Oleh AP | |
Ahad, 22 Jun 2008 | |
BASEL: Rusia menjaringkan dua gol ke gawang Belanda pada masa tambahan dalam perlawanan yang berlangsung semalam sekali gus melayakkan pasukan itu ke separuh akhir. Gol kejayaan Rusia disempurnakan Dimitry Torbinski dan Andrei Arshavin dalam tempoh lima minit saja antara satu sama lain manakala Van Ruud Nistelrooy pula memungut mata untuk Belanda pada minit ke-86. Gol pertama Rusia dilakukan Roman Pavlyuchenko. Rusia menang 3-1. Andrei Arshavin dan lagenda jersi nombor 10 PERSAMAAN antara Pele, Maradona, Zico, Platini, Baggio dan Zidane adalah menyarung jersi bernombor 10 dan adakah Andrei Arshavin akan mengikut jejak langkah wira bolasepak berkenaan menjadi pemain unggul yang menyarung jersi bernombor sama. Sejarah bolasepak menyaksikan pemain yang memakai jersi nombor berkenaan sering dikaitkan dengan kuasa, keseimbangan, berwawasan dan bermatlamat penuh terhadap pasukannya lebih-lebih lagi dalam kejuaraan Eropah yang sedang berlangsung kini. Perlawanan penting dalam kejuaraan besar pula sering menuntut persembahan yang mantap dan bertenaga dan masa lalu juga menyatakan pemain yang memakai jersi nombor itu sering menepati keadaan dan persoalan itu akan terjawab dalam perlawanan yang akan berlangsung Sabtu ini. Arshavin menunjukkan kecemerlangan pada minit ke-90 ketika beraksi mewakili pasukannya, Rusia, menentang Belanda di St Jakob Park semalam dengan kesudahan Rusia menang 3-1 manakala penyerang Belanda, Ruud van Nistelrooy mengutip gol tunggal Belanda pada minit ke-86. Arshavin yang tidak begitu besar fizikalnya dan pipi yang merona merah itu beraksi dengan sangat cemerlang semasa 30 minit masa tambahan. Beliau menunjukkan prestasi luar biasa membantu pasukannya meraih kemenangan dengan membuat jaringan pada minit ke 116 sekali gus mengundang silauan cahaya kamera dan menarik perhatina berjuta peminat bolasepak serata dunia ke arahnya. Jaguh semulajadi Jurulatih Rusia, Guus Hiddink, menggelar Arshavin sebagai jaguh semula jadi. “Dia mempunyai kemahiran yang sangat hebat. Dia mengetahui bagaimana untuk menggelecek dalam pertahanan.” Kata Hiddink, pemain pertahanan boleh berlari dengannya tetapi mereka tidak boleh menyerangnya dengan tepat kerana sifat semulajadi yang dimiliknya. Arshavin juga dilihat berpotensi untuk menempa sejarah dalam bolasepak sejak dia beraksi di Basel. Arshavin dan Wesley Sneijder, kedua-dunya pemain Belanda, berkeupayaan menggalas kriteria penyarung jersi nombor klasik iaitu 10 itu. Mereka tenang dan dengan kesungguhan yang dimiliki, saiz bukan penghalang untuk mereka mara lebih cemerlang. Apa yang dianggap menyamakan mereka dengan Maradona ialah gaya permain yang menggerunkan ketika mempertahankan pasukan. Bagi Arshavin, walaupun beliau bukan ketua pasukan dan hanya berketinggian 173 sentimeter, beliau mengawal tempo permainan Rusia selain tangkas dan mengasak. Gandingan serasi Bagi pasukan Belanda, penyerang Rusia, Roman Pavlyuchenko adalah gandingan serasi Arshavin kerana beliau sentiasa memerhati kedudukan Arshavin yang membuat gerakan isyarat untuk menyesuaikan kedudukan mereka yang mencetus kepada persefahaman di padang. Arshavin sudah melakukan tugas yang cemerlang untuk kesebelasan pasukannya. Dia melalukan lebih daripada kemampuan fizikalnya dan itu jugalah yang dianggap membezakan beliau dengan Maradona. Penyarung jersi nombor 10 juga lazimnya cemerlang ketika membuat sepakan percuma dan Arshavin melakukannya untuk Rusia pada separuh masa kedua. Sejak Arshavin menjadi kesebelasan utama dalam pasukan itu, Rusia memenangi dua perlawanan dan Arshavin terbabit dalam kedua-dua kejayaan itu termasuklah menang 2-0 ketika menentang Sweden. Ketua pasukan Jerman, Michael Ballack, pernah memakai jersi nombor 10 walaupun memakai nombor 13 ketika menentang Portugal manakala pemain Croatia, Luka Modric juga menggunakan jersi nombor sama yang disembunyikan di bawah jersi bernombor 14. Hakikatnya, Andrei Arshavin akan diletakkan sebaris dalam senarai jaguh bolasepak dunia terdahulu kerana beliau dikatakan individu yang memiliki ciri berkenaan selain muncul muncul pada masa yang tepat juga.
|
Informasi didalam blog ini adalah daripada sumber-sumber berita media internet.Sebarang komen @ pendapat, sila email ke cardozas02@gmail.com
Sunday, June 22, 2008
Berakhirnya pesta Oren: Belanda tersungkur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment