Wednesday, March 23, 2011

P'raya Sarawak: Undi 16 April, penamaan 6 April

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon untuk pilihan raya negeri Sarawak pada 6 April manakala hari pengundiannya pula jatuh pada 16 April.

Ini bermakna tempoh berkempen selama 10 hari. Pengumuman itu sebentar tadi dibuat pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Kuching. 

DUN Sarawak dibubarkan kelmarin yang mana secara perlembagaan, pilihan raya hendaklah diadakan sebelum Julai tahun ini.

BN Sarawak yang lama dipimpin Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam dewan manakala pembangkang pula dengan tujuh kerusi, termasuk satu masing-masing milik bebas dan Parti Cinta Malaysia.

Pilihan raya sebelum ini diadakan pada 20 Mei 2006.

PAS tanding 3 ke 6 kerusi Dun Sarawak




TEMERLOH, 22 Mac: PAS akan meletakkan calon bertanding antara tiga ke enam kerusi bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), hari ini.
 
Untuk itu, katanya, parti tersebut menyerahkan kepada Timbalan Presiden, Nasharuddin Mohd Isa, untuk urusan perbincangan dengan parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).
 
“Bagi tujuan itu jawatankuasa DUN yang mahu ditandingi itu  telah dibentuk dan kerja-kerja awal telah berjalan. Saya lihat Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak pun bagus dan menunjukkan kesungguhan,” katanya di pejabatnya di sini.
 
DUN Sarawak dibubarkan semalam bagi membolehkan pilihan raya Sarawak ke-10 diadakan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat di Kuching, Rabu ini, bagi memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.
 
Sarawak mempunyai 71 kerusi Dun. Pada pilihan raya negeri lepas (2006), PAS hanya bertanding di N24 Beting Maro dan calon PAS, Alem Din hanya tewas kepada BN dengan majoriti 895 undi.
 
Menurut Tuan Ibrahim, di Sarawak agak kurang kempen isu kaum dan berbeza dengan Semenanjung. Sementara PAS pula akan menumpukan isu tanah, isu pembangunan dan isu pengabaian terhadap rakyat
 
“Fokus kempen kita yang pertama akan ditumpukan kepada isu tanah. Tanah adat telah dirampas secara zalim di mana tanaman mereka telah dimusnahkan dan tanah tersebut diserahkan kepada kroni.
 
“Kedua isu pembangunan, di mana pembangunan sangat teruk di Sarawak. Bayangkan hanya setengah jam perjalanan dari bandar Kuching, kemudahan asas sudah tidak ada. Bagaimana kerajaan mahu membawa Malaysia maju 2020.
 
“Ketiga, isu pengabaian terhadap rakyat oleh oleh Adun-Adun BN sehingga ada di anatara mereka yang tidak pernah turun padang menjenguk rakyat,” katanya yang baru pulang dari Sarawak.
 
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim mengakui kesedaran politik kepada masyarakat luar bandar di Sarawak amat ketara sehingga mereka tidak tahu hak mereka. 
 
Katanya, antara lain disebabkan kawasan yang luas dan maklumat susah nak sampai sebab itu PR minta tempoh kempen dipanjangkan sehingga dua ke tiga minggu. 
 
“Bayangkan, terdapat dua jurang masyarakat yang melampau di Sarawak iaitu yang kaya sangat kaya manakala yang miskin pula terlampau miskin.
 
“Jadi sasaran kita ialah berusaha untuk menafikan majoriti dua pertiga BN di dewan bagi memperjuangkan hak rakyat yang tidak menggambarkan di negara 50 tahun merdeka.
 
“Sebab itu pada seminar anjuran Lajnah Tanah PAS Pusat di Sarawak yang saya hadiri dulu ada sedikit sambutan. Saya katakan kepada mereka bahawa perubahan dan kekuasaan berada di tangan rakyat sendiri,” katanya.
 
Tambahnya, usaha dan gerak PAS menampakkan sedikit kesan dan harapan mereka kepada PR tinggi. 
 
“Kita harap pengundi Sarawak akan menghantar isyarat kepada Putrajaya bahawa ‘tsunami politik 2008’ masih berjalan.”

Isa sebagai Pengerusi Felda terus dipertikai

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru terus menjadi pertikaian, apabila ia turut dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Isa dikatakan tidak selayaknya dilantik mengetuai Felda kerana beliau bukanlah individu yang boleh diyakini dan berkelayakan, malahan perlantikannya telah memberikan implikasi yang buruk kepada Felda.
Disebabkan perlantikan Isa, nama baik dan reputasi Felda sebagai organisasi pembangunan tanah yang unggul di tanah air kini telah terjejas dan ia turut memberikan kesan buruk kepada aset organisasi itu sendiri.
Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ketika membangkitkan perkara itu, bertanya kepada Perdana Menteri apakah rasional Isa dilantik sebagai Pengerusi Felda.
"Apakah tindakan kerajaan berikutan kenyataan beberapa penganalisis ekonomi bahawa perlantikan tersebut memberi kesan dan isyarat negatif kepada pasaran?" katanya yang juga Bendahari PAS Pusat pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Soalan tersebut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi telah dijawab oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Ketika menjawab soalan itu, Ahmad bagaimanapun tetap mempertahankan perlantikan Isa sebagai Pengerusi Felda yang baru, walaupun ia jelas menafikan realiti sebenar yang berlaku kepada negara, masyarakat Felda dan pandangan pelbagai pihak terutama penganalisis ekonomi.
Sementara itu, dalam perbahasan sebelum itu, Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok Suh Sim turut membangkitkan persoalan penting mengenai Perlembagaan Persekutuan dan persempadanan kawasan Parlimen.
Beliau antara lain meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan akan meminda Perlembagaan Persekutuan pada tahun ini demi menukar persempadan kawasan Parlimen dan kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).
"Kenapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sengaja memindah pengundi ke pusat pengundian yang jauh daripada pusat pengundian asal mereka dan mencetuskan kekeliruan di kalangan pengundi dalam siri pilihanraya kecil yang lepas," katanya.

Pakatan selesai bahagi kerusi p'raya Sarawak

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Pengagihan kerusi  bagi PAS, PKR dan DAP bagi pilihan raya negeri Sarawak telah selesai dan Pakatan Rakyat bersedia bekerja sebagai satu pasukan di negeri itu.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketiga-tiga parti termasuk Snap bersetuju dengan kerusi yang ditetapkan.
"Secara keseluruhan kita telah bersetuju dengan pengagihan kerusi dan kita akan bekerja sebagai satu pasukan Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang, bangunan Parlimen, sebentar tadi.
Tiga pengarah jentera pilihan raya yang akan menyelaras jentera kempen Pakatan Rakyat ialah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, dan Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Tan Kok Wai.

Platini kekal sebagai presiden UEFA

PARIS, 23 Mac - Bekas pemain bola sepak antarabangsa Perancis, Michel Platini dipilih semula untuk menjadi Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) awal pagi semalam.

Platini, 55, yang pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik Eropah akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh empat tahun lagi. AFP

Pertempuran masih berterusan di Libya

Pertempuran dilaporkan masih meletus di antara tentera yang setia dengan pemimpin Libya, Muamar Gaddafi, dan pemberontak di beberapa bandar biarpun zon larangan terbang yang diluluskan PBB sedang dikuatkuasakan.

NONESeorang pegawai kanan Amerika Syarikat berkata tentera Gaddafi masih menyerang orang awam dan keraguan berhubung cara terbaik meneruskan kempen itu dan hala tujunya berterusan.

Menteri Luar Perancis, Alain Juppe, berkata tindakan pada masa depan pakatan Barat yang memulakan serangan udara Sabtu lalu terhadap kemudahan tentera Gaddafi, bergantung kepada tindakan pemimpin Libya itu.

“Tindakan ketenteraan boleh berhenti pada bila-bila masa saja. Apa yang perlu ialah rejim Tripoli mematuhi sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan PBB dan menerima gencatan senjata sebenar,” katanya.



Jalan keluar

Beliau menggesa Gaddafi mengundurkan tenteranya yang sedang mara ke kawasan pemberontak dan membawa "mereka pulang ke berek".

Sementara itu, tembakan antipesawat dilepaskan di Tripoli malam semalam ketika beberapa letupan sayup kedengaran.

NONEDi Washington, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, berkata mereka yang rapat dengan Gaddafi menghubungi sekutu Libya di seluruh dunia untuk melihat bagaimana mereka dapat "keluar daripada kemelut itu".

“Kami mendengar mengenainya...mereka yang rapat dengan beliau menghubungi orang yang mereka kenali di seluruh dunia - Afrika, Asia Barat, Eropah, Amerika Utara dan seterusnya - dengan bertanya: Apakah yang harus kami lakukan? Bagaimana kami keluar daripada kemelut ini? Apa yang akan berlaku kemudian" katanya.

“Saya tidak tahu bahawa Gaddafi sendiri menghubungi pihak luar tetapi saya tahu orang yang dikatakan bertindak bagi pihaknya berbuat demikian," kata Clinton menurut sedutan temubual yang akan disiarkan ABC World News.

- AFP

Tuesday, March 22, 2011

'Jangan bunuh Datuk T si pembawa berita'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dilihat tampil mempertahankan lelaki misteri 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

azlan"Ada pepatah menyebut, jangan bunuh pembawa berita," katanya merujuk kepada banyak persoalan berkaitan kesan undang-undang terhadap pihak yang menganjurkan "tayangan meletup" itu semalam.

"Jadi jangan bangkitkan isu yang bukan pokok. Pembangkang selalu mendakwa ini semua kerja BN... kamu ada masalah dalam parti sendiri, selesaikanlah," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.

Katanya, dengan mengatakan BN mengambil tindakan sebegitu, ia sebenarnya menggambarkan apa yang boleh dilakukan pembangkang.

NONEDaripada memberikan masa kepada ahli politikbagi membersihkan dirinya, Nazri mendesak 'Datuk T' segera membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Mengulas penayangan video seks itu di sebuah hotel semalam, menteri yang bertanggungjawab dalam bidang undang-undang itu berkata bukanlah sesuatu yang salah untuk pihak di belakang semua itu menunjukkan video kepada wartawan dan penyunting.

"Kamu beritahu saya apa yang salah. Semua kata ia bertentangan dengan undang-undang, tetapi beritahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang maklum patut datang ke depan untuk maklumkan kepada kita," katanya.

Pita seks: Anwar buat laporan polis

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur bagi membuat laporan polis berhubung pita video seks yang dipertontonkan kepada media, semalam.

NONEBeliau diiringi tidak kurang 50 penyokongnya dan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR, tiba pada jam 10.45 pagi.

Anwar, pada sidang media petang semalam, menafikan lelaki yang mirip wajahnya dalam video 17 minit yang dipaparkan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah hotel yang tidak dikenali, adalah dirinya.

Hadir sama, ahli parlimen dan pemimpin PKR lain seperti R Sivarasa, Tian Chua dan M Manikavasagam, setiausaha PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, naib presiden PKR N Surendran dan ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.


NONE
Anwar kemudian masuk ke balai polis dengan ditemani Surendran, ketua biro undang-undang PKR, Latheefa Koya dan peguam Fadiah Nadwa Fikri.

Penyokongnya yang menanti di luar membawa dua sepandulkyang melabelkan video berkenaan sebagai 'Fitnah II++' dan tertera perkataan 'bangun wahai rakyat... bangun demi keadilan'.

Di samping itu mereka juga melaungkan “Reformasi” dan “Hancur BN”.
Lenyapkan karier
Anwar yang selesai membuat laporan jam 12 tengahari tadi mendakwa video seks itu sebagai cubaan melenyapkan karier beliau sebagai ketua pembangkang.
"Bolehkah di negara ini kita lihat di (hotel) Carcosa Seri Negara dan beberapa tempat lain notis diberikan untuk tayangan video lucah?

NONE“Satu kesalahan dan jenayah berat dibiarkan dan ini tidak mungkin tanpa penglibatan perdana menteri dan menteri dlm negeri dan pihak atasan PDRM," katanya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Beliau juga menggesa polis bersikap profesional selain tidak membiarkan agensi itu dimanipulasi ahli politik Umno-BN.

Menurut Anwar, tayangan video lucah terbuka merupakan kesalahan jenayah dan indvidu yang bertanggungjawab perlu didakwa.

"Ini menunjukkan polis memilih. Kalau saudara tentang dan hina Anwar, boleh lakukan segala jenayah. Boleh pukul, boleh sebar kenyataan video lucah. Ini terbukti dan saya mahu tindakan diambil.”

NONEJusteru, ketua pembangkang itu memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak mengulangi kekejaman mereka sebagaimana yang dilakukan pada 1998 sehingga melibatkan penderaan fizikal terhadap dirinya.

"Saya beri ingatan kepada menteri dalam negeri, jangan guna laporan polis untuk menutup kesalahan jenayah mereka dan mengugat kerja saya dalam politik.




'Siasat Port Dickson'

"Kenapa kes Port Dickson masih belum disiasat secara terperinci? Saya akan lawan mereka," kata Anwar sambil disahut laungan penyokong-penyokong yang hadir.

Negara digemparkan dengan pendedahan video seks lucah oleh individu bernama Datuk T di hotel Carcosa Seri Negara semalam.

seri carcosa 3Dalam laporan polis yang diedarkan kepada wartawan, Anwar berkata tindakan mereka di sebalik video berkenaan ada berunsur jenayah, intimidasi jenayah, penayangan video lucah dan konspirasi melakukan jenayah terhadapnya.

Individu yang bergelar Datuk T semalam turut mengugut untuk mededahkan video tersebut kepada umum sekiranya Anwar dan isteri yang juga presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak meletakkan jawatan dalam masa seminggu.

Anwar Ibrahim: Press Conference On Alleged Sex Video 21/03/2011 (Part 2)

Anwar Ibrahim: Press Conference On Alleged Sex Video 21/03/2011 (Part 1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...