut jejak langkah wira bolasepak berkenaan menjadi pemain unggul yang menyarung jersi bernombor sama.

Sejarah bolasepak menyaksikan pemain yang memakai jersi nombor berkenaan sering dikaitkan dengan kuasa, keseimbangan, berwawasan dan bermatlamat penuh terhadap pasukannya lebih-lebih lagi dalam kejuaraan Eropah yang sedang berlangsung kini. Russia's Andrei Arshavin, foregound, and Russia's Dmitri Torbinski ...

Perlawanan penting dalam kejuaraan besar pula sering menuntut persembahan yang mantap dan bertenaga dan masa lalu juga menyatakan pemain yang memakai jersi nombor itu sering menepati keadaan dan persoalan itu akan terjawab dalam perlawanan yang akan berlangsung Sabtu ini.

Arshavin menunjukkan kecemerlangan pada minit ke-90 ketika beraksi mewakili pasukannya, Rusia, menentang Belanda di St Jakob Park semalam dengan kesudahan Rusia menang 3-1 manakala penyerang Belanda, Ruud van Nistelrooy mengutip gol tunggal Belanda pada minit ke-86.

Arshavin yang tidak begitu besar fizikalnya dan pipi yang merona merah itu beraksi dengan sangat cemerlang semasa 30 minit masa tambahan.

Beliau menunjukkan prestasi luar biasa membantu pasukannya meraih kemenangan dengan membuat jaringan pada minit ke 116 sekali gus mengundang silauan cahaya kamera dan menarik perhatina berjuta peminat bolasepak serata dunia ke arahnya.

Jaguh semulajadi

Jurulatih Rusia, Guus Hiddink, menggelar Arshavin sebagai jaguh semula jadi.

“Dia mempunyai kemahiran yang sangat hebat. Dia mengetahui bagaimana untuk menggelecek dalam pertahanan.”

Kata Hiddink, pemain pertahanan boleh berlari dengannya tetapi mereka tidak boleh menyerangnya dengan tepat kerana sifat semulajadi yang dimiliknya.

Arshavin juga dilihat berpotensi untuk menempa sejarah dalam bolasepak sejak dia beraksi di Basel.

Arshavin dan Wesley Sneijder, kedua-dunya pemain Belanda, berkeupayaan menggalas kriteria penyarung jersi nombor klasik iaitu 10 itu. Mereka tenang dan dengan kesungguhan yang dimiliki, saiz bukan penghalang untuk mereka mara lebih cemerlang.

Apa yang dianggap menyamakan mereka dengan Maradona ialah gaya permain yang menggerunkan ketika mempertahankan pasukan. Bagi Arshavin, walaupun beliau bukan ketua pasukan dan hanya berketinggian 173 sentimeter, beliau mengawal tempo permainan Rusia selain tangkas dan mengasak.

Gandingan serasi

Bagi pasukan Belanda, penyerang Rusia, Roman Pavlyuchenko adalah gandingan serasi Arshavin kerana beliau sentiasa memerhati kedudukan Arshavin yang membuat gerakan isyarat untuk menyesuaikan kedudukan mereka yang mencetus kepada persefahaman di padang.

Arshavin sudah melakukan tugas yang cemerlang untuk kesebelasan pasukannya. Dia melalukan lebih daripada kemampuan fizikalnya dan itu jugalah yang dianggap membezakan beliau dengan Maradona.

Penyarung jersi nombor 10 juga lazimnya cemerlang ketika membuat sepakan percuma dan Arshavin melakukannya untuk Rusia pada separuh masa kedua.

Sejak Arshavin menjadi kesebelasan utama dalam pasukan itu, Rusia memenangi dua perlawanan dan Arshavin terbabit dalam kedua-dua kejayaan itu termasuklah menang 2-0 ketika menentang Sweden.

Ketua pasukan Jerman, Michael Ballack, pernah memakai jersi nombor 10 walaupun memakai nombor 13 ketika menentang Portugal manakala pemain Croatia, Luka Modric juga menggunakan jersi nombor sama yang disembunyikan di bawah jersi bernombor 14.

Hakikatnya, Andrei Arshavin akan diletakkan sebaris dalam senarai jaguh bolasepak dunia terdahulu kerana beliau dikatakan individu yang memiliki ciri berkenaan selain muncul muncul pada masa yang tepat juga.

Dutch coach of the Russian national football team Guus Hiddink ...
Guus Hiddink (baju putih) tonggak kebangkitan bolasepak Rusia

Russian fans celebrate their team's victory against the ...
Penyokong Rusia berpesta

Netherlands' Nigel de Jong reacts at the end of the quarterfinal ...
Lain tahun cuba lagi

Rusia benam Belanda 3-1 ketika masa tambahan

BASEL (Switzerland): Rusia menjaringkan dua gol ke gawang Belanda pada masa tambahan dalam perlawanan yang berlangsung semalam sekali gus melayakkan pasukan itu ke separuh akhir.

Gol kejayaan Rusia disempurnakan Dimitry Torbinski dan Andrei Arshavin dalam tempoh lima minit saja antara satu sama lain manakala Van Ruud Nistelrooy pula memungut mata untuk Belanda pada minit ke-86. Gol pertama Rusia dilakukan Roman Pavlyuchenko. Rusia menang 3-1. - AP

Rusia: Igor Akinfeev, Denis Kolodin, Sergei Ignashevitch, Aleksandr Anyukov, Konstantin Zyryanov, Yuri Zhirkov, Igor Semshov, Sergei Semak, Ivan Saenko, Roman Pavlyuchenko, Andrei Arshavin.


Belanda: Edwin van der Sar, Andre Ooijer, Joris Mathijsen, Khalid Boulahrouz, Nigel de Jong, Rafael Van der Vaart, Giovanni Van Bronckhorst, Wesley Sneijder, Orlando Engelaar, Ruud Van Nistelrooy, Dirk Kuyt.

Massa wins in France as Raikkonen hits trouble

Felipe Massa took the lead of the drivers’ championship after a decisive victory for Ferrari at Magny-Cours on Sunday. The Brazilian trailed team mate Kimi Raikkonen for the first 38 of the 70 laps, but moved ahead decisively as the Finn’s F2008 developed an exhaust problem. The latter cost Raikkonen the win, but nobody else ever got close enough to the red cars for this to be a problem to the team.

Jarno Trulli might have been able to catch Raikkonen, but had his hands full fending off a strong late-race challenge from McLaren’s Heikki Kovalainen. The Finn nearly squeezed by on the penultimate lap, but as the Toyota moved over they briefly rubbed wheels and Kovalainen went over a chicane and had to concede his challenge. It gave Toyota their first podium since 2005.

Behind them, Robert Kubica clung on for second place in the championship chase thanks to a fifth place finish, well ahead of the scrap for the final points between Mark Webber’s Red Bull and the Renault drivers. When Fernando Alonso slid wide lapping Giancarlo Fisichella with three laps left, Nelson Piquet moved ahead of his team leader and was hounding Webber by the flag in a drive that gave him his first championship points and might arguably have saved his career.

It was a disastrous afternoon for McLaren’s Lewis Hamilton, who had worked his way up to ninth place when he had to serve a drive-through penalty on the 13th lap after the stewards adjudged him to have gained an advantage on the opening lap by going over a chicane to overtake Sebastian Vettel. The Englishman finally finished 10th, behind David Coulthard’s Red Bull.

Timo Glock hung on for Toyota to 11th place despite Vettel’s challenge for Toro Rosso, while Nick Heidfeld was a disappointing 13th in the second BMW Sauber.

Rubens Barrichello, who started from the back of the grid after a late gearbox change, was the first lapped runner in 14th, his Honda heading home the battling Williams drivers Kazuki Nakajima and Nico Rosberg. Sebastien Bourdais was 17th for Toro Rosso ahead of Giancarlo Fisichella and Adrian Sutil in their Force Indias. Jenson Button was the only retirement after his Honda made first-lap contact with Bourdais and sustained irreparable damage.

His success makes Massa the first Brazilian to lead the world championship since Ayrton Senna at Monaco in 1993. He has 48 points to Kubica’s 46 and Raikkonen’s 43. Hamilton trails with 38 after his second race without scoring points. Ferrari extend their lead in the constructors’ championship to a commanding 17 points over BMW Sauber.

FORMULA 1 GRAND PRIX DE FRANCE 2008

Pos No Driver Team Laps Time/Retired Grid Pts
1 2 Felipe Massa Ferrari 70 1:31:50.245 2 10
2 1 Kimi Räikkönen Ferrari 70 +17.9 secs 1 8
3 11 Jarno Trulli Toyota 70 +28.2 secs 4 6
4 23 Heikki Kovalainen McLaren-Mercedes 70 +28.9 secs 10 5
5 4 Robert Kubica BMW Sauber 70 +30.5 secs 5 4
6 10 Mark Webber Red Bull-Renault 70 +40.3 secs 6 3
7 6 Nelsinho Piquet Renault 70 +41.0 secs 9 2
8 5 Fernando Alonso Renault 70 +43.3 secs 3 1
9 9 David Coulthard Red Bull-Renault 70 +51.0 secs 7
10 22 Lewis Hamilton McLaren-Mercedes 70 +54.5 secs 13
11 12 Timo Glock Toyota 70 +57.7 secs 8
12 15 Sebastian Vettel STR-Ferrari 70 +58.0 secs 12
13 3 Nick Heidfeld BMW Sauber 70 +62.0 secs 11
14 17 Rubens Barrichello Honda 69 +1 Lap 20
15 8 Kazuki Nakajima Williams-Toyota 69 +1 Lap 15
16 7 Nico Rosberg Williams-Toyota 69 +1 Lap 19
17 14 Sebastien Bourdais STR-Ferrari 69 +1 Lap 14
18 21 Giancarlo Fisichella Force India-Ferrari 69 +1 Lap 17
19 20 Adrian Sutil Force India-Ferrari 69 +1 Lap 18
Ret 16 Jenson Button Honda 16 +54 Laps 16

Fairuzizuan-Mohd. Zakry rangkul kejuaraan kedua berturut-turut

22/06/2008 10:11pm


Zakry (belakang) dan Fairuzizuan gembira memenangi juara bergu lelaki badminton Terbuka Indonesia di Jakarta hari ini


KUALA LUMPUR 22 Jun – Beregu negara, Mohd. Fairuzizuan Tazari-Mohd. Zakry Latif merangkul kejuaraan Siri Super kedua berturut-turut selepas muncul juara badminton Terbuka Indonesia, sebentar tadi.

Pasangan nombor tiga negara itu menundukkan bekas juara dunia dan juara Olimpik, Candra Wijaya-Tony Gunawan dari Indonesia/Amerika Syarikat, 19-21, 21-18, 21-14.

Walaupun lawan menerima sorakan dan sokongan padu penyokong tempatan di Stadium Istora Senayan, Jakarta, namun ia tidak melemahkan Fairuzizuan-Zakry untuk merangkul kemenangan dalam masa 53 minit.

Ini merupakan kejuaraan kedua berturut-turut buat pasangan muda negara itu selepas muncul juara Terbuka Singapura, minggu lalu.

Malah, ia juga memperbaiki pencapaian mereka yang hanya mampu muncul naib juara kejohanan tahun lalu selepas kalah kepada pasangan utama China, Fu Haifung-Cai Yun.

Walaupun tumpas pada set pertama, beregu negara itu berjaya bangkit untuk menang set kedua dan seterusnya membuktikan mereka berupaya untuk mengekang gegak gempita laungan penyokong tuan rumah.

Dalam perlawanan perseorangan pula jaguh tuan rumah, Sony Dwi Kuncoro mengalahkan rakan senegara, Simon Santoso 19-21, 21-14, 21-9.

utusan

Anwar langgar semangat demokrasi berparlimen

22/06/2008 5:17pm

KUALA LUMPUR 22 Jun – Percubaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan `rampasan politik’ dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti jelas melanggar semangat demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.

Pemangku Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, perbuatan tersebut tidak menghormati keputusan pengundi yang telah memilih BN untuk menerajui negara pada pilihan raya lalu.

Menurut beliau, BN layak memerintah negara ini setelah mendapat mandat daripada para pengundi walaupun gagal mempertahankan majoriti dua pertiga.

``Percubaan Anwar merampas kuasa BN jelas melanggar semangat demokrasi berparlimen.

``Tindakan Anwar adalah satu bentuk pengkhianatan dan boleh memecahbelahkan masyarakat,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Rakyat Berhad di Menara PGRM di sini hari ini.- Utusan.

Remaja lari sekatan polis maut dirempuh kereta

22/06/2008 5:48pm

KUALA LUMPUR 22 Jun – Tindakan nekad seorang remaja melarikan diri daripada sekatan polis membawa padah apabila dia maut setelah motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta BMW di Lebuh Raya Sprint di Kilometer 2.7 menghala ke pusat bandar dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.55 pagi itu, mangsa Hafisuddin Wahid, 22, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Abdul Razak Elias berkata, kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikalnya melalui arah bertentangan sebelum membuat pusingan U selepas menyedari sekatan jalan raya di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, motosikal mangsa bertembung dengan kereta BMW terbabit yang datang dari arah Damansara ke Kuala Lumpur.

“Akibat pertembungan itu, mangsa diseret kira-kira 20 meter dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.- Utusan.

Sistem dua pam bezakan harga petrol rakyat asing dan tempatan

22/06/2008 5:09pm

KUALA LUMPUR 22 Jun – Kerajaan bersetuju melaksanakan cadangan sistem dua pam di stesen minyak di kawasan sempadan bagi memastikan warga asing tidak membeli minyak dengan kadar subsidi seperti yang dinikmati rakyat tempatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata berdasarkan sistem itu, satu pam akan dikhaskan untuk pembelian oleh rakyat tempatan dengan harga pada kadar subsidi dan satu pam lagi untuk rakyat asing, di mana petrol akan dijual berdasarkan harga pasaran semasa.

“Ikut sistem ini, ada dua kebaikan iaitu rakyat asing akan membayar harga petrol berdasarkan harga pasaran dan rakyat Malaysia akan tahu harga pasaran petrol yang sebenarnya,” kata Najib.

Cadangan itu berdasarkan saranan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad, katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat khas mengenai penstrukturan semula subsidi kepada anggota Parlimen dan Senator Barisan Nasional di Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini, hari ini.

Menjelaskan perkara itu, Shahrir berkata perkara itu dijangka dapat dilaksanakan secepat mungkin berdasarkan reaksi positif pengusaha stesen minyak yang bersetuju menguruskan perubahan kepada sistem dua pam itu. – BERNAMA.

Highways to nowhere

By CHARLES FERNANDEZ


TRAVELLING in the Klang Valley can be a breeze, tolls notwithstanding, thanks to a network of highways. However, some of these highways stick out like a sore thumb as they have not been completed according to schedule.

There are many factors that cause these projects to slow down or even halt halfway through construction and the main problem is usually financial.

No way through: The signs are in place but access to the SKVE is blocked by concrete blocks.

Other factors include land acquisition and disputes with landowners pertaining to compensation.

In most cases, companies hired to do the job find themselves involved in a tussle, delaying the timeframe to complete construction of the highways.

Several highway projects suffered similar fates and, while most are completed within the stipulated period, there have been some that were temporarily abandoned only to be revived several years later.

In the Klang Valley, three such projects come to mind, the Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), the South Klang Valley Expressway (SKVE) and the B15 state road in Sepang.

The 43km three-lane dual-carriageway SKVE from Pulau Indah to Nilai started on a positive note in 1998 but only the first phase from Nilai to Cyberjaya was completed two years later and the second phase of the project from Cyberjaya to Pulau Indah was abandoned due to financial constraints.

In July last year, the then Works Minister Datuk Seri S. Samy Vellu announced that a RM1.1bil contract had been awarded to complete the SKVE.

Almost there: The B15 link road leading to KLIA was delayed after the company contracted to do the job ran into financial difficulties.

He did not disclose the name of the company hired to do the job but reported that the contracted period to complete construction was 42 months.

However, there have been no signs of the project taking of since then.

If completed, the SKVE from Pulau Indah, connecting the Damansara-Puchong Highway (LDP) interchange to Nilai, would pass through Pulau Carey.

While technical aspects of the highway construction are being discussed, there is good news for motorists on the highly anticipated 44.3km Lekas project.

After a delay of more than five years, the highway will be completed by the end of January 2010, barring any further incidences.

Malaysia Highway Authority (MHA) director-general Datuk Mohamad Razali Othman said they are hopeful the highway will be completed by 2010.

“There are some teething problems on the Mantin-Paroi alignment but, hopefully, this can be sorted out soon,” Mohamad said.

The highway is designed to pass through Semenyih, Pajam, Mantin and Temiang and link to the Seremban Inner Ring Road.

“It will serve as an effective traffic dispersal route for the highly congested Kajang and Seremban town centres,” Mohamad added.

The project was approved by the government in 1997 and construction began in 2002. However, the financial problems faced by the original concessionaire, Kajang-Seremban Highway Sdn Bhd (Kaseh) forced the construction works to be delayed.

The project was revitalised in November 2006 after a takeover by a new concessionaire, Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (Lekas), with 50% of the stake held by IJM Corporation Bhd and the rest by the original concessionaire, Kaseh.

The project is scheduled for completion by December 2009 but an extension of time (EOT) is provided for realignment on the Mantin-Paroi line.

The package 1A from the SILK Interchange to Kajang Selatan has been completed and opened to public. The package 1B from the Kajang Selatan Interchange to Pajam Interchange will be completed by August.

Package 2A from Pajam to Mantin will be completed in December, while Package 2B from Mantin to Setul and package 3 from Setul to Paroi will be completed in January next year.

Mohamed said part of the alignment between the Mantin Interchange and the Setul Interchange has to be approved for realignment, thus the EOT was sought.

The Star Online

Turkey beat Croatia to reach Euro 2008 semifinals

VIENNA, Austria (AP): Having watched his team come from behind for the third time at the European Championship, Turkey coach Fatih Terim is hoping Wednesday's semifinal match against Germany will be less dramatic but just as successful.

Semih Senturk scored a 120th-minute equalizer Friday for a 1-1 draw after extra time. One minute earlier, Ivan Klasnic gave Croatia the lead at Ernst Happel Stadium.

Goalkeeper Rustu Recber then saved Mladen Petric's spot kick for the Turks to win the ensuing penalty shootout 3-1 and complete their third rallying victory at Euro 2008.

Turkey had come from behind to beat Switzerland 2-1 and then scored two goals in the final three minutes to beat the Czech Republic 3-2.

"We seem to always come back - we do it the hard way and never the easy it, and that shows just how good a team we are,'' Turkey coach Fatih Terim said. "We always come back and that's not easy to do. Let's hope that we can take the lead against Germany.

"I tell my players never to give up. I tell them that they shouldn't be afraid of losing or conceding goals. This is football. You should never give up until the referee blows the final whistle.''

Terim only had 15 players from 23 to choose from due to injuries and suspension, and he will be without three more - Tuncay Sanli, Arda Turan and Emre Asik - after they picked up yellow cards to be banned for Wednesday's match in Basel, Switzerland.

"For us, it's important that we rest and then we will analyze Germany with our coach,'' Turkey midfielder Hamit Altintop said. "The team has shown it's important to believe in ourselves and our coach. If we do that, there's no reason we can't still go far.''

Arda, Semih and Altintop scored for Turkey in the shootout. Luka Modric and Ivan Rakitic also missed for Croatia, while Darijo Srna scored the team's only penalty.

After a scoreless 90 minutes of regulation time, Klasnic gave Croatia the lead with a header in 119th minute. The first player to ever take part at the European Championship after a kidney transplant headed in Modric's cross from close range only 22 minutes after coming on as a substitute.

But before the Croatian fans had stopped celebrating with time almost up, Recber sent a long clearance into Croatia's box and the ball dropped to Semih, whose left-footed shot deflected off defender Robert Kovac and went into the top corner of the net with goalkeeper Stipe Pletikosa rooted to the ground.

"It seemed like the match was over, then to concede a goal, then go on to penalties, gave a psychological advantage to the Turks,'' Croatia coach Slaven Bilic said. "This certainly isn't going to be easy to forget. Not only will we not forget this, this will haunt me for the rest of my life. "We will probably weep for a few days, but such is life. We will be back.''

Altintop said he didn't have any time to worry about losing after Klasnic scored.

"We would have time to weep after the referee had blown the final whistle, so we had to play without fear,'' the midfielder said. "In football, emotions often don't have time to come into it.''

In a low quality match marked by defensive caution, a depleted Turkish team restricted Croatia to few opportunities by pressing in midfield and not allowing its opponent time on the ball.

Srna threaded a pass behind the defense and Modric's low, sweeping cross was thundered against the crossbar by Ivica Olic from inside the box, and Niko Kranjcar's follow-up header went wide in the 19th minute. But both teams were too often guilty of taking the wrong option in the final third of the field.

Recber, playing for the suspended Volkan Demirel, preserved the scoreline in regulation time when he made an amazing one-handed save from a free kick by Srna in the 83rd. Recber was also the goalkeeper that helped Turkey reach the 2002 World Cup semifinals, where the team lost to eventual champion Brazil.

Both teams made their European Championship debut at Euro 1996 and played each other, with Croatia winning 1-0 with Bilic playing in defense as Turkey finished the tournament in England without scoring a goal.

The only other previous matches between the teams had resulted in draws, 1-1 in 1997 and 2-2 in 2004.

The Turks were missing Emre Gungor (calf), Servet Cetin (hip and knee), Emre Belozoglu (groin), Tumer Metin (groin), while Demirel and defensive midfielder Mehmet Aurelio were both suspended.

Both teams had reached the quarterfinals once before: Croatia in 1996 and Turkey four years later in Belgium and the Netherlands.

Lineups:

Croatia: Stipe Pletikosa, Vedran Corluka, Josip Simunic, Robert Kovac, Danijel Pranjic, Darijo Srna, Niko Kovac, Luka Modric, Ivan Rakitic, Niko Kranjcar (Mladen Petric, 64), Ivica Olic (Ivan Klasnic, 97).

Turkey: Rustu Recber, Hamit Altintop, Gokhan Zan, Emre Asik, Hakan Balta, Mehmet Topal (Semih Senturk, 76), Sabri Sarioglu, Tuncay Sanli, Arda Turan, Kazim Kazim (Ugur Boral, 61), Nihat Kahveci (Gokdeniz Karadeniz, 116).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...