Thursday, March 31, 2011

MB: Perak patuhi fatwa haramkan poco-poco

Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

NONEBeliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.

Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.

Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

Wednesday, March 30, 2011

Elia Suhana sah isteri Sultan Ismail Petra

Cik Puan Elia Suhana Ahmad disahkan kekal sebagai isteri kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, setelah Mahkamah Rayuan Syariah Kota Bharu hari ini menolak rayuan permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap beliau. 

Panel Hakim Mahkamah Syariah yang dipengerusikan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri, Datuk Daud Muhammad, serta Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Dr Johari Mat, dan Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, membuat keputusan itu setelah perayu, Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, tidak hadir ke mahkamah hari ini.

azlanPanel hakim itu juga menolak rayuan kes itu disebabkan peguam Nik Rorhana, Zainul Rijal Abu Bakar telah menarik diri daripada kes itu tiga hari lepas dan penarikan itu dimaklumkan kepada pihak mahkamah melalui sepucuk surat.

Daud berkata penolakan rayuan permohonan pengesahan lafaz cerai diputuskan mengikut Seksyen 121 (C) Enakmen Tatacara Syariah 2002. 

Pada 5 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini menolak permohonan pengesahan lafaz cerai Sultan Ismail Petra terhadap Elia Suhana, 32, yang difailkan oleh Nik Rorhana pada 9 Mac tahun lepas.

Dua minggu selepas itu, Elia Suhana melalui peguam syarie yang mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hassan, mengemukakan permohonan untuk membatalkan permohonan pengesahan lafaz cerai oleh Sultan Ismail Petra terhadapnya yang difailkan oleh Nik Rorhana.

Sultan Ismail Petra, yang ketika itu masih Sultan Kelantan, didakwa menjatuhkan talak tiga terhadap Elia Suhana pada 12 Feb tahun lepas di hadapan beberapa orang saksi ketika dirawat di Hospital Mount Elizabeth di Singapura.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Elia Suhana berkata beliau gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah berkenaan serta menganggapnya sebagai satu hadiah buat suaminya sempena hari keputeraan baginda esok.

"Saya amat gembira, sekarang ini saya boleh tumpukan kes tuntutan hak lawatan ke atas suami saya," katanya.

Pada 4 Februari tahun lepas, Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan Elia Suhana melawat Sultan Ismail Petra tetapi pihak Istana Mahkota di Kubang Kerian menghalang beliau daripada bertemu suaminya dan kes itu tertangguh berikutan permohonan pengesahan lafaz cerai berkenaan yang dibuat oleh pihak ketiga, iaitu Nik Rorhana.

Tuesday, March 29, 2011

Ada tak mampu, PERKASA sah dirombak

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali mengesahkan pertubuhan itu akan akan membuat rombakan kepimpinannya di pelbagai peringkat tidak lama lagi.

Menurut Ibrahim, tindakan bagi mengukuhkan organisasi itu akan dibuat dalam mesyuarat bulanan Dewan Tertinggi PERKASA pada bulan ini juga, yang tinggal lagi beberapa hari.

NONE"(Pada) Masa ini ada yang memegang dua jawatan pusat dan negeri di mana ada yang tidak mampu dan ada yang mempunyai prioriti sendiri," kata Ibrahim (kanan).

Kenyataan itu dibuat ketika desas-desus 'tempangnya' sayapnya apabila Ketua Wirawati Raihan Sulaiman Palestine meletakkan jawatan manakala ketua Wira Arman Azha Abu Hanifah dijangka bakal menyusul petang ini.

Dilaporkan kedua-dua jawatan penting itu merupakan jawatan lantikan.

Ibrahim bagaimanapun setakat ini mendakwa masih tidak tahu menahu tentang ura-ura peletakan jawatan itu dan menegaskan bahawa rombakan yang akan dilakukan sebagai "hal biasa".

namewee photo burnt by perkasa members 2"Setahu saya tak ada apa (berlaku)," katanya ketika ditanya tentang laporan sebuah portal berita pagi ini bahawa Arman meletakkan jawatan ekoran "konflik dalaman yang tidak selesai".

Dalam kenyataannya petang ini, Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas membayangkan penggantian nama baru dalam hirarki PERKASA belum selesai apabila meminta anggotanya yang berminat memikul tanggungjawab menghubungi sekretariatnya.

"Saya mengalukan sesiapa saja ahli PERKASA yangg bersedia memberi komitmen demi perjuangan sebuah bangsa umat Melayu-Islam untuk menyertai kepimpinan PERKASA secara sukarela," katanya.

Manakala teka-teki berhubung status Arman itu akan selesai apabila beliau dijadual mengadakan sidang media tergemparnya sebentar lagi di sebuah restoren di Ampang.

"Akan membuat keputusan penting dalam perjuangan hari ini, Insya-Allah. Moga Allah SWT akan berkati," tulis Arman dalam laman Facebook tengah hari tadi.

'PKR juga perlukan kerusi majoriti Cina'

Walaupun PKR, DAP dan PAS telah dimuktamadkan pembahagian kerusi menjelang pilihan raya negeri Sawarak, namun PKR masih berharap dapat bertukar kerusi pada saat akhir dengan DAP.

PKR mahu bertanding satu kerusi di tiga bandar terbesar di Sarawak - Kuching, Sibu dan Miri.

Masyarakat Cina merupakan pengundi majoriti di kerusi dalam kawasan bandar, dan kerana itu, DAP mahu bertanding di sebahagian kerusi terbabit.

DAP hanya bersetuju PKR bertanding kerusi Senadin di Miri and Padungan di Kuching. PKR mahukan kerusi Dudong di Sibu, tetapi DAP enggan memberi laluan.

tian chua 03 240505Naib presiden PKR Tian Chua menjelaskan bahawa PKR perlu mengekalkan kehadiran minimumnya di kawasan bandar majoriti Cina bagi mencerminkan agenda kepelbagaian budaya parti itu.

Beliau menganggap keputusan semasa akan menjejaskan pembangunan PKR sebagai sebuah parti yang mewakili pelbagai kaum di Malaysia.

Pada masa yang sama , tambahnya, ia mengukuhkan lagi persepsi 
bahawa DAP adalah penduaan MCA atau SUPP.

Chua menegaskan bahawa - walaupun PKR mengiktiraf kekuatan DAP di kawasan bandar majoriti Cina dan di kubu tradisinya - parti tersebut juga patut memperluaskan pengaruhnya di kawasan bukan majoriti Cina.

"Sejak tahun lepas, kami telah menggalakkan DAP supaya berkembang dan bertanding di kawasan di mana penduduk asal merupakan kumpulan majoriti.

“Kami bersedia berjasama dan menyokong DAP supaya mereka boleh berkongsi kerusi majoriti bukan Cina dan benar-benar menonjolkan parti itu sebagai parti pelbagai kaum.”

Bagaimanapun, semasa rundingan malam Ahad lalu, kepimpinan DAP Sarawak tidak bersetuju, dakwa Chua.

Seminggu dimalukan, Anwar didendang bagai wira

Cukup seminggu isu video seks dikaitkan dengan dirinya, Datuk SeriAnwar Ibrahim malam tadi didendang bagai wira dalam ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

NONEManakala dalam majlis di Stadium Melawati, Shah Alam itu, pihak di belakang penyiaran video kontroversi itu, terutama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pula menjadi sasaran serangan balas Pakatan.

Dalam masa yang sama, anggota parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pula diangkat sebagai "hero" kerana versinya yang mempertahankan bahawa Anwar bukan "pelakon" dalam video 22 minit yang ditayangkan di sebuah hotel mewah di ibu negara minggu lalu.

Di samping Anwar sendiri, hampir semua pemimpin kanan Pakatan hadir, termasuklah Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya.

Bagi Anwar sendiri, beliau menyifatkan dakwaan terhadapnya itu sebagai langkah terakhir parti lawan bagi menghalang kemaraan Pakatan bagi menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

Bagaimanapun, ketua pembangkang itu meminta penyokongnya tidak mempedulikan isu itu, tetapi menumpukan kepada perjuangan mereka melalui 'Buku Jingga' dengan mengutamakan isu tata-kelola pentadbiran negara supaya berjalan betul.

Berbaju Melayu, bersongkok

anwar selangor anti fitnah talk facing crowdBeliau juga berkata, tiga parti dalam Pakatan - PKR, DAP dan PAS - sudah selesai dalam pembahagian kerusi dan sehubungan itu, mahu usaha menumbangkan BN dan menamatkan pentadbiran 30 tahun Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dipergiatkan.

"Taib Mahmud ini sudah sama lama (bekas presiden Mesir) Hosni Mubarak," katanya disambut ketawa ribuan penyokong yang hampir memenuhi stadium itu.

Pilihan raya negeri itu akan diadakan pada 16 Mac depan, yang menjadi penentuan kepada usaha Pakatan merampas tampuk pemerintahan daripada BN.

Mengulas mengenai video seks yang dikaitkan dengan dirinya, Anwar mempersoalkan kewibawaan Rahim dan membandingkannya dengan isu yang sama melibatkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sebelum ini.

"Dalam kes Soi Lek, siapa edar ditangkap. Dalam kes ini, siapa edar dirai. Kebetulan namanya (orang itu) Rahim Thamby Chik," sindir Anwar yang berbaju Melayu dan bersongkok dalam ceramah itu.

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tourSambil mengaitkan Rahim dengan dakwaan rasuahyang membelenggu bekas pemimpin kanan Umno itu sebelum ini, Anwar juga mendakwa isu video itu ditimbulkan kerana pendakwaan terhadapnya di mahkamah dalam kes liwat membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah "lemah".

Nik Aziz hanya berdoa, bertakbir


Manakala Lim pula dalam ceramahnya sebelum itu mempersoalkan kenapa Datuk T sebagai pihak di belakang penyiaran video itu kepada pihak media dan beberapa ahli politik, tidak ditangkap sehingga sekarang. 

Bagi menyelesaikan masalah itu, Lim yang juga anggota parlimen Ipoh Timur mencadangkan diadakan persidangan meja bulat melibatkan keanggotaan pelbagai parti, termasuk BN, NGO dan tokoh semua agama.

"Bagaimanapun, langkah pertama hendaklah tangkap Datuk T dan bawa ke muka pengadilan terlebih dahulu," kata pemimpin popular DAP itu lagi.

Manakala Abdul Hadi pula mengulas dakwaan terhadap Anwar itu dari aspek agama yang mana dakwaan terhadap Anwar itu didakwanya tidak dibuat mengikut kaedah hukum Islam.

NONE"Ini ditayangkan di hotel, bukan mahkamah... Sepatutnya siasat jenis kameranya, filem yang digunakan, siapa pelakonnya, siapa penerbitnya," katanya yang juga anggota parlimen Marang.

Bagaimanapun, acara puncak yang dinantikan, iaitu ceramah Nik Abdul Aziz mungkin mengecewakan ramai penyokongnnya apabila beliau hanya naik ke pentas bagi membacakan doa dan bertakbir tiga kali.

Pemimpin veteran PAS itu tidak langsung berceramah, dipercayai kepenatan setelah menghadiri program lain sebelum itu.

Video seks: Alibi Twitter Anwar terus dibahas

Perbahasan berhubung alibi Datuk Seri Anwar Ibrahim - dalam isu rakaman video seks - melalui laman sosial Twitter dan Facebook terus rancak dibahaskan.

orange book forum klscah 250111 rafizi ramliPengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli (kiri) hari ini mengemukakan hujah meliputi aspek teknikal bagaimana penentuan masa laman popular itu ditentukan - yang didakwanya gagal difahami oleh media milik Umno.

"Saya dengan sengaja meninggalkan penerangan mengenai kenapa pesanan yang dipaparkan di laman Twitter adalah sejam lebih cepat berbanding di laman Facebook pada 21 Februari 2011 itu, untuk memberi peluang kepadaUtusan Malaysia, media perdana dan blogger Umno mengkaji dengan lebih mendalam demi kebenaran. 

"Saya menjangkakan mereka tidak akan berusaha memahami bagaimana laman Twitter dan Facebook berfungsi, sebaliknya akan terus memfitnah dan menggunakan perkara itu," katanya.

Berikut ringkasan hujah-hujah Mohd Rafizi:

1. Anwar membuat sembilan pesanan di akaun Twitter yang turut dipamerkan di Facebook bermula jam 10:38 malam, 21 Februari lalu. Pesanan itu menunjukkan mustahil beliau pelaku dalam video yang didakwa.

NONE2. Pesanan yang dipaparkan di Twitter sejam lebih cepat berbanding di Facebook pada 21 Februari. Ia boleh diterangkan melalui konsep daylight time saving dan bagaimana kedua-dua laman itu berfungsi.
3. Facebook mempamerkan waktu tempatan kerana ia mengikut masa komputer semasa akaun dibuka. Twitter pula mengikut masa dalam pelayannya di San Francisco, Amerika Syarikat. Masa setiap pesanan Twitter harus ditambah perbezaan masa mengikut zon masa dunia.

4. Penggunaan amalan perubahan jam mengikut daylight saving - yang perlu diubah setiap Mac dan November - memberi kesan kepada perbezaan masa antara zon-zon dunia. Apabila jam diubah di Amerika Syarikat, masa di pelayan laman Twitter juga berubah.

5. Pada musim sejuk (November hingga Mac), perbezaan masa antara San Francisco dan Malaysia adalah 16 jam. Setiap pesanan dalam tempoh itu,Twitter secara automatik mengira waktu di tempat asal berdasarkan perbezaan itu.

6. Sehubungan itu, pesanan yang dibuat pada jam 10:40 malam di Malaysia pada 21 Februari bersamaan 7:40 pagi di San Franciso (waktu Malaysia tidak mengikut daylight saving). Pelayan Twitter akan menambah 16 jam, yang menyebabkan ia dipamer 11:40 malam (satu jam cepat).

7. Apabila jam diubah semula bermula hari Ahad kedua bulan Mac (mengikut daylight saving) perbezaan masa Malaysia dan San Francisco menjadi 15 jam. Maka, pesanan yang di Twitter mempamerkan masa yang seragam dengan masa tempatan.

8. Oleh itu, masa yang ditunjukkan oleh Facebook (yang menggunakan masa tempatan) adalah masa tepat dan tidak dipengaruhi oleh perubahan akibat daylight saving.

Monday, March 28, 2011

DAP berkemungkinan bertanding di 15 kerusi




Setelah rundingan dengan sekutunya, PKR dalam Pakatan Rakyat, DAP dikatakan kemungkinan besar akan bertanding hanya di 15 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.

NONEMenurut sumber parti itu, pada rundingan yang diadakan semalam itu, DAP akur untuk menyerahkan tiga daripada lima kerusi yang juga dituntut oleh PKR.

Pengumuman muktamad berhubung agihan kerusi Pakatan Rakyat dijangka dibuat selepas tengahari ini oleh pemimpin kanan Pakatan di parlimen.

Antara kerusi yang akan dilepaskan oleh DAP adalah Padungan, yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuching yang kini dipegang oleh ADUN PKR, Dominique Ng.

Kerusi Padungan dianggap agak simbolik kepada DAP kerana sejak dua dekad lalu ia adalah kubu kuat parti itu.

Akar umbi kecewa

Bagaimanapun Padungan juga adalah kerusi tunggal PKR di Malaysia Timur dan Pakatan mempunyai persetujuan bahawa parti yang telah memenangi sesuatu kerusi berhak mempertahankannya semula.

azlanDAP juga dijangka akan melepaskan kerusi Senadin, yang masyarakat Cina merupakan hampir separuh daripada pengundinya dan kerusi majoriti pengundi Iban di Balai Ringin.

Pada pilihanraya negeri 2006, Senadin ditandingi oleh PKR manakala Balai Ringin diberikan kepada Parti Kebangsaan Sarawak (Snap).

Sementara itu, difahamkan PKR juga telah menggugurkan tuntutannya ke atas Dudong, satu lagi kerusi majoriti pengundi Cina dan Iban.

Pada pilihan raya negeri 2006, DAP tewas di Dudong dengan hanya 408 undi.

Bagaimanapun, parti itu dijangka akan dibenarkan bertanding di Batu Kawah, kerusi majoriti pengundi Cina di selatan Kuching. Pada 2006, kerusi ini ditandingi PKR tetapi mereka kalah teruk.

NONENamun, beberapa ahli pada peringkat akar umbi DAP dikatakan kecewa dengan rundingan agihan kerusi itu kerana mereka berpendapat mereka adalah parti pembangkang utama dan harus diberikan keutamaan.

Di kalangan pembangkang, DAP memperolehi kerusi terbanyak pada pilihan raya negeri 2006.

Mereka berjaya menguasi enam daripada 12 kerusi yang ditandingi. PKR, Snap dan calon Bebas masing-masing memenagi satu kerusi. Calon Snap bagaimanapun telah berpaling tadah ke SUPP manakala calon Bebas telah menganggotai Parti Cinta Malaysia (PCM).

Gempa kuat landa Honshu




Gempa bumi kuat berukuran 6.5 magnitud berlaku berhampiran pantai timur Honshu di Jepun pada 6.24 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa itu terletak 370 kilometer ke timur laut Tokyo dan 4,337 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah.

Honshu telah dilanda beberapa gempa bumi kuat bulan ini. 

Sunday, March 27, 2011

Ezam tidak berminat bertanding dalam pilihan raya

BANTING 27 Mac - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd Nor berkata, beliau tidak berminat untuk bertanding pada pilihan raya Umum akan datang.

Katanya, beliau akan menolak sekiranya ditawarkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

Ini kerana, katanya beliau, sudah serik dengan senario politik semasa yang dilihat telah banyak mengikis nilai moral manusia.

"Sehingga hari ini saya tidak ada perancangan ke arah itu (bertanding), bagaimanapun walaupun tidak bertanding saya akan tetap berjuang dan berusaha sedaya upaya membantu BN melawan mereka (pembangkang) dan membantu merampas kembali Selangor,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Bugis dan Mesyuarat Agung Kelima Persatuan Kebajikan Pekerja Bugis Sabah (PKPBS) di sini hari ini. - Bernama

Kenali individu di sebalik 'Datuk T'




Sebaik sahaja skandal video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan Isnin lalu, tumpuan orang ramai adalah siapakah dalang di sebalik pita itu.

NONEWalaupun pelbagai nama dikemukakan, namun tugas mengenali mereka semakin mudah apabila pada pagi Rabu lalu, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl EskayAbdullah adalah mereka di sebalik video itu.

Beberapa jam selepas itu, Rahim dan Eskay pula tampil dan mendakwa mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim adalah 'Datuk T' yang bertanggungjawab di sebalik semua pendedahan itu.

Shazryl Eskay Abdullah 

NONEEskay, 51, dari Naka, Kedah, adalah seorang ahli fisioterapi yang pernah bekerja di Amerika Syarikat dan berkhidmat dengan sebuah pasukan di liga football negara itu dan juga pasukan kebangsaan mereka.

Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat dengan Persatuan Badminton Malaysia dan kini adalah seorang pengarah Aman Agropreneurs Sdn Bhd.

Pada 2005, beliau dilantik oleh Raja Thai sebagi konsul kehormat negara itu ke Malaysia di Langkawi bagi mewakili kepentingan rakyat Thai dan menjaga hubungan baik kedua-dua negara.

Sepanjang tahun 2006 hingga 2007, Eskay dan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai orang tengah bagi menyelesaikan konflik di selatan Thai yang dikenali sebagai Rundingan Damai Langkawi.

NONESepanjang tempoh 2008 hingga 2011, beliau dilantik sebagai pengerusi kehormat konsular kor di Malaysia.

Namun, ahli perniagaan itu yang juga pernah merawat sakit tulang belakang Anwar, mencuri tumpuan awal bulan ini berikutan saman RM20 jutanya ke atas Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pengarahnya, Datuk Yahya A Jalil.

Fokus ke atas Eskay semakin menyerlah minggu ini, apabila beliau mengakui sebagai sebahagian daripada anggota kumpulan Datuk T bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang berperanan dalam pendedahan video lucah itu.


Rahim Tamby Chik


rahim thamby chik at bukit aman 240311 01Rahim adalah bekas ketua menteri Melaka dan pernah dilantik sebagai ketua pemuda Umno. Beliau pernah diberi pujian kerana dikatakan berjaya membangunkan Melaka daripada terus dibuai mimpi sebagai sebuah negeri mundur.

Beliau juga bertanggungjawab memindahkan pentadbiran negeri daripada kota Melaka ke Ayer Keroh.

Semua ini, sebelum beliau bersara daripada semua jawatan politikberikutan dakwaan terbabit merogol seorang gadis sekolah di bawah umur. Rahim telah menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Anwar adalah dalang di sebaliknya.

ghafar baba and umnoAnwar bagaimanpun menafikan terbabit dengan pemecatan Rahim.
Beliau juga adalah dalam kumpulan Wawasan yang bersama Anwar, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin yang menamatkan kerjaya politik timbalan perdana menteri ketika itu, Tun Ghafar Baba.

Shuib Lazim

NONESebelum dilantik sebagai bendahari PERKASA, Shuib adalah seorang senator dan ahli parlimen Sungai Petani. Beliau berasal dari Sungai Petani dan adalah juga bapa saudara kepada MP Sungai Petani ketika ini, Johari Abdul.

Beliau juga adalah bapa mertua kepada naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal. 

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali pernah dilaporkan berkata Shuib telah memaklumkan kepadanya hasrat beliau ingin berundur sebagai bendahari.

Meskipun didakwa sebagai anggota ketiga kumpulan Datuk T, Johari mempertahankan bapa saudaranya dan berkata beliau tidak percaya yang Anwar adalah lelaki dalam video seks itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...