Oleh Saodah E'lias, Mstar | |
Rabu, 25 Jun 2008 | |
KL: Kerajaan belum bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman atas kenyataannya yang beliau telah diarah oleh Kabinet supaya membatalkan rancangan penggunaan dakwat kekal beberapa hari sebelum pengundian dijalankan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan menghormati SPR sebagai badan bebas dan jika ada percanggahan kerajaan akan menjelaskan apa yang berlaku dari sudut pandangan kerajaan. Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) pada sidang Dewan Rakyat hari ini. Lim mengemukakan soalan sama ada tindakan diambil ke atas Pengerusi SPR yang telah diarahkan oleh Kabinet untuk membatalkan celup jari empat hari sebelum hari pengundian, dan mendakwa Abdul Rashid bersama-sama Peguam Negara dan Ketua Polis Negara telah menipu rakyat bahawa sebab keselamatan memerlukan pembatalan penggunaan dakwat itu. Pada 17 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan bahawa Kabinet hanya mencadangkan dan bukannya mengarahkan SPR membatalkan kaedah mencalit dakwat pada pilihan raya umum lalu. Perdana Menteri berkata, ini kerana SPR selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap perjalanan pilihan raya berhak sama ada mahu menerima cadangan yang diberikan Kabinet atau tidak. Pada hari yang sama, Abdul Rashid memberitahu, Kabinet yang tidak meluluskan penggunaan dakwat pada pilihan raya umum lalu walaupun SPR bersetuju dengan kaedah tersebut. Menurut Abdul Rashid, Kabinet tidak meluluskannya atas dua alasan yang kukuh dan beliau bersetuju kerana ia melibatkan keselamatan dan satu lagi daripada segi undang-undang. KL Pos |
Informasi didalam blog ini adalah daripada sumber-sumber berita media internet.Sebarang komen @ pendapat, sila email ke cardozas02@gmail.com
Wednesday, June 25, 2008
Dakwat kekal: "Kerajaan belum cadang ambil tindakan keatas Rashid" Nazri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment