KUALA LUMPUR 22 Jun – Percubaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan `rampasan politik’ dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti jelas melanggar semangat demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.
Pemangku Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, perbuatan tersebut tidak menghormati keputusan pengundi yang telah memilih BN untuk menerajui negara pada pilihan raya lalu.
Menurut beliau, BN layak memerintah negara ini setelah mendapat mandat daripada para pengundi walaupun gagal mempertahankan majoriti dua pertiga.
``Percubaan Anwar merampas kuasa BN jelas melanggar semangat demokrasi berparlimen.
``Tindakan Anwar adalah satu bentuk pengkhianatan dan boleh memecahbelahkan masyarakat,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Rakyat Berhad di Menara PGRM di sini hari ini.- Utusan.
No comments:
Post a Comment