Friday, April 1, 2011

ADUN Lenggeng didenda RM20,000, 3 tahun penjara


ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban.
NONE
Mahkamah juga membenarkan penangguhan hukuman ke atas ADUN BN itu kerana pembelaan mahu membuat rayuan.
Mahkamah sebelum ini mendapati Mustafa bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

Tiada p'raya kecil 
Hukuman yang dijatuhkan ke atas Mustafa itu bagaimanapun tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil diadakan.
Ini berdasarkan kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berhubung kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat.
Abdul Aziz berkata, kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat tidak akan dilucutkan selagi ADUN berkenaan masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.

"Hukuman akan dijatuhkan pada 1 April. Ia tidak akan berkuatkuasa sehingga akhir 14 hari, di mana beliau boleh memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

"Proses mahkamah ini panjang, ADUN itu boleh merayu lepas 1 April ini, selepas habis proses mahkamah semuanya dan tetap disabitkan baru lucutlah jawatan ADUN," kata Abdul Aziz.

Menurutnya, jawatan Mustafa akan hanya dilucutkan jika beliau tidak merayu atau dihukum kepada setahun penjara atau atau lebih dan didenda sekurang-kurang RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sekalipun Mustafa dilucutkan kelayakannya, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika keputusan muktamad mahkamah hanya dibuat selepas 28 April, tahun ini.

Burung Kenyalang turun berkempen p'raya S'wak

Ia boleh dianggap sebagai yang tercomel - dan mungkin satu-satunya sahaja - maskot yang diguna oleh parti politik dalam menghadapi pilihan raya di negara ini. Dan itulah yang dilakukan oleh DAP dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak. Parti itu menjadi burung kenyalang bernama 'Ubah' sebagai maskotnya.

NONESejak itu, maskot tersebut - dalam bentuk barangan permainan hingga 
kepada butang - menjadi tumpuan dan rebutan. Manakala pemimpin 
parti itu pula sering geli hati apabila diminta bergambar dengan Ubah sewaktu mengadakan sidang akhbar.

Di perbatasan siber pula, Ubah mempunyai laman Facebook dan akaun Twitter sendiri, di samping sentiasa muncul untuk bergambar di majlis-majlis anjuran DAP di Sarawak.

Malah, Malaysiakini pun tidak mahu melepaskan peluang untuk mewawancara Ubah.
Berikutan itu adalah petikan wawancara dengan Ubah melalui emel.
Malaysiakini: Boleh ceritakan kepada kami tentang diri anda dan bagaimana anda terlibat dalam politik. 
Ubah: Sudah tentunya saya dilahirkan di Sarawak, dan saya mempunyai sebuah keluarga yang besar di seluruh negeri! Ada sebabnya mengapa ia dipanggil Bumi Kenyalang. :-) Dan bagi mereka yang mungkin tidak tahu, saya adalah kenyalang Rhinoceros (Rhinoceros Hornbill) dan boleh 
membesar sehingga empat kaki panjang!

Saya dilahirkan sejurus selepas pilihan raya umum 308 (Mac 2008). Ibu bapa saya memberi saya nama "Ubah" kerana mereka merasakan, dan mendapat inspirasi, daripada angin perubahan yang bertiup ke seluruh negara dan meletakkan harapan mereka terhadap saya untuk menjadi ejen perubahan di negeri yang tersayang ini.

Ketika saya sedang membesar dan terbangnya melewati ruang udara Sarawak, saya melihat sendiri bagaimana pihak berkuasa merobek kawasan hutan dan memusnahkan sumber kehidupan serta merompak kekayaan generasi masa depan kami.

NONESaya melihat bagaimana wanita Penan yang tidak berdaya telah dicabul maruah mereka. Saya melihat bagaimana komuniti orang asal di Belaga 
dipaksa ditempatkan semula dengan diberi sedikit pampasan, yang sebahagiannya tidak pernah dibayar langsung.

Apabila saya sudah dapat memahaminya dengan lebih baik, saya melihat bagaimana negeri Sarawak, walaupun cantik dan kaya, telah diabai dan didiskriminasikan oleh kerajaan BN, mengakibatkan rakyat Sarawak menjadi antara yang termiskin di Malaysia.

Dan sekarang, saya melihat kebebasan rakyat - kebebasan bersuara, kebebasan untuk berhimpun serta kebebasan beragama - dikekang oleh kerajaan autoritarian.
Berikutan itu, saya berjanji kepada ibubapa saya bahawa saya akan membuat mereka bangga, dan akan melakukan yang terbaik untuk 
memenuhi impian mereka untuk membawa perubahan di tanah ibu pertiwi kami ini. Saya menyertai DAP pertengahan tahun lalu kerana 
saya percaya saya hanya boleh merealisasikan nasib masa depan saya, melalui sebuah parti yang berkongsi ideal saya untuk berjuang memerangi ketidakadilan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Sebagai "Ubah", saya telah ditugaskan dengan tanggungjawab berat untuk melebarkan sayap DAP ke seluruh negeri Sarawak, supaya kehadirannya dapat dirasai sepenuhnya dalam pilihan raya negeri yang akan datang.

Malah, saya telah merantau dan hidup di seluruh negara sejak beberapa bulan yang lalu, dalam membantu DAP memperkembangkan perjuangannya.

Saya juga pernah ke semenanjung untuk membantu mengutip dana bagi kempen pilihan raya yang akan datang , dan saya sekarang sibuk ke hulu ke hilir ke seluruh negeri - dari Kuching ke Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri, malah ke Limbang juga - bagi memastikan pasukan kempen kami digerakkan sepenuhnya serta bersemangat tinggi.

Pendirian Mat Sabu ditunggu-tunggu

Pelbagai pihak kini menunggu-nunggu keputusan bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu berhubung keputusannya bertanding merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti Jun ini.

Pertengahan bulan lalu, Mohamad memberitahu Malaysiakini supayamenghubunginya semula awal April ini bagi mendapatkan pengesahan berhubung kesediaannya bertanding buat kali kedua.

NONEBagaimanapun ketika Malaysiakinimenghubunginya hari ini bagi mendapatkan kepastian, beliau masih belum bersedia mengumumkan keputusannya.

Sebaliknya, Mohamad yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS akan memberitahu keputusannya selepas berceramah pada 3 April ini di Kelana Jaya.

"Nanti selepas ceramah kita sembang-sembang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sehingga kini, beliau mendapat satu pencalonan daripada kawasan Kubang Kerian yang diketuai exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa.

Pemerhati politik berpendapat tindakan kawasan itu mencalonkan Mohamad sebagai isyarat "memberi laluan" kepada Mohamad bertanding jawatan berkenaan. 

Tiada masalah pencalonan


Berdasarkan peraturan parti, setiap calon yang menawarkan diri sekurang-kurangnya perlu mendapat dua pencalonan dari 179 kawasan yang diarahkan bermesyuarat sehingga 10 Mei ini.

Mohamad bagaimanapun tidak menghadapi masalah untuk layak bertanding susulan beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan - yang dianggap kubu kuatnya - dijangka mencalonkannya merebut jawatan itu.

Antara kawasan tersebut adalah Batu, Bukit Bintang, Kepong dan Putrajaya yang dijadual mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka pada bulan ini.

husam musa mat sabu nasharuddin mat isa 220409Dalam pemilihan dua tahun lalu, Husam dan Mohamad tewas kepada penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dalam persaingan tiga penjuru.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi.

Nasaruddin yang juga ahli parlimen Bachok - penyandang jawatan timbalan sejak dua penggal lalu - kini masih belum membuat keputusan bagi mengekalkan jawatan berkenaan.

Manakala dua naib presiden - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahudin Ayub - yang disebut-sebut untuk bertanding jawatan timbalan, lebih berminat untuk mempertahankan jawatan yang kini disandang mereka.

Pilihan raya Sarawak: 30 simbol untuk calon bebas

KUCHING 1 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menambah 16 simbol lagi untuk digunakan calon bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke-10 pada 16 April ini.

Pengarah Akademi Pilihan Raya, Abdullah Jusoh berkata, pertambahan simbol itu menjadikan 30 simbol boleh digunakan pada kali ini berbanding hanya 14 simbol pada pilihan raya negeri 2006.

Langkah menambah jumlah simbol ini kerana dijangkakan calon bebas yang bertanding dalam pilihan raya negeri kali ini bertambah, katanya semasa menyampaikan taklimat “Pengurusan Pilihan Raya dan Peranan Media Semasa Pilihan Raya” di sini hari ini.

Abdullah berkata dengan mewujudkan lebih banyak simbol, ia dapat memastikan tiada calon bebas menggunakan simbol yang sama ketika bertanding di sesebuah kawasan DUN atau Parlimen.

Antara simbol yang boleh digunakan kali ini ialah gajah dan udang serta simbol lain antaranya kereta, kapal terbang, pokok dan gelas, katanya.
Abdullah berkata calon bebas hanya boleh menggunakan simbol yang disediakan dan dibenarkan SPR itu.

Beliau berkata jika ada lebih daripada seorang calon bebas yang mahukan simbol yang sama, SPR akan mengadakan undian bagi menentukan siapakah yang berhak menggunakan simbol berkenaan. - Bernama

Persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dilaksana

PUTRAJAYA 1 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan proses persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri selepas kali terakhir ia dilaksanakan pada Mac 2003.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, persempadanan semula itu perlu dilakukan sekurang-kurangnya selepas lapan tahun selaras dengan peruntukan Perkara 113 (2) Perlembagaan Persekutuan.

"SPR dah boleh mula sekarang tetapi SPR sedang menunggu masa yang sesuai serta lapang kerana sebaik tarikh urusan persempadanan ditetapkan ia perlu diselesaikan dalam tempoh dua tahun,” katanya dalam temuramah dengan Bernama dan RTM di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, setelah lima kali urusan persempadanan dijalankan, belum ada sebarang pelanggaran Prinsip-prinsip Persempadanan yang ditetapkan oleh perlembagaan dilakukan SPR.

Ditanya mengenai negeri mana yang perlu menjalani persempadanan, beliau berkata semua negeri dilihat perlu menjalani proses itu, secara kasarnya di negeri-negeri yang mempunyai Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai jumlah kerusi yang genap.

Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata proses persempadanan semula itu masih bergantung kepada persetujuan dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat untuk kerusi Parlimen dan Dewan Negeri bagi kerusi DUN. - Bernama

Jumlah anak luar nikah di Selangor ”sangat besar” - Dr Hasan

SHAH ALAM 1 April – Masalah kewujudan anak tidak sah taraf di Selangor adalah ”sangat besar” dan jumlah sebenar tidak diketahui kerana ada kes kelahiran anak luar nikah ini tidak didaftarkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, berdasarkan statistik yang ada sehingga 2008, seramai 257,000 anak luar nikah didaftarkan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Abdul Rani Osman (Pas-Meru) mengenai jumlah anak luar nikah yang didaftarkan dari 2007 hingga 2010 pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.

Hassan berkata, bahagian penguatkuasaan seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pendaftaran anak tidak sah taraf kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara.

Sementara itu, beliau berkata, JAIS tidak mempunyai jumlah penguat kuasa yang cukup untuk membanteras gejala maksiat yang menjurus kepada kelahiran anak luar nikah di negeri ini. – Bernama

IGP: Pakar tempatan sah video seks tulen


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen. 

NONEIni adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama. 

Beliau berkata kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya.

Baru-baru ini, rakaman video seks yang dikatakan menunjukkan aksi seks seorang pemimpin kanan pembangkang, dipertontonkan kepada beberapa editor media.
Ia didedahkan pada 21 Mac lalu oleh trio Datuk T yang terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka, Tan sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan Datuk Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendara PERKASA, Datuk Shuaib Lazim.

Thursday, March 31, 2011

Dr Asri: Poco-poco harus, bukan haram

Bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berbeza pandangan dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang memutuskan bahawa tarian poco-poco haram.

Beliau berhujah, semua urusan harian manusia, termasuk tarian, adalah harus diamalkan kecuali terdapat dalil yang jelas mengharamkannya.

NONEBagaimanapun, tambahnya, jika terdapat unsur yang tidak baik, perkara itu hendaklah ditapis dengan membuang unsur yang buruk, bukan mengharamkan perkara itu secara menyeluruh.

"Atas asas ini, pada pandangan saya, tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah," katanya yang juga pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM).

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini dilaporkan berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan tarian berkenaan sebagai haram kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain dan pemujaan roh.

Pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

NONEDalam kenyataan pada Selasa malam, Dr Mohd Asri juga menegaskan, masyarakat Islam hendaklah tahu tentang keluasan Islam, apatah lagi dalam masyarakat yang serba rencam hari ini.

"Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam," katanya.

Menurut Dr Mohd Asri lagi, jika pengharaman dibuat berdasarkan asal-usulnya yang tidak islamik, ia akan mewujudkan kecenderungan pengharaman pelbagai lagi aktiviti seperti Tai Chi, Taekwondo dan senaman Qiqong.

Beliau bagaimanapun menegaskan menghormati pandangan Harussani dan Jawatankuasa Fatwa Perak yang mengharamkan tarian tersebut dan cuma memberikan pandangan berbeza.

Malek Noor masuk ICU rebah semasa main bola

Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor, dimasukkan ke sebuah hospital di Ipoh malam tadi selepas sesak nafas semasa menyertai perlawanan bola sepak Piala Amal Menteri Besar Perak di Stadium Perak.

Malek, 54, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai di Ipoh dan keadaannya dilaporkan stabil.

Malek, yang menjadi penjaga gol, rebah secara tiba-tiba selepas lima minit perlawanan bermula, kata Pengerusi Jawatankuasa Piala Amal Menteri Besar Datuk Azhar Ahmad.

Perlawanan berkenaan menemukan pasukan pilihan menteri besar Perak dengan pasukan Lagenda Negara yang dibarisi beberapa bekas pemain kebangsaan seperti K Gunalan, Hassan Sani, Karim Pin, Khalid Ali, Shahrin Majid, Ahmad Yusof, Shukor Salleh dan Bakri Ibni.

Malek, yang mewakili pasukan Lagenda Negara, pada mulanya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun sebelum dipindahkan ke Hospital Pantai.

"Kita sama-samalah berdoa supaya beliau cepat sembuh," kata Azhar.

Perlawanan persahabatan itu adalah antara bekas pemain kebangsaan era 60-an hingga 90-an menentang pasukan veteran Menteri Besar Perak yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Pasukan Lagenda Negara menang 1- 0 pada perlawanan itu hasil jaringan Sharin Majid.

Pasukan Menteri Besar dibarisi beberapa bekas pemain Perak seperti Azizul Abu Haniffa, Ramli Talib, A. Elangovan, Roafandi Yusof, Ahmad Shahrul Azhar, Chan Kok Heng dan P. Umaparam.

Lebih 1,000 penonton menyaksikan perlawanan itu. Sebanyak RM10,000 berjaya dikutip untuk disumbangkan kepada tabung Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb).

Shuib akui terima ancaman bunuh

Anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka 'Datuk T' - Datuk Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab di sebalik tayangan video seks baru-baru ini yang menujukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

NONE"Saya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung video ini,” katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi.

Sebelum ini, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (kanan) mendakwa Shuib yang juga bendahari PERKASA dan bapa saudaranya, tidak terlibat dengan video itu.

"Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari, Khamis lalu.

Namun, Shuib yang dihubungi semalam berkata segala-galanya yang didedahkan sebelum ini adalah betul.

"Saya tahu ia (video itu) adalah kebenaran. Saya tahu semua ini adalah betul dan sebab itu saya sertai kumpulan Datuk T. Jika tak betul, saya tak akan setuju,” katanya.


Lindung boss

Ditanya mengenai dakwaan Johari yang menafikan peranannya, Shuib berkata ahli parlimen itu mungkin membuat kenyataan tersebut kerana ingin “melindungi bossnya”.

NONERakaman video 22 minit itu ditayangkan kepada beberapa wartawan terpilih pada 21 Mac lalu oleh seorang lelaki misteri yang menamakan dirinya 'DatukT'. Selang beberapa hari, Datuk T diperkenalkan sebagai kumpulan tiga anggota yang terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Shuib (kiri).

Bagaimanapun Shuib tidak hadir pada sidang akhbar Rabu lalu dan ini menimbulkan spekulasi bahawa mungkin beliau menyertai secara tidak rela.

Shuib, yang suaranya menunjukkan keletihan ketika perbualan telefon juga berkata beliau ada menerima ancaman bunuh.

Namun, beliau menolak laporan New Straits Times, semalam yang mendakwa beliau secara sukarela mengenakan tahanan rumah ke atas dirinya. Katanya, beliau masih keluar dari rumah.

NONE"Polis hanya beritahu saya supaya berhati-hati,” katanya sambil menafikan juga beliau diberi perlindungan polis.

Shuib juga berkata polis telah mengambil keterangannya sebanyak dua kali, yang terbaru adalah dua hari lalu.

Beliau berkata masih menghuni di rumahnya di Kuala Lumpur tetapi bergurau bahawa beliau akan 'bersembunyi' di kampung halamannya di Sungai Petani, tidak lama lagi.

"I nak sembunyi dah. I dah nak lari,” katanya sambil bergelak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...